Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, February 28, 2008

Dah Tiba Ghupenya....





Dear Honey…. Is your day…..

Seungkap ucapan ku rangkum di maya tak bersendi khusus untuk dirimu. Moga tarikh keramat… [ehem.. tarikh keramat lagi… tak sudah dengan tarikh keramat… <--- tu comment sumbody pada aku….] key back again the the point. Moga tarikh keramat ini membawa kerahmatan dari-nya dalam bahagia lebih dari yang pernah kau alami di tahun-tahun yang telah lalu.

Mengenali dirimu merupakan sesuatu yang indah dalam hidupku,
tapi tak tahulah pulak bagimu. Namun aku tetap mendoakan moga
tahun ini kau akan lebih sukses dalam kerjaya dan bidang yang kau ceburi.

Selamat harilahir Honey….

Moga kau lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan. Selamat meneruskan perjuangan yang belum tamat dan selamat menempuh sebuah perjalanan yang masih belum bernokhtah. Moga kau akan selalu sejahtera dan dipermudahkan dalam mencapai cita-cita dan mengejar impian mu…. Love you4ever…..


Happy Birthday To You
Happy Birthday to You
Happy Birthday dear Honey
Happy Birthday Toooooooo YoouUUUuuuUUUUUU

Wednesday, February 27, 2008

Mc Chiken, Filet O fish dan Apple Pai…..

Semalam aku diasak dengan ajakan yang tak boleh aku elak. Tiba-tiba ketiga-tiga anak buahku ajak serang McDonald’s. Protes tak mahu makan nasi… Amboi! Sejak balik dari UK bukan main demand lagi… tak nak makan nasi konon…. Aku lihat kak long macam tak sihat.. mungkin penat agaknya. So tak sampai hati pulak nak susahkan dia. Aku try juga minta tolong angah bawak ketiga-tiga makluk yang dah tergeliat lidah asyik nak makan makanan owang puteh ni… tapi as usual abang aku yang sorang tu sibuk.. not only for his own work tapi kerja yang sejak dua menjak ni turut tergalas during election tak lama lagi. So samada aku rela atau tidak, aku kena juga merelakan diri dan akhirnya kami sampai juga ke Mc Donalds yang berdekatan dengan rumah. Nasib baik jugalah tak ramai orang. Awalnya ingat nak drive in aje… tapi belum sempat aku bertanya depa nak makan apa, si kecik tu dah bersuara…..

“Mak Chu, kita makan kat sini yer. Tak bestlah kalau bawak balik…. Tak rasa trill makan Mc Donalds” ucapnya sambil menayangkan gigi susu yang putih bersih cantik tersusun tu.

“Kita bawak balik ajelah. Mak Chu ada kerja nak buat.. kalau makan kat sini, nanti lambat habis. Kalau Mc Donalds tutup macam mana? Mukhriz nak tido kat sini ke?” Aku cuba memancing persetujuannya dengan cadangan tapau bawak balik.

“Eh! Tu dia tulis 24 hours.. maknanya kita bolehlah duduk sini makan sebab dia bukan sampai esok.” Jarinya pantas menunding pada poster yang terlekat kat situ.

Amboi! Sejak dah boleh membaca ni, pandai pulak dia mengeja dan membunyikan perkataan. Yana dan Nazrin hanya sengeh.

“Mak Chu, dia dah pandailah sekarang ni. Tak boleh nak kelentong lagi.”sampuk Yana bersama tawa yang masih bersisa.

Akhirnya aku dan ketiga-tiga mereka duduk mengadap hidangan makan malam. Kalaulah arwah mama ada… dah sah-sah free aje kena fire dengan leteran. Fast food untuk dinner….memang sesuatu yang tak pernah digalakan atau dipersetujui oleh mama sejak dulu, tapi selalu gak aku break rules and regulation yang dah tersedia itu…hehehehhe

Aku tanya tiap seorang dari mereka apa yang mereka nak makan. Nazrin nak Big Mac… Mukhriz nak bubur ayam… Yana… erm aku tengok minah sorang ni masih membelek menu… malas nak tunggu aku terus ke kaunter membuat pesanan sebab memang aku dah tahu apa yang akan dimakannya setiapkali menziarahi permis itu.

Key… dinner are here… aku hulurkan hidangan untuk tiap seorang.

“Mak Chu, Yana tak nak Filet O fish and Apple Pai.” Protes Yana tiba-tiba. Buntang mata aku melihat minah sorang ni. Kenapa pulak… kan ini yang selalu di makannya. Terus dia berlalu ke kaunter dan membuat pesanan sendiri.

“Start from now, Yana nak try makan Double Cheese burger. Tengok macam sedap.” Dengan penuh selamba dia mula mengigit makanannya. Mengunyah penuh selera. Aku yang terkial-kial. Sapa nak habiskan Filet O fish yang ada ni…. sedangkan untuk aku sendiri, lebih selesa dengan Mc Chiken. Tapi bila terpandang Filet O fish… aku teringat sesuatu… lantas senyuman mula mengacah…. Yup… Mc Chiken, Filet O Fish dan Apple Pai bawah jenama Mc Donalds punya memory… lebih-lebih lagi bila melewati Mc Donalds di Jalan Bukit Bintang…. hehehhehehehe



Tuesday, February 26, 2008

Wayang dan AkU.....

Tengah aku layan busy dengan assignment tiba-tiba phone aku berlagu…. Tertera mana Ahmad Shukry di skrin kecil membuatkan aku tersenyum. Apalah budak sorang ni agaknya.

