Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, October 31, 2007

Dugaan.....

Setiap detik dalam perjalanan hidup pasti akan teriring dengan DUGAAN dan UJIAN…. Kenapa aku kata canggitu… sebabnya… aku tak nak amik dari orang lain atau yang jauh berbatu atau berkilometer dan berjuta-juta lemon kilometer dari pada aku, sebaliknya aku lihat terhadap apa yang terjadi pada aku sendiri dan orang-orang yang rapat dengan aku…. Rentetan dalam kronologi….

BULAN JULAI, aku tersadai di Hospital Tawakal for quit couple of days juga. Dari issue SLIPDISK membawa pada kandungan HEMOGLOBIN dalam darah merah yang tak mencapai tahap normal dan peratusan darah putih juga yang tak macam orang lain membuatkan doctor pun rasa dan boleh menklasifikasikan aku sebagai manusia pelik…. Than dari apa yang dikaji dari sample darah yang mereka rompak dari tubuh ku.. [sebabnya aku tak merelakan dengan serela-relanya] doctor terjumpa satu lagi issue.. THALASIMIA TRAIT… atau dengan kata lain aku PEMBAWA THALASIMIA. Setelah dilakukan penyelidikan, ternyata tiada seorang pun dari family papa atau mama yang punya masalah sebegini dan aku adalah satu-satunya Kata doctor tak merbahaya kalau aku jaga peratusan hemoglobin aku agar tidak mencecah ke paras yang rendah [walaupun before this aku pernah capai level 5.5 tapi aku buat bodoh je.. malas nak fikir atau pi hospital] Kalau keadaan sudah sampai ke tahap sebegitu, ianya memang akan merbahayakan diri dan sorry to say lah situasi itu juga sebenarnya boleh menempatkan bahaya buat NYAWA Aku sendiri. Isy… ketegaq kan aku ni…. Apapun bukan maksud aku sebenarnya sengaja nak cari bahaya, tapi aku punya sebab tersendiri mengapa aku seakan mengrefusekan segalanya.. nak tahu kenapa… kerana aku dah macam lelah dan letih.. bukan bermakna aku berserah pada takdir dan menanti atau menghitung pengakhir perjalanan sebuah kehidupan, cuma buat masa ini… biarlah dulu… selagi aku mampu bertahan, aku akan cuba sedaya termampu untuk bertahan. Lagi pun banyak lagi yang belum sempat aku tunaikan dalam sebuah kehidupan ini.

Pastu peristiwa pemergian Mama dan Papa tercinta… Aduh! Yang ni lagilah perit dan payah untuk aku terima…. Dalam Ramadhan aku benar-benar rasa Teruji yang maha hebat…. Mana tak nya… beberapa hari sebelum Syawal, mama dan papa ku dijemput untuk mengadapNYA…. Hanya tuhan yang tahu betapa nanarnya aku kala itu. Perasaan ku bagai diracik.. hati sudah dilapah oleh sedih dan pilu yang memang tak mampu aku tanggung…. Airmata dah tak reti istilah berhenti… aku bagai diawangan lebih-lebih lagi kala takbir bergema… kalau Dr SMS terapung-apung sebab buat experiment di ISS aku pula terapung dalam sedih dan duka yang sudah menenggelamkan keseluruhan kekuatan, ketenangan dan ketabahan yang memang menipis dalam diri. Nasihat yang diberikan padaku tak mampu ku guna pakai… segalanya sekadar singgah di pendengaran. Tak keterlaluan kalau aku kata macam orang kureng betul lah aku kala itu… sekejap OK… tapi lama yang KOnya…. Tah lah…. Pastu kak long pulak kehilangan 5 months baby yang dikandungnya… Baby girl pulak tu…. Tapi along dan kak long tampak cukup cool dan tenang… mudah je kak long jawab ‘Allah ambil sebab allah sayang dan untuk jadi saham buat kak long dan along di akhirat kelak. Tentunya ada hikmah disebalik semua yang tersurat yang tak terjangkau dek akal manusia. Maybe kehadiran baby tu di dunia ini akan memudaratkan, justeru itu lah allah ambil untuk sesuatu yang lebih baik.’ Aduh kak long… ! kalau lah aku boleh jadi macam dia… alangkah baiknya…. Redho sungguh menghadapi ujian dariNYA walaupun aku tahu kak long dan along benar-benar kepingin punya baby lagi… Erm, apa pun masih sempat along menamakan bayi itu dengan nama Puteri Aisyah NurIman. Terkedu kejap aku dengar nama tu.

Than aku dapat berita pasal nenek honey sedang sakit kuat… honey pulak demam teruk… Semalam Mak 'DIA' pulak dimasukkan ke ICU. Tadi 'DIA' anta sms beritahu yang keadaan mungkin tak memihak pada mereka. Bantuan oksigen maybe akan dihentikan setelah 48 hours digunakan, that mean today around 07.00 pm. Honey pulak beritahu aku mama dia jatuh dan demam… Aduh! Tak ada kata-kata yang mampu menggambarkan apa yang aku rasa tika ini. During lunch time tadi, 'DIA' called dan update aku akan condition Mak 'DIA'. Tak semena-mena airmata aku kembali deras… dan aku tahu sure 'DIA' dengar esak tangisku walau tiada pujukan yang terluah dari bibirnya… Entahlah.. aku benar-benar sedih…. Tak putus rasanya ujian hadir dalam hidup aku dan insan-insan yang aku kenal sejak kebelakangan ini dan segalanya bersangkutan dengan KEKELUARGAAN. Apa pun aku just harap satu sahaja… ketabahan dan kekuatan yang baru bertunas di hati ini masih mampu bertahan untuk terus menghadapi dugaan yang seterusnya. Kini aku just menanti perkhabaran seterusnya dari 'DIA' dengan penuh debar…. I wish I could be with him at this time..... aku tahu ianya terlalu sukar dan payah malah amat mustahil... Aku hanya mampu titipkan doa dari kejauhan moga allah ampunkan segala kesalahan dan kesilapan Mak 'DIA' dan beri yang terbaik. Andai sudah tersurat dalam perjanjian Mak 'DIA' akan dijemput.... permudahkan lah perjalanannya... ambillah rohnya dengan lembut dan lepaskan lah dari siksaan dan derita yang sedang ditanggung sekujur tubuh yang tentunya sudah tidak berdaya itu..... AMIN......

Tuesday, October 30, 2007

Moga Tabah.....

Aku tak tahu nak cakap apa… lebih pada terkedu dan tergamam.. Sms yang aku terima jam 10.00 malam dari DIA sudah cukup menghumban diriku pada kenangan lama…. ‘MY MOM dah masuk ICU petang tadi. I'll be back awal pagi sbb tunggu kak dr Sabah’ Rasa macam terbang semangat yang baru hendak pulih dalam diriku…. Tak semena airmata ku merembas kembali turun… aku tersedu tanpa punca… Entah mengapa aku terbayang wajah mama dan papa serta apa yang menimpa diriku dan keluarga…. Memang aku maklum Mama DIA memang sudah lama diacah ketidak sejahteraan… tapi entahlah…. Aku masih lagi fobia dengan berita sebegini lebih-lebih lagi kak long sendiri baru sahaja keguguran baby dari kandungan… aku tiba-tiba diburu ketakutan. Entahlah… rasanya tahun ini aku benar-benar teruji dengan kehilangan…. Pemergiaan orang-orang yang aku sayang…. Rasa macam dah tak sanggup nak dengar lagi…. Tapi aku tahu sebagai insan biasa, apalah kudrat kita dalam menahan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan keatas setiap dari kita…. Dalam rembasan airmata aku tetap berdoa moga DIA tabah menghadapi situasi sebegini… Memang aku yakin dan tak mungkin akan pertikaikan ketabahan dan kekuatan jiwa anak muda ini…. Malah takala aku dihambat duka dulu… dia juga yang setia memberikan kata-kata semangat agar aku tidak terus hanyut dan lemas dalam gelora rasa…..

Apa yang boleh aku bantu….. apa yang boleh ku lakukan….. keadaan ku tidak mengizinkan untuk membacakan surah yassin dari kejauhan ini… Ah! Situasi yang sama sewaktu aku menghadapi saat getir pemergiaan mama dan papa…. Hanya doa yang mampu ku panjatkan semoga mereka sekeluarga tabah dalam ujian ini….. Ya Allah…. Lindungi lah DIA dalam perjalanan…. Dan kalau KAU izinkan, aku ingin berkongsi apa yang DIA rasa sepertimana yang pernah dilakukannya pada dariku dulu……


Pagi ni sewaktu aku dalam bas, aku terima satu sms ‘I’m coming to work today. Nanti ambil halfday. Kak x dpt flight awal dari Sabah’ Ooohhh DIA tak balik lagi… erm aku just reply… ‘Jumpa sat ni’…. Tak sampai lima minit aku mendapat balasan ‘tak janji’ Than port tu bertukar dari DIA pada along ‘DIA belum balik SP lagi.. so rasanya idea along semalam boleh diguna pakai.. Erm tolong hantar kat office boleh? Aku menanti dengan sabar dan tak lama kemudian…. ‘along kat puchong ni… jalan jem sikit, nanti along try but not promise… anyhow I’ll try my best to take it and send over to you.’ Aku sekadar mengeluh… macamana ni… nak balik rumah ke… sempat ke… aku mula bersoal jawab sendiri…..tapi akhirnya aku just redho lagi pun aku tak pasti samada DIA dan nak jumpa aku ke tak….. Sampai office kalut aku dok capai phone.. try nak call DIA, tapi boss aku pulak dah dulu beri satu assignment urgent pada aku… ‘Please… I know it not time yet, but….’ Boss aku menggantungkan ayat dengan muka serba salah… aku tahu apa yang bermain di mindanya dan dengan senyuman fail yang berada ditangannya berpindah ke tanganku…. ‘It’s okey boss… give me couple of time’ ucapku akhirnya. Setelah selesai, phone dimeja berbunyi.. dari number yang tertera aku sudah mampu menduga siapa…. Perbualan kami lebih berkisar pada keadaan maknya.. bukan lagi seperti petang semalam sessi luahan rasa dan keterkilanan aku dengan sikap member seunit dengannya…. But this morning.. issue itu sudah ku tinggalkan entah kat mana…. Biarlah apa yang depa nak fikir… as long aku dan DIA tahu di mana paksi kami bertaut… other persons peduli apa… cewah…. Apa yang penting sekarang ni lebih pada keadaan mak DIA dan aku tahu walaupun DIA sedaya mampu cuba menzahirkan yang DIA tenang, tapi sedikit sebanyak kerisauan tetap mengacah.. .semua tu cuba disembunyikan dari terkesan dan terlihat pada pandangan orang lain… Itu lah DIA yang aku kenal dan salah satu dari sikap dan sifatnya yang mula aku pelajari dari sehari ke sehari… Jam 09.30 along called dan tanyakan direction ke office aku…. Sampai juga abang aku tu… alhamdulillah… apa yang aku pinta kini sudah ada pada ku dan aku juga telah khabarkan pada DIA… insyaAllah on the way ke airport nanti DIA akan singgah sat kat office aku untuk mengambilnya…. Dan along pulak.. ‘Sampaikan Salam along pada DIA… suruh DIA tenang dan jangan putus berdoa moga allah berikan yang 'TERBAIK' untuk mak DIA‘ Itulah pesan along yang akan ku sampaikan bila aku jumpa DIA nanti… dan dari aku apa pulak… Erm nantilah aku bisik sendiri kat DIA…hehehehe boleh gitu… ;-) Apapun doaku tetap bersamanya dan DRIVE CAREFULLY TO SP..... please take a very good care dan hidup baik-baik.....

