Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, April 30, 2007

Dari kaca mata seorang AKU.....



“Selagi angin berhembus, selagi itulah akan ku bisik kerinduan ini….”

Satu novel yang cukup bermakna dan mantap yang dipersembahkan dengan garapan penuh bersahaja tapi tidak mencacatkan message yang ingin dipersembahkan. Jarang berjumpa novelist yang berjaya mengadunkan sentuhan duniawi senafasa dengan paksi dan tunjung yang telah sekian lama kita warisi yakni berasaskan pada yang satu. Dalam Bayu Asmara, kita akan temui sentuhan ini.

Bagaimana pencarian Shah Asmara akan Cinderella seiris Snow White yang kerap menjelma mengusik naluri lelakinya. Sudah puas dijejaki. Tiap dermaga yang disinggahi, tidak pernah alpa dia mengintai. Mengharap Cinderella hatinya ada di situ. Namun dia tetap di tamu kehampaan. Akhirnya Shah Asmara bagai tidak tega lagi dengan harapan yang sentiasa digalasnya. Dia pasrah lantas biarlah Qada dan Qadar yang menjadi landasan penentu pada impiannya.

Nun jauh di Hawaii, Puteri Bayu Irnani terkapai-kapai mencari jawapan pada mimpi yang kerap bertandang menemani lenanya. Bayangan seorang insan disebalik kabus yang sering singgah menemani lena benar-benar membuatkan dia panasaran. Dari gambaran di kanvas mimpi, pantas di pindahkannya ke kanvas reality. Bersenikan sepasang sudu dan garpu, dia melakar apa yang ada di minda. Dua elemen yang berbeda di adunnya dengan penuh maksud yang tersirat. Dia yang berpendidikan barat dan hidup di tengah-tengah dunia globalisasi menantikan senaskah Al-Quran dan sejumlah RM6234 yang bakal mengikat dirinya dari seorang insan yang punyai kekuatan agama agar dia bisa berpaut dan menumpang teduh. Bukan sekadar teman pendorong dan pengubat sepi, tapi dia mendambakan nakhoda yang mampu mengemudi bahtera yang bakal dilayari bersama.

Dalam pencarian ini kita akan disajikan dengan berbagai konflik dan dugaan. Rintangan dan kehendak ibu yang terkadang hanya memikirkan akan kepentingan diri sendiri. Sesuatu yang cukup cantik yang digarap oleh novelist ini adalah bagaimana watak-watak dalam yang diciptanya menjadikan Islam itu sebagai sebenar-benar AD-Din dalam kehidupan sebagai muslim dan muslimah yang beramal dengan apa yang dituntut dalam agama tanpa meninggalkan adat yang tidak bertentang dengan syariat. Berbagai rencah emosi mampu kita sama-sama rasai hinggalah pada tragedi berpisahnya Bayu dengan orang-orang yang dikasihi biarpun akhirnya dia turut sama pergi.

Aku cukup selut dengan usaha yang dilakukan oleh novelist ini. Syabas…. Pada yang mencari kelainan dalam novel cinta, aku sarankan bacalah Bayu Asmara. Kita akan dapat rasakan betapa indahnya sebuah percintaan yang berlandaskan keimanan dalam anyaman indah Nur Islam yang sentiasa menerangi tiap langkah yang kita orak. Terima kasih bonda Ilani Mysara justeru menghadiahkan novel Bayu Asmara sebagai santapan kami. Satu garapan yang cukup bermakna buat aku dan patut di baca oleh kita semua…..

“ Bayu Asmara yang berhembus, membisikkan kalimah kasih dan cintaNYA yang tak pernah padam. Dari hati seorang insan yang berkelana di setiap dermaga persinggahan sementara, dugaan dan rintangan itu adalah lirik dan irama untuk terus mencari destinasi cinta yang sejati…..”

******************************************************

"Apa yang pasti dirimu tetap ku nanti. Selagi mentari mengintai hari.. selama itu kasih ku tak akan kontang…..”

Riana Amira terkapai-kapai. Dugaan dan rintangan datang bertamu silih ganti dalam hidupnya. Jiwa remaja diacah rasa cinta bila mata bertemu pandang dengan jejaka yang mengusik naluri gadisnya. Kunjungan surat cinta dari insan misteri yang berselindung disebalik “AR” menghantui perasaannya hinggalah pada satu hari hatinya melonjak kegirangan. Nama yang dianggapnya misteri itu, milik pemuda yang sudah lama mengisi ruang kamar hati yang kosong. Azril Razman, itulah buah hatinya. Kebahagiaan menyelubungi perjalanan hidupnya bersama anak muda itu.