Syuk: Ney! Sibuk ke…. [itulah panggilannya sejak kenal aku walau dah banyak kali aku tegah]

AkU:Assallammualaikum….. dah berapa kali aku kata jangan guna panggilan tu. Tak sesuailah….

Amaran ku dihadiahkan dengan gelak bodoh yang memang dah biasa aku dengar. Tak makan saman punya makhluk…..

AkU:Gelaklah.. gelak… tak sempat tarik nafas baru tahu. Tersadailah ko kat spital.

Syuk: Kalau aku tersadai kat spital, tak kan Ney aku tak nak temankan… paling kurang pun temankan aku barang separuh hari.

Aku sekadar merengus. Malas melayan usikan yang tak mungkin ada kesudahan.

AkU: Apa hal sebenarnya tiba-tiba aje ko telefon aku. Jangan beritahu aku yang ko dah break off lagi dengan aweks yang tah dah keberapa tah.

Syuk: Hahahahaha… taklah, kali ini bukan aku break off, tapi lebih tepat kalau digunakan istilah REJECT. Aku baru aje reject sorang awek yang aku kenal sebulan yang lalu.

Adui bangganya dia mengkhabarkan berita itu pada aku.

AkU: Apa nak jadilah dengan engkau ni. Dah tu yang ko called aku ni kenapa???? Nak buat pengaduan atau nak suruh aku update carta break off ko tu.

Syuk: Ney! Teman aku tengok wayang… citer best… sure ko suka punyalah….

AkU: Apa… tengok wayang…. Sorry… aku tak nak

Tah apa-apa tah diorang ni. Baru je minggu lepas aku mengreject ajakan dari members class. Ni makhluk sorang ni pulak.

Syuk: Ala Ney! Jomlah temankan aku… aku boring giler ni. Balik kerja kita pegi nak.. aku jemput ko kat office ko yang canggih tu. Amacam?

AkU:Thanks but no thanks. Kan aku dah kata… aku malas, lagi pun aku tak pegi tengok wayang.

Syuk:Eh! Sejak bila pulak engkau tak pegi tengok wayang. Bukan ke hari tu ko ada citer yang ko tengok Diehard 4 dengan trans4mer.

Aduh! Kenapalah tahap ingatan budak ni brilliant sangat…. Buat apalah dia ingat apa yang aku dah terlepas cakap tu….

AkU: Itu dulu, lagi pun aku tak pi tengok wayang dengan korang.. aku cuma pergi dengan

Syuk: Apa Ney! Ko tak boleh pegi dengan aku. Hai! Ini boleh mendatangkan marah tau. Kenapa ko tak boleh pergi dengan aku.

AkU: Syuk… aku malas nak pegi lebih-lebih lagi kalau KLCC..

Syuk: Kalau ko tak nak pergi kat KLCC apa kata kita pergi kat Midvelly… besy tau Ney. Lagi best dari KLCC… amacam… aku belanja ko zahir batin….

Cinabeng betul lah dia ni…. Kenapalah payah betul nak faham apa yang aku cakap.

Aku: Kan aku dah kata, aku tak nak pegi… malas….full stop. Tak payah nak provok atau pujuk-pujuk aku… ko ajak ajelah salah seorang dari aweks ko yang berjela dalam senarai tu. For sure one of them willing to company you.

Syuk: Tapi aku nak pegi dengan ko… bukan ke ko pun salah seorang dari senarai aweks yang tersenarai pendek dalam segala senarai yang aku ada… jom lah Ney… ko tak kesian ke kat aku….

AkU: Syuk.. kan aku dah kata tak nak. Tak kan ko tak faham bahasa Melayu yang aku gunakan ni. Takfan kangan kofo nakfak sufuruhfuh afakufu gufunafa bafahafasafa Tifiibetfet kotfot.

Syuk:Hahahahahhahaa dahfah lafamafa afakufu takfak defengarfar kofo cafakapfap mafacamfam ifitufu.

Asparagus kena rebus betullah budak ni. Hampehkelapa.com. Memang tak makan saman.

AkU: Okeylah Syuk… aku ada kerja nak buat…. Chow dulu.. .Assallammualaikum.

Pantas aku matikan talian sebelum dia terus bersuara.Ada-ada saja mamat sorang ni. Ada ke ajak aku pegi tengok wayang…. tapi ajakan itu telah membawa minda aku melayang…. Dan terus melayang…. Die Hard 4 dan Trans4mer punya cerita tersendiri di sebalik cerita yang telah sedia ada……. :-) ;-) :-)

Tanda kasih......

Hari ini aku bangun agak lewat dari biasa setelah melenakan mata dalam 2 jam sahaja. Erm kenapalah aku ni suka sangat berjaga…. Ha! Mesti ada yang kata aku dok beranganlah tu…. Tak adalah.. bukan berangan, tapi kerinduan…. As usual, aku rindukan mama dan papa.. rindu pada along dan juga angah walaupun hakikatnya abang aku yang second tu memanglah tinggal sebumbung dengan aku…. Tapi pertemuan kami bagi terikat dan diikat dengan kesibukan….. dah tu aku memikirkan pasal credit hours yang tak cukup… aduh… payah betul… cam confirm je aku tak leh nak amik exam untuk kali ini… nak buat camne kan… memang salah aku walaupun kalau di kaji secara logic boleh gak kata bukan salah aku…. Tahlah…. Melangkah ke ruang makan, terlihat sepiring donat yang masih berasap tipis sudah terhidang. Ada juga tupperware yang sudah terisi dengan beberapa ketul kuih tersebut di dalamnya. Tak perlu ku tanya siapa yang membuat… sudah pasti kerja kak long. Tika bertembung pandang dengan kakak ipar ku itu, dia sekadar tersenyum. ‘Tiba-tiba terasa nak makan donat.’ Ucapnya lembut seolah dapat menduga apa yang ada di mindaku.’Terasa nak makan atau kak long miss along? Kan itu kuih kesukaan along….’ Entah bagaimana kata-kata itu meluncur dari mulutku. Kak long hanya tertawa kecil menyembunyikan apa yang berkocak di hati. ‘Tu kak long dah masukkan dalam tupperware, adik jumpa dia ke hari ini?’ tak semena tersembur susu suam yang sedang ku teguk. Nasib baik juga tanganku pantas mencapai tisu yang terletak di hujung meja. ‘Almost one months ++ we didn’t see each other’ ucapku bersahaja sambil menolak piring yang masih bersisa. Seleraku punah bila mengenangkan keadaan kami. Iya… DIA semakin terikat dengan tugasan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian lebih dari yang lain…. Malah dalam tempoh provision ini, DIA perlu menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Bagaimanalah agaknya keadaan dia......