At Last.....

Semalam dengan beraninya aku bersetuju untuk memenuhi undangan yang dah ku maklumkan dalam N3 sebelumnya. Apa lagi kalau bukan Jamuan Hariraya yang dianjurkan oleh office ‘DIA’ merangkap dan menangkap clientku jugak. Memanglah di awalnya aku gabra dan takut….. tapi nak buat macamana bila tetiba satu sms tanpa minta izin terus ake menceroboh ke dalam inbox ku.’Boleh turun sekejap lagi tak. Dkt depan, dah nak sampai’. Belum sempat akal ku mencari ayat helah a.k.a. alasan, telefon ku sudah berlagu. Dendangan yang menyentuh halua telinga sudah cukup memberitahu siapa pemanggilnya.

DIA: Dapat sms tak….

AKU: Tak… selamba je sedangkan aku dah lihat pun sms yang dimaksudkan, cuma tak dan nak jawab dan mencari ayat logic..

DIA: Cuba tengok phone

AKU: Bukan setakad tengok aje malah tengah guna pun…..

DIA: Dah off computer kan… turunlah…. Saya tunggu kat depan

AKU: Mana ada off lagi….

DIA: Dahlah… off aje computer tu. Kata halfday kan…. Turun… ada kat depan. Dalam gelak aku tahu ayat arahan yang tersulam mengkehendakkan aku menuruti atau dengan kata yang lebih tegas PATUH….

AKU: Tunggu lah sat…. lantas bersama kata-kata itu perbualan kami mati di situ.

Alamak, aku pulak tengah sibuk dengan rearrange kan meeting untuk esok… Try untuk bring towards everything pada hari yang lain, tapi macam tak boleh je sebab most of director yang involved tak free…. SM aku pulak tak ada kat tempat dia… Aduh! Manalah minah sorang ni pegi… aku kerling jam dipergelangan tangan… Well, tak kan nak suruh dia terus tunggu kat situ… tak pasal je sat ni lebih banyak mata yang pasti memandang dan tak akan melepas atau terlepaskan pandangan tambahan pulak aku memang tak mahu berlama di office atas satu sebab yang kronik…. Akhirnya aku just shoot satu email pada SM aku yang aku akan contact dia nanti untuk updatekan perihal meeting esok. Selepas tu aku kemas apa yang patut than… OFFkan computer. Sempat lagi aku jengah ke bilik boss aku untuk mengkhabarkan yang aku nak bermohon diri… ‘Boss… sorry, Can I leaving now?’ tanya ku…. Tengok dia tengah tekun mengadap notebooknya… tah apa lah yang menarik kat situ. Sebaik terdengar suara aku, terus dipalingkan wajah mencari wajah staffnya yang cute ni….[Hehehehehhehehe perasan yang tak perlukan aku membayar biar sesen pun.] ‘Sure…. Hope you enjoy be there…. ‘ jawabnya sambil menghadiahkan senyuman penuh makna. Aku turut sama tapi lebih pada tersengeh. Mengerti apa yang dimaksudkan dengan ucapan itu. Mampu ke aku enjoy dengan function yang dah mencuri sebahagian dari ketenangan dan mencampakkan aku dalam kegabraan maha takut tahap gaban. Apapun lantaklah… dah DIA pun dok ada kat bawah tu…. Masakan aku mampu melarikan diri lagi… YA ALLAH… tolonglah hambaMU ini… doakan di dalam hati.

Sampai aje aku kat foyer, mata aku ni cekap betul mengesan keretanya dan perlahan-lahan DIA memberhentikan betul-betul depan aku. Melangkah masuk membuatkan aku disebu rasa kaget… tapi nasib baik gak aku berjaya sorok dan tak terzahir… nak tahu sebab apa… Ha! Tu nantilah.. aku story kemudian…. Dalam DIA memandu, aku masih try memancing simpati dan persetujuannya walaupun aku tahu tak akan menjadi punya…. ‘Erm apa kata kalau kita tak payah pergi jamuan tu…. ‘Cewah! Ringan aje mulut aku buat cadangan yang terang-terang akan direject tanpa pertimbangan. ‘Nanti kat sana, nak makan kat meja atau kat kerusi… sebenarnya dewan tu macam auditorium… ada kerusi tapi kalau makan kat situ, kena pegang pingganlah…. Kalau tak selesa tak apa sebab sebelum keluar tadi dah sempat pesan kat member supaya reservekan table diorang tu untuk kita… so don’t worry… banyak optionnya. Kalau tak nak jumpa orang diorang pun boleh’ Ah! DIA langsung tak mengendahkan apa yang aku dah perkatakan sebentar tadi sebaliknya makin teruja mencanangkan plan yang dah tersemat dalam minda…. Mamat ni kan… aku sekadar mampu mengeluh… sedang dalam hati sudah mula tercetus peperangan perasaan… di antara berani, takut dan gabra bin gementar…. Aduh! Macamana ni…. Aku memang dari dulu fail kalau bab-bab macam ni… erm dalam pada tu sempat gak otak aku ni berkomunikasi…. Baik jumpa face to face dengan orang-orang yang selama ni sering letak nama aku in bracket dari pada sorok-sorok. Rasanya itu lebih sopan lagi pun sebagai tetamu, aku tak mahu orang yang selama ni memang tak kenal aku tapi lebih2 beri komen macam kenal dan selalu kaitkan aku bebas buat andaian andai aku dan DIA duduk di tempat lain walaupun dalam hati dah tergerak yang depa macam tak boleh nak terima aku…. So, akhirnya aku agree dengan keputusan ku yang satu ni. Aku tetap akan jumpa staffs yang sama seunit dengan DIA… let them look to me dan lepas ni aku teramat yakin a lot of comments will be given toward myself. Ah! Lantaklah… yang penting aku bukan jenis hipokrasi and I’m be myself and my attitude.

Akhirnya kereta yang dipandu memasuki satu building yang tak perlu diperkenalkan lagi. Tanda nama sebesar yang tertera sudah mampu membuatkan orang rabun pun boleh nampak. Aduh! Semakin deras larian degupan jantungku… rasa menggigil seluruh tubuh… aku benar-benar gabra and really can’t help it…. DIA pulak dok tenang dan tak sudah dengan tersengeh… sure ketawakan aku lah tu… Ceh! Ingat aku tak tahu lah tu…. ‘Key.. jom kita dah sampai…‘ ucapnya bersama senyuman… ‘Ha!...Cepatnya….‘ sekadar sebaris ayat itu sahaja yang mampu terucap di bibirku…. aku lihat ramai gak makluk yang bertali arus menuju ke bangunan dimana majlis sedang berlangsung… mahu tak mahu, akhirnya perlahan-lahan aku ikut gak langkah dia…. Turut sama mengatur langkah sesopan yang boleh bukan niat nak control ayu dan aku tahu aku memang ayu pun… hehehehe sempat lagi tu, tapi lebih pada berwaspada agar aku tak tersalah langkah hanya gara-gara gabra dan takut….. tak kan aku nak pegang DIADAH LAMA HIDUP… isy tak kuasa aku…… ‘Korang dah habis makan ke… aku on the way… tengah berjalan dan tolong beritahu kat minah sorang tu… her guest was right….’ Erm betul ke apa yang baru aku dengar…. Ah sudah mamat ni… kalau iyer pun aku kata nak jumpa the rest of them, tapi nanti-nanti lah dulu. Bagilah peluang aku bernafas.. ni tak… mahu mati terkejut sat ni aku dengan semua yang sedang aku alami sekarang…. Alamak… panjangnya story aku… key lah aku cut mana yang tak perlu… akhirnya aku meloloskan diri juga ke dalam function syarikatnya.. Mak Aiii ramainya makhluk.. ni yang dia kata orang tak boleh cam… erm… out of chili source betu. DIA tiba kat meja gengs dia… tengok DIA berborak dengan depa… tah apa yang dibualkan, aku tak amik port sebab aku rasa cam terpinggir tiba-tiba… bukan layanan special yang aku tagih dan tidak juga sulaman tangannya kejap di tanganku, but tah lah… aku benar-benar terasa begitu asing dalam satu keriuhan. Tak tahu mana harus aku tuju… tak kan nak berdiri selamanya kat situ, lagi pun aku lihat orang tengah berbaris untuk amik makanan… tapi aku… erm lantaklah… nak jadi patung idup pun jadilah… nak wat camne…. Sorry to say lah.. sepatutnya gengs DIA pun pelawalah aku tuk duduk sama… at least buang pelawa atau ajak-ajak ayam walau hakikatnya tak ada ayam pun kat situ dan aku pun bukannya ayam.. NI TAK… so first impression yang they all tunjukkan pada aku…. Seakan mengiyakan bahawa aku tidak diterima dalam kelompok they all… for what reason…. Hanya they all yang tahu… Erm lantaklah… yang penting bagi aku…

1. Aku dah penuhi apa yang DIA harapkan…. Kehadiran aku dalam majlis itu biarpun ianya langsung tak membantu untuk menghilangkan rasa uncomfortable dalam diri aku. Namun aku tahu dia happy dengan kehadiran aku… but please correct me if I’m worrng atau terlebih perasan.

2. Aku dah beri kesempatan pada makhluk2 seunit dengannya yang selama ni dok asyik buat persepsi dan spekulasi sendiri akan diri aku…. Depa nak sangat tahu dan sure lihat aku yang memang tak secantik dan seanggun mereka…. Lebih-lebih lagi buat insan berkenaan…. Dalam waktu yang sama, aku macam tersedar… huluran friendship dari aku mungkin tidak diperlukan di sini malah rasanya langsung tidak berkelayakan. So aku terima dengan rela dan redho’

At last aku dan DIA melabuhkan duduk di bangku auditorium di penghujung sekali. Letih gak aku dengar pertanyaannya aku nak makan apa… tapi sekadar gelenggang yang menjawab tiap soalan… dan akhirnya DIA pun give up…. Berlalu untuk ambil makanan dan tinggalkan aku bertemankan air ribena yang memang setia dengan aku.. rasa menyesal pulak tak bawa biskut sama… kalau tak tak la aku terpaksa menahan rasa lapar…. Tapi tak la lapar sangat sebab pagi tadi aku dah breakfast ngan oat+raisin.So rasanya should be okey sampai aku balik rumah. Dihulurkan piring berisi beberapa cucuk satay pada ku, tapi kepala ku tetap sama… dah cam terset pulak.. tahu je bila nak menggeleng dan tak sekali pun ada anggukkan. Sorry… bukan aku tak sudi, tapi selera ku dah mati sebentar tadi… So aku tetap setia temankan DIA makan dan memang itu pun nawaitu aku sebelum melangkah masuk ke keretanya tadi…..