Namun siapa sangka, perpisahan yang melanda bagaikan menguji sekuat mana setia yang sering terungkap. Demi masa depan, Riana dan Razman terpaksa akur melangkah mengikut hala yang berlainan. Si gadis di UM sedangkan si Teruna mengusung kerinduan di bumi Sarawak yang tanpa sedar telah menjanjikan derita buat pasangan kekasih ini.Terlalu berat ujian yang terpaksa mereka harungi. Kemunculan Fariz Syazri Datuk Faizal tidak pernah di duga bakal mewarnai kehidupan Riana Amira.

Tiba-tiba Razman membuat keputusan drastik untuk memutuskan hubungannya dengan Riana Amira. Takdir penentu segalanya. Siapa kita untuk menolak segala ketentuan untuk dipilih mengharungi ujian dan dugaan yang diberikanNYA. Riana dirogol takala alpa melayani luka yang dirobek kekasih hati dan entah mengapa pada Fariz dia mengadu dan meminta pertolongan. Malah tika gadis itu terkontang kating menghitung duka dan luka, anak muda itu lah tempat dia berpaut lebih-lebih lagi selepas mahkotanya diragut tanpa rela. Dia semakin dihanyutkan gelora rasa yang payah dizahirkan dengan ungkapan. Fariz lah yang berada bersamanya. Biarpun di awal perkenalan, anak muda itu tetap betah untuk mempertahankan ego konon Riana bukan gadis yang menepati citarasanya. Anak muda itu bagaikan tempat Riana meminjam kekuatan dan semangat untuk teruskan kehidupan yang ternyata kelam. Tanpa mereka sedar, kedua hati kian bertaut. Salam kasih terutus tanpa bicara. Rindu melambai, sukma bergetar bila mata tidak bertentang pandang. Andai suara tidak menyapa pendengaran. Fariz tidak akan tega melaksanakan tugasan bila wajah Riana menari di layar mata. Dalam gelora amukan rasa cinta yang terpendam, Riana Amira menghilangkan diri tanpa dapat di kesan. Tinggallah Faris mengalas beban perasaan dalam penasaran maha hebat. Namun dia tetap bersabar dan setia menanti dengan harapan Riana Amira akan kembali…..tapi bilakah agaknya dan siapa pulak Iki yang tiba-tiba hadir dalam hidup Riana Amira…..

Semuanya akan persoalan itu akan terjawab dalam Erti Rindu ini. Novel pertama sentuhan Zara Juita. Garapan yang mengabungkan rencah-rencah kehidupan yang sering kita lihat sehari-hari. Bagaimana manusia terkadang lebih mementingkan darjat dan kedudukan sebagai kayu pengukur sebuah kebahagiaan.

“Kau kata aku bagai lilin yang menerangi kegelapan dunia mu. Kehadiran ku umpama air di kali yang menyegarkan perasaan mu. Kau sedia berkorban untuk ku. Sedia merawat kelukaan hati ku. Aku di buai cinta, kasih sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan….. bila mawar tanpa haruman ini masih bisa bertahta di mahligai bahagia hati seorang insan seperti mu…. “

Kali pertama aku pandang, hati meronta jiwa tertawan. Biar berdetik bisikan…"tidak menyesalkah memilih lantas ingin memiliki?" Naluri ku cepat menangkis. "Tidak. Aku tak akan kecewa" dan akhirnya garapan Zara Juita jadi sebahagian dari koleksi peribadiku. Sentuhannya lembut tapi punya message yang cukup kuat untuk kita merenung akan apa yang sering kita lalui saban hari. Zara bijak bermain perasaan. Beberapa kali juga jemari ku singgah di pipi menyanggah untaian manik yang tanpa sedar putus. Dalam duka masih diselitnya tawa. Di celah derita, diacahnya sinar bahagia yang mengintai ruang. Terasa bagai diri turut berada dalam dunia ciptaannya. Mendominasi tiap perjalanan yang tidak sunyi dengan dugaan dan ujian sebelum pelangi bahagia melebarkan sinar……

Monday, April 23, 2007

Moga terubat luka hatimu....

Ku dedikasikan ucapan ini khas untuk mu

Laila Kamilia….

Maafkan aku
Andai teguran ku keras bagi mu
Lantas mengguris jiwa halus mu
Merobek tiap garapan yang telah kau terpatrikan

Aku sedar diri ku bukan penulis sehandalmu
Tidak layak membuka bunga-bunga langkah
Di gelanggang persilatan kreatif yang kini menjadi duniamu
Tapi kau harus ingat
Kepincangan tak akan kau sedari
Kelemahan tak mungkin dapat kau baiki
Tanpa hunusan kritikan dan teguran
Arca yang terbias di cermin perasaan
Tidak mustahil sekadar illusi indah permainan jiwamu

Laila Kamilia…..
Bukan mudah menggenggam kejayaan
Banyak yang perlu kau teroka
Banyak yang perlu kau buka
Ilham dalam garapan perlu ada jalinan kemesraan
Tiap yang kau lakar perlukan sentuhan kesinambungan