It's Yours.....

Yuhuuuuu this is your day…. So

Happy Besday to you..
You born in the zoo
With Tiger and kangaroo

Happy birthday to you...


Selamat hari lahir buat Bikash…. Pu3 doakan moga tahun ini lebih membawa erti dan kebahagiaan dalam rahmat dari-nya lebih dari tahun-tahun yang telah lalu… Semoga dipermudahkan mencapai apa yang dihajati dan diimpikan…. Perjalanan yang masih belum bertitik nokhtah perlu diteruskan…. Mudah-mudahan ketabahan dan kekuatan menjadi tunjang dalam menongkah arus sebuah kehidupan yang terhampar dan menanti di hadapan….. Just a simple wish from me on your birthday…..May allah bless you with him love in what you wish and dream in your life.

Friday, February 22, 2008

Tarikh ini lagi.....

Happy friendship Anniversary …. aku bagai seorang penanti… tiada panggilan jauh sekali sms.. aku tak tahu di mana dia… tercari dalam mencari.. bertanya dalam kancah pertanyaan yang berbagai…. bagaimaan keadaan dia…. Apa pun aku sekadar mendoakan dari kejauhan moga kesejahteraan dan kebahagiaan tetap bersama dengannya…. Aku bagai terus dihukum dan terhukum dengan kekhilafan yang bagai tiada kesudahan…. Sikap yang berubah dalam perubahan yang semakin jelas terzahir bagai menjarakkan segalanya… Mengapa…..

Erm ingin aku kongsi rasa gembira yang hadir hari ini… tapi aku berada di ambang serba salah… bukan tak boleh aku menghubungi malah rasa lewat kebelakangan ini aku yang kerap dan sering melakukan itu, cuma sejak tiadanya conversation selama seminggu ini, aku bagai bertanya pada diri… masih behargakah sebuah persahabatan ini padanya… atau aku sekadar melukut ditepi gantang menghadapkan persahabatan ini dapat dipertahankan….. Entahlah……

Apapun aku hingga ke saat ini aku tetap mengharap ada perkhabaran sentiasa aku nantikan…. Sepertimana pesanan yang masih tersemat kukuh di hati….

Insyaallah, you akan dpt kembali …… yang dulu cuma masa akan menentukan Amin.

Received Jan-09-2008
15..21.15pm


Insya-Allah.....

Thursday, February 21, 2008

Garis-garis DejaVu vs Kerana Engkau....

Jika engkau mahu,
Aku berdiam diri di padang pasir tidak bertanda ini,
Mengira bintang-bintang yang jauh sendirian,
Aku sanggup untuk melakukannya…

Seandainya engkau mahu,
Aku lari jauh ke tanah asing,
Terpinggir dari segala yang aku sayang,
Maka aku akan melakukannya,

Aku sanggup,
Hanya bila engkau ada,
bersama-sama ku saat itu…
(sehingga tidak ada lagi masa yang tertinggal di dunia ini)
Puisi dari website John Norafizan untuk novel terbarunya Garis-Garis Dejavu [GGdV]….

Jika engkau tahu
Aku rela lakukan apa sahaja
Demi sebuah bahagia dalam ceria
Demi sebuah tawa dalam jalur senyuman
Yang hakiki menjadi milikmu
Tanpa mengira butiran rasa yang mengacah jiwaku
Tanpa menghitung serakan berlian di pipiku
Hanya untuk dirimu

Seandainya engkau sedar,
Aku cuba lari ke tanah asing nan gersang
Meminggirkan sekujur diri
Dari meniti waktu yang beralun
Yang ku bawa sekadar kenangan
Sebagai bekal andai jasad ini memerlukan
Sekadar khayalan dalam dakapan rindu yang sering bertandang

Kau tentunya tahu dan sedar bukan
Aku sanggup lakukan semuanya
Aku rela harungi segalanya
Meskipun sudah kelelahan
Jatuh yang mencalar balarkan jiwa
Luka yang merobek hati
Namun tidak pernah aku kesalkan
Hanya kerana sebuah mahligai bahagia
Yang ingin ku persembahkan padamu
Biarpun aku dimamah duka dalam airmata
Hingga tiada lagi yang tertinggal di dunia ini
Untuk diri ini mengecap nikmat
Justeru segalanya ingin ku persembahkan
Hanya buat dirimu…..

Wednesday, February 20, 2008

Penghargaan seorang Teman…..