Gerak dan tingkah ku tidak lepas dari di investigators oleh mereka.. tika aku buat panggilan malah aku tak menjamah makanan pun mereka tahu… Hai! Penting gak aku ni ekk sampai mereka seakan beri tumpuan pulak.. but sorrylah aku tak berminat dengan semua itu….. malah secara peribadi aku rasakan mereka tak ada hak langsung untuk perlakukan sedemikian, memerhatikan segalanya hinggakan waktu aku berkomunikasi dengan DIA pun jadi perhatian… malah jarak kami pun seakan dapat diukur dari pandangan mereka yang ternyata duduk lebih jauh dari kami… WAH! Hebat betul staffs DIA…... Apa pun aku just put everything di sudut yang paling dalam. Aku tak mahu rosakan mood DIA yang tengah happy.. biarlah aku tahan kalau itu buat dia bahagia….. Sebelum meninggalkan perkarangan dewan tu, aku diperkenalkan secara formal dengan staffs seunit dengannya… so aku tahulah setiap satu dari mereka biarpun tak semua wajah2 tu terakam terus dalam minda….sebaliknya ayat ni pulak yang sampai ke saat ni masih melekat kukuh… ‘Ala tak payah nak malu-malu dan tak kan nakmalu-malu lagi…‘Amboi! Cantiknya ayat…. Apa pun.. THANKS…. Semuanya bagaikan satu kenangan yang tentu akan ku ingat dan kenang bila ada kelapangan…. Buat DIA… thanks kerana sudi ajak dan bersusah payah jemput aku kat office… DIA memang segak dengan sepasang BAJU MELAYU warna PURPLE yang tersarung kemas di tubuh. Lengkap dengan sampin dan songkok…. Thanks atas layanan dan keperihatian yang diperuntukkan pada aku… Harap tak ada yang beranggapan dan menganggap aku ni sekadar SPECISS MENGADA-NGADA… sebab memang pun aku sedar siapa aku diantara kalian semua….. Apa pun once again THANKS SO MUCH…..

Satu persoalan yang dilontarkan oleh gengs seunit dengannya...... MENGAPA 'DIA' MESTI AJAK DAN BAWA AKU KE MAJLIS DEPA TU? bis kalau 'DIA' tak bawak aku... nak bawak sapa lagi... kan ke AKU YANG 'DIA' SAYANG... cewah! hehehehhehehe padan muka..... dapat sebiji jawapan kan... tu lah sapa dok suruh tanya.... well aku malas nak ambil pusing lagi perihal staffs seunit dengannya.... coz' rasanya apa sahaja yang berlaku antara aku dan 'DIA' non of their business... sendiri jaga diri sendiri lah yer..... SORRY tapi aku tak nak naik Lorry.....

Monday, October 29, 2007

Jadi ke....

Hari ni sebenarnya aku ada undangan tak rasmi yang entah mampu aku realisasi kan atau sekadar meneguk ayaq sarsi kat warung tepi jalan. Dalam pada rasa lambat lagi, rupanya… dah tiba pun tarikh tu… 29 October 2007, sepertimana yang dah dinyatakan pada aku sebelum syawal lagi.. undangan tak rasmi tu pun dah dibuat sealiran dengan pemberitahuan tempohari. Seharusnya Trisya pun ikut sama terlibat, tapi last minute dia pulak terpaksa bercuti… so tinggalkan aku terkontang kanting seorang…. Dalam mengira degup jantung yang makin deras derapananya…. Aduh!Kenapa lah aku ni mudah betul gabra dan diserang virus takut…. Kata Trisya tadi takut aku tak bertempat…. Bukannya nak pegi kandang ghimau…. Tak juga suruh pi berperang… Pi makan je…. So tak lah hari ni aku makan sebikut yang dok tersadai kat meja bersulamkan air ribena… sesekali biaqlah sebikut tu rehat pulak… dan satu gelaran baru yang dianugerahkannya pada aku…. PUTERI BISKUT…. Hampeh punya kawan…..

Pagi tadi aku dah terima sms…’Dah sampai office… Hari ni pakai baju color apa….’ Aduh! Terhenti kejap nadi aku dengan soalannya tu sebab hehehehehe aku mana ada buat baju yang khusus untuk raya. Untung juga malam tadi kak long yang macam tahu-tahu je apa yang berlegar di minda menghulurkan beberapa pasang baju kurung pada ku bila lihat koleksi baju yang aku lambakkan diatas katil mencari kesesuaian dan kepadanan untuk ke majlis itu nanti… [itu pun kalau keberanianku mencapai tahap maximum atau dia bertindak nekad dan bijak rembat aje aku bawa pegi…..] Awalnya aku fikir sessi pinjam meminjam lagi, tapi bila kak long kata it’s belong to me… aku tersengih aje…. Dalam hati terdetik juga… bila pulak lah kakak aku ni dok tempahkan baju untuk aku... ‘Sorry kalau tak memenuhi citarasa adik dan terbesar sikit sebab kak long agak-agak je masa suruh Aunty Jihan buatkan’ Ucap kak long akhirnya. Apa pun aku amik je sambil mengucapkan terima kasih. Satu persatu aku acukan ke tubuh… kak long dan si cilik yang entah bila sampai hanya memandang dan tiba-tiba…’Mak chu pakai yang inilah… cantik… sesuai dengan mak chu. Pi lah try…. atau mak chu nak pakai kebaya….’ Giatnya sambil tersenyum. Mesti dia teringat akan story yang pasal incident dalam bas yang aku ceritakan pada along. Sepasang baju kurung berbunga mawar diunjukkan pada ku… kak long pun turut sama menganggukkan kepala tanda setuju dengan idea Puteri Arrisya Dayana. Ceh! Anak sedara aku ni dah pandai jadi advicer nampaknya…. Aku telek baju tu… Erm! Boleh tahan gak, aku try sarungkan ke tubuh… sambil buat catwalk yang tak begitu menjadi yang memburaikan tawa kak long dan Yana serentak… Dan akhirnya hari ni… apa yang menyaluti sekujur tubuh milik ku…… hehehehheheheh ;-)

Kini aku just nantikan tindakan seterusnya dari DIA… aku dah nekad… kalau DIA tak jemput aku hingga pukul 01.30 pm, aku akan teruskan dengan plan yang tiba-tiba sahaja nanti datang dalam minda…. Mengikut rentak kaki dan kata hati….. Jadi kita tunggu N3 yang seterusnya selepas ini…..

Psssstttttt DIA sempat inform aku yang hari ni dia benar-benar dalam mood raya dengan SEPASANG BAJU MELAYU warna purple tersarung kemas di tubuhnya…. Mesti tampak segak dan tampan…. Apakah aku berpeluang menyaksikan sendiri dengan mata atau sekadar bayangnya yang sekadar hadir takala aku pejamkan mata cuba membayangkan dirinya… Entahlah…..

Friday, October 26, 2007

BIADAP tak BERADAP…..

Pagi ini mood aku benar-benar terkoyak. Semuanya gara-gara kejadian yang tak diingini dan tak disangka masa dalam bas nak pi kerja. Aku terlewat dari biasa dan akibatanya aku terpaksa juga meloloskan diri dalam bas yang sudah penuh. Terpaksalah aku berdiri dengan keadaan yang tak berapa stabil. Tahu sajalah bas Rapid…. Payah betul nak cari lokasi pemegangan yang stabil… sabar je lah…. Dalam keadaan yang penuh tu, aku tahu ada makhluk lain yang berdiri kat belakang aku… tapi aku buat bodoh je… iyerlah public transport… masakan aku sorang je yang jadi penghuninya. Dari awal lagi aku macam dah perasan sumthing goes wrong… aku dapat rasakan makhluk yang berdiri kat belakang tu cam asyik pegang aku… tapi aku masih try tak ambil pusing.. bukan tak kisah tapi maybe dia tak stabil sebab tu dia terpegang aku untuk mengelakkan dari dia tergolek cat kat dalam bas. So aku pun maafkan lah ketidak sengajaan dia tu. Aku try jarakkan diri sedikit… sampai kat jalan TAR masa bas break akibat pertukaran lampu isyarat, aku rasa ada tangan yang singgah kat pinggang aku… Hai! Apa hal pulak ni…. Pantas aku kalih untuk melihat wajah si pemilik tangan yang tak reti adap tu… pandangan ku disambut dengan senyuman. Erm boleh tahan… not bad looking, tapi perangai macam hantu… cemuh hatiku meluat. Jelingan maut aku hadiahkan sebagai simbolik yang aku tidak suka dengan apa yang dibuatnya, tapi dah dasar tak reti bahasa kan…agaknya tak sekolah kot… tu yang jadi lagu tu…. Perbuatannya masih tetap diulang malah makin kejap pulak pelukan tangannya kat pinggang aku. WAH! Ni dah lebih lah….. terus je… “Hello Brother! Rasanya saya belum register untuk jadi awek awak. Baik awak kalih cepat tangan awak yang tak beradap tu ….” Meledak suaraku dalam bas yang penuh itu. Semua memandang ke arah kami berdua. Macam ada sessi shooting pulak bila semua dok tengok. “Woi! Awak cakap apa… sapa yang pegang awak” Amboi! Masih nak membela diri… “Kalau bukan tangan awak, ada tangan alien yang tumpang Dr Muzaffar dalam sayot balik ke bumi ke? Harap muka je okey…. Perangai macam hantu raya.. tahulah sekarang masih bulan raya.” Balasku geram. Seorang kakak yang kebetulan berdiri disebelahku mula bertanya.” Kenapa dik… dia buat apa kat awak?” ”Dia peluk pinggang saya kak, dari tadi lagi, tapi saya ingatkan dia nak terjatuh, so saya diamkan aje… tapi makin orang diam, makin menjadi pulak kegatalan miang rebungnya tu… bas berhenti pun tangan dia masih peluk pinggang saya.” Ucapku berang… malu dan segan sudah terhumban entah ke mana gara-gara kemarahan yang sudah mula panas membahang. “ Lain kali kalau tak nak orang pegang, naik transport sendiri…. Tak adalah orang terpegang.” Aku dengar suaranya menyindir…. Uhu….. masih tak nak mengaku…. Geramnya aku…. ”Suka hati sayalah nak naik apa…. Dan awak pulak memang dah jadi hobi untuk ambil kesempatan ke bila bas penuh? Dah tak ada kerja lain… dah tak kenal adap dan budaya?” mulutku dah mula jadi pop-corn yang baru masak…. Nokhtah dah lama aku langgar…. Kelajuan bicaraku sudah membuka speednya bersama sakit hati dan marah yang sudah bersatu. Semua mata sudah memaku pada mamat yang kini sudah mula menjarakkan diri… dan akhirnya dia turun dari bas tu walaupun aku tak tahu samada memang itukah lokasi yang ingin ditujunya… Syarikat Telekom tah kat jalan mana tah… tapi lepas sikit dari KTM…. Aku yang masih dalam bas terus menyumpah dalam hati…. Chis… kena samak pinggang aku sat ni…. Suka-suka je orang peluk…. Baru aku terasa malu…. Aduh! Kalau tak mengenangkan aku dah lewat, mahu je aku turun dari bas tu… tapi aku buat sardine lagi pun bukan salah aku dan bukan aku yang merelakan….. wajahku sure dah mencuka dengan muncung panjang sedepa…..

