Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, July 30, 2008

Mampukah Aku...

Keterujaan terhadap bonus dan increment yang dinantikan oleh setiap staff di office bagaikan sudah lenyap dan melayang buat ku. Aku dah langsung tak kisah, malah mungkin ada yang tak percaya kalau aku katakan bahawa keghairahan ku untuk bersama teman-teman dalam teka teki akan amount yang bakal tercatit dalam payslip yang akan diterima sudah hilang entah ke mana. Aku dah tak punya perasaan untuk itu. Kenapa aku jadi canggitu.... semuanya kerana insident yang telah pun aku hadapi.

Hari ini dan pastinya sepanjang minggu depan atau sekitar bulan August ini merupakan detik dugaan maha hebat dalam hidup kerjayaku... Mana taknya... pagi tadi sahaja aku sudah menerima tembakan dari dua clients yang memang sebelum ini rapat denganku atas urusan kerja. Segalanya berpunca dari keputusan pihak management untuk ini...


Berbagai pertanyaan yang hadir dan terpaksa malah memerlukan explanation yang cukup jelas mengapa tiba-tiba keadaan ini terjadi, tapi ianya masih lagi mampu aku hadapi dan alhamdullillah penerangan ku itu dapat diterima oleh yang bertanya. Cuma ini yang menjadi permasalahan besar malah rumit...

'As an additional security feature, we will also be introducing devise-based user authentication from 1 August 2008 which allows access to the Virtual Library only from registered computers. There will be no changes to the login procedure and thus you can continue to use the same user ID and password.'

malah kerana perkara ini jugalah insident yang tak diduga terjadi... Ya ampun Ya Allah... aku langsung tidak mampu mencelah jauh sekali memberikan penjelasan mengapa keputusan sebegitu diambil oleh pihak management dalam system baru ini... Rata-rata clients ku memberikan keperbagaian reaksi yang sudah aku duga... mereka yang selama ini cukup baik denganku... tidak langsung punya masalah dan kami dapat memberikan kerjasama yang amat sempurna rupanya masih belum senada dalam isu yang satu ini. Kerana system itu, aku ditembak tanpa mampu mempertahankan hujah. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah menjadi pendengar setia pada luahan pendapat dan pandangan mereka... Biarpun rasa tertekan dengan tiap butir yang dipertuturkan, tapi aku tetap cuba meminjamkan sepasang telinga yang aku ada untuk terus mendengar. Ya aku sedar... ini tugas aku... mahu atau tidak... rela atau tidak aku perlu malah harus menerima dan melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab... Ya Rahman Ya Rahim... kau berikanlah kekuatan dan ketabahan agar aku mampu menghadapi segalanya..... mampu memberikan yang terbaik dalam tugasan yang kini aku galas... AMIN....

Sunday, July 27, 2008

Cinta itu Anugerah....

Aku menerima kiriman email ini dari seorang teman... setelah aku halusi, rasa cam nak kongsi jer ngan semua pengunjung istana kaca aku ni... so sesama kita teliti dan fikiri ekk....

Saya suka tengok jari awek saya...Cantik betul...
Sungguh!Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya:saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....Then kalu anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...Semoga saya pun ambik iktibar gak...Wassalam...

Thursday, July 24, 2008

Lawatan Sambil Makan...



Semalam, lepas office aku dan beberapa orang lagi teman telah diundang ke Park Royal Kuala Lumpur. Dalam email yang diforwardkan kepada kami katanya untuk hi-tea, waktu yang disebut pun tak la lama sangat. Sampainya kami di sana, kami bertemu dengan Sales Executive yang bertugas. Diupdatekan bahawa sebenarnya mereka dah cancel program untuk hari itu. Awalnya terkezut gak... iyerlah kenapa tak email beritahu dah cancel. At least tak payahlah kami semua datang, tapi bila diterangkan yang mereka bukan cancel program sebaliknya cancel agenda. Bermakna awalnya hi-tea sudah dialih menjadi dinner. Lagilah terkezut... ni sebenarnya untuk apa...??? tertanya gak... dan bila dah dengar apa yang diexplainkan barulah kami semua tersengeh. Oh! kira D Tour to the Hotellah... mereka nak mempromosikan hotel mereka... dalam ertikata lain market business. Iyerlah, manalah tahu kut kami boleh menempah hotel mereka untuk digunakan andai ada function rasmi atau tak rasmi atau persendirian dari syarikat. Emm... aku dan yang lain dah tersengeh. Sementara menanti sebahagian lagi member yang belum menzahirkan diri, kami disajikan dengan koktails... hidangan ringkas tapi sedap. Di meja hidangan terlihat sushi, member dah singgung bahu aku dan aku tersengeh. Lepas hajat nak makan sushi. hehehehhe Rezeki.....



