Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, February 14, 2008

Terharu.....

Erm pagi tadi masuk aje office terlihat sesuatu di atas meja ku… Sejambak bunga dan coklat yang cantik terhias dengan ikatan rebennya sekali. Takut gak aku nak pegang…. Tapi bila terlihat ada kad yang tertera nama aku, barulah tangan aku berani menyentuh.

Happy Valentines and get well – Your boss. Aku sengeh aje sambil mata melirik ke arah bilik yang sudah terang. Setelah menyimpan segala khazanah yang ku bawa, aku mengatur langkah ke pantry. Semug Nescafe latte ku siapkan lantas aku bawa bersama. Bersama langkah lemah gumalai ke biliknya. Morning boss… sapaku dengan senyuman sambil mug di tangan beralih dan mendarat di mejanya. Hope you like it and thanks for the lovely flowers and chocolate. Actually I’m not celebrate it ever in my life. Akui ku jujur. Dia tersenyum. I know… anyhow just assume it for wish you to get well again. Kami bertukar senyuman seketika kemudian meninggalkan boss ku yang memang sibuk giler tu untuk meneruskan tugasannya. Bunga dan coklat ku belek…


Erm 14hb rupanya hari ini… bagaimana aku boleh tak perasan…. Tiba-tiba mindaku menyerat pada kenangan lalu… yang berlaku pada tarikh ini….