Apa yang terucap bila kalian terlihat n3 seperti ini termuat di dalam weblog seorang teman… Apa aku, aku jadi speechless…. Tiada kata jauh sekali perbendaharaan nahu bahasa yang mampu ku ungkap untuk menyatakan rasa hati…. Airmata berlinang tanpa pinta…. Betapa aku terlalu menghargai usaha seorang teman walau sekadar di maya tak bersendi.



Sweetie ... tak ada apa yang boleh aku lakukan sekadar mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga tabah dalam mengharungi hari-harimu yang mendatang. Walaupun lambat, tapi aku tetap ucapkannya di sini.

18 February - Tarikh keramat untuk seorang teman yang sentiasa memahami diri ini dan menyambut hari lahirnya. Semoga bergembira. Abadikan pemberian aku sebagai penghibur hatimu yang duka. Sayang hang!

Thanks honey… thanks for everything… tidak cukup dengan birthday gift yang dikirimkan, ini kau lakukan sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiranku untuk menerimanya…. Malah kesempatan yang ada jua ku ambil untuk merakamkan ucapan terima kasih buat Trisya… hadiah darimu cantik dan akan berada dalam koleksi barang-barang yang aku sayang. Begitu juga dengan seorang client aku ni… Fathul… anda sebenarnya tak perlu lakukan hingga ke tahap ini. Ucapan yang dititpkan sudah cukup buat aku rasa terharu apatah lagi bila aku menerima Thumb Drive 4G darimu… terima kasih banyak-banyak. Buat boss ku, jambangan mawar merah yang kau berikan akan aku simpan di permis peribadiku… Thanks a lot to everybody….. aku terlalu menghargai dalam keterharuan yang tak mungkin mampu ku zahirkan dalam seungkap pengucapan……

Terukir senyum dalam Duka....

Salam sayang…

February 20 2008


Hari ini aku kembali ke office sepenuhnya setelah beberapa hari tersadai akibat demam. Biarpun jiwa masih lagi merintih dalam sendu dan pilu, tapi aku terpaksa gagahkan sekujur tubuh untuk meneruskan apa yang masih bersisa.

Malam tadi Tok Mak menelefon bertanyakan keadaanku. Sebagaimana lazim pesanannya pasti meniti… Jaga diri.. jaga kesihatan. Biar apa pun dugaan yang datang dia mahu aku tabah dan kuat. Allah sentiasa ada walau apapun keadaan yang kita hadapi. Jangan sekali-kali lupa pada-Nya. Aku mendengar tiap apa yang diperkatakan. Samada benar-benar akan mengikut apa yang dipinta atau sekadar satu pengiyaan untuk melenyapkan gundah dan resah sekeping hati tuanya. Entahlah….


Hari ini tanpa aku tahu, rupanya boss sudah merangka sesuatu. Besday celebration untuk aku dan beberapa orang lagi teman-teman yang terdahulu…erm nak kata apa…. Cuba memaniskan wajah sedapatnya…. Walau hati meraung tanpa suara…. Aku teringat pada arwah mama, papa, tok wan dan kedua kekandaku…. Betapa aku terlalu jauh dari semua insan yang aku sayang… Apa pun thanks a lot pada boss aku yang berusaha untuk staff dia yang sorang ni…. jasa dan budi baikmu tetap ku kenang malah aku hargai sangat.....


Monday, February 18, 2008

Perutusan dari Desa......

Jam 03.30 petang Jumaat 150208, aku dikejutkan dengan satu sms dari abang Isyqal.

‘Adik, Tok Wan jatuh. La ni dok ada kat hospital.’

Tak lama lepas tu satu panggilan dari abang Isyqal ku terima. Mungkin tok mak yang suruh kut sebab takut aku panik tak tentu pasal. Dah memang pun aku panik dengan sms yang dia kirim tu. Lama juga kami berbual bersoal jawab akan keadaan tok wan tika itu. Aku akhirnya decide untuk pulang ke kampung hari itu juga.. that’s mean after office aku akan terus drive ke sana. Awalnya aku cadang nak minta Yana temankan, tapi bila teringat puteri cilik tu ada exam hari Sabtu, aku terpaksa batalkan. Dalam kalut, aku sempat shoot one sms pada DIA, just untuk khabarkan walau aku tahu aku tak perlu malah rasanya tak payah pun nak buat announcement perihal perkara itu. Tapi tahlah kenapa tangan aku ni gatal je nak taip words di keypad phone untuk menjadikan ianya ayat penyata untuk dikirim.

‘Tok Wan jatuh. Nak balik kg pas office – 16.59.25 – Feb 15-2008’

Lepas office, aku bergegas meneruskan perjalanan. Dalam otak aku hanya ada Tok Wan… berbagai soalan datang menerpa… bagaimana tok wan boleh jatuh… bagaimana keadaan tok wan sekarang dan entah apa-apa lagi. Tubuh aku yang lately ni sakit-sakit tidak aku hiraukan. Aku terus je drive tanpa berhenti, lagi pun memang aku tak perlu berhenti sebab aku dalam KEUZURAN. Sampai di Yan jam 10.30 malam. Erm boleh dikatakan awal jugalah. Aku lihat rumah Tok Mak terang… banyak gak kereta yang tersadai kat laman rumah. Terus aje aku naik tanpa pedulikan sesapa yang masih ada kat laman. Terlihat wajah Tok Mak yang ternyata diulit kesedihan dan kerisauan.

“Bagaimana keadaan Tok Wan?” soalan yang entah pada sapa sebenarnya ku ajukan.

