Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, October 25, 2007

Antara 2 Insan [continue]

BAB Empat......

Sejak pulang dari percutian tak dirancang, Izzah lebih banyak menumpukan perhatian terhadap tugasan. Ada sahaja yang dibuat semata-mata untuk menyibukkan dirinya. Terkadang dia bagaikan tenggelam dalam dunia yang sengaja diciptanya sendiri. Lisa sekadar memerhati dan terus mengikuti perubahan temannya itu. Adakalanya terdengar juga bebelan dari ulas bibir comel itu bila melihat Izzah seakan tidak mengendahkan akan keadaan kesihatannya.

“Izzah, jom kita pegi lunch… dah dekat pukul 01.00 ni.” Ajak Lisa sambil menghampiri meja gadis itu.

Izzah menjeling sekilas pada jam dipergelangan tangannya. Ah! Sudah hampir waktu makan tengahari rupanya. Senyuman mengacah dibibirnya sambil itu mata menikam ke wajah Lisa yang masih setia menanti.

Sorrylah Lisa. Aku kena siapkan satu assignment urgent. Boss nak bila dia balik dari meeting nanti.” Ucap Izzah sambil jemari runcingnya masih lincah meneruskan tarian di pentas lantai kekunci komputer.

“Woi Kawan! Kalau iyer pun nak pertahankan title STAFF KESAYANGAN BOSS engkau tu, jangan sampai kesihatan sendiri tergadai. Dah! Sekarang ni waktu lunch… kerja tu engkau boleh sambung lepas kita balik nanti. Lagi pun, engkau sendiri tak tahu kan samada boss balik cepat atau sebaliknya dari meeting di Putrajaya tu. Jangan-jangan they all pun tengah cantik punya laypark sambil mengisi perut. Engkau kat sini pulun buat kerja.” Lisa sudah menyemburkan bebelan yang tak dipinta pada gadis itu. Kenapalah lewat kebelakangan ini Izzah menjadi sebegitu degil dan workaholic dengan dunia tugasan yang diwujudkannya.

“Lisa, aku rasa tak selesalah kalau nak keluar sedangkan kerja aku masih tak siap. Erm, apa kata engkau keluar dengan gengs yang lain.” Gadis itu beralasan dan cuba memberikan usul sambil memujuk.

“Aku keluar lunch dengan gengs yang lain.. dan engkau pulak… nak makan kekunci komputer ni ke…. Erm sedap ke rasanya Izzah? Kalau sedap, nak gak aku rasa barang segigit dua.” Tempelak Lisa sinis. Ah! Minah sorang ni, tak boleh dibiarkan…. Kalau dibiar, satu hari nanti sure dia akan jatuh sakit. Ni mesti gara-gara kes luka dihati yang pastinya belum sembuh. Aduh Izzah… janganlah nak pretend depan aku. Tak de menjadinya. Gumam hati Lisa sebal.

Izzah tertawa kecil. Lucu mendengar dan melihat wajah kelat teman disebelahnya yang bagaikan berganding menjadi satu. Dia menyandarkan tubuh sambil memicit-micit pangkal tengkuknya. Terasa tegang seluruh urat-uratnya.

“Kalau dah tahu letih… Rehat… bukannya terus paksa diri.” Lisa terus menembak bila menyedari perbuatan gadis itu.

Izzah sekadar mengunci bicara. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan pada temannya yang selama ini terlalu mengambil berat dan perihatin terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya.

“Izzah, jomlah kita pegi lunch. Erm hari tu engkau ada sebutkan yang engkau teringin sangat nak makan ikan bakar. Kalau engkau nak tunggu si Ikhmal yang ajak dan bawak... erm tah kurun yang ke berapa lah agaknya. Kita pegi area Kampung Baru nak. Aku dengar ada satu gerai kat sana yang menyajikan ikan bakar yang best…. Ada masak asam pedas lagi. Tak payah nak susah-susah pegi ke Melaka. Jomlah Izzah…. Hari ni biar aku yang drive dan belanja. Amacam?” Lisa masih berusaha memancing gadis itu agar meninggalkan seketika dunia baru yang dihuninya. Kepompong tugasan yang sengaja enggan dipecahkan bagai satu pasak yang memaku dirinya.