Apa yang kau persembahankan
Menjadi santapan naluri insan

Bukan dihakimi oleh dirimu sendiri
Bukan diadili oleh naluri mu lagi
Kau hidangkan ilhammu….
Kau rencahkan bersama emosimu
Dalam kocak dan acahan kalbu
Mengajak kami bermain di taman imaginasi ciptaanmu
Tapi jangan sekali-kali kau alpa
Akan realiti sebuah penerimaan hakiki

Laila Kamilia……
Kata bidalan selagi orang ingin menegur
Itu tanda orang sayang
Selagi orang mahu mengkritik
Itu tanda orang perihatin
Ambil lah dari pandangan mata hati
Bukan dikuasai landasan emosi
Renunglah dari kaca mata naluri
Jadikan azimat untuk memperbaiki kelemahan yang tak kau sedari

Moga selepas ini kau bisa tersenyum
Melihat namamu sebaris dengan mereka yang aliran
Usah patah semangat di usik teguran yang sekelumit cuma
Jitukan keazaman ampuhkan iktizam
Bahawa kau juga bisa lakukan sebagaimana mereka yang telah berjaya……

Maafkan aku wahai Laila Kamilia…….

Wednesday, April 18, 2007

X Call X Bererti X Ingat

Bukan bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

Kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

Salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji...
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata

Memang susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

Hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini
complicated dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

Manusia itu bersifat ikhtiariah.. .
boleh memilih apa yg dia
mahu sbb dia ada akal

Andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah

Andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.
ukhuwwah fillah abadan abada'...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya
sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika sega la sesuatu berja lan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. .
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU ....... Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa se panjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membu at yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Never love a love that hurts....... .

never hurt a love that loves !!!

Sekadar renungan untuk aku dan sesiapa yang sudi bertamu di Istana Kaca ku....

Tuesday, April 17, 2007

Napelah Mood canggini?????

Dia :Assallammualaikum DSana…. Sibuk ke…. [Aku benar-benar terkezut…. Memang tak sangka akan dapat panggilan darinya ditengah kesibukan kefokusannya melaksanakan tugasan tapi terkocak riak kehappyan di wajahku.

Dia: DSana…. Kenapa senyap aje…. Terkejut ke…. [Suaranya mengejutkan lantas terus mengakibatkan lamunanku terhenti. Terdengar dia tertawa… Ahhh Itulah dia, macam tahu-tahu aje aku tengah diulit kebusanan walaupun ada assignment yang menuntut perhatian dan penyudahan pada sentuhan ku.]

Aku: Waalaikummussalam. Well, sebenarnya DSini speechless…. Tak sangka dan diluar jangka yang DSana akan called. Lebih-lebih lagi dalam kesibukan giler yang merantai menggelangi seluruh perhatian dan tumpuan. Tak expect langsung. [cewah! Cam tak sealiran je apa yang terluah dan sedang mengacah di hati… aku tersenyum sorang. Sure dia tak nampak dan tak akan nampak…..]

Dia: I’m tired….. [perlahan suaranya bersama keluhan berat. Baru pertama kali aku dengar dia mengadu keletihan]

Aku: Your Audit Committee and Board Meeting are coming soon right. Erm banyak ke yang nak kena prepare kali ini? [tah kenapa hari ini aku jadi simpati pulak dengannya]

Dia: Banyak research yang DSini kena buat. Schedule meeting pun banyak. Dah tunggang langgang dah pun.

Aku: Ehem! Ni pengaduan secara tak rasmi ke… [aku dan ketawa…. Walaupun dalam hati sebenarnya tengah gundah gulana]

Dia: Tak lah…. bukan pengaduan, tapi pengluahan….. I need somebody to talk to, but don’t take it seriously….. Just dengar aje…. Itu pun dah cukup baik.

Aku dan dia kembali diam membiarkan talian terus menyediakan ruang seluasnya untuk perasaan menafsir situasi yang sedang kami alami kini. Ternyata terlalu jauh bezanya… Dia dengan kebusyan tahap giler sedangkan aku sedang diacah kebusanan tahap dewa…. Aduhhhh! Payahnya….

Aku: So, DSana nak DSini tolong ke…. [Entah kenapa, lain yang aku nak tanya, lain pulak bibir ni menuturkannya…. Ceh! Hampehkelapa.com betul….. Meledak tawanya mendengarkan pertanyaan spontan aku…. aku pulak yang terkebil-kebil…. Ahaks… Khabee Kushi Terkebil Kena Gam rasanya. Padan muka aku, tanya lagi soalan bodoh…..]