Bila semua dah ada, kami dibawa menjelajah. Diperkenalkan dengan koleksi bilik-bilik yang mereka ada. Gambar 1 Deluxe Twin Sharing, gambar 2 -> Orchid club Room dan Gambar 3 Bridal Suite... yang ni sesuai sesangat untuk yang nak berbulan madu... aduh! cantik bangat sih... ya bisa asyik kalau terusan berada di dalam kamar ini. Pasti nggak mahu keluar dong... hahahahaha.




Pastu kami di bawa pulak ke port laypark yang mereka namakan Basso Nova... Wah! Dah macam tajuk lagu dolu-dolu kan.. Hai Che Abang, menari Basso Nova... Awas langkah, berbeza dari samba, wahai sayang marilah ikut serta.. Cewah... sumbanglah pu3 oooiiiii. Yang ni memang best sebab menurut sales executive tu ianya cukup happening especially pada malam sabtu kerana pengunjung yang datang boleh belajar... Eh! Bukan belajar memasak daa... sebaliknya belajar menari dan menari bersama dengan penari yang mereka sediakan di ruang yang ada di situ. Masa ni gengs aku semua teruja... mulalah keluar soalan-soalan pelik... Kenapa tak jemput kami datang pada hari Jumaat... boleh laypark lama sikit... Waduh! udah ada perancangan ya... chaiyokkk! Utak semua cukup bernas dong... pasal berhibur, memang pantas semuanya ya bijak sekali....

Akhir sekali kami di jamu dengan hidangan dinner di Si Chuan Chinese Restoran. Makanan yang disajikan.. Peh! Memang sedap... bermula dengan shark fin sup yang memang popular tapi cara masaknya lain sikit sebab ada rempah yang bukannya rempah kari kat kedai maidin dan ada rasa pedas yang bukan datangnya dari syeli api kat kebun Ahmad Albab. Kalau korang nak tahu bagaimana rasanya, korang kenalah pegi sana dan rasa sendiri. Barulah gerek kan... pastu ada sayur, udang, taufu, roti goreng dan yang tak sangka tapi tak jadi nangka, kami disajikan juga dengan Daging Rusa masak blackpapper dalam hot plate. Berganding pulak dengan special chinese tea yang ramuannya terdiri dari red date, rock sugar, jasmine dan tah apa-apa tah lagi yang aku sendiri tak tahu, tapi rasanya sedap dan menyegarkan.

Kami meninggalkan Park Royal lima minit sebelum jam sembilan malam. Penat memang penat, tapi ya... orang dah jemputkan... kenalah hargai dengan menghadirkan diri... takut next time orang tak nak jemput lagi. Kutlah ingat kita sombong. Buat pihak Park Royal Hotel terima kasih daun keladi ekk.. next time undang-undanglah lagi... moga sukses dalam business yang mereka uruskan.

Tuesday, July 22, 2008

Dia....

Erm... Dah lama dia tak menzahirkan diri. Aku sedar, detik-detik ini pasti dirinya diulit kebusyan tahap dewa sebagaimana lazim. Namun petang tadi... Ah! entah apa mimpinya lantas dia hadir dalam sebuah perbualan...

DSaNa: Assallammualaikum...

Aku terkedu sebaik sahaja terdengar nada bicaranya. Senyuman membias tanpa ku pinta. Erm Happy ke aku... entah...

AkU: Waalaikummussalam...

DSaNa: Terdengar dia tertawa. Lamanya DSana ambil masa nak jawab salam DSini. Well, DSana apa khabar? Sihat ke? Bagaimana dengan kerja???

AkU: Sorry... tengah semak sumthing, tu yang terdiam sekejap. [Pembohongan untuk menyelamatkan diri dari malu, kalau mampu sure aku dah nyorok bawah meja]. Dia tatap ketawa seolah dapat menangkap reality sebenarnya yang aku hadapi.

AkU: DSana apa khabar?

DSaNa: Rasanya DSini yang soal dulu tadi, DSana apa khabar?

AkU: Alhamdullillah sihat, cuma sibuk sikit. Next month we going to launch our new module for the old product. Banyak yang perlu dilakukan terutamanya bab deal dengan clients. Susah sangat...

DSaNa: Erm buat elok-elok. Key DSini sihat, macam biasa sibuk. Kalau tak sibuk rasa macam bukan masuk office pulak. So when you next book going to publish?