“Lisa, I wish I could.. but.. sorry….“ Perlahan kedengaran suara Izzah. Bagai memohon pengertian dari temanya itu akan situasi yang masih melanda diri. Bukan tidak dicuba mencampakkan segala yang terjadi sejauhnya ke tengah lautan kehidupan, malangnya dia masih belum tega melakukan sedemikian.

“Izzah, engkau tak boleh selamanya begini. Engkau seakan mempertaruhkan kesihatan engkau sendiri dalam pergelutan permasalahan yang sedang engkau hadapi. Tak akan ada penyelesaiannya. Aku tengok, engkau semakin menjadi seorang workaholic sejak pulang dari perlarian tempohari, tapi apakah cara sedemikian merupakan satu formula terbaik dalam menangani segalanya. Tidak kan….. masalah engkau dengan Ekmal masih belum selesai malah aku tahu engkau sengaja mengelak dari jawab panggilan mahupun sms dari dia, even email yang dia hantar pun engkau tak jawab. Engkau sengaja siksa hati engkau sedang hakikatnya engkau rindu kan dia. Kenapa Izzah… kenapa engkau lakukan semua ni….“ Birai mata Izzah kembali diziarahi kristal jernih. Segera ditundukkan wajah dari terus menerima panahan pandangan Lisa. Dia sedar Lisa bukanlah seorang insan yang mudah diperkotak katikkan. Tiap apa yang dilakukan pasti mendapat perhatian dari temannya itu. Bukan disebabkan title Busy Body, sebaliknya kerana sebuah ikatan yang sudah lama merantai diri dan hati mereka. Iye… Persahabatan yang wujud diantara mereka sejak beberapa tahun lalu itulah pengikatnya.

“Maafkan aku Lisa. Aku tahu engkau risau tengok keadaan aku. Bukan aku sengaja tapi hanya inilah cara terbaik untuk aku merawat hati aku sendiri. Bila aku sibuk, aku tidak punya ruang waktu untuk membiarkan minda aku kembali menayangkan apa yang telah terjadi dilayar ingatan. Moga dengan cara ini juga memberikan keizinan untuk aku pergi jauh dari Ekmal. Dia bukan milik aku Lisa…. Dia dah bertunang dan aku yakin pastinya mereka akan merealisasikan plan angan-angan di mahligai bahagia penuh cinta dan kasihsayang. Aku tak mahu jadi insan ketiga diantara mereka berdua.” Lirih suara Izzah. Berat mata Lisa memandang, berat lagi dirinya menanggung malah hatinya yang bagai diparut itu bagai diramas-ramas dalam duka yang sudah hampir memamah dirinya.

Lisa sekadar mengeluh. Inilah yang ditakutkannya sedari dulu. Kehadiran Ekmal Rahimi bagaikan memberi sejalur cahaya buat diri gadis itu yang seakan sirna lebih-lebih lagi bila teman lelakinya semakin galak menagih ruang dan tempat yang pernah dipersembahkan. Dia sedar Izzah bukan seorang gadis yang mudah mengungkap kata hati. Segala rahsia sekeping hati itu sudah pasti akan disorok pada satu ruang sudut paling dalam. Ah! Apa lagi ikhtiarnya untuk membantu temannya itu.

“Izzah, aku harap engkau tak marah dengan pertanyaan aku. Erm, engkau tahu ke yang Ekmal tu sebenarnya ‘Abang Dude’ dan punya seorang anak lelaki?” Teragak agak Lisa mengungkap kata. Bimbang andai luka yang telah sedia ada itu menjadi semakin kronik.