Dia: Tak lah…. Well, how’s your work there? Sibuk…. [dia sudah bijak rupanya mengalihkan antenna ke channel lain…. Wah! Anak sapa lah ni ekk]

Aku: I’m bored… [adu ku perlahan] Mood kerja dah menjunam walaupun DSini ada assignment yang perlukan perhatian dan sentuhan penyudah…. Tapi semuanya kecundang dengan busan yang berjaya memenjarakan diri…. [amboi ayat.... hehehehee]

Dia: Cakap macam skrip novel….. erm dialog watak dalam manuskrip yang mana…. [dia sudah ketawa… seronok sangat agaknya dapat kenakan aku…. Cehhhhhh]

Aku: Jangan nak perli ekk…. Memang betul lah… DSini tengah busan ni… bukan dialog mana-mana watak… Manuskrip pun dah dua hari tak sentuh…. [wajahku dah cemberut… cinabeng tul… dalam baik dia kenakan aku….]

Dia: DSana… berapa kali DSini nak cakap… Bukan BUSAN… tapi bosan… BUSAN tu kat negeri China… jangan rosakkan bahasa…. [tegurnya lembut. Agaknya dia dah boleh agak macamana emosiku dari intonasi ku sebentar tadi]

Aku: Iyerlah… iyerlah…. BOSAN….. [tawanya meletus sekali lagi….]

Dia:Budak-budak kalau merajuk comel, tapi rasanya DSana merajuk… kalau tak cute mesti huduhkan….

Aku: DSanaaaaaaaaaa... Suka ati je nak kutuk DSini ekk…. By the way…. HODOH lah.. bukan HUDUH…. Jangan nak rosakkan bahasa…… [pantas aku memulangkan paku buah keras. Hati ku jadi sakit bila dia tetap ketawa malah lebih kuat dari tadi…..]

Aku: DSanaaaaaaaa

Dia: Okey… okey… I’m sorry…. [dia terpaksa diam seketika tapi tawanya tetap kedengaran bersisa….. suka benar dia dapat mengenakan aku…. dan akhirnya ku turut sama berada dalam gelanggang tawanya…..]

Aku: Bencilah…. Tak nak cakap dengan DSana… [aku try pulak skill merajuk.. saja nak dera dia…. ] Erm okey lah… boss dah gamit…. Agaknya nak tanya pasal flight schedulenya kot…. So DSana jangan lupa makan. Jaga diri dan hidup baik-baik yer….

Dia: Same to you too….. Nanti kalau dah selesai semuanya kita sembang lagi yer…. Dah.. tak mau busan-busan dan tak payahlah nak merajuk…. DSini tak pandai nak pujuk dan tak ada skill pun dalam memujuk….. Assallammualaikum…. [entah kenapa senyuman ku mekar lantas melenyapkan terus rasa yang tadinya mengacah perasaan…. Dia ni memang tahu bagaimana nak buat aku TERSENYUM….. heheheheheh]

Friday, April 13, 2007

Sebuah sentuhan yang..... ehem... ehem..... :) :)

Ini sebuah lagi karya yang pada aku sekadar satu manipulation in influence feeling pembaca dengan tajuk yang cukup cantik dan mantap untuk market valuenya. Dengan tajuk dan synopsis yang tertera di belakang novel ini sudah membuatkan pembaca setia novelist Aisya Sofea jadi teruja untuk memilikinya malah sejak dari awal diwar-warkan aku yakin semuanya tidak sabar-sabar termasuk lah aku yang memang minat giler dengan sentuhan Aisya Sofie yang bagi aku jarang mengecewakan. Tapi tidak untuk novelnya kali ini. Nak tahu kenapa… kerana aku rasa tertipu dengan tajuk yang cukup menawan tapi rupanya ia adalah satu kesinambungan untuk penutup novel-novelnya yang telah lalu. Aku rasa pihak penerbitan harus peka dengan keadaan ini justeru hak pembaca yang ada di luar sana jangan sekali-kali dipandang enteng. Mengapa tidak diletakkan tajuk sebegini….
BUAT MU KEKASIH
[Kesinambungan penutup untuk novel2 yang telah lalu.]

Seperti yang dilakukan oleh Ramlee Awang Mursyid untuk novel terbaru beliau bertajuk Cinta Sang Ratu… Awal-awal lagi telah dimaklumkan bahawa ia adalah kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri. Aku rasa itu lebih afdal dari membiarkan kami pembaca membuat telahan sendiri. Mungkin dari synopsis yang disertakan memberi gambaran bahawa dalam novel ini Aisya Sofie akan mengarap sesuatu yang cukup luar biasa dengan mengabungkan kesemua watak-watak utama dari novelnya yang terdahulu. Mungkin menceritakan bagaimana Ika bersama Fikri dipertemukan dengan Farah dan Luqman hingga membawa kepada kemunculan Umairah yang kian bahagia bersama Fuad secara tidak sengaja berjiran dengan Kay dan Zainal yang kerap mengizinkan anak mereka bertandang ke rumah Intan dan Haniff. Lantas terjalin kemesraan untuk kesemua watak. Kalau ini yang dilakukan, aku rasa pembaca akan merasakan lebih enjoy dan puas. Teman-temanku yang cukup setia dengan sentuhan Aisya Sofie rata-rata menyuarakan rasa tertipu dengan pemilihan tajuk untuk novelnya kali ini. Aku yang diawalnya memang tidak sabar untuk mendapatkan buah tangan penulis ini juga turut merasa kecewa lalu menjunamkan hasrat untuk memiliki sendiri novelnya… Aku sekadar meminjam dari rakan yang telah membeli lebih dahulu dari ku. Aku harap di masa akan datang baik novelist mahupun pihak penerbitan, menaikkan peratus keperihatin mereka dan cuba letakkan diri sebagai pembaca yang tidak tahu apa-apa terhadap apa yang dihasilkan. Bukankah sesebuah manuskrip akan sampai ke meja editing sebelum ianya dipersetujui untuk diterbitkan. Jadi seharusnya editor yang dipertanggungjawabkan sepatutnya memainkan peranan dalam memberi pandangan agar novel yang dihasilkan lebih berqualiti. Selamat maju jaya buat semua…