Aku ketawa mendengar pertanyaannya.

AkU: Nak publish apa... MSS pun masih selamat kat dalam thumdrive.

DSaNa: Kenapa tak hantar??? Hilang keyakinan lagi... or you had a problem right now? Tawa DSana yang DSini dengar macam tawa yang lahir tanpa perasaan. Tawa plastik.

Gedebuk... nasib baik dudukku betah, kalau tidak sure aku dah terguling kat atas karpet. Dia ni kan... pakai ilmu apa ha... tak kan jadi halimunan kut... Ah! Mustahil 6sence dia masih lagi powerangers macam dulu... tapi kenapa telahan dia jarang sangat tersasar... Relex hati... relex...

DSaNa: DSana... DSana okey ke...

AkU: Oppsss sorry.... ada lagi kat sini. Belum ghaib ke ISS lagi. Sayut belum turun.

Aku mencipta lawak bodoh yang tentunya tidak langsung melucukan. Terdengar dia ketawa.

DSaNa: Ni bila nak balik? Dah lewat kan.

AkU: Esok kut. Ha! Tanya orang, DSana tu bila nak balik?

DSaNa: Lusa kut... Kami sama-sama ketawa. Erm DSana, DSini suka lagu Ratuku yang ada kat Blog DSana yang satu lagi tu. Cerita yang ada dalam N3 tu pun bagus. Nama untuk watak-wataknya pun DSini suka. Fizz Haizal... Emil Roziman... Erm...

AkU: Dah! Jangan nak buat spekulari sendiri. Nama watak tu tak ada kaitan dengan yang dah mati...

DSaNa: Sebab ianya belum mati... jadi kaitannya tentulah dengan yang hidup kan... Dia mula tertawa kembali...

AkU: Perasan... DSana... DSana... DSana.... kenapa yang suka sangat ni. Tak baik tau. Kata tok mak, kalau kita suka sangat ketawa, nanti kita akan menangis... DSana...

DSaNa: Okey... okey... sorry... Bukan niat DSini nak ketawakan DSana... sekejap... Terdengar dia cuba mengawal tawa dengan menarik nafas dan akhirnya... Okey. Erm sebut pasal Tok Mak, bila nak kenalkan.

Aduh! ni soalan bentuk apa pulak ni... diamond princess cut ke... atau soliter... isy... kenapalah aku asyik terperangkap aje sekarang ni...

AkU: Buat masa ni Tok Mak tak datang sini, jadi postpondlah nak kenal dengan dia.

DSaNa: Tak pe. Kalau dia tak boleh datang, apa kata hujung minggu kita yang balik jenguh dia. Erm lagi pun DSini dengar pokok buah tengah berbuah. Bolehlah DSini rasa suasana kampung. Selama ni asyik dengar DSana cerita pasal kampung DSana saja. Pasal bendang padi, tempat persembunyian, sungai, kebun buah-buahan. Terasa nak lihat semua tu. Maklumlah DSini bukannya ada kampung. Rumah mama dan papa pun kira dalam taman, tak ada suasana kampung. Boleh DSini melakukan ziarah ke kampung DSana?

Gulppp aku menelan liur... Ya Ampun Ya Allah... kenapa dengan dia ni...

AkU: Erm insyaAllah. Kita sekadar mampu merancang, dalam perancangan kita DIA juga merancang dan sebaik-baik perancangan itu adalah yang ditentukan oleh-Nya juga. Kalau perancangan kita bertemu dalam ketetapan-Nya, semua yang DSana nak tu akan termakbul.

DSaNa: Amin....

Aku terkedu mendengar dia mengaminkan apa yang ku katakan tadi. Seolah satu ungkapan doa yang terucap tanpa sedar. Ah! Sudah...

DSaNa: Erm DSana, DSini kena end conversation kita dulu. Ada incoming call. Apapun DSini harap DSana okey, buat kerja elok-elok. Jaga kesihatan baik-baik. Jangan ponteng makan ubat dan janjitemu. Usah berhenti di tengah jalan setelah apa yang DSana usahakan selama ini sudah memperlihatkan hasil. Teruskan berkarya... DSini yakin dengan bakat dan kebolehan yang DSana ada. Tak ramai orang yang boleh menghasilkan sesebuah karya kreatif. DSana punya cara tersendiri dan Terima kasih kerana sudi mengabadikan nama DSini di dalam ruang di novel tu. DSini terharu sangat sebab DSini rasa DSini tak lakukan apa-apa pun dan tak layak menerima sebarang penghargaan sedemikian. Terima kasih DSana... DiSini hargai sangat-sangat.

