Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, April 28, 2008

Kenangan Ku.....

Tuesday, April 22, 2008

Tiba-tiba dia hadir….

Aku pun tak tahu formula atau ilmu apa yang digunakannya. Gerak hatinya sentiasa betul… sentiasa tepat pada tika dan ketika. Telefonku berlagu….terdengar sahaja alunan, aku sudah tahu siapa pemanggilnya. Aku kaget… nak jawab atau tidak… masih membuat pengiraan tanpa memerlukan mesin kira dan penimbangan yang tidak mengkehendakkan pengunaan alat penimbang. Justeru kerana terlalu lama, akhirnya panggilan itu mati tapi aku yakin telefonku tidak perlu menanti terlalu lama untuk berlagu kembali. Sah! Sangkaan ku tepat, peralatan canggih itu berlagu lagi dan sepertimana tadi nama yang terbias tak perlukan pengenalan. Aduh Dalam cuaca sejuk dingin dan mula agak kelam ni, mulalah kantuk hadir tanpa salam dan mainan lagu dari telefonku membiaskan senyuman di wajah……

AkU: Assallammualaikum. Dsana Sihat? Dah makant? Bagaimana tugasan Dsana hari ini?

Aku terdengar dia ketawa. Mungkin lucu bila diasak dengan tiga pertanyaan dalam satu waktu dan nafas yang sama.

DiA: Waalaikummussalam. Dsini sihat alhamdulillah, mudah-mudahan orang DSana lebih, pagi tadi DSini tak sempat nak breakfast so tadi keluar awal sikit sebab perut dah rasa semacam. Sekarang ni tengah sibuk sikit.

AkU: Walau sesibuk mana pun you should’t skip your breakfast. Tak kan lah nak minum air pun tak sempat. Actually apa secretary you buat? Tak kan secawan air koko suam pun dia tak boleh nak tolong sediakan. – Ah! Kenapa dengan aku ni… kenapa aku harus dan mesti membebel pulak… isy… isy… musykil betul aku dengan diri aku ni…

Dia sudah meledakkan tawa. Aku tahu apa yang menggeletek sarafnya tapi sengaja aku nafikan.

DiA:Kan baik kalau DSana kerja dengan DSini, at least kalau situasi begini terjadi, dah tentu DSana tahu apa yang sepatutnya lakukan. Tapi iyerlah, secretary DSini tak secekap dalam memikirkan sesuatu sepertimana DSana. – Lemah saja kedengaran suaranya diikuti dengan keluhan. Aku tahu tentu dia sedang keletihan dengan tugasan yang bukan sedikit.

AkU:Berapa DSana nak offer DSini untuk jadi secretary DSana?

DiA: Betul!!!!! DSana nak kerja dengan DSini, Well! How much your salary now? Kalau DSini kata DSini boleh recomment untuk bayaran 2x ganda, bagaimana???? Nak lebih dari itu, company ni bukannya DSini punya. But I promise you will get a very good benefit once you complete your provision period. Bagaimana. – Dia dah mula teruja sedangkan aku mengekek dalam tawa yang penuh kelucuan.

AkU: Sorry, just kidding…. Tak naknya DSini kerja dengan DSana. Nanti tak pasal-pasal berjangkit pula penyakit ‘Workaholic’ DSana tu pada DSini.

DiA: Erm! Nak buat macamana kalau orang tak sudi. By the way bukan ke DSana memang dah jadi seorang ‘Workaholic’ sejak dari dulu lagi? – Ambik sebijik, sindiran yang terus menerjah dan menembusi tempat yang memang tepat. AduhHH!!!!

AkU: So, bagaimana dengan Audit Comm and your Board Meeting next two days? Dah prepare segalanya? This year how many months pulak you nak fight untuk bonus?

DiA: Erm tak sure lagi, but not less than last year. I’ll try my best on that supaya semua staffs berpuashati dan rasa dihargai dengan apa yang dah mereka sumbangkan. Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat memang selayaknya dikongsi bersama. Bukan untuk segelintir atau sebilangan orang sahaja.

Aku tersengeh. Tahu akan ketegasannya dalam isu yang satu ini. Dia memang sebegitu. Boleh dikatakan semua staff yang ada di unitnya tahu sangat akan sikapnya. Tiada kompromi dalam pengagihan faedah mengikut apa yang telah diberikan sepanjang setahun bekerja. Yang rajin pasti akan menerima imbuhan dan yang sambil lewa juga akan menerima mengikut prestasi yang mereka tunjukan. Itulah dia yang aku kenal sejak tiga tahun nan lalu.

DiA: Ehem! Ada orang lagi tak ni…

Aku ketawa. Ala! Sajalah tu. Bukannya lama pun aku tinggalkan dia di talian.

DiA: DSana, errrr DSini rasakan, DSana macam ada hutang dengan DSini. Erm bila DSana nak lunaskan?

AkU: Eh! Mana ada DSini hutang DSana apa-apa.

DiA: Cuba DSana recalled semula.... apa yang DSana promise andainya impian dan angan-angan DSana jadi kenyataan. DSini rasa semua orang yang rapat dan dekat dengan DSana dah terimakan termasuklah ‘DIA’kan, jadi DSini punya mana? Nak kata tunggu tamat BF, dah dua minggu BF melabuhkan tirai, tapi penantian DSini macam tak bertemu pengakhirnya. Puas DSini tunggu.

Aku terkedu mendengarkan ungkapan yang perlahan darinya. Aku tahu sangat apa yang dimaksudkan itu. Apa lagi kalau bukan URH….. ah! Bukannya aku tak nak bagi malah memang aku dah simpan sebuah untuknya, tapi camne….

AkU: Ni mesti pasal URH kan… actually DSini tak lupalah. Ingat sesangat malah terlebih ingat, cumanya DSini fikir nak bagi personally pada DSana. Tu yang DSini tak kirim, Nak tunggu bila DSana free. Mungkin lepas selesai Audit Comm dan Board Meeting tapi kalau DSana nak DSini post, okey... no hal. Nanti DSini post ekk.

Aku dengar dia ketawa. Suka bangat mendengar penjelasan ku itu. Mungkin sebelum ini merasakan yang aku sudah melupakan dirinya lantaran apa yang dinanti tidak kunjung tiba.

DiA: Thanks DSana… tak sabar DSini nak tengok yang real. Selama ni DSini tengok dan baca dalam weblog. Apa pun thanks a lot. So, apa komen ‘DIA’ pasal URH? Erm DSini suka dengan nick yang DSana gunakan. Puteri Imaneisya. Mesti punya makna dan pengertian kan….

AkU: What kind of question ni? Well I don’t have any comment or explanation on that.