Sampai kat office, aku story kat member….. awalnya depa simpati… tapi at the end, selamba je sue menyampuk…. ‘Ko pakai baju kurung pun orang boleh amik kesempatan konon terpeluk pinggang ko… cuba bayangkan kalau minah ni pakai kebaya…..’ ayatnya sengaja digantungkan untuk members lain membuat bayangan sendiri… dan aku…. CEH! HAMPEH…… Apa! Ingat aku ni suka sangat ke pakai baju kebaya yang ikut potongan dan sendat mendat tu… tak hingin aku…. Aku lebih rela dengar depa selalu kutuk aku sebab baju-baju aku tak ubah seperti ‘KELAMBU BERGERAK’ Apapun rasa rugi pulak aku tak pijak kaki mamat tu tadi dengan kasut bertumit tinggi yang aku pakai… bukan apa… sebagai HADIAH KENANGAN-KENANGAN ATAS KEKURANG AJARAN DAN KEBIADAPAN TANGANNYA YANG TAK BERADAP TU…….

Thursday, October 25, 2007

Antara 2 Insan [continue]

BAB Empat......

Sejak pulang dari percutian tak dirancang, Izzah lebih banyak menumpukan perhatian terhadap tugasan. Ada sahaja yang dibuat semata-mata untuk menyibukkan dirinya. Terkadang dia bagaikan tenggelam dalam dunia yang sengaja diciptanya sendiri. Lisa sekadar memerhati dan terus mengikuti perubahan temannya itu. Adakalanya terdengar juga bebelan dari ulas bibir comel itu bila melihat Izzah seakan tidak mengendahkan akan keadaan kesihatannya.

“Izzah, jom kita pegi lunch… dah dekat pukul 01.00 ni.” Ajak Lisa sambil menghampiri meja gadis itu.

Izzah menjeling sekilas pada jam dipergelangan tangannya. Ah! Sudah hampir waktu makan tengahari rupanya. Senyuman mengacah dibibirnya sambil itu mata menikam ke wajah Lisa yang masih setia menanti.

Sorrylah Lisa. Aku kena siapkan satu assignment urgent. Boss nak bila dia balik dari meeting nanti.” Ucap Izzah sambil jemari runcingnya masih lincah meneruskan tarian di pentas lantai kekunci komputer.

“Woi Kawan! Kalau iyer pun nak pertahankan title STAFF KESAYANGAN BOSS engkau tu, jangan sampai kesihatan sendiri tergadai. Dah! Sekarang ni waktu lunch… kerja tu engkau boleh sambung lepas kita balik nanti. Lagi pun, engkau sendiri tak tahu kan samada boss balik cepat atau sebaliknya dari meeting di Putrajaya tu. Jangan-jangan they all pun tengah cantik punya laypark sambil mengisi perut. Engkau kat sini pulun buat kerja.” Lisa sudah menyemburkan bebelan yang tak dipinta pada gadis itu. Kenapalah lewat kebelakangan ini Izzah menjadi sebegitu degil dan workaholic dengan dunia tugasan yang diwujudkannya.

“Lisa, aku rasa tak selesalah kalau nak keluar sedangkan kerja aku masih tak siap. Erm, apa kata engkau keluar dengan gengs yang lain.” Gadis itu beralasan dan cuba memberikan usul sambil memujuk.

“Aku keluar lunch dengan gengs yang lain.. dan engkau pulak… nak makan kekunci komputer ni ke…. Erm sedap ke rasanya Izzah? Kalau sedap, nak gak aku rasa barang segigit dua.” Tempelak Lisa sinis. Ah! Minah sorang ni, tak boleh dibiarkan…. Kalau dibiar, satu hari nanti sure dia akan jatuh sakit. Ni mesti gara-gara kes luka dihati yang pastinya belum sembuh. Aduh Izzah… janganlah nak pretend depan aku. Tak de menjadinya. Gumam hati Lisa sebal.

Izzah tertawa kecil. Lucu mendengar dan melihat wajah kelat teman disebelahnya yang bagaikan berganding menjadi satu. Dia menyandarkan tubuh sambil memicit-micit pangkal tengkuknya. Terasa tegang seluruh urat-uratnya.

“Kalau dah tahu letih… Rehat… bukannya terus paksa diri.” Lisa terus menembak bila menyedari perbuatan gadis itu.

Izzah sekadar mengunci bicara. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan pada temannya yang selama ini terlalu mengambil berat dan perihatin terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya.

“Izzah, jomlah kita pegi lunch. Erm hari tu engkau ada sebutkan yang engkau teringin sangat nak makan ikan bakar. Kalau engkau nak tunggu si Ikhmal yang ajak dan bawak... erm tah kurun yang ke berapa lah agaknya. Kita pegi area Kampung Baru nak. Aku dengar ada satu gerai kat sana yang menyajikan ikan bakar yang best…. Ada masak asam pedas lagi. Tak payah nak susah-susah pegi ke Melaka. Jomlah Izzah…. Hari ni biar aku yang drive dan belanja. Amacam?” Lisa masih berusaha memancing gadis itu agar meninggalkan seketika dunia baru yang dihuninya. Kepompong tugasan yang sengaja enggan dipecahkan bagai satu pasak yang memaku dirinya.

“Lisa, I wish I could.. but.. sorry….“ Perlahan kedengaran suara Izzah. Bagai memohon pengertian dari temanya itu akan situasi yang masih melanda diri. Bukan tidak dicuba mencampakkan segala yang terjadi sejauhnya ke tengah lautan kehidupan, malangnya dia masih belum tega melakukan sedemikian.

“Izzah, engkau tak boleh selamanya begini. Engkau seakan mempertaruhkan kesihatan engkau sendiri dalam pergelutan permasalahan yang sedang engkau hadapi. Tak akan ada penyelesaiannya. Aku tengok, engkau semakin menjadi seorang workaholic sejak pulang dari perlarian tempohari, tapi apakah cara sedemikian merupakan satu formula terbaik dalam menangani segalanya. Tidak kan….. masalah engkau dengan Ekmal masih belum selesai malah aku tahu engkau sengaja mengelak dari jawab panggilan mahupun sms dari dia, even email yang dia hantar pun engkau tak jawab. Engkau sengaja siksa hati engkau sedang hakikatnya engkau rindu kan dia. Kenapa Izzah… kenapa engkau lakukan semua ni….“ Birai mata Izzah kembali diziarahi kristal jernih. Segera ditundukkan wajah dari terus menerima panahan pandangan Lisa. Dia sedar Lisa bukanlah seorang insan yang mudah diperkotak katikkan. Tiap apa yang dilakukan pasti mendapat perhatian dari temannya itu. Bukan disebabkan title Busy Body, sebaliknya kerana sebuah ikatan yang sudah lama merantai diri dan hati mereka. Iye… Persahabatan yang wujud diantara mereka sejak beberapa tahun lalu itulah pengikatnya.

“Maafkan aku Lisa. Aku tahu engkau risau tengok keadaan aku. Bukan aku sengaja tapi hanya inilah cara terbaik untuk aku merawat hati aku sendiri. Bila aku sibuk, aku tidak punya ruang waktu untuk membiarkan minda aku kembali menayangkan apa yang telah terjadi dilayar ingatan. Moga dengan cara ini juga memberikan keizinan untuk aku pergi jauh dari Ekmal. Dia bukan milik aku Lisa…. Dia dah bertunang dan aku yakin pastinya mereka akan merealisasikan plan angan-angan di mahligai bahagia penuh cinta dan kasihsayang. Aku tak mahu jadi insan ketiga diantara mereka berdua.” Lirih suara Izzah. Berat mata Lisa memandang, berat lagi dirinya menanggung malah hatinya yang bagai diparut itu bagai diramas-ramas dalam duka yang sudah hampir memamah dirinya.

Lisa sekadar mengeluh. Inilah yang ditakutkannya sedari dulu. Kehadiran Ekmal Rahimi bagaikan memberi sejalur cahaya buat diri gadis itu yang seakan sirna lebih-lebih lagi bila teman lelakinya semakin galak menagih ruang dan tempat yang pernah dipersembahkan. Dia sedar Izzah bukan seorang gadis yang mudah mengungkap kata hati. Segala rahsia sekeping hati itu sudah pasti akan disorok pada satu ruang sudut paling dalam. Ah! Apa lagi ikhtiarnya untuk membantu temannya itu.

“Izzah, aku harap engkau tak marah dengan pertanyaan aku. Erm, engkau tahu ke yang Ekmal tu sebenarnya ‘Abang Dude’ dan punya seorang anak lelaki?” Teragak agak Lisa mengungkap kata. Bimbang andai luka yang telah sedia ada itu menjadi semakin kronik.

“Aku tak pasti Lisa. Aku pernah juga dengar berita tentang itu, tapi tak pernah pulak aku terfikir untuk bertanya pada Ekmal dan dia pun tak pernah beritahu aku. Dari mana engkau dapat info ni?” Soal Izzah inginkan kepastian. Memang dia pernah mendengar desas desis perihal perkara tersebut, tapi tidak pernah sekali pun dia menyuarakan pertanyaan pada Ekmal Rahimi.

“Rizal yang beritahu aku. Kebetulan waktu tu aku ada meeting, dan Rizal pulak terpaksa gantikan Ekmal engkau tu. Bila aku tanya kenapa Ekmal tak hadir, selamba saja Rizal kata mamat tu bawak anak dia pergi klinik sebab demam. Dari situlah aku jadi private investigate… menyiasat tanpa perlukan arahan. Satu lagi yang aku nak beritahu engkau. Menurut kata Rizal, anak si Ekmal tu tak berapa suka dengan ‘pompuan gedik’ yang kini jadi tunang babahnya. Tiapkali Ekmal nak bawak dia jumpa ‘pompuan gedik’ tu tiapkali gak lah anaknya akan beri macam-macam alasan.” Terang Lisa tanpa dipinta.

Izzah terdiam. Tidak mahu memberi sebarang komen pada apa yang disampaikan oleh temannya itu. Melihatkan tiada sebarang reaksi dari gadis itu, Lisa akhirnya terpaksa akur. Izzah hari ini bukanlah mudah dilembutkan dengan pujukan. Dia tahu, gadis itu tetap tidak akan mempersetujui cadangan yang telah diutarakannya tadi.

“Izzah, engkau tak nak makan ke?” Lisa masih mencuba untuk keterakhir kalinya. Perut yang sudah berberapa kali berkeriok melemaskan dirinya. Sedari pagi dia tidak sempat menjamah sebarang makanan lantaran terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mana mungkin dia mampu menahan rasa lapar yang bagaikan sudah melepaskan sekawan cacing-cacing untuk menggigit usus perutnya.

“Erm okey lah. Aku tak kan paksa engkau kalau engkau tak nak. Aku pergi dulu yer. By the way, engkau nak aku tapaukan apa-apa untuk engkau ke?” Tanya Lisa. Wajah Izzah ditatapnya. Gelengan kepala gadis itu mengiringi keluhan yang terluah dari ulas bibir Lisa. Bagaikan putus ikhtiarnya untuk memujuk temannya yang masih dalam kepompong luka dan duka.

“Jangan asyik nak alas perut engkau tu dengan biskut bercicah air Ribena saja Izzah. Walaupun perut engkau tak protes, tapi ianya tidak baik untuk menjana kesihatan engkau ke arah kebaikan. Aku tak mahu tak mahu engkau sakit bukan sebab tak nak temankan engkau kat wad, tapi aku tak mahu orang lain terus diulit kegembiraan dan bahagia dalam sengsara yang engkau tanggung sendirian. Apa pun aku tetap rasakan Ekmal harus bertanggung jawab dan sama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Aku keluar dulu.” Lisa berlalu meninggalkan Izzah yang masih tega bermain dengan bucu tudungnya. Dia tahu Lisa risaukan keadaan dirinya.