AkU: Erm no hal... Tiap dari kita punya persepsi tersendiri dalam menafsir apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita kan. Menterjemah erti kata-kata. Ingat tak DSana pernah kata... 'dengan sedikit kekuatan, keyakinan bakal bertandang. Menundukkan keraguan dan ketidakyakinan dari terus menguasai diri….’ Terima kasih kerana mengejutkan DSini dari terus lena di buaian keraguaan. Ianya akan terus menjadi penguat semangat DSini untuk terus berusaha. InsyaAllah DSini tak akan kecewakan DSana dan semua insan-insan yang DSini sayang. And Thanks for the lovely flowers. DSana tak perlu lakukan semua tu sebenarnya... Apapun trimas. DSini dah keringkan dan letak dalam bilik...

Dia sekadar ketawa sebelum mengakhiri perbualan kami dengan ucapan Assallammualaikum... Kenapa aku rasa lapang tiapkali usai berbual dengannya dan mengapa dia sering hadir kala hatiku diacah rasa yang sukar ku ungkapkan... Ah...

Buat Dia dan semua yang selama ini cukup setia menitip dorongan dan menyuntik kekuatan agar aku berani melangkah... tataplah Ungkapan Kata Hatiku ini....

Kata-kata ini termuat didalam Buah Cinta...

Penghargaan:

Ku sulam bicara sekeping hati. Moga simfoninya bisa didengari dan dihayati oleh sekelian yang aku sayangi.

Teristimewa buat arwah papa dan mama, aku bangga menjadi puterimu dan aku juga berharap kalian bangga punya puteri seperti diriku meski ianya terlalu lewat untukku persembahkan pada kalian..

Keluarga tersayang yang amat aku cintai, pengertian adalah tunjang dan kekuatan buat diriku meski terpaksa mengorbankan waktu lena hanya kerana sebuah impian dalam angan-angan yang akhirnya mampu ku gapai.

Sifu merangkap teman dan sahabat. Honey and bikash, thanks a lot. Bukan laman sebarang Laman. Laman biru istana bunian. Bukan teman sebarang teman, teman guru penggerak keberanian. Tak mungkin aku lupa segala yang kalian lakukan.

Trisya –Antara kita terlalu banyak yang dikongsi bersama. Airmata dan tawa pengikat persahabatan yang terlalu tinggi harganya. Terima kasih atas sokongan dan dorongan. Kini segalanya telah aku buktikan.. Love you so much.

Raizal – Ingat tak awak selalu cakap pada saya. ‘Asyik baca novel orang saja, bila orang nak baca novel saya??’ Saya dah sahut cabaran awak dan buktikan. Inilah hasilnya dan saya harap awak turut berbangga. Saya tak lupa janji saya pada awak.

RoY – Sesungguhnya aku amat menghargai persahabatan kita. Mungkin tidak cukup sekadar ucapan terima kasih yang terdaya ku zahirkan pada seungkap bicara yang terlafaz atas segala kebaikan dan dorongan yang diberikan selama ini.

Akhirnya, buat semua yang amat aku sayangi dan para pecinta novel tanahair…. Terimalah Ungkapan Rahsia Hati dariku untuk kalian semua…

Kelebihannya....

Aku nak berkongsi dengan semua tentang info yang diforwardkan oleh Dr K ke dalam mailbox aku... Ceh! cam perli aku je... siap highlight lagi kat info yang aku perlu fokus...

This is interesting. After reading this, you'll never look at a banana in the same way again.


Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: biggrin:According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia. <-- [tak kan hari-hari aku nak makan pisang, sat ni bertukaq pulak jadi monkey... ceh!hampehkelapa.com betullah doktor aku ni....]

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation :confused:High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness: Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.
Overweight and at work? Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control: Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.
Seasonal Affective Disorder (SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking & Tobacco Use: Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassiu! m and ma gnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, 'eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

Tahniah.....

Aku baru selesai berkomunikasi dengan seorang teman… khabar terbaru yang ku terima mengejutkan tapi alhamdulillah aku bersyukur. Hujung minggu ni 26 July 2008 bersamaan 23 Rejab 1429 Hijrah insyaAllah Pakcik Yaakub akan melangsungkan pernikahan keduannya. Tahniah buat pakcik. Moga akan bahagia hingga ke akhir hayat. Dengarnya besar gak kenduri yang bakal diadakan di SP nanti. Tak apalah… kenduri sebahagian dari cara kita bersedekah juga. Namun yang sedikit memeranjatkan bila perkhabaran yang disampaikan pada aku majlis yang akan berlangsung itu adalah 2 in 1, yakni ayah dan anak sama naik. Di kesempatan yang terluang... aku nak ucapkan tahniah buat keduanya... Pakcik Yaakub dan pasangan serta anaknya @ teman aku tulah bersama pasangan. Moga allah memberkati dan melimpahkan bahagia buat mereka semua hingga ke hujung nyawa. Amin.....