DiA: Kenapa ni, tiba-tiba saja marah? Did I hurt your feeling? DSini tak kata apa pun kan, tak juga minta penjelasan ataupun komen, cuma kata yang DSini suka dengan nick tu. Cantik dan sedap disebut. Okey, kalau DSana tak nak sembang pasal tu, DSini pun tak mahu. Dah! Tak nak marah-marah dan DSini tak nak DSana sedih-sedih. Forget what ever in your mind.

Aku mengunci bicara. Entah mengapa tiba-tiba aku jadi sesensitif itu. Mengapa... Aku mengeluh akhirnya.

AkU:DSana, erm DSini nak minta diri dulu yer, nak semak worldwide tax summaries. InsyaAllah kalau ada masa kita sembang lain kali key.

DiA: Okey, DSini pun sebenarnya ada meeting dengan a few staffs. Dah lewat sepuluh minit pun dan mereka dah tunggu kat luar tu. Apa pun DSana take care key, don’t think so much pada sesuatu yang tak pasti. Be positif dan tak mau sedih-sedih selalu yer. Lepas Audit Comm and Boarad Meeting kita jumpa. Maybe kita boleh pegi tengok movie. Dah lama kan kita tak keluar.

Aku dan dia sama-sama tertawa. Yakin kami berkongsi apa yang ada dan melintas di fikiran bila perkataan movie disebut sebentar tadi. Bersama lafaz salam, talian akhirnya terputus dan aku kembali mengadap Worldwide Tax Summaries yang perlu disemak sebelum dipublishkan untuk kegunaan clients. Namun fikiranku ini sempat lagi mengelat, dia masih lagi seperti dulu, masih mampu Buatku Tersenyum sebagaimana lagu kumpulan Sheila on 7.... thanks so much kerana menceriakan hati yang teracah ini........

Datanglah sayang dan
biarkan ku berbaring
Di pelukan mu walaupun
tuk sejenak

Usaplah dahiku dan kan
kukatakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejab

Karna hanya engkaulah
yg sanggup redahkan aku

Karna engkaulah satu-satu nya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimu lah yg sanggup mengerti
Aku Dalam susah atau pun senang

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku
Hu wo wo...

Monday, April 21, 2008

Ku Tunaikan Janji Ku untuk Mu


Cinta tidak pernah menjadikan manusia itu buta dalam melihat, tidak juga menjadikan manusia alpa dengan segala keindahan dalam perangkap angan-angan tapi mengapa manusia sering menjadi buta bila berada di dalam dakapannya?????

Meneruskan sebuah pencarian pada sesuatu yang entah di mana bertunjangnya, tidak juga diketahui di mana berpaksi. Namun kerana rasa cinta yang sudah menguasai tidak hanya hati malahan diri membuatkan Asyraf nekad mengatur langkah. Bumi Jordan menjadi destinasi pengkelanaannya. Bak Arjuna mencari bidadari hati begitu jugalah dirinya yang tega untuk terus menjejak Laila yang dipisah dan hilang darinya. Meski sedar bukan sedikit halangan yang menanti dan bakal menyambut kehadirannya dek cinta nan terlarang, tapi semua itu tidak dihiraukan. Wadi Rumi yang bisu menyambut kehadirannya. Walau tidak di alu-alukan, tidak jua wujud satu penghalauan untuk memaksa dirinya pergi. Dia terus berkelana membawa rawan sekeping hati dalam rintihan melodi sukma seorang perindu. Tekadnya hanya satu, meleraikan Tsunama hati yang sudah sekian lama terkurung di penjara rindu. Pengembaraan di Wadi Rumi menemukan dirinya dengan Attayak Ali yang akhirnya menitipkan Sulaiman untuk turut sama dalam sebuah pengembaraan sebuah pencarian yang tidak sudah terarah. Tidak diperduli akan Nini yang sedang gelisah di tinggalkan. Tidak diperduli perasaan seorang isteri yang terbelenggu dan dibelenggu dek rasa penyesalan dan bersalah terhadap suami yang dicintai lantaran dalam mahligai sebuah perkahwinan tercalit dan tersulam dosa atas kealpaan dan bisikan nafsu. Mengapa penyeslaan itu sering memburu Nini, mengapa Nini bagai pengusung keranda sebuah dosa mengharapkan pusara keampunan dari seorang suami agar keranda yang diusungnya bisa di semadikan… dan untuk apa pula Asyraf terusan tega meneruskan pencarian biarpun dia sendiri tidak punya kepastian??? Natijah apa yang telah menemukan Nini degan Numair hinggal mengakibatkan pemuda yang berstatuskan ‘Pengganas’ itu turut memegang status 'Pencinta' setelah melakukan kesilapan dalam kesalahan tanpa sengaja. Rentetan cinta yang tak di duga telah memesongkan matlamat asal pemuda itu dalam sebuah perjuangan yang kononnya bertiketkan sebuah pembebasan. Apa yang sebenarnya diperjuangkan dan mengapa perjuangan itu perlu????? Bagaimana pula Nini boleh terlibat dalam kancah tersebut dan dimana paksi akhir pencarian Asyraf untuk menemui Lailanya???? Siapa yang dicari Sulaiman dan mengapa??????

Kerana Cinta, Suraya turut menjadi buta… buta segalanya… malah lebih mendukacitakan bilamana kebutaan itu telah membuatkan dia rela menggadaikan aqidah dan maruah diri. Cinta yang tidak langsung bernilai malah sememangnya tiada harga akhirnya menjadi Suraya seorang Atheis – manusia yang langsung tidak punya kepercayaan dan pegangan agama. Segalanya berlaku kerana hati dan perasaan yang buta dek rasa cinta yang diagungkan untuk seorang manusia. Namun kerana cinta jualah akhirnya kesedaran itu lahir. Insiden-insiden seram dan suspens yang sering singgah dan menemani lena Suraya bagaikan isyarat dan petunjuk. Apakah Suraya akan tersedar dari lena dalam ketakutan yang sudah sekian lama membelenggu diri dan hidupnya????? Kembalikah Suraya kepada tunjang dan paksi nan satu yang pernah menjadi pegangan aqidah dan Iman dalam hidupnya????? Apa pula kaitan Suraya dengan Air terjun Kota Tinggi dan Father Thomas Rodriguez????