“Adik pi masuk bilik, mandi dan makan dulu. Mesti adik penat bawa reta jauh-jauh,” arah Tok Mak. Ciumannya mendarat di dahiku sebelum dia menghilang. Aku masih terpaku. Semua nampak gusar. Mak long dan Mak Ngah masih mengesat tubir mata yang pastinya sudah ditamu lambakan air.

“Macamana Tuk Wan buleh jatuh?” tanyaku pada Abang Zaim yang kebetulan baru sahaja sampai. Dari raut wajahnya aku dapat menduga dia dari mana.

“Tuk pening tiba-tiba masa balik dari Jumaat. Tu yang terjatuh.” Terangnya perlahan. Dia terus mendapatkan Pak Long. Berbisik sesuatu. Dapat ku lihat perubahan pada wajah Pak Long. Ah! Tentu sesuatu yang tidak enak sudah tiba di pendengarannya.

“Adik nak pi hospital. Adik nak tengok tu,.” pantas aku mengatur langkah, tapi terasa lenganku bagai ditarik.

“Adik dengaqkan tadi Tok Mak suruh apa. Kalau adik pi hospital pun, tak akan dapat mengubah apa-apa. Tok dah tak sedaq… ada pendarahan di bahagian kepala. Doktor kata mungkin tok terhantuk masa dia jatuh.” Abang Isyqal memberikan penjelasan tanpa pinta.


Aku tergamam… Tidak sanggup untuk memikirkan satu lagi kemungkinan yang akan terjadi…. YA Allah…. Janganlah kau uji hati ku di saat aku sudah berada dalam ujian-mu. Pintaku perlahan. Aku tahu aku tak seharusnya meminta sedemikian, tapi.. aku tak cukup kuat untuk menghadapinya…..

Aku menurut apa yang diarahkan. Sekadar membersihkan tubuh kemudian kembali semula ke ruang tamu yang sudah mula suram. Sesekali pendengaran ku mampu menangkap esak dari suara-suara yang ada di situ. Apa yang dah terjadi… Hatiku kalut bertanya.

“Awat ni” tanyaku bila terlihat Pak Long mula membawa tilam ke ruang tamu.

“Adik, Tok baru sahaja meninggal. Abang Naim dan Pak Ngah sedang uruskan untuk bawa jenazah tok balik.” Aku terjelepuk akhirnya. Airmata mula bertamu. Terasa tubuhku bagai di tarik. Ada tangan yang mengusap lembut cuba menenangkan perasaanku.

‘Innalilla Wainnaila hirojiun – Dari-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali.’

“Sabar dik.. Allah lebih sayangkan Tok dari kita semua.” Terdengar suara Abang Isyqal. Kini tahulah aku di mana sebenarnya destinasi tubuhku. Aku masih mengunci bicara. Memerhatikan segala yang sedang berlaku.

Jenazah Tok Wan selamat disempurnakan pada pagi 160208. Segalanya berjalan dengan mudah. Malam itu majlis tahlil di lakukan di surau berhampiran. Tubuhku masih lesu tapi tidak lagi mengalami sakit-sakit seperti sebelumnya. Aku termenung…. Entah mengapa tiba-tiba aku terasakan sesuatu. Aku mengalami symptom yang sama sewaktu sebelum arwah mama dan papa meninggal dulu malah takala arwah mak DIA sedang nazak pun aku merasakan keadaan yang sama. Kali ini keadaan itu berulang lagi sebelum Tok Wan pergi. Aku sekadar mengeluh… dalam aku menantikan sesuatu, aku dihadiahkan dengan satu kehilangan… Apapun aku sedar, kudratku terlalu lemah untuk menghalang satu ketentuan dalam sebuah ketetapan milik-Nya… tidak ada upaya untuk aku menghalang takdir yang telah tersurat.

“Adik, Tok Wan ada tinggalkan sesuatu untuk adik. Dia pesan suruh Tok Mak bagi pada adik bila adik balik. Tok Wan ucapkan Selamat Hari lahir buat adik.” Tok Mak menghulurkan satu bungkusan pada ku. Teragak-agak aku membukanya dan bila terlihat sahaja, airmataku deras mengalir.


Sebuah muzikal box yang pernah aku miliki satu ketika dulu. Hadiah dari Tuk Wan sempena harilahir aku yang ke 10 tahun. Memang Tok Wan tahu aku sayang sangat pada benda tu dan aku akan hangkut ke mana saja aku pergi, malah itulah peneman aku setiapkali aku melarikan diri ke Dangau. Aku pernah demam dan merajuk gara-gara kehilangan muzikal box tersebut. Aku tidak tahu bagaimana Tok Wan mendapatkannya semula, samada dia berusaha membeli yang baru atau ketemu kembali yang pernah hilang. Apapun barang itu tetap serupa dan sama pada penglihatanku malah muziknya juga. Airmataku kembali deras. Pantas aku lemparkan diri ke pelukan Tok Mak. Aku menangis semahunya….

“Adik, walau seberat mana pun dugaan yang sedang adik hadapi, adik perlu kuat… tabah dan sentiasa sabar. Tok Mak tahu adik tak ceria seperti dulu tapi adik pendam semuanya.” Tok Mak membelai rambutku penuh kasih membuatkan aku teresak akhirnya.

Duka dan luka yang selama ini terhimpun bagai ingin ku lepaskan. Walau bukan dengan pengucapan, tapi biarlah airmata ini yang bercerita. Aku sedar, aku sudah lama terapung dalam rindu pada sekelian yang aku sayang.