Sunday, July 20, 2008

Our KSP Nite

Malam Sabtu yang lalu 18 July 2008 aku menghadiri majlis makan malam tahunan bagi kelab sukan syarikatku bertempat di Sunway Resort and Spa. Awalnya memang aku malas nak pergi, tapi bila dah diajak dalam paksaan terhormat, akhirnya aku mengalah gak. Ikut kan ajelah labu… lagi pun memang mungkin aku perlukan break untuk merelexkan otak aku yang dah memang tepu sejak dua menjak kebelakangan ini.

Pegi ke sana as usual bila ada function aku lebih selesa bersama Trisya. Kenapa ekk... macamlah tak ada orang lain, tapi entah… mungkin aku lebih selesa agaknya. Kami pergi dengan dua orang lagi member yang tumpang dia. Best gak… mengharungi lalulintas yang agak sesak sikit petang tu. Apapun kami tetap sampai awal. Aduh! Kalau akulah yang drive, jawabnya mesti tak sampai lagi dan dah tentu-tentu berkilo hatta bertan-tan buah langsat yang aku pungut… Trisya gelak je dengar komen aku. Memang dia tahu sangat kelemahan aku dalam bab ni.

Malam tu memang happening habis. Posing sakanlah juga, tapi bukan aku... si Trisya tulah... Tahulah dia terselit diantara aweks tercun…. hehehehe. Malam tu aku simple aje… tak dress up atau make over wajah macam gengs yang lain, just touch up sikit untuk melindungi wajah agar tidak terbiar kepucatan yang memang menguasai. Seronok dengan apa yang disajikan walaupun terkadang tu boring pulak. Bila keadaan ini terjadi, apa yang kami buat, makan dan memekak… ada aje yang bersuara mengomplain tentang persembahan dari new joiner staff yang memang dipaksa dan terpaksa melakukannya. Kesian gak kat depa sebab sure kena kutuk. Namun kami turut sama menyanyi bila tiba time member buat persembahan. Lagu-lagunya segar dan bertenaga… walau sound system tak berapa best. Aku pun terselit sama menyumbangkan suara aku yang lunak bak buluh perindu ini… hahahahha perasan tahap tak ingat bumi… tapi bila lagi kan… Kalau nak tunggu aku yang berada di pentas tu, jawabnya sampai gajah dibawa ke bulanlah. Tak kan adanya. Aku ni kan pemalu tahap daun semalu… kalau setakad menyampuk tu no hal. Kira jadik punya… Apapun aku akui memang release sikitlah tension kerja… than dapat juga jumpa member-member dari other departments yang selama ni jarang nak lihat muka. Untuk tatapan semua, aku pamirkan sebahagian dari gambar-gambar yang sempat terakam sepanjang dinner tu

Thursday, July 17, 2008

Tragedi muncul kembali....

Sedang enak bercanda di ruang pejabat, telefonku menjerit. Tertera nama yang cukup aku kenal. 'Buka website Malaysia Kini, tengok berita terbaru yang baru di muatkan' itulah arahan yang ku terima dari si pemanggil. Tak berlengah aku lakukan ap ayang disuruh dan aku cukup terkejut... seakan tragedi 1998 berulang kembali. Segalanya berjalan serupa... Apakah undang-undang rimba masih diamalkan... Entahlah... aku yang kurang arif dalam bab undang-undang ni masih lagi dibelenggu ketidakfahaman. Apapun buat keluarga DSAI... moga allah limpahkan ketabahan dan kesabaran di hati lebih dari yang telah kalian miliki dulu. Bermunajad dan bermohonlah kepada-Nya, justeru di saat-saat begini hanya pada Dialah sebaik-baik pengharapan yang harus kita semua sandarkan. Buat semua rakyat, jangan lakukan sesuatu yang bodoh yang boleh mengheret keluarga DSAI ke kancah kerumitan dan kesusahan. Kita sama-sama berdoa moga kebenaran akan terbukti jua... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Ampunilah kami semua... Kau sejahterakan lah kembali negara kami... kau selamatkan hamba-hambamu yang tidak berdosa... Amin Ya rabbal A'lamin....

