Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, February 18, 2008

Perutusan dari Desa......

Jam 03.30 petang Jumaat 150208, aku dikejutkan dengan satu sms dari abang Isyqal.

‘Adik, Tok Wan jatuh. La ni dok ada kat hospital.’

Tak lama lepas tu satu panggilan dari abang Isyqal ku terima. Mungkin tok mak yang suruh kut sebab takut aku panik tak tentu pasal. Dah memang pun aku panik dengan sms yang dia kirim tu. Lama juga kami berbual bersoal jawab akan keadaan tok wan tika itu. Aku akhirnya decide untuk pulang ke kampung hari itu juga.. that’s mean after office aku akan terus drive ke sana. Awalnya aku cadang nak minta Yana temankan, tapi bila teringat puteri cilik tu ada exam hari Sabtu, aku terpaksa batalkan. Dalam kalut, aku sempat shoot one sms pada DIA, just untuk khabarkan walau aku tahu aku tak perlu malah rasanya tak payah pun nak buat announcement perihal perkara itu. Tapi tahlah kenapa tangan aku ni gatal je nak taip words di keypad phone untuk menjadikan ianya ayat penyata untuk dikirim.

‘Tok Wan jatuh. Nak balik kg pas office – 16.59.25 – Feb 15-2008’

Lepas office, aku bergegas meneruskan perjalanan. Dalam otak aku hanya ada Tok Wan… berbagai soalan datang menerpa… bagaimana tok wan boleh jatuh… bagaimana keadaan tok wan sekarang dan entah apa-apa lagi. Tubuh aku yang lately ni sakit-sakit tidak aku hiraukan. Aku terus je drive tanpa berhenti, lagi pun memang aku tak perlu berhenti sebab aku dalam KEUZURAN. Sampai di Yan jam 10.30 malam. Erm boleh dikatakan awal jugalah. Aku lihat rumah Tok Mak terang… banyak gak kereta yang tersadai kat laman rumah. Terus aje aku naik tanpa pedulikan sesapa yang masih ada kat laman. Terlihat wajah Tok Mak yang ternyata diulit kesedihan dan kerisauan.

“Bagaimana keadaan Tok Wan?” soalan yang entah pada sapa sebenarnya ku ajukan.

“Adik pi masuk bilik, mandi dan makan dulu. Mesti adik penat bawa reta jauh-jauh,” arah Tok Mak. Ciumannya mendarat di dahiku sebelum dia menghilang. Aku masih terpaku. Semua nampak gusar. Mak long dan Mak Ngah masih mengesat tubir mata yang pastinya sudah ditamu lambakan air.

“Macamana Tuk Wan buleh jatuh?” tanyaku pada Abang Zaim yang kebetulan baru sahaja sampai. Dari raut wajahnya aku dapat menduga dia dari mana.

“Tuk pening tiba-tiba masa balik dari Jumaat. Tu yang terjatuh.” Terangnya perlahan. Dia terus mendapatkan Pak Long. Berbisik sesuatu. Dapat ku lihat perubahan pada wajah Pak Long. Ah! Tentu sesuatu yang tidak enak sudah tiba di pendengarannya.

“Adik nak pi hospital. Adik nak tengok tu,.” pantas aku mengatur langkah, tapi terasa lenganku bagai ditarik.

“Adik dengaqkan tadi Tok Mak suruh apa. Kalau adik pi hospital pun, tak akan dapat mengubah apa-apa. Tok dah tak sedaq… ada pendarahan di bahagian kepala. Doktor kata mungkin tok terhantuk masa dia jatuh.” Abang Isyqal memberikan penjelasan tanpa pinta.


Aku tergamam… Tidak sanggup untuk memikirkan satu lagi kemungkinan yang akan terjadi…. YA Allah…. Janganlah kau uji hati ku di saat aku sudah berada dalam ujian-mu. Pintaku perlahan. Aku tahu aku tak seharusnya meminta sedemikian, tapi.. aku tak cukup kuat untuk menghadapinya…..

Aku menurut apa yang diarahkan. Sekadar membersihkan tubuh kemudian kembali semula ke ruang tamu yang sudah mula suram. Sesekali pendengaran ku mampu menangkap esak dari suara-suara yang ada di situ. Apa yang dah terjadi… Hatiku kalut bertanya.

