Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, April 21, 2008

Ku Tunaikan Janji Ku untuk Mu


Cinta tidak pernah menjadikan manusia itu buta dalam melihat, tidak juga menjadikan manusia alpa dengan segala keindahan dalam perangkap angan-angan tapi mengapa manusia sering menjadi buta bila berada di dalam dakapannya?????

Meneruskan sebuah pencarian pada sesuatu yang entah di mana bertunjangnya, tidak juga diketahui di mana berpaksi. Namun kerana rasa cinta yang sudah menguasai tidak hanya hati malahan diri membuatkan Asyraf nekad mengatur langkah. Bumi Jordan menjadi destinasi pengkelanaannya. Bak Arjuna mencari bidadari hati begitu jugalah dirinya yang tega untuk terus menjejak Laila yang dipisah dan hilang darinya. Meski sedar bukan sedikit halangan yang menanti dan bakal menyambut kehadirannya dek cinta nan terlarang, tapi semua itu tidak dihiraukan. Wadi Rumi yang bisu menyambut kehadirannya. Walau tidak di alu-alukan, tidak jua wujud satu penghalauan untuk memaksa dirinya pergi. Dia terus berkelana membawa rawan sekeping hati dalam rintihan melodi sukma seorang perindu. Tekadnya hanya satu, meleraikan Tsunama hati yang sudah sekian lama terkurung di penjara rindu. Pengembaraan di Wadi Rumi menemukan dirinya dengan Attayak Ali yang akhirnya menitipkan Sulaiman untuk turut sama dalam sebuah pengembaraan sebuah pencarian yang tidak sudah terarah. Tidak diperduli akan Nini yang sedang gelisah di tinggalkan. Tidak diperduli perasaan seorang isteri yang terbelenggu dan dibelenggu dek rasa penyesalan dan bersalah terhadap suami yang dicintai lantaran dalam mahligai sebuah perkahwinan tercalit dan tersulam dosa atas kealpaan dan bisikan nafsu. Mengapa penyeslaan itu sering memburu Nini, mengapa Nini bagai pengusung keranda sebuah dosa mengharapkan pusara keampunan dari seorang suami agar keranda yang diusungnya bisa di semadikan… dan untuk apa pula Asyraf terusan tega meneruskan pencarian biarpun dia sendiri tidak punya kepastian??? Natijah apa yang telah menemukan Nini degan Numair hinggal mengakibatkan pemuda yang berstatuskan ‘Pengganas’ itu turut memegang status 'Pencinta' setelah melakukan kesilapan dalam kesalahan tanpa sengaja. Rentetan cinta yang tak di duga telah memesongkan matlamat asal pemuda itu dalam sebuah perjuangan yang kononnya bertiketkan sebuah pembebasan. Apa yang sebenarnya diperjuangkan dan mengapa perjuangan itu perlu????? Bagaimana pula Nini boleh terlibat dalam kancah tersebut dan dimana paksi akhir pencarian Asyraf untuk menemui Lailanya???? Siapa yang dicari Sulaiman dan mengapa??????

Kerana Cinta, Suraya turut menjadi buta… buta segalanya… malah lebih mendukacitakan bilamana kebutaan itu telah membuatkan dia rela menggadaikan aqidah dan maruah diri. Cinta yang tidak langsung bernilai malah sememangnya tiada harga akhirnya menjadi Suraya seorang Atheis – manusia yang langsung tidak punya kepercayaan dan pegangan agama. Segalanya berlaku kerana hati dan perasaan yang buta dek rasa cinta yang diagungkan untuk seorang manusia. Namun kerana cinta jualah akhirnya kesedaran itu lahir. Insiden-insiden seram dan suspens yang sering singgah dan menemani lena Suraya bagaikan isyarat dan petunjuk. Apakah Suraya akan tersedar dari lena dalam ketakutan yang sudah sekian lama membelenggu diri dan hidupnya????? Kembalikah Suraya kepada tunjang dan paksi nan satu yang pernah menjadi pegangan aqidah dan Iman dalam hidupnya????? Apa pula kaitan Suraya dengan Air terjun Kota Tinggi dan Father Thomas Rodriguez????

Kerana Cinta Damien sanggup lakukan apa sahaja demi umi yang sudah sekian lama koma. Demi cinta juga dia sanggup mengikut saranan ‘Burung Putih’ untuk memberikan pertolongan menyembuhkan insan-insan yang pada zahirnya sudah tiada harapan untuk menyambung sebuah penghidupan. Meski Damien berhadapan dengan tomahan kononnya dia gila lantaran hanya dirinya sahaja yang mampu melihat ‘Burung Putih’ yang menjadi pengutus sebuah keajaiban dengan izin dari-Nya jua. Malah kerana cinta juga membuatkan anak kecil berusia 10 tahun ini menyahut saranan teman untuk mencari baba yang meninggalkan dirinya. Tapi mengapa ‘Burung Putih’ tidak mengilhamkan Damien bagaimana untuk menyedarkan umi yang koma???? Mengapa dia sekadar diizinkan untuk menyembuhkan insan-insan yang tiada hubung kait dengan dirinya????? Mampukah dia meneruskan sebuah kehidupan dalam dugaan dan ujian yang diberikan padanya malah berjayakah dia menjejak baba di daerah yang terlalu asing hanya bertemankan seorang teman…..