Tergempar: DSAI ditahan

Hari ini sekitar jam 1 petang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berdekatan rumah beliau di Bukit Segambut. DSAI yang dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat BPR di Putrajaya ditahan oleh satu pasukan khas yang disertai lebih dari 10 buah kereta pasukan polis, semata-mata hanya untuk membawa Datuk Seri Anwar ke Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur. Tindakan pihak polis ini sungguh mengejutkan kerana sudah ada perjanjian untuk menemui polis pada jam 2 petang hari ini.

Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berulangnya peristiwa tahun 1998 di mana Ketua Polis Negara ketika itu telah bertindak menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Serangan yang merbahaya itu disifatkan hampir menyebabkan kematian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 16HB JULAI, 2008 3.30 PM

Petang ini jam 1.05 petang Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan di luar rumah beliau di Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang berasaskan perjanjian yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah ke rumah beliau selepas memberi kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya. Laporan tersebut berkaitan pemalsuan serta penyembunyian bukti-bukti kes oleh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail pada tahun 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Beliau diiringi para peguam, staf dan pasukan keselamatan.

Pasukan polis yang disertai 10 buah kereta, separuh darinya tidak dapat dikenali, telah memaksa rombongan Datuk Seri Anwar untuk berhenti sejurus mereka memasuki persimpangan Bukit Segambut. Pasukan polis ini juga terdiri dari Unit Tindakan Khas yang berjumlah 20 orang bertopeng, mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1998.
Seorang pegawai terus mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta beliau turun untuk menaiki kenderaan yang disediakan polis ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur( IPK KL). Para peguam beliau tidak dibenarkan untuk bersama dalam satu kenderaan menuju ke IPK KL.
Penangkapan ini terjadi kurang dari 15 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat julung kalinya secara siaran langsung di Televisyen Malaysia semenjak tahun 1998. Beliau mengumumkan kepada para penonton akan hasratnya untuk bertanding pilihanraya kecil dan selepas berjaya membentuk kerajaan baru, akan menurunkan harga minyak petrol tempatan sebanyak 50 sen.

Majoriti rakyat Malaysia gembira dan menyatakan sokongan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siaran tersebut.Insiden penangkapan ini mengejutkan serta menunjukkan segala episod yang berlaku bagaikan satu ulangan tindakan yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Minggu-minggu kebelakangan ini menyaksikan media arus perdana yang dimiliki kerajaan mulai menabur fitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kakitangan beliau diganggu dan kita menyaksikan satu konspirasi telah bermula untuk merencatkan perubahan politik yang kian hampir. Rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa walau dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mesti berpegang pada janji untuk memastikan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami berjaya berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau meminta para penyokong dan rakyat Malaysia untuk tetap bertenang supaya tidak ada alasan bagi pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Oleh itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia dan para penyokong menolak sebarang bentuk provokasi.

Sumber dari : http://anwaribrahimblog.com/

Mengapa Anwar ditahan di luar rumah...
Jul 16, 08 7:29pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap di dalam rumahnya kerana ia boleh menimbulkan kekecohan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd Zinin hari ini.Pada masa ini, katanya, Anwar sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar."Beliau (Anwar) juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya di waktu ini," kata Bakri dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada pemberita petang tadi. Katanya, waran tangkap juga telah disempurnakan ke atas Anwar. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan dari pemberita.

Katanya, ahli keluarga Anwar juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya.

"PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis," katanya.

Bakri berkata, untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil, PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

Ikut garis panduan

"PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

"Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan.

"PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada," tambahnya.

Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Anwar, katanya, ianya dilakukan secara profesional, berdesarkan kepada keperluan tersebut.

"Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh jabatan siasatan jenayah khas Bukit Aman, tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garispanduan yang ditetapkan.

"Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1 petang di sekitar Segambut," kata Bakri.

Sebelum ini, Star Online memetik Bakri sebagai berkata, polis bimbang Anwar tidak hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan oleh itu memutuskan untuk menahan beliau.

Sebab ditahan

Bakri dipetik sebagai berkata, Anwar sepatutnya pergi terus dari ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya ke IPK Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa selepas meninggalkan ibupejabat BPR di Putrajaya, beliau telah mengubah laluannya dan menuju ke rumahnya di (Bukit) Segambut.

"Beliau ditahan kerana kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa beliau tidak akan hadir. Kami ingin menekankan bahawa Anwar pada mulanya bersetuju berjumpa kita pada hari Isnin tetapi gagal berbuat demikian," katanya.

Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan keluarganya ketika cuba menyerahkan perintah di bawah Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini atau menghadapi kemungkinan di tangkap. Pemimpin PKR itu setuju hadir.