Kerana Cinta Damien sanggup lakukan apa sahaja demi umi yang sudah sekian lama koma. Demi cinta juga dia sanggup mengikut saranan ‘Burung Putih’ untuk memberikan pertolongan menyembuhkan insan-insan yang pada zahirnya sudah tiada harapan untuk menyambung sebuah penghidupan. Meski Damien berhadapan dengan tomahan kononnya dia gila lantaran hanya dirinya sahaja yang mampu melihat ‘Burung Putih’ yang menjadi pengutus sebuah keajaiban dengan izin dari-Nya jua. Malah kerana cinta juga membuatkan anak kecil berusia 10 tahun ini menyahut saranan teman untuk mencari baba yang meninggalkan dirinya. Tapi mengapa ‘Burung Putih’ tidak mengilhamkan Damien bagaimana untuk menyedarkan umi yang koma???? Mengapa dia sekadar diizinkan untuk menyembuhkan insan-insan yang tiada hubung kait dengan dirinya????? Mampukah dia meneruskan sebuah kehidupan dalam dugaan dan ujian yang diberikan padanya malah berjayakah dia menjejak baba di daerah yang terlalu asing hanya bertemankan seorang teman…..

Inilah sebahagian dari persoalan yang perlu diungkai dan ungkaiannya hanya ada bila anda menatap dan membaca Garis-garis DejaVu. Pertembungan segala pencarian…. Asyraf, Sulaiman, Suraya dan Damien pada satu garisan DejaVu yang tentu akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati sesiapa jua yang membaca.

Komen aku:

Pertamanya aku nak ucapkan Syabas dan Tahniah pada penulis novel ini… Saudara John Norafizan. Tak rugi melabur untuk buah tangan terbaru darinya. Dari mukasurat awal pasti akan membuatkan kita tertanya-tanya apa yang terjadi seterusnya hingga membuatkan sukar untuk dilepaskan buku ini. Tumpuan minda tidaklah terlalu berat dan tidak juga ringan… erm lebih kurang sedang-sedanglah walaupun isu di dalamnya perlu di halusi. Tapi disebabkan cara persembahannya punya satu kelainan dari novel-novelnya yang lalu, membuatkan aku beranggapan sedemikian. Well done John. Satu garapan yang cukup sempurna dalam setiap plot dan subplot yang terjaga jalinan di setiap satunya. Aku selut dengan cara beliau. Isu murtad disulam dengan begitu baik untuk membuka minda kita bahawa isu ini bukanlah satu isu yang boleh kita pandang ringan dan enteng. Bagaiamana hanya dengan cinta, aqidah tidak mustahil tergadai dan digadaikan. Begitu juga maruah diri. Kalau nak tahu, ha! kenalah beli dan baca sendiri, than baru korang semua tahu. Banyak yang boleh dikutip dan dikupas dalam tulisannya kali ini. Jauh berbeda dengan isu yang dibawanya dalam novel Cinderella Cinta. [walau hakikatnya tapi aku tetap cindelela gozila chinta.... hehehhehehe – dah start dah perasan pu3 sorang ni… jangan marah aaaaa] tapi cuma satu yang aku nak tegur dan minta…. Kalau boleh dalam novel yang akan datang aku nak bercuti ke tempat lain pulak… Erm… Apa kata kalau ke Kota Cinta [Paris] sebab kedua-dua novel yang aku baca berlatar belakangkan Manchester. Memanglah aku tahu banyak lagi tempat di sana yang mungkin belum dicilok dan diseludupkan ke dalam garapannya, tapi kan kalau boleh bawalah kami ke tempat lain pula dalam percutian yang bayaran bisa kami biayai.... kan lagi baik… Jepun ke, Jerman ke, Sepanyol ke atau ha! apa kata ke kampung aku kat Kedah… kan best…. At least pembaca boleh menghayati apa yang ada di sana….. Jadi, tak lah orang kata… nampak Manchester… Ingat John…. nampak buku John, ingat Manchester.... ada Manchester ada David Bachkam... opocot.... David Bachkam makan bola..... hahahahahaha Atau ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan penggunaan Manchester sebagai latar belakang setiap penceritaan….. ?????? Ahakszzzzz ;-)

Friday, April 18, 2008

Antara 2 Insan [continue]

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tapi terlalu manis untuk di kenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan yang serign menemani dikala rindu datang bertandang……

“Dah la Izzah, tak perlu engkau nak biarkan fikiran engkau tu merayau dan berlegar macam iklan orang kuning yang ada kat TV. Tak ada faedahnya,”sergah Lisa bila terlihat temannya itu bagaikan hanyut di lautan minda. Sedari tadi diperhatikan, tumpuan tidak pada apa yang terbentang di meja, sebaliknya entah ke daerah mana perginya.

Izzah sekadar mampu mengeluh. Menelan bulat-bulat sergahan yang baru sahaja berkumandang menerpa pendengaran tanpa seungkap salam. Dia masih cuba bertahan dengan lagak selamba kodok walau hati sudah mengomel.

“Izzah…. Apa sebenarnya yang engkau fikirkan. Tangan engkau bukan buat pengiraan jauh sekali semakan pada report yang engkau hadap, atau tanpa pengetahuan aku sekarang ni boss dah beri arahan untuk hantar report dalam bentuk lakaran ke? Tapi aku rasa lakaran yang engkau hasilkan tu hanya boleh diterjemahkan oleh diri dan hati engkau sahaja. Tak mungkin Mrs. Ng terlalu brilliant sampai tahu maksudnya,” Lisa terus menembak bila dilihat keselambaan yang terbias dan membias dari wajah yang berada di sebelahnya.

“Aku bingung,” seungkap keluahan terluah akhirnya. Bibir comel itu tidak lagi mengukir senyuman sebaliknya mendung sirna sudah menyapa seraut wajah.

Lisa menggeleng-gelengkan kepala. Sudah mampu menelah biarpun puzzle teka teki masih belum tiba pengetahuannya. Tentu perihal Ekmal Rahimi lagi.

“Boleh engkau beritahu aku apa yang engkau bingungkan? Dah dekat satu jam aku lihat engkau masih membelek report di mukasurat yang sama.Rumit sangat ke nak buat reviewnya?” Lisa sudah meletakkan surat yang telah siap di printnya. Berkalih duduk mengadap temannya itu.

Izzah membisu. Entah mengapa sukar benar untuk diluahkan apa yang sudah membusung di dalam mindanya. Berkali-kali wajah Lisa dikerlingnya seolah mencari kepastian untuk teruskan penceritaan.

“Izzah!!…,” seru Lisa. “Yang engkau teragak-agak ni kenapa? Dah tak percaya pada aku lagi?” Soal gadis itu lagi.Wajah yang memandang ditikam balas dengan pandangan penuh kehairanan.

“Sebenarnya pasal….”

“Aku dah agak dah. Mesti pasal dia. Well apa pulak yang terjadi kali ini. Si Atiqah tu serang dia lagi? Atau pompuan tu dah lancarkan sekatan Queen Controlnya pada Ekmal dengan larangan agar tidak punya sebarang perhubungan samada secara rasmi mahu pun tidak dengan engkau?,”pantas Lisa memintas sebelum sempat Izzah menokhtahkan kata.

