Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Saturday, July 05, 2008

Ahlan Wasahlan.....

Hari ni aku sibuk sangat... Sebenarnya dari semalam, tapi semalam dah berlalu. Jadi tak payahlah nak cerita. Tapi kan.. ceritera hari ini bersambung dengan yang semalam.. kalau tinggalkan semalam, boleh ke... Ermmm... Sebenarnya macam ni. Aku nak ucapkan tahniah pada Siti Fazila dan suaminya Sayed Mohd Fauzie atas kelahiran permata hati mereka yang pertama pada 4hb Julai 2008. Seluruh keluarga benar-benar merasakan kegembiraannya lebih-lebih lagi Kak Nah dan suaminya.

Inilah wajah Sayed Khairul Iman bin Sayed Mohd Fauzie. Kira wajah yang masih belum sampai 24 jam selepas di lahirkan oleh Mamanya. Comel kan..... Gambar ini aku rakam sewaktu aku menziarahi mereka di hospital. Gamat gaklah wad tu dengan kehadiran seluruh keluarga. Lucu melihat gelagat Siti yang mula gelisah dan menjerit bila sesekali babynya merengek kemudian mengalunkan suaranya dalam tangisan. Lapar kut, cuba di susukan tapi tak mahu pulak. Agaknya air susunya masih belum mahu mengalir dengan sempurna. Aku yang asyik melihat si comel tanpa sedar menyuakan jariku ke mulutnya. Apa lagi... terus ajelah si kecil tu mengisap rakus... kesian lapar mangkali. Bila aku tarik, terus dia menjerit lagi. Marah bila kenikmatannya di ganggu. 'Amboi Cheq, sedap sangat ka ayaq jari Nek Chu hang tu? Sampai bergegaq hospital ni dengan suara hang no.' Komen Kak Nah pada cucu sulungnya. 'Isy tak mainlah nenek... apa ingat nenek nenek si bongkok tiga ke. Kak Nah bolehlah. Adik tak naklah... ' Aku memprotes dengan gelaran baru yang dianugerahkan. 'Habis tu dia nak panggil hang apa? Tak kan Mak Chu jugak. Dah mama dia panggil hang Mak Chu, ni anak dia pun nak panggil Mak Chu. Pandailah hang.' Bebelnya lagi. Aku sekadar tersengeh menerima bedelan bebebalnya yang memang pun power D ranggers tu. Cheeseburger Mcdonalds betullah Kak Nah ni. 'Panggil Wan Chulah.' Entah bagaimana gelaran itu pula yang terkeluar dari mulut ku. 'Tok Wan' tanya yang lain bagai tak percaya. 'Lagilah nampak tua Mak Chu ooiiii' Mereka dah mula gelakkan aku... Cinabeng betullah diorang ni. 'Bukan Tok Wan, tapi Wan ajer.. Wan Chu glamour atau boleh aje jadi Wan Cun...' jawabku selamba. 'Ikut sukalah. Nak amik ni Wan Chu. Gendong cucu sulung hang. Iman nak ambik berkat. Mana tau sok dah besaq buleih ai jadi penulis ganti Wan Chu dia.' Terus baby di suakan ke arahku.. Alamak... macamana nak pegang ni... silap haribulan patah pulak tulang rapuh budak ni kang. Isy tak pasai ada yang ganti ngan besi lak.



Anta pose Wan Chu dengan Sayed Khairul Iman. Doa Wan Chu moga Iman akan menjadi anak yang soleh bila dewasa nanti. InsyaAllah... Muahhhhh Cayang Dia..... Pssttt Siti... Mak Chu pinjam baby awak boleh... hehehehhee

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home