Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, October 24, 2007

Sebuah Kenangan......

Semalam seperti juga hari-hari terdahulu, aku sampai ke rumah tepat jam 10.30 malam…. Erm sama seperti keadaan yang pernah aku alami, pandangan along tetap disasarkan ke wajah selamba kodok yang ku pamirkan. Tahu, sure dia tak puashati dengan tingkah ku itu. ‘Lepas mandi dan solat, cepat turun’ bersahaja pesanan yang terlontar ke pendengaranku mengiringi langkahnya menghilang ke ruang dapur. Entah apa yang dibuat, aku malas untuk bertanya. Badan yang lesu ditambah dengan fikiran yang tidak menentu menjadikan aku insan serba malas tika itu. Selesai melaksanakan segala tuntutan yang sepatutnya ku berikan terhadap diri dan tanggungjawab, aku masih bersantai dikatil. Bukan tidak ingat akan pesanan along sebentar tadi, tapi aku harus persiapkan diri dengan segala bentuk soalan kiranya aku bakal ditembak dengan tornado persoalan darinya. ‘Mak Chu, walid panggil.’ Jeritan anak buahku menyentap terus segala layanan emosiku. Pintu ku kuak lantas memboloskan diri melangkah untuk mengadap ‘TUAN BESAR’ yang pastinya sedang menanti kehadiran ku. Ah! Apa pulak agenda yang bakal berlangsung kali ini. ‘Tolong buatkan jus amra’ Seplastik buah KEDONDONG a.k.a AMRA kini beralih ke tanganku. Bulat mataku merenung wajah sipemberi titah. ‘Mana dapat… tak kan malam-malam nak minum jus ni. Sat gi sakit perut tak pasai ja. Esok tak boleh ke?’ Aku beralasan untuk mengingkari perintahnya.Bukan itu sebenarnya, tapi aku seakan tidak sanggup. Jus buah Amra adalah salah satu minuman kegemaran arwah kedua ayahanda dan bondaku sekali gus menjadi minuman kami sekeluarga. Tiap kali pulang ke kampung, pasti pokok kedondong akan aku ziarahi untuk mendapatkan buahnya sebelum mengisar menjadi jus. Kini along menghulurkan padaku dengan satu permintaan yang payah untuk aku laksanakan. Erm! Apa sebenar motif along menyuruh aku menyediakan diwaktu sebegini. Hati yang sudah sedia hiba semakin di gigit sendu.’Tadi Hadi mai di rumah hantaq. Nak tunggu esok, tak tau pulak pukui brapa orang tu balik. Erm tak pa lah, kalau adik tak mau tolong kisar, along buleh suruh Yana buat. Elok juga supaya dia boleh belajaq.’ Aduh along! Pedihnya kata-kata yang dilontarkan. Aku sekadar tunduk merenung lantai yang tiada sebarang cacat celanya. Mahu tak mahu kaki ini melangkah juga. Tak sampai 20 minit, apa yang along pinta ku hulurkan. Dia sekadar meneguk sedikit kemudian terus memfokuskan perhatian pada bahan bacaannya sedang aku…. Ah! Terlalu payah untuk menzahirkan apa yang semakin menikam sekeping hati. Pohon kerinduan pada papa dan mama yang semakin merimbun kembali menyelimuti sekujur perasaan yang sudah lama terdera. Pantas ku hayun langkah menapak ke bilik. Aku tahu birai mataku sudah teracah dan bila-bila masa sahaja gerimis ini bisa bertukar menjadi bah lantas gah membanjiri pipiku…… sudah pasti aku tidak mahu along atau sesiapa sahaja menyaksikan dan kamar peribadi ku adalah sebaik tempat melerai dan melepaskan segala yang selama beberapa hari ini cuba ku pahatkan didasar hati yang paling dalam…. Ah! Papa… Mama…. Hingga bila aku mampu menahan badai rindu yang sesekali mengamuk dilautan perasaan ini…….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home