Bagaimanapun, Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari tadi ketika dalam perjalanan pulang di Putrajaya. Beliau sedang ditahan di IPK Kuala Lumpur.

Anwar minta penyokong bertenang
Jul 16, 08 4:41pm


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Anwar bermalam dalam tahanan polis
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri Jul 16, 08 8:38pm
kemaskini 11:51pm


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.

Isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.

Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi naib presiden Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam.

Sebelum itu, 10 kenderaan polis mengiringi Anwar ke hospital dari ibu pejabat polis itu pada jam 8.35 malam dan sampai kira-kira 10 minit kemudian.

Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis untuk rawatan biasa. Mohamad Azmin dan Yusmadi kelihatan masuk ke wad itu jam 10 malam.

Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama ketua perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen. Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit. Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK.

Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup Anwar" dengan disambut lambaian tangan Anwar.Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis. Beliau tiba di IPK kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.

Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.Kira-kira 500 penyokong penasihat PKR berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah sejak beliau ditahan tengah hari tadi. Awal malam ini, mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.

Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.Taklimat tentang perkembangan penahanan Anwar disampaikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali.

sumber dari: http://www.malaysiakini.com/news/86199

Tuesday, July 15, 2008

Faham vs Tak Faham


Malam ni aku makan malam awal... tepat jam 09.00 aku dan seluruh family dah ada di depan TV. Just because of apa yang telah terlihat di atas. Tapi rasanya aku terbelenggu dalam kekeliruan dalam ketidakfahaman. Erm aku yang tak faham atau Pak Menteri tu yang tersasar dari pokok persoalan.

Budak kolej kalau bab debat... memang hebat... memang dah di latih bahawa fakta dan bukti perlu ada... bukan cakap kosong... dan DSAI dah buktikan. Hujahnya mantap. Siap dengan segala angka dibawa bersama malah financial Petronas 2008 pun dia sentuh sikit, ternyata DSAI cukup bersedia untuk majlis yang melibatkan dirinya malam ini, tapi apa balasan dari pak menteri... sorry tu said... macam tin kosong... just bunyi yang kuat, tapi lampung... lain di soal, lain di jawab malah ada yang tak berjawab. Maybe terlupa buat homework tentang apa yang sepatutnya dihujahkan pada malam ini. Serangan peribadi terhadap DSAI bukanlah memperlihatkan imej seorang menteri yang seharusnya dijaga. Demostrasi jalanan, konsert tak senonoh, trajedi Baling itu yang disebut... nak tanya gaklah, apa kaitan dengan tajuk yang diberi??? Erm musykil gak aku...

Soalan-soalan dari Profesor UUM tu pun buat aku tersenyum. Nak gelak, kesianlah pulak kat dia... agaknya terlupa bahawa GAS dan MINYAK tu adik beradik... aduhai pak profesor... camne nie... begitu juga dengan Pak Menteri, lain yang ditanya lain yang dijawab. Penat dan letih rasanya menantikan penjelasan darinya yang langsung tak beri penerangan yang diharapkan oleh sekelian rakyat termasuklah aku ni.

Ni satu lagi...

DS, tak perlulah nak jadi perdana menteri. Mengapa tak berkongsi idea yang ada dengan kerajaan untuk ringankan beban rakyat. [canggitulah lebih kurang soalannya, maaf kalau aku tersilap]

Apa punya soalan daa... mahukah kerajaan dengar pendapat pembangkang... mahu ke kerajaan bermuzakarah @ berbincang dengan pihak pembangkang sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau ini terjadi, alhamdulillah tentu rakyat di negara Malaysia yang bertuah ini akan terus bertuah dan tidak hidup dalam keadaan yang tertekan. Isy... isy... kesiannya yang menyoal...

Apapun aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua tokoh ini atas keberanian mereka. Walaupun yang seorang cukup bersedia sedangkan yang sorang lagi mungkin lupa nak buat persediaan, tapi kedua-duanya punya keberanian untuk tampil dalam satu perdebatan. Syabas DSAI dan Pak Menteri cuma kalau Pak Menteri tak terlalu berselindung dengan serangan peribadi terhadap sejarah diri DSAI ianya akan lebih molek dan cantik lagi. Jadi next time buatlah research dulu ekk tentang tajuk debat yang diamanahkan, bukannya research pasal history pendebat di sebelah ... Chaiyokkkk

http://anwaribrahimblog.com/2008/07/15/debat/#comments

Monday, July 14, 2008

Dinner oh Dinner



Erm inilah dinner aku untuk malam ini... pancake with fruits... hehehehe bukannya terasa nak jadi minah salleh tapi memang entah selera aku tak ada. Nak jamah nasi pun rasa macam malas... bukannya tak ada lauk, tapi entah. Tengahari tadi aku makan beehoon yang Trisya masak. Sedap rasanya... pandai minah sorang tu masak. Tak sangka aku... dan malam ini... aku sekadar mengadap pancake yang aku padankan dengan lebihan buah-buahan yang masih berbaki di dalam peti sejuk....