Langkah temannya sekadar dihantar dengan pandangan lesu. Tanpa sedar sebuah keluhan berat akhirnya terlepas jua. Dia termenung. Itulah salah satu dari aktiviti terbaru yang kian tersenarai dan mendapat tempat dalam carta hidupnya yang sudah banyak berubah dan terubah. Sedang gadis itu leka melayan menung yang entah berpaksi di mana, telefonnya mengalunkan bait lagu ‘KAU YANG SATU’ dari kumpulan WOW. Tersentak Izzah, tanpa melihat terlebih dahulu gerangan nama yang tertera punat hijau di tekannya. Dia tergamam sendiri bila mendengar sekudus suara yang sudah agak lama tidak didengari dan cuba dihindari. Ah! Apa yang harus dilakukannya kini….. memutuskan talian atau membisukan diri, tapi mana mungkin disatukan dengan package menulikan pendengaran. Izzah dicengkam keresahan.

Wednesday, October 24, 2007

Rutin yang sudah mula TERSASAR

PANGGILAN PAGI hari sekitar jam 07.30 am sebelum menyentuh tugasan atau assignment rasanya sudah lama tersasar…. Tidak seperti waktu-waktu yang telah dilalui dulu… kini… panggilan bagaikan sekadar mengisi keluangan atau kelapangan waktu…. Erm kenapa yer…. Adakalanya hati bagai menjerit…. Bila sesekali diasak dengan keperbagaian andaian yang menerjah… Apapun menzahirkan pada ucapan, rasanya tidak sekali-kali….. tambahan pulak ianya bukan satu deal yang telah ditetap waimah wajib untuk dilaksanakan dalam satu persetujuan…. cuma aku bagaikan kehilangan… tercari-cari semangat yang terbang entah ke mana pada kebiasaan yang sudah jadi terbiasa…. Jika dulu, mengapa akal dan minda pandai sahaja mencari formula… jika panggilan tidak mampu direalisasikan, kaedah yang satu ini pasti tahu bila untuk mengambil tempat sebagai pengganti… SMS… titipan itu pasti akan terbias pada skrin bisu yang mampu melenyapkan segala rasa mengacah. Kini…. Ermmmmm tah lah…. Apakah aku ni yang terlalu banyak songeh…. Meminta tanpa suara…. Penggunaan dan mempergunakan silent language yang mencemuihkan pada yang faham akan tafsirannya….. Apapun satu yang masih kekal hingga ke saat ini… PANGGILAN PETANG sebelum menutup hari yang dilalui masih tetap setia… Apakah ianya juga mungkin sedang menanti saat untuk BERUBAH DAN TERUBAH…. ENTAHLAH……..

Sebuah Kenangan......

Semalam seperti juga hari-hari terdahulu, aku sampai ke rumah tepat jam 10.30 malam…. Erm sama seperti keadaan yang pernah aku alami, pandangan along tetap disasarkan ke wajah selamba kodok yang ku pamirkan. Tahu, sure dia tak puashati dengan tingkah ku itu. ‘Lepas mandi dan solat, cepat turun’ bersahaja pesanan yang terlontar ke pendengaranku mengiringi langkahnya menghilang ke ruang dapur. Entah apa yang dibuat, aku malas untuk bertanya. Badan yang lesu ditambah dengan fikiran yang tidak menentu menjadikan aku insan serba malas tika itu. Selesai melaksanakan segala tuntutan yang sepatutnya ku berikan terhadap diri dan tanggungjawab, aku masih bersantai dikatil. Bukan tidak ingat akan pesanan along sebentar tadi, tapi aku harus persiapkan diri dengan segala bentuk soalan kiranya aku bakal ditembak dengan tornado persoalan darinya. ‘Mak Chu, walid panggil.’ Jeritan anak buahku menyentap terus segala layanan emosiku. Pintu ku kuak lantas memboloskan diri melangkah untuk mengadap ‘TUAN BESAR’ yang pastinya sedang menanti kehadiran ku. Ah! Apa pulak agenda yang bakal berlangsung kali ini. ‘Tolong buatkan jus amra’ Seplastik buah KEDONDONG a.k.a AMRA kini beralih ke tanganku. Bulat mataku merenung wajah sipemberi titah. ‘Mana dapat… tak kan malam-malam nak minum jus ni. Sat gi sakit perut tak pasai ja. Esok tak boleh ke?’ Aku beralasan untuk mengingkari perintahnya.Bukan itu sebenarnya, tapi aku seakan tidak sanggup. Jus buah Amra adalah salah satu minuman kegemaran arwah kedua ayahanda dan bondaku sekali gus menjadi minuman kami sekeluarga. Tiap kali pulang ke kampung, pasti pokok kedondong akan aku ziarahi untuk mendapatkan buahnya sebelum mengisar menjadi jus. Kini along menghulurkan padaku dengan satu permintaan yang payah untuk aku laksanakan. Erm! Apa sebenar motif along menyuruh aku menyediakan diwaktu sebegini. Hati yang sudah sedia hiba semakin di gigit sendu.’Tadi Hadi mai di rumah hantaq. Nak tunggu esok, tak tau pulak pukui brapa orang tu balik. Erm tak pa lah, kalau adik tak mau tolong kisar, along buleh suruh Yana buat. Elok juga supaya dia boleh belajaq.’ Aduh along! Pedihnya kata-kata yang dilontarkan. Aku sekadar tunduk merenung lantai yang tiada sebarang cacat celanya. Mahu tak mahu kaki ini melangkah juga. Tak sampai 20 minit, apa yang along pinta ku hulurkan. Dia sekadar meneguk sedikit kemudian terus memfokuskan perhatian pada bahan bacaannya sedang aku…. Ah! Terlalu payah untuk menzahirkan apa yang semakin menikam sekeping hati. Pohon kerinduan pada papa dan mama yang semakin merimbun kembali menyelimuti sekujur perasaan yang sudah lama terdera. Pantas ku hayun langkah menapak ke bilik. Aku tahu birai mataku sudah teracah dan bila-bila masa sahaja gerimis ini bisa bertukar menjadi bah lantas gah membanjiri pipiku…… sudah pasti aku tidak mahu along atau sesiapa sahaja menyaksikan dan kamar peribadi ku adalah sebaik tempat melerai dan melepaskan segala yang selama beberapa hari ini cuba ku pahatkan didasar hati yang paling dalam…. Ah! Papa… Mama…. Hingga bila aku mampu menahan badai rindu yang sesekali mengamuk dilautan perasaan ini…….

Erm dah terlewat la......


Just nak buat wish kat budak comel dan cute ni sempena besday dia yang dah 3 hari berlalu..... hehehehehe apa pun tak kisahlah kan, at least AUNTY.... eh! awat rasa semacam je guna gelaran tu..... TAK BEST LANGSUNG..... rasa cam dah TUA sesangat.... key for the cute and comel boy... HaPpY BeLaTeD BeSdAy Mak Chu ucapkan..... moga semakin cute dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuamu....... Psssttttttt dah dapat ke hadiah yang babah janjikan tu....... kalau belum, Mak Chu cadangkan cari je kat Toys R Us... kat sana kan macam-macam ada.... sure best punya.... Apa pun HaPpY B'lAtEd BeSdAy key.....

Tuesday, October 23, 2007

Erm 2la... Gatal mulut lagi….

Sekarang ni kat office aku tengah hangat dengan issue baru… The 2007 Biennial Dinner bulan depan… bukan apa…. Iyerlah every two years event ini akan disambut dengan keperbagaian tema mengikut otak orang yang menjadi organizer tu….

Semalam pun aku dah dengar dari member aku yang dia dipilih secara paksa untuk menyertai gengs lain untuk acara FASYEN SHOW… WOW! Sure Glamour giler member aku tu dan sudah tentu aku akan tumpang gumbira serta bahagia coz orangnya tak lain dan tak bukan adalah SAHABAT BAIK aku sendiri merangkap dan menangkap segalanya istilah kawan yang ada dalam kamus global dunia sekarang.. cumanya aku cam tak berapa nak yakin yang minah sorang ni boleh menseriuskan wajah dan tingkahnya…. Aduh Trisya….. bagaimana kalau ko dok gelak-gelak masa tengah buat CAT WALK nanti…… apa pun kalau dia boleh mengawal keseriusan itu, aku adalah orang pertama yang akan surport dia untuk acara tu nanti. Bagai melayang kejap minda aku ke satu situasi yang masih belum terzahir pada reality…. Mesti cantik Trisya waktu tu sebab dia ni memang memiliki ketinggian yang diperlukan dalam ketegori MODEL sekarang…. Namun malam tadi aku terima sms dan bagai sudah ku jangka… ‘Mir! Aku dah cakap ngan adik ko tu… aku nak tarik diri.. tak nak memalukan diri berjalan terliuk-liuk cam orang tak cukup bulan kat atas pentas….. ‘ Akhirnya keputusan yang disuarakannya tika menjamah makan tengahari semalam sudah direalisasikan… aku sekadar tersenyum… mengerti sejauh mana keupayaan teman baik aku tu dalam mengontrol tawa dan gelaknya… Trisya… Trisya…..

Masa lunch tadi committee untuk majlis penuh prestaj itu bertenggek dan berbincang ditempat aku untuk staff di bahagian tax membuat persembahan. Waktu tu aku tengah best mangadap biskut bercicahkan air ribena, tah kenapa mulut aku ni gatal beri cadangan [sebabnya cadangan yang depa buat cam tak best je.. tak sudah ngan nak menari dan sketsa yang asyik nak membanggakan company…. Uhuuuu cam tak ada perubahan dan idea baru je… ] Aku cadangkan depa buat taridra… Tarian + drama… dan lagu Mentera Semerah Padi + Ulek Mayang jadi lagu pengiringnya …. Aku teringat sebenarnya waktu aku terlibat dalam program pertukaran Belia Antarabangsa sewaktu alam study dulu dan itu lah yang kami buat untuk present Malaysia di mata dunia.. cewah… ha! Jangan tak percaya…. Aku yang cam Gozila Malaya ni pernah terlibat dengan tarian…. Hehehehehe… tapi waktu tu aku ni bak kata cek CT, REBUNG lah lagi… sekarang ni dah jadi BULUH MERIAM….. waktu tu kami gabungkan kebudayaan yang ada di Negara kita…. Permainan Wau bulan,Gasing, tarik upih dan pancak silat digandingkan untuk memantapkan persembahan bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Di samping itu untuk menjadikan ianya bertambah best, kami juga telah mengadunkan bersama perubatan menggunakan ulek pinang… Ha! Korang tahu tak macamana… ala kalau ada lagu Ulek Mayang sure acara tu ada… boleh kata cam cerita di dalam tarian lah aceknya…. Dan nak tahu, persembahan kami tu telah mendapat sambutan yang cukup hangat dari delegasi negara-negara lain…. malah kami terpaksa ulang tari semula bagi sessi rakaman untuk disiarkan dalam program MHI…. Hehehehehehehehe.. aduhai saleha.. banggonyo makcik….. dalam keterujaan aku menstorykan pengalaman lampau, aku tak sedar sebenarnya aku dah menyediakan ruang jerutan tali gantung buat diri aku. ‘Kalau macam tu, apa kata kita suruh Mir yang ajar.. iyerlah since dia yang terlibat dalam acara tu dulu… for sure tak jadi masalah pada dia yang lebih arif dari kita yang tak tahu ni kan.’ Aduh! Terjelepuk rasanya jantung aku gugur…. AKU disuruh mengajar depa…… Dah ilang akal apa ke…. Yang lain dah mula senyum-senyum.. dan tah kenapa boss aku pulak sesuka rasa masak kicap je menyampuk… 'Ya lah… I thing you should join them on behalf of our division. At least we have sumone in that night…..' Lagi bertriple lah rasa yang bukan lagi tiga rasa cam ikan yang aku makan semalam, tapi tah berapa puluh juta rasa dok ada la ni… Isyyyy tak nak la aku…. ‘Ala sorry lah…. Sebenarnya bunga tari tu pun I dah lupa….tak boleh nak recalled semula…' hahahhaahaa alasan yang kureng bernas dan tak munasabah, tapi peduli apa aku….. Tak Nak La aku…… akhirnya committee team bla dari meja aku sambil tersengeh-sengeh… ‘Mir, kami rasa cadagan awak tu boleh diguna pakai dan bersedia untuk tindakan seterusnya…’ Ceh! Sempat lagi….. kutukku di dalam hati......

