Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 05, 2007

Teracah... Mengacah dan Diacah.....

051207 -Aku kembali susah nak lena walau jam dah lama berganjak ke angka 02.30 pagi. Sakit belakang terasa, agaknya sebab aku jatuh kat bilik air malam tadi kot. Entah kenapa tiba-tiba ingatanku jauh terbang teringatkan along dan angah. Agaknya waktu ni mereka dah pun berada di dalam perut kapalterbang yang bakal membawa mereka ke bumi yang penuh berkat. Belum sampai sehari mereka bepergian, aku dah rasa rindu…. Sebak rasa hati justeru aku tidak mampu menghantar mereka pergi, tapi aku tahu along dan angah pasti faham bahawa adiknya yang seorang ini langsung tidak punya kekuatan. Aku takut dan masih fobia dengan kenangan lalu. Biarlah orang mengutuk dan mengatakan aku selfish, tapi hakikat sebenar tak kan ada yang faham apa yang aku rasakan. Walaupun hakikatnya aku penat sangat tapi mataaku masih gagal diajak beradu. Entah kenapa.. aku pun tak pasti. Tapi memang dari kecil lagi, kalau aku letih dan penat, makanya inilah natijah yang bakal aku terima. Andai insan lain akan jadi mudah beradu bila kepenatan dan keletihan menguasai diri, tapi tidak pada aku.. Tengah aku best melayan perasaan, telefon ku berlagu. Tanpa melihat terlebih dahulu nombor di skrin atau dengan kata yang lebih tepat nama si pemanggil, aku terus menekan butang hijau.

DIA: Assallammualaikum. Hai DSana……Tak tidur lagi? [Aku tergamam… dah lama aku tak dengar suara dia…. Dan dinihari ni dia menghubungi ku. Kenapa agaknya???]

AKU: Waalaikummussalam……Erm belum ngantuk. DSana apa khabar? [Tanyaku perlahan. Hati masih digaru pertanyaan]

DIA: DSini sihat cuma…. [Aku terdengar dia mengeluh. Ah! Jarang dia berkelakuan sedemikian malah rasanya itu bukanlah sifat atau pun sikapnya.]

AKU: Erm…. Ada apa-apa yang DSana nak beritahu DSini ke? [Melihatkan dia masih mengunci bicara, aku memberanikan diri untuk bertanya.]

DIA: DSini nak minta maaf pada DSana. Dah lama kan kita tak berbual…. Bertanya khabar dan sebagainya. [Aku kaget. Kenapa pulak dia ni…. Apa yang tak kena dengannya]

AKU: Well, DSini tak kisah… Erm I mean bukanlah tak kisah sangat cuma DSini tahu DSana busy dengan tugasan. Walaupun sebenarnya memang DSini nak sangat berbual dengan DSana, berkongsi cerita dan segalanya tapi DSini tak nak ganggu DSana.

Dia diam… seakan mengunci atau kehilangan perbendaharaan kata untuk seketika. Kenapa dia ni… sikapnya dinihari ini berlainan sangat. Apa yang dah terjadi. Hati ku mula berteka teki sendiri.

AKU: DSana okey ke… atau ada apa-apa yang DSana nak share dengan DSini? [Dia masih membisu bagai tak dengar apa yang aku tanyakan. Kenapa dengan dia ni…]

DIA: Erm tak ada apa-apa. Actually since last week, entah kenapa tiba-tiba saja DSini teringat pada DSana. Payah nak fokus pada kerja, tapi sebab ada report yang nak kena review sebelum board Meeting, terpaksa juga siapkan. Than kena pulak review staff appraisal supaya yang berkelayakan untuk dapat apa yang sepatutnya tak tercicir.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Faham sangat dengan sikapnya tentang kerja. Malah aku dah tidak tahu apa yang harus ku katakan bila ianya bersangkutan dengan tugasan hariannya. Namun dalam hati aku tertanya sendiri, apakah kami masih lagi berkongsi rasa yang terkadang hadir tanpa di pinta? Apakah sixsencenya masih lagi kuat seperti dulu terhadap diriku? Tahukah dia apa yang telah terjadi pada diriku…. Semua itu sekadar bermain di minda, tidak ku luahkan jauh sekali terzahir pada sebuah pengucapan.

DIA: DSana….. [panggilannya membawa aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Aku mengeluh sendiri] Ada apa-apa yang berlaku ke yang DSini tak tahu? Rasanya satu sikap terbaru tentang DSana.... suka berangan dan mengelamun. Erm tak nak share ke? Selalu kita sharekan apa yang kita rasa dan alami. So... Rasanya DSini dah banyak ketinggalan kan.

AKU: Erm tak ada apa-apa. DSini okey, masih macam dulu tak ada apa yang berubah atau terubah. [Patutkah aku khabarkan segalanya atau mengupdate dirirnya yang dah jauh ketinggalan akan apa yang aku alami sejak dia membisu… Ah! Tidak… biarlah dia terus betah tidak tahu dan aku tidak mahu dia ditamu kerisauan. Cukuplah aku dah merisaukan seorang insan.. dan tak perlu aku tambah bilangan ini.]

Dia mengeluh lagi. Bagai ada yang menyekat pertuturannya dan aku tahu dia tidak mungkin akan menelan bulat-bulat tiap perbedaharaan kata yang telah ku utuskan tadi.

AKU: DSana, maaf yer… DSini letih lah. Kalau boleh DSini nak minta izin untuk rehat lagi pun dah lewat sangat sekarang ni. DSana pun perlu rehat. Esok kerja kan. So please take a rest. [aku mencipta alasan. Tidak mahu dia tahu jauh sekali membenarkan dia mendengar alunan ritma sekeping hati yang sudah dipalu kesedihan. Aku sedar krital jernih ini sekadar menanti waktu untuk pecah berserak.

DIA: Okey. Apa pun DSini harap, DSana jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan ubat. DSini tetap ada kalau DSana perlukan DSini walaupun hakikatnya kini kita dah jauh dari zahir sebuah pandangan tapi DSini tak pernah lupakan DSana. Please take care of yourself dan hidup baik-baik. Maafkan DSini atas segalanya…. Assallammualaikum……

Aku terkedu dengan sekudus ucapan itu. Erm apa sebenarnya yang kini terjadi diantara kami… sukar untuk aku meneka dan tiba-tiba kata-kata along sehari nan lalu bergema kembali… ‘Jangan mengharap orang memahami akan sikap dan diri kita, sebaliknya cubalah memahami akan keadaan, sikap dan diri orang yang kita anggap dekat dan kita sayangi supaya mereka tidak berlalu meninggalkan kita atas kealpaan dan kekhilafan dari diri kita sendiri.’ Seketika kemudian telefonku berlagu menandakan satu sms kini berada didalam inbox. Pantas ku buka dan ku amati…. Kristal jernih yang sudah lama retak akhirnya berderai dan berserak juga di pipiku…..

‘Takkan terganti segenap memori… Tak kan terpadan seluruh kenangan… Ianya datang tanpa disedari… Ianya hadir tanpa perlukan undangan……’

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home