Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, July 17, 2008

Tragedi muncul kembali....

Sedang enak bercanda di ruang pejabat, telefonku menjerit. Tertera nama yang cukup aku kenal. 'Buka website Malaysia Kini, tengok berita terbaru yang baru di muatkan' itulah arahan yang ku terima dari si pemanggil. Tak berlengah aku lakukan ap ayang disuruh dan aku cukup terkejut... seakan tragedi 1998 berulang kembali. Segalanya berjalan serupa... Apakah undang-undang rimba masih diamalkan... Entahlah... aku yang kurang arif dalam bab undang-undang ni masih lagi dibelenggu ketidakfahaman. Apapun buat keluarga DSAI... moga allah limpahkan ketabahan dan kesabaran di hati lebih dari yang telah kalian miliki dulu. Bermunajad dan bermohonlah kepada-Nya, justeru di saat-saat begini hanya pada Dialah sebaik-baik pengharapan yang harus kita semua sandarkan. Buat semua rakyat, jangan lakukan sesuatu yang bodoh yang boleh mengheret keluarga DSAI ke kancah kerumitan dan kesusahan. Kita sama-sama berdoa moga kebenaran akan terbukti jua... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Ampunilah kami semua... Kau sejahterakan lah kembali negara kami... kau selamatkan hamba-hambamu yang tidak berdosa... Amin Ya rabbal A'lamin....

Tergempar: DSAI ditahan

Hari ini sekitar jam 1 petang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berdekatan rumah beliau di Bukit Segambut. DSAI yang dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat BPR di Putrajaya ditahan oleh satu pasukan khas yang disertai lebih dari 10 buah kereta pasukan polis, semata-mata hanya untuk membawa Datuk Seri Anwar ke Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur. Tindakan pihak polis ini sungguh mengejutkan kerana sudah ada perjanjian untuk menemui polis pada jam 2 petang hari ini.

Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berulangnya peristiwa tahun 1998 di mana Ketua Polis Negara ketika itu telah bertindak menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Serangan yang merbahaya itu disifatkan hampir menyebabkan kematian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 16HB JULAI, 2008 3.30 PM

Petang ini jam 1.05 petang Anwar Ibrahim, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan di luar rumah beliau di Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang berasaskan perjanjian yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah ke rumah beliau selepas memberi kenyataan berkenaan laporan polis yang dibuatnya. Laporan tersebut berkaitan pemalsuan serta penyembunyian bukti-bukti kes oleh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail pada tahun 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Beliau diiringi para peguam, staf dan pasukan keselamatan.

Pasukan polis yang disertai 10 buah kereta, separuh darinya tidak dapat dikenali, telah memaksa rombongan Datuk Seri Anwar untuk berhenti sejurus mereka memasuki persimpangan Bukit Segambut. Pasukan polis ini juga terdiri dari Unit Tindakan Khas yang berjumlah 20 orang bertopeng, mengingatkan kita kepada peristiwa tahun 1998.
Seorang pegawai terus mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta beliau turun untuk menaiki kenderaan yang disediakan polis ke Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur( IPK KL). Para peguam beliau tidak dibenarkan untuk bersama dalam satu kenderaan menuju ke IPK KL.
Penangkapan ini terjadi kurang dari 15 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat julung kalinya secara siaran langsung di Televisyen Malaysia semenjak tahun 1998. Beliau mengumumkan kepada para penonton akan hasratnya untuk bertanding pilihanraya kecil dan selepas berjaya membentuk kerajaan baru, akan menurunkan harga minyak petrol tempatan sebanyak 50 sen.

Majoriti rakyat Malaysia gembira dan menyatakan sokongan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika siaran tersebut.Insiden penangkapan ini mengejutkan serta menunjukkan segala episod yang berlaku bagaikan satu ulangan tindakan yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Minggu-minggu kebelakangan ini menyaksikan media arus perdana yang dimiliki kerajaan mulai menabur fitnah dan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kakitangan beliau diganggu dan kita menyaksikan satu konspirasi telah bermula untuk merencatkan perubahan politik yang kian hampir. Rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa walau dalam apa jua keadaan sekalipun tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan. Perdana Menteri Abdullah Badawi mesti berpegang pada janji untuk memastikan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami berjaya berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau meminta para penyokong dan rakyat Malaysia untuk tetap bertenang supaya tidak ada alasan bagi pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. Oleh itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia dan para penyokong menolak sebarang bentuk provokasi.

Sumber dari : http://anwaribrahimblog.com/

Mengapa Anwar ditahan di luar rumah...
Jul 16, 08 7:29pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap di dalam rumahnya kerana ia boleh menimbulkan kekecohan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd Zinin hari ini.Pada masa ini, katanya, Anwar sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar."Beliau (Anwar) juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya di waktu ini," kata Bakri dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada pemberita petang tadi. Katanya, waran tangkap juga telah disempurnakan ke atas Anwar. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan dari pemberita.

Katanya, ahli keluarga Anwar juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya.

"PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis," katanya.

Bakri berkata, untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil, PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

Ikut garis panduan

"PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

"Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan.

"PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada," tambahnya.

Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Anwar, katanya, ianya dilakukan secara profesional, berdesarkan kepada keperluan tersebut.

"Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh jabatan siasatan jenayah khas Bukit Aman, tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garispanduan yang ditetapkan.

"Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1 petang di sekitar Segambut," kata Bakri.

Sebelum ini, Star Online memetik Bakri sebagai berkata, polis bimbang Anwar tidak hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan oleh itu memutuskan untuk menahan beliau.

Sebab ditahan

Bakri dipetik sebagai berkata, Anwar sepatutnya pergi terus dari ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya ke IPK Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa selepas meninggalkan ibupejabat BPR di Putrajaya, beliau telah mengubah laluannya dan menuju ke rumahnya di (Bukit) Segambut.

"Beliau ditahan kerana kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa beliau tidak akan hadir. Kami ingin menekankan bahawa Anwar pada mulanya bersetuju berjumpa kita pada hari Isnin tetapi gagal berbuat demikian," katanya.

Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan keluarganya ketika cuba menyerahkan perintah di bawah Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini atau menghadapi kemungkinan di tangkap. Pemimpin PKR itu setuju hadir.

Bagaimanapun, Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari tadi ketika dalam perjalanan pulang di Putrajaya. Beliau sedang ditahan di IPK Kuala Lumpur.

Anwar minta penyokong bertenang
Jul 16, 08 4:41pm


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Anwar bermalam dalam tahanan polis
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri Jul 16, 08 8:38pm
kemaskini 11:51pm


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.

Isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.

Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi naib presiden Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam.

Sebelum itu, 10 kenderaan polis mengiringi Anwar ke hospital dari ibu pejabat polis itu pada jam 8.35 malam dan sampai kira-kira 10 minit kemudian.

Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis untuk rawatan biasa. Mohamad Azmin dan Yusmadi kelihatan masuk ke wad itu jam 10 malam.

Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama ketua perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen. Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit. Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK.

Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup Anwar" dengan disambut lambaian tangan Anwar.Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis. Beliau tiba di IPK kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.

Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.Kira-kira 500 penyokong penasihat PKR berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah sejak beliau ditahan tengah hari tadi. Awal malam ini, mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.

Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.Taklimat tentang perkembangan penahanan Anwar disampaikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali.

sumber dari: http://www.malaysiakini.com/news/86199

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home