Kini aku benar-benar terasa kerinduan… rindukan orang-orang yang aku sayang… yang pernah hadir dalam hidup ku…. namun aku sedar, aku tidak punya kudrat untuk menghalang segala yang telah ditentukan. Aku sekadar mampu melakar impian dalam harapan agar insan-insan yang aku sayangi terus bahagia dan gembira biarpun tanpa diriku… Mungkin aku sekadar layak menyaksikan dari seribu kejauhan…… Muzikal box hadiah dari Tok Wan kembali menemani diriku… pengubat sebuah kerinduan yang pastinya akan selalu bertandang di teratak sekeping hati milik ku ini…….

Tarikh ini....

180208

HaPpY BiRtHdAy to YoU
HaPpY BiRtHdAy to YoU
HaPpY BiRtHdAy…. HaPpY BiRtHdAy
HaPpY BiRtHdAy to YoU


Selamat Harilahir adik…..


Satu ungkapan yang seakan terdengar-dengar bisikannya di telingaku biarpun insan-insan yang biasa membisikkan kalimah itu tidak lagi berada di sisi ku… Ah! Mama… aku rindukan kucupan kasih mu… Rindukan suapan sayang mu seperti yang sering kau lakukan dulu…. Namun mana mungkin aku akan menikmatinya tahun ini…. Papa… aku ingin sekali mendengar doa kudusmu tiapkali hadirnya tarikh ini… doa memohon agar puterimu ini sentiasa sejahtera… sentiasa tabah mengharungi dugaan dan ujian… Along.. kau kini berada berjuta kilometer dariku… Kalau tahun lalu pasti akan terlihat senyuman mengejek terbias di bibir melihat mama mengucup dahiku, kini tiada lagi. Ah! Aku terasa rindu akan gurauan dan usikanmu itu… Angah… perubahan status mu seakan membataskan kita kini. Mungkin benar, aku perlu belajar berdikari mulai dari sekarang. Apapun terima kasih justeru kasih sayangmu masih lagi utuh buat seorang adik… dan terima kasih kerana sudi membawakan hadiah dari along dan darimu sendiri yang kau letakkan di permis peribadiku. Aku cukup terharu dan menghargainya…. Tak sangka kalian masih lagi ingat kesukaan adikmu yang seorang ini. Erm…Tahun ini aku harus melakukan rutin yang biasa dilakukan oleh orang lain sendiri… namun diri ini bagai tenggelam dalam deraian airmata yang setia menemani lantas akhirnya kubiarkan diri tenggelam dalam gelombang rasa yang sukar untuk ku ungkap dalam lafaz kata-kata.

Terima kasih buat Honey… hadiah darimu sudah lama tiba ke pangkuanku. Begitu juga dengan teman-teman yang lain atas kiriman sms yang menghujani telefonku malam tadi….. terima kasih diatas ingatan kalian terhadap tarikh keramat milik ku ini……


DSana – As usual.. this is your big day… I wish Happy Birthday to you even still have a couple minute to go. Hope I’m still the first person wishing you same like a year before. May God bless you with all His Love and care….

Honey –Wish you Happy Birthday. Semoga dmurahkan rezeki.

Along – Di mana pun kita, walau sebesar mana pun jarak yang terbina, kasih sayang yang ada mendekatkan kita selalu di dalam hati. Moga ketabahan akan sentiasa bersamamu hendaknya. Selamat ulangtahun kelahiran….

Angah – Kedewasaan menjadikan kita matang dalam sebuah kehidupan. Luka dan kecewa jadikan kekuatan bukannya kelemahan untuk mengecapi bahagia. Selamat hari lahir.

Bib – Selamat hari lahir. Moga segala keberkatan bersamamu. Amin

Emil – Happy birthday to you. Moga sentiasa bahagia dan sejahtera selalu.

Yana, Nazrin and Mukhriz z – Hepi besday for my beloved Mak Chu. May god bless U always. We love U 4ever.

Hafiz – Selamat ulangtahun kelahiran. Moga tahun ini lebih membawa erti dan keberkatan dalam hidupmu.

Trisya – Happy birthday to you. Hope U happy all the time and Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Kak Normah - Selamat hari lahir Mira....

JN – Hapi bday! Selamat jd tua semula….

Terima kasih semua...

Thursday, February 14, 2008

Terharu.....

Erm pagi tadi masuk aje office terlihat sesuatu di atas meja ku… Sejambak bunga dan coklat yang cantik terhias dengan ikatan rebennya sekali. Takut gak aku nak pegang…. Tapi bila terlihat ada kad yang tertera nama aku, barulah tangan aku berani menyentuh.

Happy Valentines and get well – Your boss. Aku sengeh aje sambil mata melirik ke arah bilik yang sudah terang. Setelah menyimpan segala khazanah yang ku bawa, aku mengatur langkah ke pantry. Semug Nescafe latte ku siapkan lantas aku bawa bersama. Bersama langkah lemah gumalai ke biliknya. Morning boss… sapaku dengan senyuman sambil mug di tangan beralih dan mendarat di mejanya. Hope you like it and thanks for the lovely flowers and chocolate. Actually I’m not celebrate it ever in my life. Akui ku jujur. Dia tersenyum. I know… anyhow just assume it for wish you to get well again. Kami bertukar senyuman seketika kemudian meninggalkan boss ku yang memang sibuk giler tu untuk meneruskan tugasannya. Bunga dan coklat ku belek…


Erm 14hb rupanya hari ini… bagaimana aku boleh tak perasan…. Tiba-tiba mindaku menyerat pada kenangan lalu… yang berlaku pada tarikh ini….