Tanpa editor, novelist tak akan sedar di mana silapnya, tapi tanpa pembaca novelist tetap akan dibuai kealpaan dalam keasyikan dunia garapan sendiri. Novelist bukan sesiapa tanpa pembaca dan Editor tiada kerja tanpa manuskrip di meja…… kita saling memerlukan untuk terus memartabatkan ilham dan kelebihan yang dianugerahkan dalam diri seseorang……
Aku harap peminat fanatik Aisya Sofea tak marah kat aku dengan apa yang aku paste kan dekat sini sebab aku pun sebahagian dari peminat dia…. Aku sekadar beri pendapat kerana aku tahu dia seorang penulis yang berpontensi untuk menghasilkan novel yang baik yang mampu membuatkan pembacanya terbuai dalam dunia ciptaannya…..

Ku serahkan jiwa untuk bersamamu
Merentasi Horizon ke hari esok

Sentuhan tidak menjadi......

Apa kena dengan aku hari ni... asyik nak mengomen aje... tapi aku harap pada yang membaca terimalah dengan positif untuk lebih maju dan berjaya di masa yang akan datang....

Lakaran Kasih Kureng menyengat.....

Sebuah lagi novel terbitan Alaf21 yang aku rasa kurang best…. Percubaan pertama dari Laila Kamilia pada aku tidak mampu menarik aku untuk memfokuskan tumpuan untuk terus memegang buku hingga bertemu jawapan…. Temanya bagus, tapi Plotnya agak membosankan… susah nak faham sebab jalinan diantara subplot agak lemah walaupun beliau cuba menggarap dengan jalinan perbagai rentetan peristiwa yang kita hadapi dalam sebuah kehidupan. Seharusnya Laila Kamilia lebih bijak bermain dengan emosi dan turut mengacah emosi pembaca dengan apa yang ingin disampaikan. Mungkin unsur Flashback yang lebih mudah dan jelas perlu diterapkan agar tidak menimbulkan kepeningan kepala pembaca untuk memahami structur plot penceritaan. Contohnya perhubungan diantara keluarga Zuhairee dan Dzalia, imbasan kenangan cinta yang tidak kesampaian di alam Universiti secara tiba-tiba datang.... malah tika Dzalia mengambil keputusan drastik dengan menarik diri sewaktu majlis pertunangannya..... Saya rasa Laila Kamilia boleh melakarkan dengan lebih baik lagi agar hasilnya cantik dan pembaca tidak keliru bila berhadapan dengan plot-plot yang seterusnya.....

Walau bagaimana pun buat novelist ini, usah patah semangat. Tak semestinya cubaan pertama terus memahat nama sebaris dengan novelist yang telah sedia ada… jadikan teguran dan komen pembaca sebagai jambatan untuk menuju jaya. Perbaiki apa yang perlu. Mantapkan plot dan garapan agar novel seterusnya sukar untuk lepas dari tangan pembaca. Usah fikir bila manuskrip kita diterbitkan oleh sebuah publisher yang gah maka pembaca akan menerima sahaja. Aku tak mahu jadi hipokrit hanya memuji yang baik dan membiarkan yang kurang terus menanti dan mungkin bermain dengan imaginasi apa sebenarnya penerimaan membaca terhadap novel yang telah dihasilkan. Pada aku untuk meletakkan diri sebagai novelist yang berjaya seharusnya lebih peka pada komen yang membina dari pujian yang entah di mana ketulusannya. Dari komen yang diberikan oleh pembaca akan memberi ruang untuk kita melihat di mana kekurangan justeru terkadang kita yang menulis lebih didominasi oleh mainan perasaan. Dalam istilan lain kita syok sendiri dengan manuskrip dan ilham yang datang. Apa pun jangan berputus asa… tak semua novelist yang telah berjaya mampu menghasilkan novel terbaik dalam setiap karya mereka. Adatika novel yang mereka tulis juga gagal meraih tempat di hati peminat mereka yang telah sedia ada…. Itu adalah adat…. Harap Laila Kamilia akan terus menggarap ilham yang datang dengan jalinan yang lebih cantik di masa-masa akan datang….. Selamat Maju Jaya…..