“Aku tak pasti Lisa. Aku pernah juga dengar berita tentang itu, tapi tak pernah pulak aku terfikir untuk bertanya pada Ekmal dan dia pun tak pernah beritahu aku. Dari mana engkau dapat info ni?” Soal Izzah inginkan kepastian. Memang dia pernah mendengar desas desis perihal perkara tersebut, tapi tidak pernah sekali pun dia menyuarakan pertanyaan pada Ekmal Rahimi.

“Rizal yang beritahu aku. Kebetulan waktu tu aku ada meeting, dan Rizal pulak terpaksa gantikan Ekmal engkau tu. Bila aku tanya kenapa Ekmal tak hadir, selamba saja Rizal kata mamat tu bawak anak dia pergi klinik sebab demam. Dari situlah aku jadi private investigate… menyiasat tanpa perlukan arahan. Satu lagi yang aku nak beritahu engkau. Menurut kata Rizal, anak si Ekmal tu tak berapa suka dengan ‘pompuan gedik’ yang kini jadi tunang babahnya. Tiapkali Ekmal nak bawak dia jumpa ‘pompuan gedik’ tu tiapkali gak lah anaknya akan beri macam-macam alasan.” Terang Lisa tanpa dipinta.

Izzah terdiam. Tidak mahu memberi sebarang komen pada apa yang disampaikan oleh temannya itu. Melihatkan tiada sebarang reaksi dari gadis itu, Lisa akhirnya terpaksa akur. Izzah hari ini bukanlah mudah dilembutkan dengan pujukan. Dia tahu, gadis itu tetap tidak akan mempersetujui cadangan yang telah diutarakannya tadi.

“Izzah, engkau tak nak makan ke?” Lisa masih mencuba untuk keterakhir kalinya. Perut yang sudah berberapa kali berkeriok melemaskan dirinya. Sedari pagi dia tidak sempat menjamah sebarang makanan lantaran terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mana mungkin dia mampu menahan rasa lapar yang bagaikan sudah melepaskan sekawan cacing-cacing untuk menggigit usus perutnya.

“Erm okey lah. Aku tak kan paksa engkau kalau engkau tak nak. Aku pergi dulu yer. By the way, engkau nak aku tapaukan apa-apa untuk engkau ke?” Tanya Lisa. Wajah Izzah ditatapnya. Gelengan kepala gadis itu mengiringi keluhan yang terluah dari ulas bibir Lisa. Bagaikan putus ikhtiarnya untuk memujuk temannya yang masih dalam kepompong luka dan duka.

“Jangan asyik nak alas perut engkau tu dengan biskut bercicah air Ribena saja Izzah. Walaupun perut engkau tak protes, tapi ianya tidak baik untuk menjana kesihatan engkau ke arah kebaikan. Aku tak mahu tak mahu engkau sakit bukan sebab tak nak temankan engkau kat wad, tapi aku tak mahu orang lain terus diulit kegembiraan dan bahagia dalam sengsara yang engkau tanggung sendirian. Apa pun aku tetap rasakan Ekmal harus bertanggung jawab dan sama-sama menyelesaikan permasalahan ini. Aku keluar dulu.” Lisa berlalu meninggalkan Izzah yang masih tega bermain dengan bucu tudungnya. Dia tahu Lisa risaukan keadaan dirinya.

Langkah temannya sekadar dihantar dengan pandangan lesu. Tanpa sedar sebuah keluhan berat akhirnya terlepas jua. Dia termenung. Itulah salah satu dari aktiviti terbaru yang kian tersenarai dan mendapat tempat dalam carta hidupnya yang sudah banyak berubah dan terubah. Sedang gadis itu leka melayan menung yang entah berpaksi di mana, telefonnya mengalunkan bait lagu ‘KAU YANG SATU’ dari kumpulan WOW. Tersentak Izzah, tanpa melihat terlebih dahulu gerangan nama yang tertera punat hijau di tekannya. Dia tergamam sendiri bila mendengar sekudus suara yang sudah agak lama tidak didengari dan cuba dihindari. Ah! Apa yang harus dilakukannya kini….. memutuskan talian atau membisukan diri, tapi mana mungkin disatukan dengan package menulikan pendengaran. Izzah dicengkam keresahan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home