Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, July 15, 2008

Faham vs Tak Faham


Malam ni aku makan malam awal... tepat jam 09.00 aku dan seluruh family dah ada di depan TV. Just because of apa yang telah terlihat di atas. Tapi rasanya aku terbelenggu dalam kekeliruan dalam ketidakfahaman. Erm aku yang tak faham atau Pak Menteri tu yang tersasar dari pokok persoalan.

Budak kolej kalau bab debat... memang hebat... memang dah di latih bahawa fakta dan bukti perlu ada... bukan cakap kosong... dan DSAI dah buktikan. Hujahnya mantap. Siap dengan segala angka dibawa bersama malah financial Petronas 2008 pun dia sentuh sikit, ternyata DSAI cukup bersedia untuk majlis yang melibatkan dirinya malam ini, tapi apa balasan dari pak menteri... sorry tu said... macam tin kosong... just bunyi yang kuat, tapi lampung... lain di soal, lain di jawab malah ada yang tak berjawab. Maybe terlupa buat homework tentang apa yang sepatutnya dihujahkan pada malam ini. Serangan peribadi terhadap DSAI bukanlah memperlihatkan imej seorang menteri yang seharusnya dijaga. Demostrasi jalanan, konsert tak senonoh, trajedi Baling itu yang disebut... nak tanya gaklah, apa kaitan dengan tajuk yang diberi??? Erm musykil gak aku...

Soalan-soalan dari Profesor UUM tu pun buat aku tersenyum. Nak gelak, kesianlah pulak kat dia... agaknya terlupa bahawa GAS dan MINYAK tu adik beradik... aduhai pak profesor... camne nie... begitu juga dengan Pak Menteri, lain yang ditanya lain yang dijawab. Penat dan letih rasanya menantikan penjelasan darinya yang langsung tak beri penerangan yang diharapkan oleh sekelian rakyat termasuklah aku ni.

Ni satu lagi...

DS, tak perlulah nak jadi perdana menteri. Mengapa tak berkongsi idea yang ada dengan kerajaan untuk ringankan beban rakyat. [canggitulah lebih kurang soalannya, maaf kalau aku tersilap]

Apa punya soalan daa... mahukah kerajaan dengar pendapat pembangkang... mahu ke kerajaan bermuzakarah @ berbincang dengan pihak pembangkang sebelum membuat apa-apa keputusan. Kalau ini terjadi, alhamdulillah tentu rakyat di negara Malaysia yang bertuah ini akan terus bertuah dan tidak hidup dalam keadaan yang tertekan. Isy... isy... kesiannya yang menyoal...

Apapun aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua tokoh ini atas keberanian mereka. Walaupun yang seorang cukup bersedia sedangkan yang sorang lagi mungkin lupa nak buat persediaan, tapi kedua-duanya punya keberanian untuk tampil dalam satu perdebatan. Syabas DSAI dan Pak Menteri cuma kalau Pak Menteri tak terlalu berselindung dengan serangan peribadi terhadap sejarah diri DSAI ianya akan lebih molek dan cantik lagi. Jadi next time buatlah research dulu ekk tentang tajuk debat yang diamanahkan, bukannya research pasal history pendebat di sebelah ... Chaiyokkkk

http://anwaribrahimblog.com/2008/07/15/debat/#comments

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home