Cewah… macamlah aku ni bagus sangat…. Hehehehehehehhe.. Maaf ke Laila Kamilia….

Sekadar pandangan dan pendapat......



Pertama kali aku mengenali penulis ini lewat novelnya yang bertajuk ARCA KASIH… [versi pertama]. Itupun hadiah dari seseorang yang mahukan aku memahami apa yang terkandung di dalam novel tersebut. Waktu itu aku just baca tanpa ambil peduli tujuan novel tersebut dihadiahkan pada aku oleh seseorang.

Bila aku baca kesinambungan dari ARCA KASIH yang terdahulu, baru aku mengerti akan maksud insan tersebut, malangnya aku rasa macam dah lewat. ASMAWI…. Nama watak utama dalam novel itu sebenarnya membawa aku pada kenangan sewaktu bergelar PELAJAR. Karektor yang dicanai oleh penulis novel itu benar-benar menyamai insan yang aku kenal malah dari novel itu juga akhirnya membuatkan aku makin memahami bahawa disebalik ketegasan dirinya terselindung sifat lain yang tidak mungkin akan terserlah tanpa pemahaman dan pengertian. Ahhhhhh apa hal pulak aku ulas pasal mamat tu…. isyyy isyyy tak ada maknanya…


Sebenarnya seronok mengikuti plot cerita yang digarap oleh kak Norzailina dalam berbagai keadaan…. Dua watak utamanya… ASMAWI dan NORASHIKIN yang pada awal cuba mempertahankan ego masing-masing dari mengakui apa yang mengacah di jiwa seolah membawa kita turut sama di dalam situasi mereka. Namun perasaan kegadisan Norashikin tetap membuakkan rasa cemburu bila melihat Asmawi bersama wanita lain. Marahnya diluahkan dari perlakuan dan tentangan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh anak muda itu sebagai tanda protes perasaan hatinya. Namun Asmawi tetap sabar dan tenang dalam usaha melembutkan hati gadis yang telah mula mengusik naluri kelelakiannya. Tiap keegoan gadis idamannya ditangani dengan cara yang cukup romantic. Dia mempergunakan tiap minat dan kesukaan gadis itu untuk memahami siapa sebenar dirinya. Dalam tegas, lelaki itu punya aura tersendiri yang pasti akan membuai naluri kewanitaan secara sedar atau sebaliknya. Kemunculan Sandra, teman lama anak muda itu sewaktu di luar negara dulu sedikit sebanyak berjaya memporak perandakan perasaan hati Norashikin malah kesinambungan dari novel yang terdahulu berjaya mengherat emosi pembaca merasakan luahan marah, sedih, geram dan simpati terhadap pasangan ini. Dalam menidakkan bisikan perasaan akhirnya membawa mereka pada satu perjanjian abadi untuk menokhtahkan segala bicara dari dua hati yang sebenarnya sudah terikat dalam simpulan kasih sayang dan cinta yang telah lama wujud……




Novel ketiga Kak Norzailina Nordin yang aku miliki ini mengambil waktu hampir sebulan untuk aku tamatkan… tidak seperti Arca Kasih… kenapa ekk…. Well, aku rasa novel yang dihasilkannya kali ini lebih layak aku panggil FIKSYEN FANTASI…. Memang beliau seorang yang berani mencuba dalam menghasilkan satu sentuhan baru. Membawa pembaca melangkau ke tahun 2196 yang kita sendiri tidak pasti samada ianya akan wujud atau sebaliknya. Terus terang aku katakana… AKU BORING dengan novelnya kali ini walaupun beliau menyelitkan sentuhan-sentuhan romantik cinta diantara Kapten Sheikh Qirdan dan Yuhanez. Namun…. entah…. mungkin novel ini bukan dalam rangking yang boleh menarik minatku untuk memahami seterusnya meletakkan sebaris dengan novel-novel yang well… walaupun bukan suka tahap gaban… tapi boleh lah….. Pada aku ianya terlalu jauh dari sebuah reality yang berlegar-legar dalam kehidupan kita. Terlalu fantasi dan penuh imaginasi yang susah untuk aku fahami. Kadangkala aku rasa macam tak logic aje…. Boleh ke manusia melahirkan anak di bulan malah mengwujudkan tempat tersebut ala-ala Bandar yang punyai kelengkapan serba canggih…. dan mampukah manusia menghasilkan buah strawberi uggu yang punyai rasa anggur dengan hanya menggunakan kajian berteknologi moden yang canggih… Rasa macam tak masuk dek akal je…. Namun itu hanyalah pandangan peribadi dari aku, tak tahu bagaimana citarasa orang lain. Yang pasti setiap pembaca punya persepsi tersendiri dalam menterjemah novel yang mereka baca…… dan aku tetap selut dengan Kak Norzailina justeru punya keberanian untuk mengenengahkan satu karya yang boleh dikategorikan cukup kreatif dengan imaginasi yang maha tinggi jauh berbeda dari novelist lain…. Good Job….