“Lisa.. bukan itulah.”

“Kalau bukan sebab itu, ha! sebab apa lagi? Setahu aku selama ini permasalah engkau orang berdua pasti ada hubung kait dengan perempuan tu.” ucap Lisa selamba. Bukan sekali dua dia mendengar akan cerita cemburu perempuan itu terhadap temannya. Terkadang dia sendiri hairan bagaimana Ekmal Rahimi boleh tahan dengan tingkah dan ragam orang seperti Atiqah..

“Erm engkau pun tahu kan Ekmal dah dinaikkan pangkat sebagai Chief Financial Officer dalam unit yang baru di luluskan.” Izzah memberikan sedikit penjelasan. Namun raut wajahnya tidak ceria mengiringi sebuah perkhabaran.

Than! You surpose to be happy for him don’t you. Is there anything wrong?” tanya Lisa pantas. Izzah sekadar mengeluh.

Sure I’m happy for him dan bersyukur sangat dengan rezeki yang dia dapat. Setidak-tidaknya pihak management tahu menghargai usaha dan kerja kerasnya selama ini, tapi entahlah Lisa… aku berhadapan dengan satu permasalah lain”ucap Izzah lemah.

Problem apa sebenarnya Izzah? Apa lagi masalah yang engkau hadapi…. Bukahkah engkau juga yang beritahu aku between both of you, is doest’n have anything special. Your relation just a friendship. Erm ada apa-apa yang aku tertinggal atau perubahan yang sudah berlaku dalam anjakan paradikma persahabatan kalian yang engkau selalu pertahankan?” Lisa memprovok sambil tersenyum. Lucu memerhatikan wajah teman yang sudah berubah kelat.

It’s not because of him. Maybe this can answer your question clearly Lisa.” Sepucuk surat diserahkan pada gadis yang sudah galak tersenyum.

“Surat apa pulak ni Izzah. Tak kan surat cinta si Ekmal pun engkau nak bagi aku baca,” sakat Lisa. Surat berwarna biru itu di bukanya. Buntang matanya menyorot pada tiap patah kata yang terenda cantik di situ. Siapa pulak gerangan Zaft pengutus surat ini.

‘Izzah, izinkan Zaft merawat kembali hati Izzah yang telah Zaft lukakan. Kali ini Zaft berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dan mengecewakan Izzah lagi. Berilah peluang untuk Zaft buktikan kesungguhan dan kasih sayang Zaft buat Izzah’

Dalam terkejut masih sempat sejalur senyuman teracah dan mengacah di seulas bibir. Bait yang baru dibacanya sebentar tadi seakan mengusik hati gadisnya. Biar betul kawan aku ni… ingatkan si Ekmal tu aje sorang…. Rupanya aku silap…..Ada lagi yang lain…. Erm tinggi juga saham dia ni walaupun dia bukan dari jenis yang hangki pangki. desis hatinya sendiri.

“Sapa Zaft ni Izzah? Tak pernah pun aku dengar sebelum ini?” Surat yang selesai di baca di lipat kembali dan diserahkan pada gadis itu. Wajah yang muram di tatap penuh tanda tanya.

“Nama dia Zafran Ashman bin Dr Haji Hadi.”

What ever his name, that’s not what I want to know. Apa yang aku maksudkan siapa dia dengan engkau atau dengan kata yang lebih mudah difahami, apa hubungan engkau dengan dia.” Soal Lisa. Hatinya tiba-tiba dipalu debaran. Benarkah apa yang dirasanya ini… Ah!....

Our family had a good relation, infact our father know each other quit sometimes and be a very good friend.” terang Izzah perlahan. Wajahnya tertunduk.

That not the answer for my question Izzah. Aku tanya apa hubungan engkau dengan dia, bukannya apa hubungan keluarga korang. Can you understand my simple question or your hiding something from me?” tanya Lisa. Kali ini intonasinya agak tegas.

Izzah membisu. Bagai tercari-cari perbendaharaan kata yang sesuai untuk seungkap penerangan yang pastinya akan ada soalan susulan.

“Izzah, kalau setakad family korang yang punyai hubungan, engkau tak kan sesukar ini untuk menjawab soalan aku, malah mamat tu pun tak kan tulis apa yang dah sedia ada kat dalam surat tu. Well, let me guest. Between both of you had something special. Did I’m right my friend?”Lisa membuat tekaan yang memang sudah pasti akan betulnya.

Hanya anggukan kepala dari gadis itu yang entah bila mula bertindak sebagai pembantu tidak rasmi untuk seulas bibir memberikan jawapan. Izzah akhirnya melepaskan keluhan. Berat kedengaran seakan berat juga bebanan masalah yang sedang menghimpit minda dan emosinya.

“Dia sebenarnya boleh aku kategorikan sebagai ex boyfriend aku malah mungkin lebih dari itu. Hubungan kami terjalin kerana keluarga tapi terputus di saat-saat yang cukup mengundang satu penyiksaan. Bukan hanya pada aku tapi seluruh keluarga,” Izzah menarik nafas. Seakan cuba melepaskan diri dari belenggu dan beban kenangan pahit yang sudah sekian lama memberat di dadanya.

“Habis tu sekarang ni dia datang nak sambung kembali? Erm dia pernah kecewakan engkau ke Izzah?” Lisa sudah memanah wajah suram di sebelahnya.

“Lebih tepat dia sudah mengecewakan seluruh insan-insan yang mengenali dirinya lebih dari aku. Entahlah Lisa.Aku sendiri tidak tahu mengapa dia harus muncul lagi setelah apa yang di lakukannya,” Izzah mengeluh akhirnya. Wajah mulus itu kembali sirna. Surat yang berada di tangan diperhatikan tanpa emosi.

“Aku masih tak faham duduk perkara engkorang ni sebenarnya tapi aku nak tanya satu soalan. Engkau masih sayang pada dia? Atau hati engkau sebenarnya sudah beralih arah ke destinasi yang lain?” Soalan yang sememangnya tidak diduga terhunus dari mulut Lisa membulatkan pandangan Izzah?

“Samada sayang ini masih bersisa untuknya atau hati aku sudah beralih arah, itu bukan masalahnya Lisa. Entahlah… aku buntu… bingung memikirkan tingkah dan perangainya lewat kebelakangan ini. Hadirnya tak aku pinta atau harapkan, tapi dia tetap tak putusasa. Masih berusaha untuk mendekatkan diri dan merapatkan jarak yang sememangnya sudah terbina di antara kami.” luah Izzah sayu.Getar yang memukul hati cuba ditahan sedaya termampu.

