Ni satu lagi....
Hari ni hujan... dan tengahari tadi aku tak dan nak makan sebab tersekat dengan apprisal session dengan one of manager aku. So akhirnya aku just layan biskut bercicah air ribena.... as usual kan... walaupun lately ni aku cepat rasa menggigil bila lapar. Aku pun tak tahu kenapa.... Ah! Satu lagi petanda atau tanda yang hadir. Namun as usual also, aku malas nak hebahkan walaupun aku cam dah terhebah lak kat sini... hehehehehehe but not advertise ekk.... untuk pengetahuan tapi bukan untuk dibelas ehsankan jauh sekali simpati.... Erm tah camne aku rasa boring sangat dan need sumbody.... really aku feel lonely giler... sedih dah mula terasa tapi tak kanlah kat department aku pun nak hujan. Tak ada maknanya, so untuk melenyapkan semua tu aku rang DIA... nasihlah ekk tak pasal kena jadi teman borak aku... lepas satu topik ke satu topik kami bualkan.. dan DIA dengan penuh keselambaan tanya aku 'Dah dapat dah buah hijau tu'? terpinga-pinga aku sekejap... terkulat-kulat... lama-lama baru aku faham. Cinabeng tul.... ni mesti pasai BUAH AMRA.... sempat DIA gelakkan aku.. Ceh! Macamlah lawak sangat keteringinan aku tu.... hampeh tul...... dalam citer punya citer terkeluarlah pulak kisah pasal buah ni....

Nilah Buah Naga atau dalam bahasa yang lagi best Dragon Fruit... aku memang dah terasa teringin sejak kali kedua tengok DIA menikmati dengan penuh nikmat, cumanya tah kenapa masa tu aku tak tersebut pulak nak minta sikit.... dan hari ni DIA dengan penuh keselambaan terus mengacau bilaukan rasa hati aku... mengacah keteringinan dan keterujaan aku untuk cuba merasainya.... tapi iyerlah... walaupun aku tahu di mana boleh aku dapatinya, tapi sapalah yang sudi nak temankan aku untuk ke sana... jadi hanya telan air liuq ajelah nampaknya.....
Memang air ni nampak sedap dan aku juga yakin rasnya juga sedap, kalau tak masakan itulah minuman yang akan diordernya. Dah dua kali dah, cuma aku jer yang tak yakin dan tak order... Aduh! Rugi.....Sekarang ni dua ayaq yang dah berlegar-legar dalam mindaku... Jus Amra campuq Asam dan Dragon Fruits + Buah Longan...... bilalah agaknya aku boleh menikmati keduanya.....
1 Comments:
At April 18, 2008 at 2:46 PM ,
Anonymous said...
Ehem! Syahdunya background song. Kenapa? Ada yang tersurat dalam seribu yang sedang tersirat? Apapun rasanya bukan aku di antara yang tersenarai dalam segala yang tersurat. Aku akan pergi, tapi sebelum itu aku ingin berikan ini padamu. Aku yakin kau dapat memahaminya.
Aku bukan seorang pujangga
Tidak juga seorang seniman
Menyusun kata meninggal pesan
Namun aku tetap yakin
Apa yang bakal ku persembahkan
Mampu kau halusi
Mampu kau fahami
Langkah ini bakal ku atur
Meninggalkan bumi tercinta
Meninggalkan insan2 yang aku sayang
Bukan kerana benci
Tidak juga kerana kecewa
Tapi kerana sebuah pencarian
Tentang diri dan cinta
Tentang hakiki dan illusi
Ku tinggalkan kau di sini
Ku tinggalkan bersama bisikan dari lubuk hati
Maafkan aku atas segalanya
Jagalah dirimu sedapat mungkin
Kesihatan usah kau abaikan
Aku yakin pasti ada yang akan menemanimu
Sepertimana sebelum aku hadir
Sebelum aku wujud dalam dimensi mindamu
Berjanjilah denganku untuk yang satu itu
Justeru aku masih ingin menatap wajahmu
Bila aku kembali lagi ke bumi bertuah ini
-Emil-
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home