Flash Back…..
Aku: Assallammualaikum…. Hai D’Sana. Apa khabar? Lama D’Sini tak dengar berita…… [tah kenapa tergerak je aku called dia walaupun dah hampir dua minggu aku buat dek je…. ]
Dia: Waalaikummussalam. What’s a thousand surprise…. Ingatkan D’Sana dah lupa number phone D’Sini. Well, I’m fine, as usual.. busy giler. So how are U? [Uhuuuu tak sudah ngan bahasa owang putih dia….. ]
Aku: Pagi ni tak sarapan dengan burger berlapik cheese tapi cekodok aje. Tergelit otak nak faham orang tu cakap London. D’Sini macam selalu, busy tapi belum sampai ke tahap giler dan sihat seadanya walaupun kadangkala macam otak tepu dan mood menjunam laksana pasaran saham kena Lanina.
Dia: Hahahahhahahahha, Ahhhhhhhh letihnya hari ni. Erm sebenarnya D’Sini tak sihat sangat. Batuk… [uhukkkk uhukkkk uhukkkk…. terdengar dia batuk dan ternyata itu bukan satu perbuatan sengaja, kesian gak aku dengar] Balik ni kena makan panadol, kalau tanggung nanti tak pasal demam pulak.
Aku: Itu pemberitahuan atau pengaduan? [senyum dah mula mengacah di bibirku….. ahaks… ]
Dia: Pemberitahuan… rasanya tak salahkan. Tapi kalau D’Sana fikir D’Sini sekadar nak buat pengaduan untuk raih simpati, terserahlah. [Gulp…..Ai…. Sejak bilalah pulak dapat perangai baru…. Amboi! sensitive nampak…. Nak beralih bulan ke]
Aku: Sorrylah, bukan macam tu maksud D’Sini. Key let’s drop that topic, kalau tak sat ni jadi lain pulak. So… tak keluar ke semalam? [Cepat aku tukar chanel sebelum keadaan jadi tak menentu]
Dia: Nak ke mana???? Tak ke mana-mana. Di office sampai pukul 09.00 malam.
Aku: Tak ada candle light dinner ke? [sengaja aku memprovok. Konon nak cungkil rahsialah]
Dia: D’Sana, apa sebenarnya yang D’Sana cuba tanyakan. Kalau pasal Valentine's Day …. Rentikan ajelah. Erm… D’Sana sambut ke?
Aku: Kenapa….. [hheheheheh saja je aku nak main tarik tali. Tak best lak rasanya kalau straight to the point]
Dia: Kalau D’Sana sambut, sekarang juga D’Sini letak talifon atau D’Sana nak dengar khutbah percuma. [suaranya kedengaran tegas dalam satu rasa yang cuba tidak dizahirkan. Terkedu sekejap aku…. speechless sebab dia tak pernah seserius itu sebelum ini.]
Dia: D’Sana…. D’Sana…. kenapa D’Sana diam? So D’Sana sambut ke? [Dia masih mengulangi soalan yang aku sengaja tak jawab]
Aku: Agak-agak D’Sana macamana…. D’Sini sambut ke? [heheheheh saja aku ajukan persoalan menjawab kembali persoalan yang diberikan…. walaupun aku sudah dapat menduga apa yang bakal terjadi.]
Dia: Manalah D’Sini tahu. Apa pun, D’Sini nak ingatkan. Bertaubatlah kalau betul D’Sana menyambut atau meraikannya. Don’t tell me you dunno anything and didn’t receive any info regarding that bullshit fiesta. [Gulp… sekali lagi aku menelan liur… dia benar-benar marah.Jarang dia nak marah canggitu setiapkali kami berbicara.]
Aku: What such of info that U mean? [Wah! Beraninya aku…. saja menyimbah sedikit minyak pada darjah kemarahannya.]
Dia: D’Sana, Umat Islam yang faham akan akar umbi dan paksi agamanya tidak perlukan budaya atau amalan seperti itu yang cukup jelas bertentangan dengan yang telah ditetapkan pada kita. Ajaran Islam itu sendirinya sudah lengkap, sempurna dan dicantik. Kita tidak perlukan satu hari yang khusus sebagai budaya untuk expression kan segala perasaan. Tidak dengan pemberian bunga atau coklat yang cukup melambung harganya pada hari giler seperti itu. Lagi pun mustahil D’Sana tidak tahu apa hukumnya kalau kita meraikan atau menyambut perayaan itu.
Aku: Well, rasanya tak salahkan kalau D’Sana beritahu D’Sini apa yang D’Sana tahu…. [Seronok pulak dengar dia berhujah. Ah… itulah keistimewaan dan kelebihan yang dia miliki. Kepetahan dalam membahas isu tak perlu aku sangkal menjadikan dia seorang yang cukup aku kagumi]
Dia: D’Sini tak nak cakap banyak-banyak, tapi cuba klik pada link ni. Baca dan halusi apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria itu. Kenyataan ini sudah keluar beberapa hari sebelum tarikh tersebut, tapi dasar orang kita, apa yang disogokkan oleh dakyah kristian itu juga yang ingin dan suka diikuti. Nak kata tak reti membaca, kenyatan tu dalam Bahasa Melayu, nak kata jahil… erm mungkin, tapi kalau jahil sekali pun, kenapa tak mahu bertanya supaya kejahilan itu tidak terus memakan diri.
Aku: Ehem… macam sindir D’Sini jer… [aku sekadar mengusik, tapi jauh di sudut hati, aku amat faham dan bangga ada teman sepertinya. Cukup sensitive pada isu yang melibatkan aqidah dan bangsanya sendiri.]
Dia: Maaflah kalau D’Sana terasa, tapi bukan itu yang D’Sini maksudkan. [kedengaran lemah saja suaranya…. Tak tahu apa yang menerjah di fikiran setelah mendengar kata-kata ku tadi]
Aku:hahahahaha Don’t be the worrylah D’Sana, D’Sini tak pernah sambut since dulu dan insyaAllah tak akan sambut sampai bila-bila. Sebenarnya D’Sini saja nak try test D’Sana. Manalah tahu big shot yang glam macam D’Sana mesti ramai yang minat dan tak kurang yang jadi secret Admire. Kutlah dapat cokolat ke… bolahlah sedekah kat D’Sini. [Tawanya meledak sampai aku rasa itulah tawa yang paling boom yang pernah aku dengar. Mak Aiii dia ni… sukanya….]
Dia: Fuhhhh lega D’Sini dengar. Apa pun D’Sini percaya D’Sana bukan jenis yang suka mengikut membuta tuli akan sesuatu tanpa gunakan akal. [Kami sama-sama tertawa]
Aku: Keylah D’Sana. D’Sini ada kerja nak buat. Apa pun take care yer dan jangan buat ubat yang doktor bagi sebagai perhiasan. Kalau ada madu kat rumah, minum sesudu kecil sebelum tidur dan bila bangun tidur. Kurangkan minuman sejuk especially berais. Kalau ada gula batu pun elok gak untuk dibuat macam strepsil. Jaga diri dan hidup baik-baik. Assallammualaikum.
Dia: Thanks D’Sana sebab sudi called D’Sini. InsyaAllah D’Sini akan ingat bebelan pesanan D’Sana dan take care to you too and if I miss to call U on that time, Happy Birthday in Advance even tarikh keramat tu still hanging around the conner. Apa pun I’ll will try with all my best to call you during that day. Waalaikummussalam.

Jauh mengelamum… teguran dari teman sebelah melenyapkan segalanya… Tiba-tiba aku di tamu rindu… Erm tentu seperti biasa dia sedang bergelut dengan Audit Comm dan Brd Mtgnya…. Erm apakah tahun ini dia ingat apa yang akan berlaku tidak lama lagi.... entahlah... walau apapun moga dia sentiasa sejahtera hendaknya… Apa khabar pulak DIA yang dah lama membisu… ah… entahlah... apakah aku ada melakukan kesalahan luar sedar yang mengguris atau menyakitkan hatinya???? mengapalah lewat kebelakangan ini aku bagai dipaksa dan diarahkan untuk satu pemahaman dalam seribu teka teki yang berselirat.... Mampukah aku bertahan???????Entah... tapi andai itu membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat orang-orang yang aku sayang... tak salahkan andai aku terus berkorban.....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home