“Itu tandanya dia masih sayangkan engkau dan sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dahulu. Tak boleh ke engkau beri peluang pada dia untuk perbaiki kesalahannya?”

Izzah kembali mengunci bicara. Pandangannya jauh menembusi ruang kongkrit pejabat itu. Entah ke mana lepasnya, tak siapa yang tahu. Memang gadis itu suka merenung dalam khayal yang mengapung diri dan emosinya pada destinasi tak bersendi. Lisa hanya mampu menjadi pemerhati.

“Kenapa Izzah? Ada yang tak kena ke atau hati engkau sudah berjaya dirompak dengan cara terhormat?” senyuman nakal sudah mengacah di bibir Lisa. Dia pasti tentu gadis itu dalam dilema tika ini, jika tidak masakan kehadiran bekas teman lelakinya itu seakan petanda tsunami yang bakal melanda.

“Hati aku ni masih lagi milik mutlak aku Lisa.”

Tawa Lisa terhambur mendengarkan kata-kata temannya itu. “Boleh ke aku percaya apa yang engkau cakapkan ni atau engkau masih lagi mempertahankan satu alasan yang tidak relevant untuk abad ini?”Lisa sengaja memprovok untuk melihat sejauhmana kekebalan yang dimiliki oleh gadis itu dalam mempertahankan apa yang diperkatakannya.

“Terserah pada engkau samada nak percaya atau sebaliknya.” Ucap Izzah akhirnya. Dia tahu tiada guna berdebat kata dengan gadis yang tidak pernah punya nokhtah sebelum mendapat kepuasan pada pertanyaan yang diajukan.

“Janganlah marah. Okey, kalau benar sepertimana yang engkau katakan, pastinya engkau punya sebab dan alasan yang lebih kukuh dari apa yang aku sangka hingga engkau macam sukar untuk terima apatah lagi menjalinkan semula perhubungan korang. Tell me, why you can’t accept him back.” Tanya gadis itu kembali.

Izzah mengeluh. Perlukan diperjelaskan apa yang pernah dilakukan oleh anak muda itu dulu? Dia tidak mahu lagi membuka lipatan memori lama yang telah dikuburkannya tanpa nesan, tapi Zafran Ashman seakan sengaja mahu semua itu dibongkah kembali tanpa Izzah tahu apa sebabnya.

“Aku tak punya jawapan Lisa, cuma hati aku ni yang berat dan bagai tak mahu terima dia lagi,” luah Izzah akhirnya. Pandangan mata keduanya menyapa. Cuba menyampai dan memahami apa yang dirasa tika itu.

“Aku faham Izzah. Soal hati ni bukan sesuatu yang boleh kita paksa walau terkadang dalam seribu keterpaksaan kita bagai tidak punya cara atau jalan selain dari sebuah penerimaan. Apa pun aku harap engkau tabah. Bijak dalam sebuah penyelesaian dan perbanyakkan sabar. Aku sedia membantu andai engkau perlukan pertolongan atau pandngan.”Lisa meraih tangan teman yang sudah lama berkongsi segala yang meraka hadapi.

“Thanks Lisa. Aku cukup beruntung dan bertuah punya teman dan sahabat seperti engkau.” Ucap Izzah. Dia cuba mengukirkan senyuman biarpun tidak semanis yang biasa mekar di bibirnya.

Don’t mention it. That’s what friend for right. Dahlah, engkau jangan nak mengelamun sangat.” Lisa berlalu ke mejanya untuk menjawab telefon yang sedang berdering. Pantas tangannya mencapai gagang dan meneruskan komunikasi dua hala.

Izzah kembali termenung. Erm Hidup ini indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahuakan. Terkadang ditinggalkan dipertengahan jalan sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah dalam takdir dan ketentuan-Nya, kita tetap bangun terus berusaha untuk bertatih hingga melangkah kembali mengikut arus sebuah kehidupan. Justeru kita sedar dalam kita berusaha sesungguhnya hala tuju sudah tersedia dalam ketetapan. Mungkin diberi-Nya kita merasakan kesilapan dan kesalahan dalam kesedihan sebelum diberi bahagia dalam rahmat dan nikmat selamanya…..

Atas Nama Cinta, langkah ini ku hanyun. Mencari pasangan untuk sekeping hati milikku yang entah di mana destinasi. Meski aku harus berkelana jauh dari keluarga, aku tetap melangkah menurut suara yang bergema dari jiwa. Aku yakini Atas Nama Cinta, pencarianku pastikan ketemua jua, tapi mengapa tiba-tiba ada yang hadir seolah menjadi penghalang dan menghalang untuk aku teruskan sebuah pencarian.....

Dalam hening dakapan resah hati bagai ditamu gelisah. Di pesada mana harus ku humban segalanya? Sendu dan gundah laksana gemersik sebuah okestra memainkan simfoni pilu mengiringi lagu luka sekeping hati……

Dapatkah dia menjadi seorang Cinderella Cinta….

Thursday, April 17, 2008

Ni satu lagi....

Hari ni hujan... dan tengahari tadi aku tak dan nak makan sebab tersekat dengan apprisal session dengan one of manager aku. So akhirnya aku just layan biskut bercicah air ribena.... as usual kan... walaupun lately ni aku cepat rasa menggigil bila lapar. Aku pun tak tahu kenapa.... Ah! Satu lagi petanda atau tanda yang hadir. Namun as usual also, aku malas nak hebahkan walaupun aku cam dah terhebah lak kat sini... hehehehehehe but not advertise ekk.... untuk pengetahuan tapi bukan untuk dibelas ehsankan jauh sekali simpati.... Erm tah camne aku rasa boring sangat dan need sumbody.... really aku feel lonely giler... sedih dah mula terasa tapi tak kanlah kat department aku pun nak hujan. Tak ada maknanya, so untuk melenyapkan semua tu aku rang DIA... nasihlah ekk tak pasal kena jadi teman borak aku... lepas satu topik ke satu topik kami bualkan.. dan DIA dengan penuh keselambaan tanya aku 'Dah dapat dah buah hijau tu'? terpinga-pinga aku sekejap... terkulat-kulat... lama-lama baru aku faham. Cinabeng tul.... ni mesti pasai BUAH AMRA.... sempat DIA gelakkan aku.. Ceh! Macamlah lawak sangat keteringinan aku tu.... hampeh tul...... dalam citer punya citer terkeluarlah pulak kisah pasal buah ni....