“Awat ni” tanyaku bila terlihat Pak Long mula membawa tilam ke ruang tamu.

“Adik, Tok baru sahaja meninggal. Abang Naim dan Pak Ngah sedang uruskan untuk bawa jenazah tok balik.” Aku terjelepuk akhirnya. Airmata mula bertamu. Terasa tubuhku bagai di tarik. Ada tangan yang mengusap lembut cuba menenangkan perasaanku.

‘Innalilla Wainnaila hirojiun – Dari-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali.’

“Sabar dik.. Allah lebih sayangkan Tok dari kita semua.” Terdengar suara Abang Isyqal. Kini tahulah aku di mana sebenarnya destinasi tubuhku. Aku masih mengunci bicara. Memerhatikan segala yang sedang berlaku.

Jenazah Tok Wan selamat disempurnakan pada pagi 160208. Segalanya berjalan dengan mudah. Malam itu majlis tahlil di lakukan di surau berhampiran. Tubuhku masih lesu tapi tidak lagi mengalami sakit-sakit seperti sebelumnya. Aku termenung…. Entah mengapa tiba-tiba aku terasakan sesuatu. Aku mengalami symptom yang sama sewaktu sebelum arwah mama dan papa meninggal dulu malah takala arwah mak DIA sedang nazak pun aku merasakan keadaan yang sama. Kali ini keadaan itu berulang lagi sebelum Tok Wan pergi. Aku sekadar mengeluh… dalam aku menantikan sesuatu, aku dihadiahkan dengan satu kehilangan… Apapun aku sedar, kudratku terlalu lemah untuk menghalang satu ketentuan dalam sebuah ketetapan milik-Nya… tidak ada upaya untuk aku menghalang takdir yang telah tersurat.

“Adik, Tok Wan ada tinggalkan sesuatu untuk adik. Dia pesan suruh Tok Mak bagi pada adik bila adik balik. Tok Wan ucapkan Selamat Hari lahir buat adik.” Tok Mak menghulurkan satu bungkusan pada ku. Teragak-agak aku membukanya dan bila terlihat sahaja, airmataku deras mengalir.


Sebuah muzikal box yang pernah aku miliki satu ketika dulu. Hadiah dari Tuk Wan sempena harilahir aku yang ke 10 tahun. Memang Tok Wan tahu aku sayang sangat pada benda tu dan aku akan hangkut ke mana saja aku pergi, malah itulah peneman aku setiapkali aku melarikan diri ke Dangau. Aku pernah demam dan merajuk gara-gara kehilangan muzikal box tersebut. Aku tidak tahu bagaimana Tok Wan mendapatkannya semula, samada dia berusaha membeli yang baru atau ketemu kembali yang pernah hilang. Apapun barang itu tetap serupa dan sama pada penglihatanku malah muziknya juga. Airmataku kembali deras. Pantas aku lemparkan diri ke pelukan Tok Mak. Aku menangis semahunya….

“Adik, walau seberat mana pun dugaan yang sedang adik hadapi, adik perlu kuat… tabah dan sentiasa sabar. Tok Mak tahu adik tak ceria seperti dulu tapi adik pendam semuanya.” Tok Mak membelai rambutku penuh kasih membuatkan aku teresak akhirnya.

Duka dan luka yang selama ini terhimpun bagai ingin ku lepaskan. Walau bukan dengan pengucapan, tapi biarlah airmata ini yang bercerita. Aku sedar, aku sudah lama terapung dalam rindu pada sekelian yang aku sayang.

Kini aku benar-benar terasa kerinduan… rindukan orang-orang yang aku sayang… yang pernah hadir dalam hidup ku…. namun aku sedar, aku tidak punya kudrat untuk menghalang segala yang telah ditentukan. Aku sekadar mampu melakar impian dalam harapan agar insan-insan yang aku sayangi terus bahagia dan gembira biarpun tanpa diriku… Mungkin aku sekadar layak menyaksikan dari seribu kejauhan…… Muzikal box hadiah dari Tok Wan kembali menemani diriku… pengubat sebuah kerinduan yang pastinya akan selalu bertandang di teratak sekeping hati milik ku ini…….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home