Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, July 22, 2008

Dia....

Erm... Dah lama dia tak menzahirkan diri. Aku sedar, detik-detik ini pasti dirinya diulit kebusyan tahap dewa sebagaimana lazim. Namun petang tadi... Ah! entah apa mimpinya lantas dia hadir dalam sebuah perbualan...

DSaNa: Assallammualaikum...

Aku terkedu sebaik sahaja terdengar nada bicaranya. Senyuman membias tanpa ku pinta. Erm Happy ke aku... entah...

AkU: Waalaikummussalam...

DSaNa: Terdengar dia tertawa. Lamanya DSana ambil masa nak jawab salam DSini. Well, DSana apa khabar? Sihat ke? Bagaimana dengan kerja???

AkU: Sorry... tengah semak sumthing, tu yang terdiam sekejap. [Pembohongan untuk menyelamatkan diri dari malu, kalau mampu sure aku dah nyorok bawah meja]. Dia tatap ketawa seolah dapat menangkap reality sebenarnya yang aku hadapi.

AkU: DSana apa khabar?

DSaNa: Rasanya DSini yang soal dulu tadi, DSana apa khabar?

AkU: Alhamdullillah sihat, cuma sibuk sikit. Next month we going to launch our new module for the old product. Banyak yang perlu dilakukan terutamanya bab deal dengan clients. Susah sangat...

DSaNa: Erm buat elok-elok. Key DSini sihat, macam biasa sibuk. Kalau tak sibuk rasa macam bukan masuk office pulak. So when you next book going to publish?

Aku ketawa mendengar pertanyaannya.

AkU: Nak publish apa... MSS pun masih selamat kat dalam thumdrive.

DSaNa: Kenapa tak hantar??? Hilang keyakinan lagi... or you had a problem right now? Tawa DSana yang DSini dengar macam tawa yang lahir tanpa perasaan. Tawa plastik.

Gedebuk... nasib baik dudukku betah, kalau tidak sure aku dah terguling kat atas karpet. Dia ni kan... pakai ilmu apa ha... tak kan jadi halimunan kut... Ah! Mustahil 6sence dia masih lagi powerangers macam dulu... tapi kenapa telahan dia jarang sangat tersasar... Relex hati... relex...

DSaNa: DSana... DSana okey ke...

AkU: Oppsss sorry.... ada lagi kat sini. Belum ghaib ke ISS lagi. Sayut belum turun.

Aku mencipta lawak bodoh yang tentunya tidak langsung melucukan. Terdengar dia ketawa.

DSaNa: Ni bila nak balik? Dah lewat kan.

AkU: Esok kut. Ha! Tanya orang, DSana tu bila nak balik?

DSaNa: Lusa kut... Kami sama-sama ketawa. Erm DSana, DSini suka lagu Ratuku yang ada kat Blog DSana yang satu lagi tu. Cerita yang ada dalam N3 tu pun bagus. Nama untuk watak-wataknya pun DSini suka. Fizz Haizal... Emil Roziman... Erm...

AkU: Dah! Jangan nak buat spekulari sendiri. Nama watak tu tak ada kaitan dengan yang dah mati...

DSaNa: Sebab ianya belum mati... jadi kaitannya tentulah dengan yang hidup kan... Dia mula tertawa kembali...

AkU: Perasan... DSana... DSana... DSana.... kenapa yang suka sangat ni. Tak baik tau. Kata tok mak, kalau kita suka sangat ketawa, nanti kita akan menangis... DSana...

DSaNa: Okey... okey... sorry... Bukan niat DSini nak ketawakan DSana... sekejap... Terdengar dia cuba mengawal tawa dengan menarik nafas dan akhirnya... Okey. Erm sebut pasal Tok Mak, bila nak kenalkan.

Aduh! ni soalan bentuk apa pulak ni... diamond princess cut ke... atau soliter... isy... kenapalah aku asyik terperangkap aje sekarang ni...

AkU: Buat masa ni Tok Mak tak datang sini, jadi postpondlah nak kenal dengan dia.

DSaNa: Tak pe. Kalau dia tak boleh datang, apa kata hujung minggu kita yang balik jenguh dia. Erm lagi pun DSini dengar pokok buah tengah berbuah. Bolehlah DSini rasa suasana kampung. Selama ni asyik dengar DSana cerita pasal kampung DSana saja. Pasal bendang padi, tempat persembunyian, sungai, kebun buah-buahan. Terasa nak lihat semua tu. Maklumlah DSini bukannya ada kampung. Rumah mama dan papa pun kira dalam taman, tak ada suasana kampung. Boleh DSini melakukan ziarah ke kampung DSana?