Nilah Buah Naga atau dalam bahasa yang lagi best Dragon Fruit... aku memang dah terasa teringin sejak kali kedua tengok DIA menikmati dengan penuh nikmat, cumanya tah kenapa masa tu aku tak tersebut pulak nak minta sikit.... dan hari ni DIA dengan penuh keselambaan terus mengacau bilaukan rasa hati aku... mengacah keteringinan dan keterujaan aku untuk cuba merasainya.... tapi iyerlah... walaupun aku tahu di mana boleh aku dapatinya, tapi sapalah yang sudi nak temankan aku untuk ke sana... jadi hanya telan air liuq ajelah nampaknya.....

Memang air ni nampak sedap dan aku juga yakin rasnya juga sedap, kalau tak masakan itulah minuman yang akan diordernya. Dah dua kali dah, cuma aku jer yang tak yakin dan tak order... Aduh! Rugi.....

Sekarang ni dua ayaq yang dah berlegar-legar dalam mindaku... Jus Amra campuq Asam dan Dragon Fruits + Buah Longan...... bilalah agaknya aku boleh menikmati keduanya.....

Tuesday, April 15, 2008

Ah! Aku teringin.......

Korang tahu tak ni buah apa... Erm kalau korang nak tahu ni lah buah kedondong atau di utara lebih terkenal dengan nama buah Amra. Erm kat rumah Tok Mak memang banyak malah buah ni lah yang akan aku balun setiap kali balik dari sekolah dulu... mesti cari buah ni dulu than baru aku cari nasi. Walau asyik kena tegur dengan arwah Tok Wan, tapi tak pernahnya lama... hari ni tegur, esok aku buat semula. Bagaikan pembuka selera pulak jadinya. Biasanya aku terus jer NGAPPP macam tu sebab buah amra yang ada di halaman rumah Tok Mak tu memang sedap.... tak masam sebaliknya lemak-lemak manis... kalau nak lagi sedap, sediakan kicap yang dipatahkan sedikit cili padi dan gula... Wallah.... memang aku tak ingat dunia kalau dah bertemu dengan pujaan tekak ku itu.

Erm mesti korang pun herankan, kenapalah memalam hari ni pu3 sorang ini masukkan N3 sebegini... nak tahu kenapa... ni lah gara-gara si honey aku hak sorang tu... ada ke dijamunya Kak Eka ngan Alyze ngan jus Amra bercampuq asam boi.... Aduhhhhhh buat aku teringin secara tiba-tiba..... tapi memalam hari ni mana nak cari kan..... apa pun otak aku masih mampu bergerak cergas..... lebih-lebih lagi ada 'KAKI' maka panjang sahajalah jadinya. Kedai makan di selekoh jalan aku tuju.... dah berkali-kali mata aku sempat menyekodeng akan rojak yang ada dijual dikedainya. So dengan penuh harapan tadi aku start kereta mencari apa yang aku idamkan.... dah terbayangkan apa yang sedang ditagih oleh tekak ku. Malangnya aku tidak bertemu dengan apa yang aku inginkan.... 'buah mangga muda banyaklah.... buah kedondong tak ada. Dah lama makcik tak masukkan dalam rojak ni.' kata-kata yang memang menyentap seluruh keterujaan dan keghairahan ku sebentar tadi.... akhirnya aku pulang ke rumah dengan rasa frust yang tak mungkin aku bendung. 'Ni dari mana malam-malam bawa reta?' tegur along yang baru pulang dari masjid. 'Cari buah amra' jawabku selamba. 'Ha! Cari buah Amra? Tang mana? Ada ka?' tanyanya lagi. Aku hanya menggelengkan kepala.... 'Tak buleih ka tunggu esok, kalau iyer pun teringin, cuba sabaq-sabaq. Mengalahkan orang yang duk mengandung..... mengidam. Nak buat apa dengan buah amra? Nak menyicah malam-malam?' tanya along inginkan kepastian. 'Nak buat jus campuq asam.' Aku tersengeh melihatkan wajahnya yang dah berubah. 'Iyerlah! Dah lama kan kita tak minum jus amra campuq asam. Mesti best.' Hahahhahahhaha kali ini bukan aku seorang yang teruja, sebaliknya aku dah berjaya menyeret along sama......


Aduhnya! Sedapnya jus buah amra bersama asam boi..... Di KL ni manalah aku nak cari..... ni lah yang buat aku rasa cam nak terbang aje balik ke desa..... ke rumah Tok Mak... mesti keteringinan ku ini akan dapat ku penuhi.... Erm kalau jus buah dragon ball ngan longan tu aku tahu lah mana nak cari... ha tu pun satu lagi.... teringin gak nak rasa... hari tu tengok orang tu minum cam sedap je.... nak minta, segan lah pulak.... sebab orang tu pun tak offer tanya aku nak try rasa ke tak.... Huuuuuuu cedihnya......

Saturday, April 12, 2008

Ini jawabnya.....

windu ku disapa bayu laut..... mengusung di segenap penjuru fatamogana membias di kilauan ombak putih kapas yang menggulung hingga ke wadi sahara mencari cinta yang masih belum bernoktah....

Aku cukup malas nak masukkan N3 ni, sebab aku tak mahu orang yang menziarahi istana kaca aku ni berfikiran macam-macam.. melabel aku dengan keperbagaian label yang terkadang tak terjangkau dek fikiran aku, tapi nampaknya keadaan memaksa... Jadi maafkan aku pengunjung semua.....

Sebenarnya aku cukup tak suka bercerita tentang AKU... cukup tak gemar mengungkap perihal AKU.... malah aku tak pernah berminat untuk memberi penjelasan jauh sekali penerangan tentang AKU.... tapi rasanya bait di atas memaksa aku untuk melakukan sesuatu yang tak gemar aku lakukan.....

Well! Pagi semalam aku diziarahi oleh dua sms yang berjaya menjerut perjalananan sebuah nadi dalam diriku. Terkezut tersulam terkedu..... sms yang ternyata tidak langsung aku kenal atau diperkenalkan atau memperkenalkan oleh pengirimnya. Aku diterjah dengan pertanyaan dan kata-kata yang memang biadap.... Sorry pada yang mengirim justeru antara kita langsung tak pernah wujud salam perkenalan jauh sekali berkenalan. Apa isi dan pengisian sms tersebut rasanya tak perlulah aku nyatakan di sini memadai kalau aku katakan sms yang dikirimkan oleh insan tersebut lebih menjurus pada luahan rasa ketidakpuasan hati atau marah dalam cemburu.
Awalnya aku fikir berdiam adalah cara terbaik untuk satu penyelesaian... Jangan di layan kegilaan orang yang sedang gila kerana dalam tergilaan itu pastinya fikiran tidak mampu berfungsi atau difungsikan dengan baik jauh sekali sebaik dan terbaik. Namun makin aku diam, makin galak pulak pertanyaan dan kata-kata yang rasanya tak wajar dan tak berhak dititipkan lantas hadir di inbox phone ku.... Jadi untuk itu... bacalah apa yang aku muatkan ini......