Monday, October 22, 2007

Ingat ke.....

Erm kenapa aku tak masukan sebarang N3 sepanjang Syawal tempohari… sebabnya tak ada sebarang kenangan yang menarik atau indah yang mampu aku kongsi dengan korang. Kenangan yang masih terpahat di ingatan tak lain dari pada kesedihan sekeping hati yang bagai telah diparut ke dalam mangkuk duka dan luka. Erm nak kata apa kan… sebab tu lah aku tak mahu masukkan sebarang N3 berkaitan dengan Syawal coz ianya sekadar menghoribblekan diri dan keadaan aku sejak malam hingga lah berlarutan sampai aku mengakhiri cuti. Sekejap okey… lama aku K.O.. Macam gak sebikut yang selalu aku sumbat kan ke dalam perut bila terasa lapar…. Dah… drop je topic tu… sat ni mahu pulak banjir workstation aku ni kalau citer dan gebang lebih-lebih…

Well.. sebenaqnya aku masih didakap ke confiusan dengan sikap aku sendiri… Awatlah aku ni jadi seorang penghitung…sejak bila pulak aku seakan menguasai bahasa figure …. Menghitung kehadiran tarikh yang hanya aku sorang aje yang sibuk…. Apa pun entahlah…. Memang dari semalam lagi aku rasa cam nak abaikan aje… buat tak kisah dan tak tahu seolah tarikh hari ni langsung tak wujud atau kalau wujud pun tak memberi sebarang pengertian khusus buat aku… ala cam tarikh-tarikh yang lain juga lah…. Sebab tu la aku halang naluri yang seakan meronta agar aku titpkan email via sms seperti mana tibanya tarikh-tarikh yang telah sudah. Saja nak lihat sejauhmana kepekaan ORANG KAT SANA a.k.a DIA terhadap apa yang aku rasa. Pagi ni naluri dan hati aku bagaikan sepakat untuk tak mahu terima usul yang aku buat malam semalam…. Ditolak mentah-mentah tanpa sempat ditenggekkan di atas tungku pertimbangan…. Aku harus menitipkan email untuk wish DIA sepertimana yang lazimnya aku lakukan. Namun hari ini aku berjaya mengawal keadaan dengan tidak menitipkan sebarang wish pada orang yang terlibat meskipun tadi kami dah keluar lunch sama-sama dan aku bangga sebab at last aku berjaya seret Trisya untuk turut sama. Sebenaqnya dah lama aku nak temukan sahabat baik aku tu dengan DIA yang selama ini just bertentang suara dan menadah telinga dengar cerita dari aku sahaja. Hari ni… YES… depa dapat bertentang pandang pulak…. dan sepertimana yang aku jangka, Trisya punya persepsi tersendiri terhadap dirinya yang buatkan aku terjebak dan terpenjara dalam rasa serbasalah… CEH!Hampehkelapa.com tul……

Erm betul ke…. Sesuatu tu tak semestinya dizahirkan… yang penting INGATAN itu tetap ada…. cuma maybe kesukaran melafaz kata menjadikan ianya sekadar berlegar dihati dan minda… Tapi terkadang dalam sesetengah situasi, rasanya ungkapan itu perlu juga dizahirkan walaupun hanya sebaris ayat…. Maybe bagi sesetengah orang rasa cam ala… perkara remeh je tak penting pun…. Lebih-lebih lagi bagi LELAKI, namun bagi aku sebaris ayat yang terungkap itu sudah cukup memberikan seribu malah berjuta-juta makna dan pengertian…. Tapi erm tak kan kita nak paksa pulak kan… segalanya perlu lahir dari keikhlasan yang datangnya dari dalaman kita sendiri…. So Mir…. Jangan dok berharap sangat…. Just take it easy… kalau DIA dah kata INGAT akan peristiwa disebalik tarikh 22hb yang hadir hari ni… So.... terimalah seadanya….. usah sesekali meminta lebih dari apa yang mampu dan mahu disedekahkan…. Sebaliknya bersyukur justeru hingga kini DIA masih mampu memperuntukkan seberkas kesabaran dalam menghadapi kerenah dan tingkah dari engkau yang berbagai ini….. Dah lah… pujuklah hati engkau sendiri… tak salah kalau engkau buat apa yang telah engkau lakukan seperti mana dibulan-bulan yang telah lalu……


Erm… eh! Banyaknya aku guna perkataan ERM… hehhehehehehhe next Monday office DIA buat non-official function untuk Jamuan Hariraya…. Actually untuk STAFFs aje lah... tapi dari sebelum raya lagi DIA dah maklumkan pada aku… dan dah menginvite aku untuk hadir bersama…. Memandangkan DIA macam tahu-tahu je yang aku ni minah gabra… dia suruh aku seret SiTrisya sama.. malangnya Trisya pulak terpaksa mencutikan dirinya untuk satu perkara yang tak boleh dielakkan… So on that date and day, tinggal aku sorang-sorang…. Erm apa keputusan aku… PERGI atau TIDAK….. sekali lagi kata-kata temanku memenjara diri…. He really want you to be there…. Kalau selama ini DIA sedaya mampu memenuhi apa yang engkau inginkan, mengapa permintaannya yang satu ini tak mampu engkau penuhi. Lagi pun bukan DIA suruh engkau masak… just go there and eat…. dan lagi DIA pun dah setuju kan untuk penuhi satu lagi permintaan engkau supaya DIA mengayakan SEPASANG BAJU MELAYU pada hari tersebut… Kan engkau juga yang nak sangat tengok DIA pakai SEPASANG BAJU MELAYU..... Sure DIA akan kelihatan segan bergaya dan akan buat engkau... hehhehehehee..... ayat tu ko fikir sendirilah ekk.... ;-) So apa lagi Mir…. This is the time for what you want to see from him. Think about that…. Don’t be selfish dan sesekali cubalah buat DIA rasa gembira dan bahagia dengan memenuhi apa yang DIA minta dari engkau……Tak salah rasanya kan….. Aduh!... aku benar-benar teruji dan iuji…… Apa keputusan aku………PERGI atau MENGHINDAR dan MELARIKAN DIRI…….

Friday, October 12, 2007

1 Ucapan..... tanda ingatan dan kasihmesra.....



Esok kita semua dah nak sambut hariraya kan... tak kira walau apa jua situasi yang bakal kita rasa, tapi kita tepat akan melalui satu fenomena yang sama... suka atau duka... ria atau hiba.... segalanya dihadapi dalam persepsi yang berbeda.... So kesempatan yang masih bersisa, aku just nak gunakan sebaiknya..... sebab hari ni aku masih berada di office sebagai penunggu setia... masih merangka destinasi persinggahan sementara biarpun aku tahu dan ingat akan pesanan dari SI DIA agar aku jangan nak mengada-ngada dan pergi ke mana-mana.... sambut Syawal bersama keluarga tercinta tapi kekuatan ku sudah semakin rapuh walaupun harapanku agar ianya akan bersatu biarpun untuk seketika cuma....

Selamat Hariraya Aidilfitri
Ampun dan maaf andainya

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang ter dan tak disengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kat telinga
Terhantuk sesama kepala
Terpinjam hata benda
Termoody x semena-mena
Terumpat tak tentu masa
TerMACAM-MACAM la yang sewaktu dengannya

Moga di maafkan lah di hari yang mulia
Sebab tak pasti bila kita akan bersua
Hanya doa di pohon dari yang Esa
Masih ada kesempatan dan esok untuk kita semua
Meneruskan uquwah kemesraan yang telah terbina

Hingga sampai ke penghujung nyawa........


Thursday, October 11, 2007

Dah Sampai pun.....

Jam 7.26 am, aku terima satu sms…. ‘Baru tiba kat Bukit Gantang. Hujan sikit’. Aku sekadar mampu mengucapkan Syukur ke hadrat Illahi, setidak-tidaknya ¾ dari pada perjalanannya sudah sempurna. Hanya tinggal suku jarak sahaja lagi dan kalau tiada aral melintang, lebih kurang jam 10.00 pagi nanti pasti DIA akan selamat tiba ke destinasinya… SP. Doa dan harapanku semoga perjalanannya akan di lindungi InsyaAllah.

Hari ini aku masih di office. Suasana sudah mula bertukar. Kemeriahan menyambut kehadiran syawal yang semakin dekat sudah mula terasa. Semalam pun sudah ada members yang mula bercuti. Sessi bersalamanan untuk bermaaf-maafan tentunya berlangsung. Berlaga-laga pipi bagaikan satu kemestian…. Erm aku pun tak ketinggalan. Pada teman-teman yang secara tidak langsung bagaikan KAKAK buatku, mudah sahaja aku ditarik ke dalam pelukan. Berlaga-laga pipi dan pastinya kristal jernih akan meniti di tubir mata. Sedih dan sebak datang biarpun kami sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa. Mungkin jalinan kemesraan itu yang membuatkan hati mudah dipagut rasa yang sukar dinyatakan pada sebuah pengucapan. Malah semalam juga aku sempat bertemu DIA walaupun tidak sempat mengucap dan memohon kemaafan secara terus. Mungkin terkejut dengan berita yang dikhabarkannya membuatkan aku jadi SPEECHLESS. Hanya mendengar DIA memohon maaf zahir batin andai terdapat kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan sepanjang persahabatan antara kami. Well! Aku dah maafkan sedari awal lagi, walaupun hakikatnya insan sebaik DIA tidak pernah punya sebarang kesilapan jauh sekali kesalahan terhadap diriku.