Gulppp aku menelan liur... Ya Ampun Ya Allah... kenapa dengan dia ni...

AkU: Erm insyaAllah. Kita sekadar mampu merancang, dalam perancangan kita DIA juga merancang dan sebaik-baik perancangan itu adalah yang ditentukan oleh-Nya juga. Kalau perancangan kita bertemu dalam ketetapan-Nya, semua yang DSana nak tu akan termakbul.

DSaNa: Amin....

Aku terkedu mendengar dia mengaminkan apa yang ku katakan tadi. Seolah satu ungkapan doa yang terucap tanpa sedar. Ah! Sudah...

DSaNa: Erm DSana, DSini kena end conversation kita dulu. Ada incoming call. Apapun DSini harap DSana okey, buat kerja elok-elok. Jaga kesihatan baik-baik. Jangan ponteng makan ubat dan janjitemu. Usah berhenti di tengah jalan setelah apa yang DSana usahakan selama ini sudah memperlihatkan hasil. Teruskan berkarya... DSini yakin dengan bakat dan kebolehan yang DSana ada. Tak ramai orang yang boleh menghasilkan sesebuah karya kreatif. DSana punya cara tersendiri dan Terima kasih kerana sudi mengabadikan nama DSini di dalam ruang di novel tu. DSini terharu sangat sebab DSini rasa DSini tak lakukan apa-apa pun dan tak layak menerima sebarang penghargaan sedemikian. Terima kasih DSana... DiSini hargai sangat-sangat.

AkU: Erm no hal... Tiap dari kita punya persepsi tersendiri dalam menafsir apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita kan. Menterjemah erti kata-kata. Ingat tak DSana pernah kata... 'dengan sedikit kekuatan, keyakinan bakal bertandang. Menundukkan keraguan dan ketidakyakinan dari terus menguasai diri….’ Terima kasih kerana mengejutkan DSini dari terus lena di buaian keraguaan. Ianya akan terus menjadi penguat semangat DSini untuk terus berusaha. InsyaAllah DSini tak akan kecewakan DSana dan semua insan-insan yang DSini sayang. And Thanks for the lovely flowers. DSana tak perlu lakukan semua tu sebenarnya... Apapun trimas. DSini dah keringkan dan letak dalam bilik...

Dia sekadar ketawa sebelum mengakhiri perbualan kami dengan ucapan Assallammualaikum... Kenapa aku rasa lapang tiapkali usai berbual dengannya dan mengapa dia sering hadir kala hatiku diacah rasa yang sukar ku ungkapkan... Ah...

Buat Dia dan semua yang selama ini cukup setia menitip dorongan dan menyuntik kekuatan agar aku berani melangkah... tataplah Ungkapan Kata Hatiku ini....

Kata-kata ini termuat didalam Buah Cinta...

Penghargaan:

Ku sulam bicara sekeping hati. Moga simfoninya bisa didengari dan dihayati oleh sekelian yang aku sayangi.

Teristimewa buat arwah papa dan mama, aku bangga menjadi puterimu dan aku juga berharap kalian bangga punya puteri seperti diriku meski ianya terlalu lewat untukku persembahkan pada kalian..

Keluarga tersayang yang amat aku cintai, pengertian adalah tunjang dan kekuatan buat diriku meski terpaksa mengorbankan waktu lena hanya kerana sebuah impian dalam angan-angan yang akhirnya mampu ku gapai.

Sifu merangkap teman dan sahabat. Honey and bikash, thanks a lot. Bukan laman sebarang Laman. Laman biru istana bunian. Bukan teman sebarang teman, teman guru penggerak keberanian. Tak mungkin aku lupa segala yang kalian lakukan.

Trisya –Antara kita terlalu banyak yang dikongsi bersama. Airmata dan tawa pengikat persahabatan yang terlalu tinggi harganya. Terima kasih atas sokongan dan dorongan. Kini segalanya telah aku buktikan.. Love you so much.

Raizal – Ingat tak awak selalu cakap pada saya. ‘Asyik baca novel orang saja, bila orang nak baca novel saya??’ Saya dah sahut cabaran awak dan buktikan. Inilah hasilnya dan saya harap awak turut berbangga. Saya tak lupa janji saya pada awak.

RoY – Sesungguhnya aku amat menghargai persahabatan kita. Mungkin tidak cukup sekadar ucapan terima kasih yang terdaya ku zahirkan pada seungkap bicara yang terlafaz atas segala kebaikan dan dorongan yang diberikan selama ini.

Akhirnya, buat semua yang amat aku sayangi dan para pecinta novel tanahair…. Terimalah Ungkapan Rahsia Hati dariku untuk kalian semua…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home