Flash Back…..
Aku: Assallammualaikum…. Hai D’Sana. Apa khabar? Lama D’Sini tak dengar berita…… [tah kenapa tergerak je aku called dia walaupun dah hampir dua minggu aku buat dek je…. ]
Dia: Waalaikummussalam. What’s a thousand surprise…. Ingatkan D’Sana dah lupa number phone D’Sini. Well, I’m fine, as usual.. busy giler. So how are U? [Uhuuuu tak sudah ngan bahasa owang putih dia….. ]
Aku: Pagi ni tak sarapan dengan burger berlapik cheese tapi cekodok aje. Tergelit otak nak faham orang tu cakap London. D’Sini macam selalu, busy tapi belum sampai ke tahap giler dan sihat seadanya walaupun kadangkala macam otak tepu dan mood menjunam laksana pasaran saham kena Lanina.
Dia: Hahahahhahahahha, Ahhhhhhhh letihnya hari ni. Erm sebenarnya D’Sini tak sihat sangat. Batuk… [uhukkkk uhukkkk uhukkkk…. terdengar dia batuk dan ternyata itu bukan satu perbuatan sengaja, kesian gak aku dengar] Balik ni kena makan panadol, kalau tanggung nanti tak pasal demam pulak.
Aku: Itu pemberitahuan atau pengaduan? [senyum dah mula mengacah di bibirku….. ahaks… ]
Dia: Pemberitahuan… rasanya tak salahkan. Tapi kalau D’Sana fikir D’Sini sekadar nak buat pengaduan untuk raih simpati, terserahlah. [Gulp…..Ai…. Sejak bilalah pulak dapat perangai baru…. Amboi! sensitive nampak…. Nak beralih bulan ke]
Aku: Sorrylah, bukan macam tu maksud D’Sini. Key let’s drop that topic, kalau tak sat ni jadi lain pulak. So… tak keluar ke semalam? [Cepat aku tukar chanel sebelum keadaan jadi tak menentu]
Dia: Nak ke mana???? Tak ke mana-mana. Di office sampai pukul 09.00 malam.
Aku: Tak ada candle light dinner ke? [sengaja aku memprovok. Konon nak cungkil rahsialah]
Dia: D’Sana, apa sebenarnya yang D’Sana cuba tanyakan. Kalau pasal Valentine's Day …. Rentikan ajelah. Erm… D’Sana sambut ke?
Aku: Kenapa….. [hheheheheh saja je aku nak main tarik tali. Tak best lak rasanya kalau straight to the point]
Dia: Kalau D’Sana sambut, sekarang juga D’Sini letak talifon atau D’Sana nak dengar khutbah percuma. [suaranya kedengaran tegas dalam satu rasa yang cuba tidak dizahirkan. Terkedu sekejap aku…. speechless sebab dia tak pernah seserius itu sebelum ini.]
Dia: D’Sana…. D’Sana…. kenapa D’Sana diam? So D’Sana sambut ke? [Dia masih mengulangi soalan yang aku sengaja tak jawab]
Aku: Agak-agak D’Sana macamana…. D’Sini sambut ke? [heheheheh saja aku ajukan persoalan menjawab kembali persoalan yang diberikan…. walaupun aku sudah dapat menduga apa yang bakal terjadi.]
Dia: Manalah D’Sini tahu. Apa pun, D’Sini nak ingatkan. Bertaubatlah kalau betul D’Sana menyambut atau meraikannya. Don’t tell me you dunno anything and didn’t receive any info regarding that bullshit fiesta. [Gulp… sekali lagi aku menelan liur… dia benar-benar marah.Jarang dia nak marah canggitu setiapkali kami berbicara.]
Aku: What such of info that U mean? [Wah! Beraninya aku…. saja menyimbah sedikit minyak pada darjah kemarahannya.]
Dia: D’Sana, Umat Islam yang faham akan akar umbi dan paksi agamanya tidak perlukan budaya atau amalan seperti itu yang cukup jelas bertentangan dengan yang telah ditetapkan pada kita. Ajaran Islam itu sendirinya sudah lengkap, sempurna dan dicantik. Kita tidak perlukan satu hari yang khusus sebagai budaya untuk expression kan segala perasaan. Tidak dengan pemberian bunga atau coklat yang cukup melambung harganya pada hari giler seperti itu. Lagi pun mustahil D’Sana tidak tahu apa hukumnya kalau kita meraikan atau menyambut perayaan itu.
Aku: Well, rasanya tak salahkan kalau D’Sana beritahu D’Sini apa yang D’Sana tahu…. [Seronok pulak dengar dia berhujah. Ah… itulah keistimewaan dan kelebihan yang dia miliki. Kepetahan dalam membahas isu tak perlu aku sangkal menjadikan dia seorang yang cukup aku kagumi]
Dia: D’Sini tak nak cakap banyak-banyak, tapi cuba klik pada link ni. Baca dan halusi apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria itu. Kenyataan ini sudah keluar beberapa hari sebelum tarikh tersebut, tapi dasar orang kita, apa yang disogokkan oleh dakyah kristian itu juga yang ingin dan suka diikuti. Nak kata tak reti membaca, kenyatan tu dalam Bahasa Melayu, nak kata jahil… erm mungkin, tapi kalau jahil sekali pun, kenapa tak mahu bertanya supaya kejahilan itu tidak terus memakan diri.
Aku: Ehem… macam sindir D’Sini jer… [aku sekadar mengusik, tapi jauh di sudut hati, aku amat faham dan bangga ada teman sepertinya. Cukup sensitive pada isu yang melibatkan aqidah dan bangsanya sendiri.]
Dia: Maaflah kalau D’Sana terasa, tapi bukan itu yang D’Sini maksudkan. [kedengaran lemah saja suaranya…. Tak tahu apa yang menerjah di fikiran setelah mendengar kata-kata ku tadi]
Aku:hahahahaha Don’t be the worrylah D’Sana, D’Sini tak pernah sambut since dulu dan insyaAllah tak akan sambut sampai bila-bila. Sebenarnya D’Sini saja nak try test D’Sana. Manalah tahu big shot yang glam macam D’Sana mesti ramai yang minat dan tak kurang yang jadi secret Admire. Kutlah dapat cokolat ke… bolahlah sedekah kat D’Sini. [Tawanya meledak sampai aku rasa itulah tawa yang paling boom yang pernah aku dengar. Mak Aiii dia ni… sukanya….]
Dia: Fuhhhh lega D’Sini dengar. Apa pun D’Sini percaya D’Sana bukan jenis yang suka mengikut membuta tuli akan sesuatu tanpa gunakan akal. [Kami sama-sama tertawa]
Aku: Keylah D’Sana. D’Sini ada kerja nak buat. Apa pun take care yer dan jangan buat ubat yang doktor bagi sebagai perhiasan. Kalau ada madu kat rumah, minum sesudu kecil sebelum tidur dan bila bangun tidur. Kurangkan minuman sejuk especially berais. Kalau ada gula batu pun elok gak untuk dibuat macam strepsil. Jaga diri dan hidup baik-baik. Assallammualaikum.
Dia: Thanks D’Sana sebab sudi called D’Sini. InsyaAllah D’Sini akan ingat bebelan pesanan D’Sana dan take care to you too and if I miss to call U on that time, Happy Birthday in Advance even tarikh keramat tu still hanging around the conner. Apa pun I’ll will try with all my best to call you during that day. Waalaikummussalam.