Inilah sebahagian dari persoalan yang perlu diungkai dan ungkaiannya hanya ada bila anda menatap dan membaca Garis-garis DejaVu. Pertembungan segala pencarian…. Asyraf, Sulaiman, Suraya dan Damien pada satu garisan DejaVu yang tentu akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati sesiapa jua yang membaca.

Komen aku:

Pertamanya aku nak ucapkan Syabas dan Tahniah pada penulis novel ini… Saudara John Norafizan. Tak rugi melabur untuk buah tangan terbaru darinya. Dari mukasurat awal pasti akan membuatkan kita tertanya-tanya apa yang terjadi seterusnya hingga membuatkan sukar untuk dilepaskan buku ini. Tumpuan minda tidaklah terlalu berat dan tidak juga ringan… erm lebih kurang sedang-sedanglah walaupun isu di dalamnya perlu di halusi. Tapi disebabkan cara persembahannya punya satu kelainan dari novel-novelnya yang lalu, membuatkan aku beranggapan sedemikian. Well done John. Satu garapan yang cukup sempurna dalam setiap plot dan subplot yang terjaga jalinan di setiap satunya. Aku selut dengan cara beliau. Isu murtad disulam dengan begitu baik untuk membuka minda kita bahawa isu ini bukanlah satu isu yang boleh kita pandang ringan dan enteng. Bagaiamana hanya dengan cinta, aqidah tidak mustahil tergadai dan digadaikan. Begitu juga maruah diri. Kalau nak tahu, ha! kenalah beli dan baca sendiri, than baru korang semua tahu. Banyak yang boleh dikutip dan dikupas dalam tulisannya kali ini. Jauh berbeda dengan isu yang dibawanya dalam novel Cinderella Cinta. [walau hakikatnya tapi aku tetap cindelela gozila chinta.... hehehhehehe – dah start dah perasan pu3 sorang ni… jangan marah aaaaa] tapi cuma satu yang aku nak tegur dan minta…. Kalau boleh dalam novel yang akan datang aku nak bercuti ke tempat lain pulak… Erm… Apa kata kalau ke Kota Cinta [Paris] sebab kedua-dua novel yang aku baca berlatar belakangkan Manchester. Memanglah aku tahu banyak lagi tempat di sana yang mungkin belum dicilok dan diseludupkan ke dalam garapannya, tapi kan kalau boleh bawalah kami ke tempat lain pula dalam percutian yang bayaran bisa kami biayai.... kan lagi baik… Jepun ke, Jerman ke, Sepanyol ke atau ha! apa kata ke kampung aku kat Kedah… kan best…. At least pembaca boleh menghayati apa yang ada di sana….. Jadi, tak lah orang kata… nampak Manchester… Ingat John…. nampak buku John, ingat Manchester.... ada Manchester ada David Bachkam... opocot.... David Bachkam makan bola..... hahahahahaha Atau ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan penggunaan Manchester sebagai latar belakang setiap penceritaan….. ?????? Ahakszzzzz ;-)

4 Comments:

  • At April 22, 2008 at 7:40 AM , Anonymous Anonymous said...

    alamak! ebby pong komen yang sama! yelah tu.. aku bawak korng pegi jepon ehehehehe...

    anyway, thanks very much... nantikan jer review Ungkapan Rahsia hati nanti ya!

     
  • At April 22, 2008 at 7:57 PM , Blogger EBRIZA AMINNUDIN said...

    hehehe ... sebenarnya abby pun tak sangka di pengakiran komen kami akan menjadi sama. apa nak buat John ... dah nama pun kembar lain mak lain bapak ...terima ler kita orang seadanya .... :)

     
  • At April 22, 2008 at 9:41 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Wah! Tak sabaqnya aku ni pi Jepong... mesti bestkan... lihat salji seputih salju yang turun dari birai mata bagaikan langit menangis.... mengusap kelopak-kelopak sakura dengan penuh kasih hingga berkembang lantas gugur berserak menjadi hamparan sepanjang perjalanan ku.... Aduh! nggak sabar deh..... bila sih bisa ke sana..... kita aku lagi glamour dari artis yang sekadar dilapisi kaki mereka dengan Red Carpet.... tapi aku dengan kuntuman bunga sakura didakap salji seputih salju... cewah.... ahaksssszzzzz

     
  • At April 23, 2008 at 10:03 PM , Blogger EBRIZA AMINNUDIN said...

    wah ... jiwang karat. Tak ku sangkaa ...

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home