Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, February 26, 2008

Tanda kasih......

Hari ini aku bangun agak lewat dari biasa setelah melenakan mata dalam 2 jam sahaja. Erm kenapalah aku ni suka sangat berjaga…. Ha! Mesti ada yang kata aku dok beranganlah tu…. Tak adalah.. bukan berangan, tapi kerinduan…. As usual, aku rindukan mama dan papa.. rindu pada along dan juga angah walaupun hakikatnya abang aku yang second tu memanglah tinggal sebumbung dengan aku…. Tapi pertemuan kami bagi terikat dan diikat dengan kesibukan….. dah tu aku memikirkan pasal credit hours yang tak cukup… aduh… payah betul… cam confirm je aku tak leh nak amik exam untuk kali ini… nak buat camne kan… memang salah aku walaupun kalau di kaji secara logic boleh gak kata bukan salah aku…. Tahlah…. Melangkah ke ruang makan, terlihat sepiring donat yang masih berasap tipis sudah terhidang. Ada juga tupperware yang sudah terisi dengan beberapa ketul kuih tersebut di dalamnya. Tak perlu ku tanya siapa yang membuat… sudah pasti kerja kak long. Tika bertembung pandang dengan kakak ipar ku itu, dia sekadar tersenyum. ‘Tiba-tiba terasa nak makan donat.’ Ucapnya lembut seolah dapat menduga apa yang ada di mindaku.’Terasa nak makan atau kak long miss along? Kan itu kuih kesukaan along….’ Entah bagaimana kata-kata itu meluncur dari mulutku. Kak long hanya tertawa kecil menyembunyikan apa yang berkocak di hati. ‘Tu kak long dah masukkan dalam tupperware, adik jumpa dia ke hari ini?’ tak semena tersembur susu suam yang sedang ku teguk. Nasib baik juga tanganku pantas mencapai tisu yang terletak di hujung meja. ‘Almost one months ++ we didn’t see each other’ ucapku bersahaja sambil menolak piring yang masih bersisa. Seleraku punah bila mengenangkan keadaan kami. Iya… DIA semakin terikat dengan tugasan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian lebih dari yang lain…. Malah dalam tempoh provision ini, DIA perlu menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Bagaimanalah agaknya keadaan dia......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home