Friday, April 06, 2007

Aku merinduimu... Ting...... Tong...... ^ _ ^

“Woi! Berangan apa pepagi hari ni? Ahaks, tak payah lah engkau nak buat muka poyo engkau tu. Ni mesti tak lain dan tak bukan pasal ‘awek rebonding’ tu kan.“ sergah Farid yang kebetulan melintasi bilik Hadif Raizal Isyraf. Terlihat olehnya akan perlakuan anak muda itu yang masih tega memegang handphonenya.

Dia menapak masuk ke bilik tanpa menanti undangan justeru mengerti mana mungkin temannya yang sedang di alam fantasi itu sempat mengreverse minda mendahului langkahnya. Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Malu bila tingkahnya menjadi headline usikan Farid. Pantas handphone disumbatkan ke dalam poket seluarnya.

“Cukup-cukuplah tu Hadif. Dah jenuh aku tengok senyuman engkau. Well, satu permulaan yang baik nampaknya untuk hari ini. Ada apa-apa ke? Bagaimana perkembangan hubungan korang berdua? Dah sekembang kelopak sakura menghiasi pergunungan Fujiyama ke?“ usik Farid sambil menarik kerusi yang ada lantas melabuhkan duduk dihadapan temannya.

“Apa yang engkau merepek ni Farid. Aku dengan dia hanya kawan.“ dalih Hadif Raizal Isyraf. Mukanya seakan panas menerima panahan sindiran sebentar tadi, namun senyuman masih tetap segar menguntum di bibir.

“Iyerlah kawan, tapi mesra. Aku pun hairan ‘awek rebounding’ yang garang mengalahkan dinosaur nak mengawan tu yang berjaya buat jantung hati engkau berdegup laju mengalahkan bullet train.“ Farid membelek sebatang pena yang ada di atas meja. Dia tertarik dengan lorekan ayat yang ada pada pena tersebut. Cukup simbolik dan sudah pasti punya makna dan definasi tersendiri.

‘Pelangi diHati biasan diMata’ -HRI-

“Actually, dia tak segarang seperti yang engkau sangkakan.“ pena yang berada di tangan temannya itu diambil lantas dimasukkan ke dalam bekas yang tersedia. Farid merenung kehairanan biarpun senyuman sinis mula mengacah di bibir.

“Barang tu tak perlu di QC. Aku dah check sebelum menerimanya dan buat masa ini aku tak perlukan khidmat engkau untuk mengQCnya sekali lagi walau ditawarkan secara percuma.“ selamba Hadif Raizal Isyraf menjawab pertanyaan yang belum terhambur. Mereka sama-sama tertawa.

“Amboi! Sombongnya. Jadi, dengan hanya melihat pena dan dapat cakap dengan ‘awek rebounding’ tu dah buat engkau kekenyangan? Well, kalau macam tu, aku chow dulu my friend sebab perut aku ni tak biasa diisi dengan perbualan dan pandangan kosong. Kalau air kosong tu, mungkin boleh juga bertahan dalam sejam dua. Apa pun nasihat percuma dari aku, dari engkau asyik tenung pena tu, baik engkau bungkus lantas hantar ke destinasi yang sepatutnya supaya cepat sikit sihat sakit yang tak bervaksin tu.“ bidas Farid bersama tawa yang masih bersisa.

Hadif Raizal Isyraf tutur sama tertawa lantas menuruti langkah temannya. Sindiran yang dihadiahkan tidak langsung menjadi kudis buat dirinya. Mereka beriringan menuju ke café di lobby bangunan. Setelah mengambil apa yang diingini, kedua pemuda itu melangkah ke ruang yang sudah lama kosong. Jam menunjukkan ke angka sepuluh setengah pagi. Masih awal sebenarnya tapi mungkin ramai yang sudah mengisi perut sebaik sahaja kaki mereka menjejaki ruang bangunan itu.

“So, engkau serius ke dengan ‘awek rebounding’ tu?“ Farid mengajukan soalan. Sesuap nasi lemak dimasukkan ke mulutnya. Pandangan masih betah merenung pinggan yang berada dihadapan mata. Wajahnya selamba biarpun soalan yang diajukan tadi mampu menjerut selera teman yang ada bersama. Namun dia langsung tidak mengendahkan.

Hadif Raizal Isyraf hanya tersenyum. Masih tidak selesai rupanya topik berkaitan dengan Firyal Rifdah sedangkan hakikat yang tidak boleh disangkal sudah hampir dua bulan dia tidak menatap wajah gadis itu.

“Kami dah lama tak jumpa.“ adu Hadif Raizal Isyraf. Kuah soto ayam dihirupnya perlahan. Aduh! enaknya, macam masakan emak. Terbayang iklan Mawi yang menggayakan penangan Mamee slurp kari berapi.