Untuk pengirim sms pagi semalam.... suka cita dimaklumkan bahawa saya... Pu3 Chempakabiru masih sedar di mana saya bernaung... di bumi mana langit yang saya junjung... di tanah mana saya berpijak.... saya ingin menafikan sekeras-kerasnya apa yang ada di dalam minda si pengirim sms tersebut.... kalau kebimbangan menyelimuti diri, bukalah minda dengan kewarasan. Andai jiwa di acah cemburu, rawatlah dengan redho pada perancangan dan perjanjian allah... Kiranya sudah memang dia tercipta untuk dirimu... usah biarkan curiga bersarang di jiwa.... Jangan dibiarkan syak wasangka membisik di segenap raga.... memamah kepercayaan yang pernah ada..... lantaran cinta yang kita baja terkadang hanyalah sementara... belum pasti yang dipuja adalah milik yang nyata sepertimana dalam perjanjian sebelum kita tiba di bumi sementara...... Andai benar cinta yang wujud berteraskan nawaitu lillah hi taala.... peliharalah dalam doa agar allah perkukuhkan hingga ke hujung nyawa.... Saya tak berminat terhadap pertanyaan yang diajukan malah tidak langsung terniat untuk menempel popularity orang lain...... harapanku moga selepas ini tiada lagi yang menziarah dan dengan penuh kemaafan aku nyatakan bahawa kehadiran sms dari mu tidak aku alu-alukan... MAAF.......

Sekian Wassalam

Wednesday, April 09, 2008

Ah! Terharunya......

Dah lama aku nak masukkan N3 ni tapi ada masalah sikit bila aku nak uploadkan gambarnya. Well, actually aku benar-benar tak sangka, yang berada di rak syarikat penerbitan aku pada Pesta Buku Antarabangsa di PwTc tahun ini adalah Buah Cintaku. Sabtu yang lalu bila aku melunaskan janji yang dah ku simpul dengan honey, aku juga bertemu dengan editor dan seorang lagi penulis dari bumbung yang sama.

'Pu3 URH dan release.....' terkejut aku... dan tak sedar aku peluk honey. Dalam hati aku memanjatkan kesyukuran... walaupun masih lagi antara percaya dengan tidak, tapi aku ambil yang positif... PERCAYALAHhhhhh... alamak... pitching larilah... ehhehehehehe. Setiba di booth FP, mata aku terus melirik pada apa yang ada di rak.... terpandang URH ada bersama novel yang ditulis oleh teman-teman yang sudah pastinya lebih dahulu menempa nama dari aku.... terharu... gembira... suka.... tak percaya dan segala perisa yang dihalalnya menyerbu hati aku dan aku juga sebenarnya sedih.... sedih kerana aku tak dapat nak kongsi semua ini dengan orang-orang yang aku sayang..... memang aku harap sangat ada diantara mereka yang bisa hadir tapi... ahhhh!!!. Mustahilkan untuk aku minta mama dan papa ada bersamaku.... mustahil untuk aku mahu along atau angah turut melihat apa yang aku lihat malah mustahil untuk aku pinta erm..... apapun sejalur senyuman dan tawa akhirnya mampu malah berjaya ku zahirkan bagi menutup duka dan pilu yang mula memalu.... Iyer... sesungguhnya setiap dari kita tak mungkin akan dapat segalanya yang kita mahu dalam hidup. Di ambil sebelum menerima yagn lain adalah antara janji yang telah terpatri sejak azali...... Apapun Syukur dan terima kasih ya Allah atas rahmat dan nikmat yang terlalu bermakna buat seorang insan seperti aku......

Tuesday, April 08, 2008

Uhuuuu boringnya

Aduh! Letihnya…. Mata aku nak naik tepu lihat screen computer ni…. dah muak dok asyik membelek worldwide tax summaries yang harus disumbatkan ke dalam database sebelum dipublish untuk kegunaan clients. Bukannya sikit…. Negara dari seluruh dunia. Dari yang biasa aku dengar sampaikan negara yang aku tak pernah dengar pun ada. Semuanya perlu diupdate untuk rujukan bila perlu tentang corporate dan personal tax dinegara tersebut. Apa nak buat kan… dah kerja… so aku tak ada pilihan selain dari menyelesaikannya. Date line sampai akhir bulan ni… than’s mean ada lebih kurang tiga minggu lagi…. Boleh siap kut…..erm boleh kut walau terkadang tumpuan aku merayau sampai ke hospital…. teringat kat angah…. Rasa cam nak duduk je dengan dia…. Uhuuuu tapi sure dia tak bagi, katanya tugasan itu amanah dan amanah wajib ditunaikan.

Semalam aku sempat berikan senaskah URH pada Trisya. Tersengeh lebar dia bila melihat namanya tertera di muka hadapan novel tu dan aku pulak hanya tersenyum. Aku faham dan tahu apa yang dia rasa… mesti terharu dan tak sangka…. apapun aku sedar penghargaan itu tidak mampu membalas apa yang telah kami kongsi selama ini malah tanpa dorongan dari dia dan dari semua yang aku kenal, aku tidak akan melihat apa yang aku lihat sekarang ini. Thanks to everybody yang menjadi sebahagian dari process penghasilan URH.

Hari ni kecoh sikit bila semalam dengan selamba Trisya mewar-warkan pada teman-teman yang lain bahawa aku adalah penulis Novel URH. Terkezut mereka mendengar. Aku tahu mesti depa tak percaya…. rasa cam mustahil…. malah berbagai lagilah rasa yang aku sendiri tak mampu nak fikir atau labelkan. Ada juga yang mengutus ucap tahniah, minta belikan untuk special discount malah tak kurang juga yang minta naskah free…. tapi sorrylah…. mana mungkin aku penuhi segalanya…..tak terdaya aku. Lagi pun kalau semua nak free, jawabnya itulah novel pertama dan terakhir aku yang publisher terbitkan sebab lepas ni gulung tikaq…. Hahhahahaa Apapun aku harap kehadiran URH dapat diterima, biarpun aku sedar amat bahawa ianya tak tertanding dengan novel-novel dari penulis yang telah tersohor dan ternama. Aku sekadar melakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan keupayaan dalam langkah pertama. Kalau ada silap di mana-mana, aku mohon ampun dan maaf.

Sempat main sms dengan honey dan Aleeya Aneesa…. Kira ubat ngantuk dan boringlah tu…… Erm dah lama aku tak borak dengan DIA. Tahu sekarang DIA sibuk melayan audit staffs dari syarikat aku… semua orang sibuk maklumlah YA closing. Apa pun aku harap DIA sihat hendaknya…. dan segala masalah yang diberitahunya hari tu dapat diatasi walaupun bukan penyeleaian menyeluruh…..