Jam 09.43am aku received called dari DIA. Erm dah selamat sampai dan kini sibuk kat pasar… tak tahu lah DIA yang sibuk atau just tengok orang lain yang sure sibuk beli juadah untuk Syawal nanti. Apa pun tak kisah, yang penting DIA dah tiba dengan selamatnya.Itu dah cukup buat aku rasa lega. Sempat gak aku beritahu apa yang aku nak beritahu dari semalam yang sekali gus membelenggu dirinya dalam tandatanya.’Nanti pagi raya, pakai baju raya kan… boleh tolong tak… amik gambaq masa pakai baju melayu tu… ‘ DIA dah memuntahkan tawa yang sekaligus memblusherkan kedua pipiku dengan tone kemerahan menahan rasa malu. Isy awatlah aku habaq kat dia…. Sempat aku mengutuk diri… ‘La itu ke yang nak habaq dari semalam…. Don’t worry… I will take it… kalau nak tengok life pun boleh, but when I’m coming back lah… on 29 October… ‘ ucapnya dalam tawa yang masih bersisa. ‘Tak pasti lagi samada nak pi ke tak majlis tu’ ucapkan perlahan. Macamlah aku ni berani sangat nak pi office dia walaupun atas undangan rasmi untuk majlis Rumah Terbuka yang akan diadakan oleh officenya itu. Mahu ketak seluruh tubuhku…. Isyyyy tak kuasa aku…. DIA tertawa lagi sebelum memohon diri untuk mengakhir perbualan kami, tapi sempat lagi berjanji yang belum pasti akan ditunai dan tertunai…’I’ll call you again later.’ Erm…. Boleh pegang ke janji dia ni…. Tapi so far dia tak pernah mungkir akan janji yang dah diucapkan lebih-lebih janjinya pada aku… Sedaya mungkin DIA akan cuba untuk menunaikan kecuali kalau DIA benar-benar tidak berkemampuan untuk mengatasi keadaan diluar jangkaannya….. Erm… tak pe lah… aku akan cuba faham situasinya kat sana….

Sekarang aku tengah fikir pasal aku… KEMANA dan DI MANA destinasi yang akan aku tuju… teringat satu voicemail yang singgah di phone ku petang semalam….

“I tak tahu dan tak pasti apa yang terjadi tadi, I try to called banyak kali, but you not pick up your phone… I hope you didn’t do what ever plan yang you beritahu tadi. Berayalah dgn family… that’s what I’ll really hope from you. Key… Selamat hariraya dan I minta maaf sekali lagi. Jaga diri baik-baik Assallammualaikum…..”


Voicemail yang seakan memaku langkah sekali gus mematikan tindakanku seterusnya. Aku tahu DIA masih risau dengan situasi yang aku hadapi kini malah kemuncak dari segala itu akan berlaku pada malam 1 Syawal dan pada Pagi Syawal itu sendiri…. Aku masih menyoal diri… KUATKAH AKU UNTUK MENGHADAPINYA…. TEGUHKAH SEMANGAT DALAM DIRI UNTUK TERUS MELALUINYA ATAU BAKAL KECUNDANGKAH AKU DALAM LAUTAN TANGISAN YANG ENTAH DI MANA PANTAI PERSINGGAHANNYA…….

Tuesday, October 09, 2007

Pengiraan Detik

Malam tadi sudah pun berlalu malam yang cukup sinonim dengan panggilan’MALAM 7 LEKUR’. Bermakna tinggal lagi 3 hari sahaja lagi sebelum seluruh ummat MUHAMMAD akan bergembira menyambut Syawal yang pastinya sudah mengintai di celah Ramadhan. Teringat kata-kata arwah papa… 'Kegembiraan menyambut Syawal berlainan buat setiap insan.. ada yang gembira kerana keseronokan dunia,tapi kegembiraan sedemikian tidaklah digalakkan. Ada golongan yang gembira justeru mereka telah manfaatkan setiap waktu dalam bulan Ramadhan dengan beramal dan meningkatkan keimanan dengan bersungguh-sungguh. Maka kegembiraan menyambut Syawal pasti akan teriring dengan kesedihan lantaran terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan… maka kegembiraan sebeginilah yang seharusnya disemai dan dipupuk dalam jiwa tiap insan.' Aku pulak dalam kategori yang mana…. Puas aku renung dicelah kesibukan yang masih lagi sengaja ku biarkan membelenggu diri…. Rasanya sepanjang Ramadhan tahun ini, aku jarang dapat berjemaah dengan along.. .aku dengan cara ku…..lantaran kelewatan yang entah aku sengaja atau mungkin benar kerana tuntutan tugasan yang diamanahkan padaku.

Tadi rata-rata teman-teman sekerja sudah mula membicarakan pasal BALIK KAMPUNG. 'Eh! You balik mana… You balik bila… Berapa hari cuti… dan macam-macam lagi. Tiap perbualan pastinya berkisah akan Syawal yang bakal menjelma…. Aku just jadi pendengar… dan tiba-tiba… Ni Che mek sorang ni… bila nak balik Kedah? Kerja tu tak akan tahu istilah selesainya Mir… Akak tengok hang pun lately ni macam tak bermaya je… Kenapa… tak kan penat puasa kot…' Aku just sengeh je… tak memberi sebarang komen yang pastinya dinantikan oleh mereka. Untung juga tika itu, boss aku menyerahkan sumthing yang perlu ku bereskan untuknya. Sekali gus menyelamatkan diriku. Ya! Betul juga…. Bila aku nak balik kampung…. Atau aku tak balik… entahlah.. dalam situasi sekarang ni, minda ku gagal berkerjasama dengan hati dan perasaan… aku tersepit diantara dua kemahuan…. Kalau aku balik, dah pasti jiwa aku akan seluka lukanya dalam derail airmata.. dan kalau aku tak balik pun, situasi yang sama pasti berlaku…. Jadi apa keputusan aku…. Hingga kini aku masih TAK TAHU….

Awal pagi tadi aku terima satu sms…. ‘Just to let u know, confirm saya balik SP pagi khamis…. Cuti diluluskan.’ Aku just pandang dan baca than hanya sepatah kata yang ku reply ‘ERM’.. aku sendiri tidak pasti apa maksud yang ingin ku hantar padanya. Apa pun aku yakin DIA sure happy nak balik SP… dapat jumpa ayah dan mak yang dah lama tak jumpa.. dapat berpuasa sehari dan mengadap juadah berbuka puasa bersama dan kemudian sama-sama buat last preparation sebelum tibanya Syawal…. Ah! Bestnya…. Bagai terbayang kenangan tahun lalu…. Dan siapa sangka itu merupakan kenangan terakhir buat diriku bersama papa dan mama… tahun ni… nak sentuh bahan-bahan buat kuih pun rasanya kristal jernih ni yang dulu menyentuh pipiku…. Malam tadi kak long bagai memujuk agar aku buat biskut coklatchips… tapi aku tetap buat sardine dan akhirnya kak long mengalah… pagi tadi aku lihat ada dua bekas balang berisi kuih makmur… entah bila kak long buat, aku pun tak tahu… apa yang aku buat semalam…. Erm just berkurung dalam bilik membiarkan HUJAN membasahi pipi….. masih payah rasanya untuk aku menggenggam satu kenyataan yang tiba-tiba hadir….

Key lah… Buat semua pengunjung Istana kaca ku ini… Salam Lebaran dari kejauhan ku titipkan… Jemari ku susun memohon jutaan keampunan dan kemaafan atas segala ketelanjuran kata dan bicara lewat perbualan kita…. Semoga kalian semua berbahagia hendaknya menyambut Lebaran ini dan sentiasa beroleh kesejahteraan selalu. Pada yang pulang ke desa, selamat meneruskan perjalanan. Aku doakan agar kalian selamat tiba dan selamat juga pulang ke rumah nanti.

Buat DIA yang bakal memulakan perjalanan hari Khamis nanti, drive carefully…. Hanya doa yang mampu aku iringkan semoga perjalanannya dilindungi dan bergembira hendaknya disamping keluarga tercinta dan orang-orang tersayang…. dan yang penting jangan rosakkan kemeriahan dan keseronokan Syawal hanya kerana terfikir akan diri aku yang belum tahu akan berada di mana…. Ampun dan maaf aku pohonkan justeru sepanjang perkenalan ini aku sudah terlalu banyak menyusahkan dan merompak sebahagian dari waktu santai yang selama ini menjadi hak milik kekalnya dan aku tetap akan ingat pada DIA…….

Monday, October 08, 2007

Aku Menghargai Segalanya....

Aku diulit rasa terharu… dalam aku menghadapi dugaan ini, rupanya aku tidak sendirian. Aku masih punya sahabat yang masih sudi mendengar rintihan dan esak tangis dalam sendu yang sukar ku tahan… Ah! Seharusnya aku bersyukur justeru aku masih punya mereka yang rapat denganku… yang benar-benar ikhlas berkongsi derita sekeping hati dan airmata yang sudah acapkali tumpah lantas bah di pipi…. Tak mampu ku balas segala kebaikan yang dihulurkan pada ku… biarpun aku sedar, sokongan dan keperihatin itu mungkin bersulamkan simpati dan belas, tapi dalam situasi aku sekarang ini, sememangnya aku perlukan kekuatan dan semangat yang disokong oleh insan lain….

Awak ingat dua sms ni…. Awak pernah titipkan pada saya sewaktu saya menghadapi saat gawat dalam hidup dan kini saya pulangkan semula pada awak. Saya harap ianya dapat beri ruang untuk awak merenung seketika mengapa segala dugaan ini diberikan pada awak.

‘Biar rebah usah berubah. Biar terluka dan kecewa namun jangan persoalkan mengapa semua ini takdir dari yang Esa. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Semakin dekat bahtera kita kepada Allah, semakin kuat badai melanda. Hidup harus tabah bertunjangkan Iman dan Amal kepadaNya.’

‘Hidup akn diuji, tpa ujian keimanan xkn teserlah. I2 tanda Allah syg. Tpa ujian kita xkn knl mana kaca & pmata. Hny ksbrana & keimanan dpt mlpsi smuanya. Tbhkan hati’


Dan yang ini saya tak tahu dari mana saya dapat. Rasanya sesuai untuk saya hadiahkan pada awak dan saya harap awak akan ingat bahawa awak tidak sendirian dalam mengharungi semua dugaan ini…. Awak masih punya saya dan sahabat-sahabat yang lain serta yang paling utama awak masih punya keluarga dan saudaramara yang pastinya masih terlalu sayang pada awak… jangan biarkan kedukaan dan kesedihan membelenggu diri awak selamanya. Menangislah kalau perlu. Biar terluah segala yang mencengkam dan meramas perasaan awak. Moga selepas ini airmata awak tak akan mengalir lagi dalam sebuah kenangan yang pastinya tak mungkin akan awak lupakan.....

‘Benteng yang paling kuat bagi seorang wanita adalah ketabahannya menghadapi ujian dan benteng itu juga yang mampu mengubah kepedihan menjadi kebahagiaan abadi dalam hidupnya.’

Cebisan bicara dari email yang aku terima dari kejauhan membuatkan hati aku benar-benar tersentuh…. Betapa dalam tidak aku sedari, aku sudah menyusahkan orang lain... membawa mereka sama-sama dalam kancah kebimbangan terhadap diriku. Apa pun buat semua... tiada yang mampu ku ungkapkan selain dari jutaan terima kasih. Sesungguhnya aku amat menghargai segala yang telah dilakukan buatku.....

Al-FATEHA......

