Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, October 08, 2007

Aku Menghargai Segalanya....

Aku diulit rasa terharu… dalam aku menghadapi dugaan ini, rupanya aku tidak sendirian. Aku masih punya sahabat yang masih sudi mendengar rintihan dan esak tangis dalam sendu yang sukar ku tahan… Ah! Seharusnya aku bersyukur justeru aku masih punya mereka yang rapat denganku… yang benar-benar ikhlas berkongsi derita sekeping hati dan airmata yang sudah acapkali tumpah lantas bah di pipi…. Tak mampu ku balas segala kebaikan yang dihulurkan pada ku… biarpun aku sedar, sokongan dan keperihatin itu mungkin bersulamkan simpati dan belas, tapi dalam situasi aku sekarang ini, sememangnya aku perlukan kekuatan dan semangat yang disokong oleh insan lain….

Awak ingat dua sms ni…. Awak pernah titipkan pada saya sewaktu saya menghadapi saat gawat dalam hidup dan kini saya pulangkan semula pada awak. Saya harap ianya dapat beri ruang untuk awak merenung seketika mengapa segala dugaan ini diberikan pada awak.

‘Biar rebah usah berubah. Biar terluka dan kecewa namun jangan persoalkan mengapa semua ini takdir dari yang Esa. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Semakin dekat bahtera kita kepada Allah, semakin kuat badai melanda. Hidup harus tabah bertunjangkan Iman dan Amal kepadaNya.’

‘Hidup akn diuji, tpa ujian keimanan xkn teserlah. I2 tanda Allah syg. Tpa ujian kita xkn knl mana kaca & pmata. Hny ksbrana & keimanan dpt mlpsi smuanya. Tbhkan hati’


Dan yang ini saya tak tahu dari mana saya dapat. Rasanya sesuai untuk saya hadiahkan pada awak dan saya harap awak akan ingat bahawa awak tidak sendirian dalam mengharungi semua dugaan ini…. Awak masih punya saya dan sahabat-sahabat yang lain serta yang paling utama awak masih punya keluarga dan saudaramara yang pastinya masih terlalu sayang pada awak… jangan biarkan kedukaan dan kesedihan membelenggu diri awak selamanya. Menangislah kalau perlu. Biar terluah segala yang mencengkam dan meramas perasaan awak. Moga selepas ini airmata awak tak akan mengalir lagi dalam sebuah kenangan yang pastinya tak mungkin akan awak lupakan.....

‘Benteng yang paling kuat bagi seorang wanita adalah ketabahannya menghadapi ujian dan benteng itu juga yang mampu mengubah kepedihan menjadi kebahagiaan abadi dalam hidupnya.’

Cebisan bicara dari email yang aku terima dari kejauhan membuatkan hati aku benar-benar tersentuh…. Betapa dalam tidak aku sedari, aku sudah menyusahkan orang lain... membawa mereka sama-sama dalam kancah kebimbangan terhadap diriku. Apa pun buat semua... tiada yang mampu ku ungkapkan selain dari jutaan terima kasih. Sesungguhnya aku amat menghargai segala yang telah dilakukan buatku.....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home