Sunday, July 13, 2008

Yang ku suka....



Aku ni memang cukup fanatik dengan puding@ dessert. Tak kiralah apa... asalkan dessert aku sanggup tinggalkan main course semata-mata kerana juadah yang satu ini. Entahlah... kenapa aku jadi macam ni, aku pun tak tahu malah kerana itu juga aku sering dan suka sangat membuatnya bila punya kelapangan. Semalam aku buat dadih... dan yang bestnya aku suka-suka hati aje mengubah resepi awal mengikut citarasa aku sendiri.


Saturday, July 05, 2008

Ahlan Wasahlan.....

Hari ni aku sibuk sangat... Sebenarnya dari semalam, tapi semalam dah berlalu. Jadi tak payahlah nak cerita. Tapi kan.. ceritera hari ini bersambung dengan yang semalam.. kalau tinggalkan semalam, boleh ke... Ermmm... Sebenarnya macam ni. Aku nak ucapkan tahniah pada Siti Fazila dan suaminya Sayed Mohd Fauzie atas kelahiran permata hati mereka yang pertama pada 4hb Julai 2008. Seluruh keluarga benar-benar merasakan kegembiraannya lebih-lebih lagi Kak Nah dan suaminya.

Inilah wajah Sayed Khairul Iman bin Sayed Mohd Fauzie. Kira wajah yang masih belum sampai 24 jam selepas di lahirkan oleh Mamanya. Comel kan..... Gambar ini aku rakam sewaktu aku menziarahi mereka di hospital. Gamat gaklah wad tu dengan kehadiran seluruh keluarga. Lucu melihat gelagat Siti yang mula gelisah dan menjerit bila sesekali babynya merengek kemudian mengalunkan suaranya dalam tangisan. Lapar kut, cuba di susukan tapi tak mahu pulak. Agaknya air susunya masih belum mahu mengalir dengan sempurna. Aku yang asyik melihat si comel tanpa sedar menyuakan jariku ke mulutnya. Apa lagi... terus ajelah si kecil tu mengisap rakus... kesian lapar mangkali. Bila aku tarik, terus dia menjerit lagi. Marah bila kenikmatannya di ganggu. 'Amboi Cheq, sedap sangat ka ayaq jari Nek Chu hang tu? Sampai bergegaq hospital ni dengan suara hang no.' Komen Kak Nah pada cucu sulungnya. 'Isy tak mainlah nenek... apa ingat nenek nenek si bongkok tiga ke. Kak Nah bolehlah. Adik tak naklah... ' Aku memprotes dengan gelaran baru yang dianugerahkan. 'Habis tu dia nak panggil hang apa? Tak kan Mak Chu jugak. Dah mama dia panggil hang Mak Chu, ni anak dia pun nak panggil Mak Chu. Pandailah hang.' Bebelnya lagi. Aku sekadar tersengeh menerima bedelan bebebalnya yang memang pun power D ranggers tu. Cheeseburger Mcdonalds betullah Kak Nah ni. 'Panggil Wan Chulah.' Entah bagaimana gelaran itu pula yang terkeluar dari mulut ku. 'Tok Wan' tanya yang lain bagai tak percaya. 'Lagilah nampak tua Mak Chu ooiiii' Mereka dah mula gelakkan aku... Cinabeng betullah diorang ni. 'Bukan Tok Wan, tapi Wan ajer.. Wan Chu glamour atau boleh aje jadi Wan Cun...' jawabku selamba. 'Ikut sukalah. Nak amik ni Wan Chu. Gendong cucu sulung hang. Iman nak ambik berkat. Mana tau sok dah besaq buleih ai jadi penulis ganti Wan Chu dia.' Terus baby di suakan ke arahku.. Alamak... macamana nak pegang ni... silap haribulan patah pulak tulang rapuh budak ni kang. Isy tak pasai ada yang ganti ngan besi lak.



Anta pose Wan Chu dengan Sayed Khairul Iman. Doa Wan Chu moga Iman akan menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti. InsyaAllah... Muahhhhh Cayang Dia..... Pssttt Siti... Mak Chu pinjam baby awak boleh... hehehehhee