1 Takdir 1 Ketentuan….

Al-fateha buat kedua insan yang amat aku sayangi…. Ayahanda Haji Shaari dan Bonda Hajjah Siti Zahleha yang telah dijemput Ke Sana…. Biarpun berat dan payah satu ketentuan dalam takdir yang telah tersurat ini untuk aku terima, namun sebagai insan kerdil, siapa aku untuk mengatakan TIDAK… malah siapa aku untuk mempersoalkan segala perjanjian dalam sebuah kehidupan….Jua siapa aku untuk bertanya mengapa dugaan dan ujian sebegini berat harus aku terima di saat akhir-akhir Ramadhan ini…. Aku tidak berkemampuan untuk melakukan sedemikian, malah aku tidak boleh mempersoalkan semua itu….. Dalam pasrah yang cuba ku cantum dari carik-carik kekuatan yang sudah lama berkecai, aku merenda sebuah keredhoan pada sekeping hati yang dimamah pilu dan sendu…..Aku cuba menerima segalanya dalam sabar yang entah dimana paksinya. Aku sedar.. kehadirian di sini sekadar satu persinggahan sementara… Biar sederas mana air mata ini mengalir… aku tidak mungkin dapat menolak segalanya…. Takdir sudah tersurat dalam sebuah ketentuan…. Kedua insan yang amat aku sayang sudah tiada lagi…. .tempat untuk ku bermanja tiada lagi di sini…. Walaupun pemergian mereka bagai membawa sebahagian dari kekuatan dan semangat ku, namun kehidupan ku di sini belum berakhir… aku harus meneruskan segala yang masih tersisa, cuma aku tidak pasti bagaimana bentuk sebuah perjalanan yang bakal aku lalui nanti…. Kuatkah aku meneruskan langkah atau bakal tersungkurkah aku tiapkali cuba mengatur gerak… Entahlah…. Namun jauh di sudut hati, aku masih karam dalam tsunami yang masih membelenggu diri…..

Sedang insan lain ghairah menanti hadirnya Syawal, aku pula seakan cuba menghentikan peranjakan waktu…. Aku tidak tahu bagaimana keadaanku takala mendengar gema takbir yang bakal dialunkan….. Keseronokan untuk menyambut Syawal bagaikan tiada lagi buat ku… Tanah perkubutan mana yang bakal menjadi destinasi persinggahanku…. Pusara siapa yang harus ku ziarah…. Aku tak punya kesempatan sebegitu lantaran pusara kedua insan yang aku sayang berada jauh dari pandangan….. Yang pasti, kedua pusara itu tetap kukuh bersemadi di perkuburan sekeping hati milik anak yang sudah ditnggalkan sendiri bersama along dan angah yang tentunya selepas ini bakal mengambil alih tanggungjawab dari papa terhadap diriku….

SELAMAT HARI LEBARAN PAPA, MAMA…. AMPUN DAN MAAFKAN SEGALA KESALAHAN DAN DOSA YANG TELAH ADIK LAKUKAN SELAMA INI… HALALKAN TIAP TITIS KASIH SAYANG DAN SEGALA PERIT JERIH KALIAN MEMBESAR DAN MENDIDIK DENGAN PENUH KESABARAN YANG YANG TAK MUNGKIN ADA BATASNYA DAN TAK DAYA ADIK MEMBALASNYA. HANYA DOA YANG MAMPU ADIK IRINGKAN SEMOGA PAPA DAN MAMA SEJAHTERA DAN AMAN BERISTIREHAT DI SANA BERSAMA INSAN-INSAN YANG TERPILIH DI SISINYA……… ADIK RINDU SANGAT PADA PAPA DAN MAMA….

Buat Iman... thanks coz masih lagi betah menjadi pendengar pada sendu dan esak tangis ku.... thanks coz masih tega menyuntikan kata-kata semangat agar aku tidak terus hanyut dalam arus duka dan pilu..... sesungguhnya tak pernah pun sedetik waktu aku lupa dalam menghargai apa yang telah Iman korbankan selama ini. Namun maaf andai segalanya masih sukar untuk aku laksanakan.... masih payah untuk kristal ini bersatu tanpa pecah lantas berserak di pipi dan merobek hati yang sudah terbentuk dengan perbagai paten kesedihan.... Maaf Iman.... aku masih tidak bisa menjadi kuat dan tabah sebagaimana yang Iman inginkan dan maaf justeru aku masih lagi menyusahkan dirimu.....

Wednesday, October 03, 2007

Renungkan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Aku dapat email ni dari seorang insan yang entah aku pun tak pasti aku kenal ke tidak, tapi email darinya memang selalu sesangat menyeludup ke dalam mailbox ku. Apa pun aku suka nak berkongsi dengan semua pengunjung istana kaca ku... cuba kita renungkan bersama... Apakah Sebenarnya Kita ni KAWAN BAIK PADA KAWAN KITA atau KAWAN KITA JE YANG BAIK TERHADAP KITA....

KAWAN BAIK......

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik
Kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya,
bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


Amin Yarabbil Alamin.

Masih terDuga dan diDuga....

Bukan niat ku untuk mengemis simpati atau belas sesiapa…hanya bicara sekeping hati yang tidak ku tahu bagaimana untuk mengungkap…. Sedih bertamu tak mungkin mampu ku bendung. Kristal jernih ini tanpa signal akan pecah lantas berderai dan berserak di pipi. Aku tak mahu jadi sebegitu cenggeng dan lemah dalam menghadapi saat-saat begini, namun kudrat insani milikku ternyata masih tidak cukup kuat. Ah! Kerdilnya aku dalam menghadapi dugaan MU ini…. Semalam, along dan angah berjaga… aku teringat kata-kata Ustaz Shukri dalam Halaqah baru-baru ini. Mencari IA…. Di penghujung ramadhan ramai yang cuba mencari Lailatul Qadar… berjaga dan bermunajat pada allah moga dengan izinNYA akan bertemu malam seribu rahmat ini…. Tapi buat along dan angah, mungkin bukan itu yang ada didalam minda mereka. Aku lihat keduanya khusyuk dan tenggelam dalam mujanat dan mujahadah… aku tahu apa yang mereka pohon dan pinta… tak lain tak bukan hanyalah kesejahteraan buat mama yang sedang keuzuran di sana…. Dan aku pulak tidak mampu melakukan sebagaimana yang mereka lakukan… ‘Keuzuran’ diluar kawalan yang sedang aku alami ternyata membataskan segalanya… sekadar doa dan zikir yang mampu ku lakukan memohon agar mama kembali sihat. Aku yakin Allah tahu dan mengerti rintihan hati seorang anak seperti ku…. Dalam keghairahan seluruh umat Islam menanti kehadiran Syawal, aku dan keluarga diuji dan diduga. Kesejahteraan mama dalam genggamanNYA… semalam along dan angah sepakat untuk terbang berada di sisi mama. Kata papa, condition mama tidak ada perubahan. Demam panas secara mengejut yang dialaminya bagai merehatkan dirinya. Entahlah…. Doctor tidak pulak mengesahkan yang mama sedang berada dalam KOMA, sebaliknya mungkin roh mama yang keluar masih tidak pulang pada jasadnya membuatkan mama masih diulit lena yang panjang. Bila berada di bumi suci itu, berbagai perkara mampu terjadi dan ada diantaranya tidak terjangkau dek akal yang sejengkal.Aku nak sangat berada di sisi mama tapi keadaan tidak mengiiznkan lantas membuatkan aku terpaksa akur dengan segalanya. Namun jauh di dasar hati, jiwaku merintih dalam tangisan…. Sedihnya tak dapat ku ungkap… hanya sesekali terzahir dek deraian kristal jernih di pipi.

Tadi along sempat menghubungiku sebelum berlepas… menitipkan pesanan.. walau apa pun situasi yang bakal kami sekeluarga hadapi, hidup yang masih bersisa harus diteruskan. Dugaan dan ujian yang allah turunkan harus kami terima dan tempuh dengan redho dan pasrah…. Along tak mahu aku terlalu ikutkan perasaan dan yang penting aku jaga kesihatan yang sudah terbias dimatanya mula teracah ketidaksejahteraan. Malah mengingatkan agar aku pulang awal sepanjang ketiadaan dirinya dan angah supaya aku mampu berbuka dengan sempurna biarpun dalam ‘Keuzuran’. Berkecai kembali krital jernih di pipi ku… walau cuba ku tahan, esak tangisku akhirnya kedengaran jua…. Sebak rasa dada mendengar kata-kata along. Ku fikir along tak perasan akan keadaan itu memandangkan antara aku dan along bagaikan sedang berada dibawah lembayung ‘Perang Dingin’. Rupanya aku silap… along masih lagi jadi pemerhati akan adiknya yang seorang ini. Sangka ku, along sudah tidak perdulikan aku gara-gara kelewatan ku pulang dari pejabat hampir saban waktu.. Aku sedar, along masih sayang dan pastinya risau dengan keadaan ku. Namuni aku tak mampu untuk melakunkan drama sebabak yang aku adalah adiknya yang tabah dan kuat….. bimbang dan takut sudah lama memagut hatiku sejak papa menitipkan khabar akan keadaan mama… malah rinduku pada mama benar-benar mencengkam diri lewat kebelakangan ini. Entah mengapa aku bagai ternampak-nampak wajah mama bersama senyumannya. Ah! Parahnya perasaan ini…. YaAllah… kuatkan aku menghadapi segalanya…..

Monday, October 01, 2007

hati ini terduga lagi.....

Ramadhan tahun ini benar-benar menguji dan menduga kecekalan dan kekuatan sekeping hati milik ku.... Minggu lalu aku kehilangan duit gaji akibat kealpaan dan kecuaian diri..... hari ini hati pula seakan dipagut resah.... lantas jiwa diulit gelisah.... krital jernih sudah lama bertamu ditubir mata. Sekadar menanti saat untuk berderai dan berserak di pipi.... Perkhabaran yang ku terima lewat petang tadi benar-benar membawa semangat dan cebisan kekuatanku terbang... kesihatan mama diacah ketidak sejahteraan di kejauhan sana.... apa daya ku.... sekadar doa yang mampu ku utus. Moga kesejahteraan mama pulih dan dapat bertemu kami semua..... :-( :-(

Satu keteringinan....

Mana nak cari.. dah lama aku memendamkan satu keteringinan yang sudah menjerut selera... dan sebentar tadi kak long called aku dan menyuarakan keinginannya... Waduh kak long! manalah adindamu ni nak mengsurvey juadah yang satu ni... kalut rasanya hati lebih-lebih lagi mengenangkan keadaan dirinya... semalam tanpa aku tahu rupanya dia ke Jalan Raja Alang dengan along hanya kerana satu keinginan, tapi malangnya tak ketemu... Sempat gak aku tanyakan pada member-member di office dan juga pada kakak aku yang sorang ni... Ceh! senang je jawabnya.... Buat aje lah cik ooooiiiiiii. Bukannya susah sangat.... terus aje resepi di titipkan pada aku, tapi masalahnya bukan malas atau susah, cuma yang pasti aku risau kalau tak menjadi sebab aku ada pengalaman dan kenangan waktu first time try buat kuih serimuka... sampai sekarang sure depa tak suruh aku buat lagi kuih yang satu tu...... ;-)

Talam Kacang Merah



Lapisan bawah - [kacang merah ]
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Caranya
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan 3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata. 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Caranya.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi. 3. Kukus lagi selama 25 minit. 4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

[Nampak memang mudah kan.... tapi....hehehehhehehe]

Sebuah Lagu Seberkas Kenangan.....

Ada kenangan yang bertamu saban tahun bila lagu ini berkumandang… ada sedih yang memamah perasaan, meramas-ramas hati dalam pilu dan sebak… dan pastinya airmata akan menjadi pengakhir segalanya bila mana kanvas ingatan ini seakan memutarkan segalanya….