Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, February 27, 2008

Mc Chiken, Filet O fish dan Apple Pai…..

Semalam aku diasak dengan ajakan yang tak boleh aku elak. Tiba-tiba ketiga-tiga anak buahku ajak serang McDonald’s. Protes tak mahu makan nasi… Amboi! Sejak balik dari UK bukan main demand lagi… tak nak makan nasi konon…. Aku lihat kak long macam tak sihat.. mungkin penat agaknya. So tak sampai hati pulak nak susahkan dia. Aku try juga minta tolong angah bawak ketiga-tiga makluk yang dah tergeliat lidah asyik nak makan makanan owang puteh ni… tapi as usual abang aku yang sorang tu sibuk.. not only for his own work tapi kerja yang sejak dua menjak ni turut tergalas during election tak lama lagi. So samada aku rela atau tidak, aku kena juga merelakan diri dan akhirnya kami sampai juga ke Mc Donalds yang berdekatan dengan rumah. Nasib baik jugalah tak ramai orang. Awalnya ingat nak drive in aje… tapi belum sempat aku bertanya depa nak makan apa, si kecik tu dah bersuara…..

“Mak Chu, kita makan kat sini yer. Tak bestlah kalau bawak balik…. Tak rasa trill makan Mc Donalds” ucapnya sambil menayangkan gigi susu yang putih bersih cantik tersusun tu.

“Kita bawak balik ajelah. Mak Chu ada kerja nak buat.. kalau makan kat sini, nanti lambat habis. Kalau Mc Donalds tutup macam mana? Mukhriz nak tido kat sini ke?” Aku cuba memancing persetujuannya dengan cadangan tapau bawak balik.

“Eh! Tu dia tulis 24 hours.. maknanya kita bolehlah duduk sini makan sebab dia bukan sampai esok.” Jarinya pantas menunding pada poster yang terlekat kat situ.

Amboi! Sejak dah boleh membaca ni, pandai pulak dia mengeja dan membunyikan perkataan. Yana dan Nazrin hanya sengeh.

“Mak Chu, dia dah pandailah sekarang ni. Tak boleh nak kelentong lagi.”sampuk Yana bersama tawa yang masih bersisa.

Akhirnya aku dan ketiga-tiga mereka duduk mengadap hidangan makan malam. Kalaulah arwah mama ada… dah sah-sah free aje kena fire dengan leteran. Fast food untuk dinner….memang sesuatu yang tak pernah digalakan atau dipersetujui oleh mama sejak dulu, tapi selalu gak aku break rules and regulation yang dah tersedia itu…hehehehhe

Aku tanya tiap seorang dari mereka apa yang mereka nak makan. Nazrin nak Big Mac… Mukhriz nak bubur ayam… Yana… erm aku tengok minah sorang ni masih membelek menu… malas nak tunggu aku terus ke kaunter membuat pesanan sebab memang aku dah tahu apa yang akan dimakannya setiapkali menziarahi permis itu.

Key… dinner are here… aku hulurkan hidangan untuk tiap seorang.

“Mak Chu, Yana tak nak Filet O fish and Apple Pai.” Protes Yana tiba-tiba. Buntang mata aku melihat minah sorang ni. Kenapa pulak… kan ini yang selalu di makannya. Terus dia berlalu ke kaunter dan membuat pesanan sendiri.

“Start from now, Yana nak try makan Double Cheese burger. Tengok macam sedap.” Dengan penuh selamba dia mula mengigit makanannya. Mengunyah penuh selera. Aku yang terkial-kial. Sapa nak habiskan Filet O fish yang ada ni…. sedangkan untuk aku sendiri, lebih selesa dengan Mc Chiken. Tapi bila terpandang Filet O fish… aku teringat sesuatu… lantas senyuman mula mengacah…. Yup… Mc Chiken, Filet O Fish dan Apple Pai bawah jenama Mc Donalds punya memory… lebih-lebih lagi bila melewati Mc Donalds di Jalan Bukit Bintang…. hehehhehehehe



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home