Jauh mengelamum… teguran dari teman sebelah melenyapkan segalanya… Tiba-tiba aku di tamu rindu… Erm tentu seperti biasa dia sedang bergelut dengan Audit Comm dan Brd Mtgnya…. Erm apakah tahun ini dia ingat apa yang akan berlaku tidak lama lagi.... entahlah... walau apapun moga dia sentiasa sejahtera hendaknya… Apa khabar pulak DIA yang dah lama membisu… ah… entahlah... apakah aku ada melakukan kesalahan luar sedar yang mengguris atau menyakitkan hatinya???? mengapalah lewat kebelakangan ini aku bagai dipaksa dan diarahkan untuk satu pemahaman dalam seribu teka teki yang berselirat.... Mampukah aku bertahan???????Entah... tapi andai itu membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat orang-orang yang aku sayang... tak salahkan andai aku terus berkorban.....

Wednesday, February 13, 2008

Satu keterpaksaan.....

Hari ini walau dengan apa kata sekali pun, aku terpaksa merehatkan diri setelah kesejahteraan diacah dan teracah. Aku tidak punya pilihan langsung malah tidak ada rung untuk memilih. Akhirnya tanpa rela, aku tersadai sendirian. Entahlah... payah untuk melepaskan diri bila sudah terpenjara dalam situasi sebegini lantas akur menjadi penyelesaian.......

Tuesday, February 12, 2008

Menghitung

Kini aku seakan menjadi seorang penghitung… menghitung tiap detik yang berlalu… mengapa dan kenapa.. erm jawapannya mungkin ada pada diriku dan mungkin juga tiada… Entah… sukar untuk aku ungkap jauh sekali perjelaskan. Namun tiap detik yang kini berinjak pasti berada dalam sebuah perhitungan…. Menanti dan menanti pada sesuatu yang belum pasti dan mungkin juga tiada kepastiaannya…..

Rindu sekeping Hati hadir menyanyi buat insan yang amat aku sayangi…..

Mama dan papa…. Rindu ini kian merimbun…. Rendang di taman hati milik puterimu. Walaupun hakikatnya aku tidak berdaya untuk terus berteduh di situ, namun aku gagahkan jua diri dan jasad ini. Terlontar sendiri membuatkan hati sering berlagu dalam sepi yang sering datang menemani diri. Apa pun aku harus tabah…. Tabah menyembuyikan segala rasa yang mengacah… tabah mengharungi tiap dugaan yang menziarah…. Mampukah aku untuk terus mengharungi segalanya…..

Monday, February 11, 2008

Sejalur Rasa.....

Hari ini aku sampai lewat ke office. Awalnya aku rasa cam nak EL aje, tapi bila memikirkan boss aku tak ada dan assignment aku masih lagi ada yang menanti, aku gagahkan jua. As usual Doktor Kamal sekadar mampu menggelengkan kepala dengan kedegilan aku yang masih belum mampu ditawannya. Sorry doc… bukan aku sengaja… tapi ah…

Erm tiba-tiba telefon aku bergegar…. Aku belek dan spontan aku termenung… 11hb... tarikh yang mengingatkan aku pada satu peristiwa yang tak mungkin mampu ku singkirkan dari kanvas fikiran. Terimbas segalanya malah natijah itu seakan masih membelenggu segala yang aku rasakan kini…baru tersedar satu sms pagi yang dititip berada diinbox ku. Ku buka lantas ku baca sekilas kemudian mereply semula dengan satu pertanyaan yang entah kenapa terlalu mudah ku ajukan biar di hati sudah merasakan ketidakenakkannya. Namun sms ku sudah melayang menuju ke destinasinya. Tidak lama selepas itu aku terima jawapan seperti yang sudah ku duga….

Hati pasrah dan redolah…. Bukankah sudah termetri janji diantara diri dan sekeping hati….