Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, July 24, 2008

Lawatan Sambil Makan...



Semalam, lepas office aku dan beberapa orang lagi teman telah diundang ke Park Royal Kuala Lumpur. Dalam email yang diforwardkan kepada kami katanya untuk hi-tea, waktu yang disebut pun tak la lama sangat. Sampainya kami di sana, kami bertemu dengan Sales Executive yang bertugas. Diupdatekan bahawa sebenarnya mereka dah cancel program untuk hari itu. Awalnya terkezut gak... iyerlah kenapa tak email beritahu dah cancel. At least tak payahlah kami semua datang, tapi bila diterangkan yang mereka bukan cancel program sebaliknya cancel agenda. Bermakna awalnya hi-tea sudah dialih menjadi dinner. Lagilah terkezut... ni sebenarnya untuk apa...??? tertanya gak... dan bila dah dengar apa yang diexplainkan barulah kami semua tersengeh. Oh! kira D Tour to the Hotellah... mereka nak mempromosikan hotel mereka... dalam ertikata lain market business. Iyerlah, manalah tahu kut kami boleh menempah hotel mereka untuk digunakan andai ada function rasmi atau tak rasmi atau persendirian dari syarikat. Emm... aku dan yang lain dah tersengeh. Sementara menanti sebahagian lagi member yang belum menzahirkan diri, kami disajikan dengan koktails... hidangan ringkas tapi sedap. Di meja hidangan terlihat sushi, member dah singgung bahu aku dan aku tersengeh. Lepas hajat nak makan sushi. hehehehhe Rezeki.....



Bila semua dah ada, kami dibawa menjelajah. Diperkenalkan dengan koleksi bilik-bilik yang mereka ada. Gambar 1 Deluxe Twin Sharing, gambar 2 -> Orchid club Room dan Gambar 3 Bridal Suite... yang ni sesuai sesangat untuk yang nak berbulan madu... aduh! cantik bangat sih... ya bisa asyik kalau terusan berada di dalam kamar ini. Pasti nggak mahu keluar dong... hahahahaha.




Pastu kami di bawa pulak ke port laypark yang mereka namakan Basso Nova... Wah! Dah macam tajuk lagu dolu-dolu kan.. Hai Che Abang, menari Basso Nova... Awas langkah, berbeza dari samba, wahai sayang marilah ikut serta.. Cewah... sumbanglah pu3 oooiiiii. Yang ni memang best sebab menurut sales executive tu ianya cukup happening especially pada malam sabtu kerana pengunjung yang datang boleh belajar... Eh! Bukan belajar memasak daa... sebaliknya belajar menari dan menari bersama dengan penari yang mereka sediakan di ruang yang ada di situ. Masa ni gengs aku semua teruja... mulalah keluar soalan-soalan pelik... Kenapa tak jemput kami datang pada hari Jumaat... boleh laypark lama sikit... Waduh! udah ada perancangan ya... chaiyokkk! Utak semua cukup bernas dong... pasal berhibur, memang pantas semuanya ya bijak sekali....

Akhir sekali kami di jamu dengan hidangan dinner di Si Chuan Chinese Restoran. Makanan yang disajikan.. Peh! Memang sedap... bermula dengan shark fin sup yang memang popular tapi cara masaknya lain sikit sebab ada rempah yang bukannya rempah kari kat kedai maidin dan ada rasa pedas yang bukan datangnya dari syeli api kat kebun Ahmad Albab. Kalau korang nak tahu bagaimana rasanya, korang kenalah pegi sana dan rasa sendiri. Barulah gerek kan... pastu ada sayur, udang, taufu, roti goreng dan yang tak sangka tapi tak jadi nangka, kami disajikan juga dengan Daging Rusa masak blackpapper dalam hot plate. Berganding pulak dengan special chinese tea yang ramuannya terdiri dari red date, rock sugar, jasmine dan tah apa-apa tah lagi yang aku sendiri tak tahu, tapi rasanya sedap dan menyegarkan.

Kami meninggalkan Park Royal lima minit sebelum jam sembilan malam. Penat memang penat, tapi ya... orang dah jemputkan... kenalah hargai dengan menghadirkan diri... takut next time orang tak nak jemput lagi. Kutlah ingat kita sombong. Buat pihak Park Royal Hotel terima kasih daun keladi ekk.. next time undang-undanglah lagi... moga sukses dalam business yang mereka uruskan.

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home