Saturday, April 05, 2008

Hadir lagi....

Book Fair hadi jua.... dan memang ini lah yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta buku. Tak kira penulis atau pembaca. Semua punya objektif tersendiri dan persepsi yang berbeza dengan hadirnya Book Fair ni. Aku pulak bagaimana.... Well! Memang aku tak nafikan Book Fair kali ini punya pengertian yang tersendiri.... punya makna yang susah untuk aku ungkapkan. Aku dah menyimpul janji dengan honey dan Arjuna Chinta untuk bertemu.... mengikat kata dengan Pokcik Glamour untuk bertentang pandang, begitu juga dengan yang lain..... teman penulis yang memang sebelum ini mesra di Maya. Jadi hari ini semua itu terlaksana. Namun entah mengapa keterujaan dan keghairahan yang ku rasakan sebelumnya seakan mati. Keadaan angah yang masih ditempatkan di klinik Dr Kamal bagai merentap semuanya. Melihat kondisi nya yang masih tidak stabil membuatkan aku resah. Takut dan bimbang sudah mula mendampingi diri tambahan apa yang ku rasa sebelum tibanya reality yang cukup aku takutkan sudah menampakkan diri. Tubuhku mula sakit-sakit sejak dua hari nan lalu. Ah! Janganlah semua itu berlaku. Melihatkan keadaan angah semalam, aku tahu dia sedang menderita melawan sakit yang secara zahir langsung tidak kelihatan. Tubuhnya yang susut secara mendadak begitu memilukan. Pada aku, kecederaan fizikal yang dihadapinya sewaktu kemalangan tempohari cukup memustahilkan untuk apa yang aku dan keluarga lihat sekarang ini. Mesti ada sebab lain dan itulah yang sedang menjadi tandatanya sekarang ini. Benarkah ada unsur jahat yang mula meresap ke dalam dirinya dan memamah secara perlahan-lahan???????

Semalam waktu aku menziarahi angah, sempat angah bertanya perihal Buah Cintaku. Katanya dia tak sabar nak lihat dan baca. 'Harap-harap angah masih sempat yer dik' seungkap kata-kata lemah darinya cukup menghiris hatiku..... Awalnya aku bercadang untuk tidak hadir pada pertemuan yang sudah ku persetujui, tapi angah menegah. Munafik hukumnya bila memungkiri janji yang telah di buat. Dia tetap mahu aku ke sana. Memberikan komitment terhadap tugasanku biarpun Buah Cintaku masih lagi berada di dalam 'Ketuhar', tapi itu bukan alasan. Aku jadi serba salah..... Memang aku mengalami keperbagaian kondisi sekarang ini.... keadaaan angah, perbualan yang tidak sengaja ku dengar antara angah dan Pak Uda, exam yang bakal mendatang dan macam-macam lagi..... pada siapa harus ku ungkapkan sebuah rasa hati yang sedang membusung ini..... pada siapa harus ku kongsi airmata dan luka yang mula berdarah perlahan..... apapun hanya ini yang mampu ku persembahkan..... buat semua yang aku sayang, buat semua yang aku hargai dalam sebuah kehidupan..... Buah Cintaku ini ..... Angah... Cepat sembuh..... aku masih perlukan dirimu dalam hidupku.....

Tuesday, April 01, 2008

Menu hari ini….


Hari ni aku memenuhi permintaan seorang teman yang dah berminggu idamkan semangkuk mee kari….. tak sampai pulak hati aku nak hampakan dia justeru aku tahu bagaimana rasanya bila tekak terjerat dan dijerat oleh satu keteringinan. Maka hari ini kami berdua bertandang ke The Chiken Rice shop… sepiring Curry Chiken wantan noodle bersama pai tei dan air serta dessert menjadi juadah yang sudah cukup menyendatkan rongga perut aku….Apapun aku seronok lihat Trisya habiskan makanan yang diidamnya dan aku lebih teruja untuk terus menikmati pai tei yang terhidang sama….

Kepekaan dan Ketegasan Kita.....


Qaradhawi: Jangan Pandang Enteng Orang yang Menyalakan Api terhadap Al-Quran

Dr. Yusuf Qaradhawi, Ketua Ulama Islam Antarbangsa, menyatakan lima spektrum yang berisi seruan kepada kaum Muslimin untuk melawan serangan yang memburukkan Islam dan kitab sucinya.

Seruan ini disampaikan berikutan penyiaran filem "Fitna" yang ditayangkan oleh ahli politik radikal Belanda Geert Wilders di internet. “Kita tidak boleh menganggap enteng upaya menyalakan api terhadap Al-Quran, ” begitu tegas Qaradhawi.

Qaradhawi menegaskan bahawa dakwaan Wilders dalam "Fitna" yang menyebutkan bahawa Islam mengajarkan kebencian dan pembunuhan, sangat berlawanan karena Islam adalah agama yang menyerukan kecintaan dan hidup berdampingan secara damai dengan pihak lain.

Qaradhawi dalam kesempatan yang sama juga menyelar sikap sebagian umat Islam yang turut mencemarkan nama Islam dan secara automatik membuka peluang bagi musuh-musuh Islam untuk memperburuk citra agama Islam yang hanif.

Dalam keterangannya kepada Islamonline, Qaradhawi menegaskan, “Apa yang dilakukan oleh ahli politik radikal Belanda itu, sama dengan menyalakan api terhadap Al-Quran.”

Ia menambahkan, “Filem yang menuding al-Quran sebagai kitab suci fasis adalah pembohongan, dan merupakan perkataan yang tidak dikeluarkan kecuali oleh orang yang bodoh, sombong dan keras kepala. Ini rangkaian baru dari rangkaian permusuhan yang telah dibangun oleh arus di Barat, yang mengambil keuntungan di baliknya.”

Lima hal yang yang digariskan Qaradhawi dan harus dilakukan umat Islam adalah; pertama, penolakan.

“Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yang menyebutkan baginda seorang yang haus darah dan seorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harus dilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepada orang-orang yang selama ini memiliki imej buruk terhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akan kemuliaan Rasulullah saw.”

Kedua, “Melalui kaedah politik, sikap negara-negara Islam besar harus berdiri secara jantan untuk membela Islam dan Rasul-Nya.”


Ketiga, “Penolakan massa dengan menekan pemerintahan kaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.”

Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan di lapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itu misalnya, drama, filem atau drama bersiri untuk meluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.

Kelima, “Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negara yang mengizinkan penduduknya mencederai kesucian Islam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampu menyakitkan suatu negara.”

Sila Layari:
http://abuhasif.wordpress.com/