“Dua bulan tak bertemu bukan alasan untuk engkau nafikan apa yang aku tanya. Tapi Hadif, aku macam kurang yakin jer engkau boleh handle dinosaur tu.“ sinis senyuman yang meniti dibibir temannya itu.

Nak sorok konon. Ngaku aje lah, kan senang citer. gumam Farid di dalam hati. Lucu melihat wajah temannya yang tiba-tiba berubah mendung. Rindukah yang mengocak diperdu resah sekeping hati.... Dia semakin galak tersenyum.

“Farid, Firyal Rifdah tu baik, okey orangnya. Mungkin masa first time kita jumpa dia, dia tengah tension dengan tugasan. Ditambah pulak dengan mulut becok engkau yang mengalahkan nenek kebayan baru belajar bercakap. Lagilah bertriple tension dia. Anyway kalau engkau jumpa dia sekarang, aku yakin silap hari bulan jantung engkau pun boleh berkejaran hingga tak sempat engkau menghitung jumlah lariannya.“ ucap Hadif Raizal Isyraf tersenyum.

Okey, tell me. Apa yang cantik menarik tertarik dia memang boom pada pandangan engkau sampai aku tengok engkau dah macam tak berapa betul dan suka termenung sejak terserempak dengan ‘awek dinosaur rebounding’ tu.“ cabar Farid. Satu lagi gelaran ditambah buat gadis itu. Dia sudah menyandarkan tubuh. Nasi lemak sudah licin sepinggan dibedal. Kalau ikutkan hati, mahu saja ditambah dengan mengorder roti bakar pula, tapi tidak jadi bila terlihat Hadif Raizal Isyraf masih terkial-kial untuk menghabiskan soto yang masih banyak berbaki.

Mamat ni sentimental betul. Makan pun lembab. Rungutnya sendiri sambil menyedut teh ais yang sudah tinggal separuh.

“Dia unik.” ringkas jawapan yang diberi. Mangkuk soto ditolak menandakan dia sudah usai dengan juadah itu. Perlahan gelas holick suam diteguknya. Sehelai tisu berlabuh di bibir untuk membersihkan andai ada cela yang bersisa.

“Sekadar unik? Come on Hadif, aku lihat dia tu tak ubah seperti gadis-gadis yang lain. Mungkin bezanya dia lebih brutal walaupun hakikatnya bertudung. Masakan hanya kerana itu sudah membuatkan diri engkau bagai di alam fana cinta.“ tawa kecil Farid kedengaran. Entah apa yang menggeletek urat sarafnya, tak siapa yang tahu.

Hadif Raizal Isyraf tersenyum. Teringat akan peristiwa di bengkel kereta yang membawa mereka pada sebuah perkenalan.

“Abang Mat, bagaimana dengan ‘Black Hawk’ saya?” tanya Firyal Rifdah sebaik sahaja terpandang wajah makanik yang sudah sekian lama bertanggungjawab merawat sebarang kecederaan yang terdapat pada Satria hitam kesayangannya.

“ Hai Tuan Puteri! baru sampai. Ha! eloklah. Patik baru sahaja bercadang untuk menalifon Tuan Puteri.” terburai tawa gadis itu mendengar kata-kata Abang Mat. Memang lelaki itu suka sangat bergurau dengannya.

“Apa lah Abang Mat ni. Kan saya dah kata berkali-kali, saya ni bukannya Tuan Puteri, malah tak singgah pun “Royal Blood” dalam urat saraf saya ni. Saya orang biasa sahaja.”

“Tapi nama ‘Firyal’ tu kan nama Puteri kerajaan Mesir dulukala. Ha! Abang Mat hanya ikut aje. Kalau tidak, tak pasal-pasal pulak terkena daulatnya.” usik Abang Mat menghampiri gadis itu. Firyal Rifdah menggelengkan kepala. Mereka bergandingan menuju ke kereta yang tersadai setelah dirawat.

“Kesian ‘Black Hawk’. Nasib baik kecederaannya tak serius sangat. Kalau tidak jawabanya terpaksalah dia bermalam di bengkel ni lagi. Erm Firyal langgar kereta siapa?” tanya lelaki itu sambil menggosok Satria Hitam matalik yang ada dihadapannya.

“Bukan saya yang melanggar, tapi di langgar. Tah malaun mana bawak kereta guna undang-undang sendiri. Di simpang tak berhenti. Ikut sedap hati baboon Ulu Tembeling aje keluar, dah tu lampu signal buat perhiasan. Apa lagi…. teruslah DUM… yang jadi mangsa ‘Black Hawk. Harap kereta je cantik dan mahal.” rungut Firyal Rifdah. Dia masih tidak melupakan kejadian itu.

“La! Habis tu Firyal tak buat report ke?” tanya Abang Mat lagi. Dia simpati mendengar cerita gadis itu, sedangkan Firyal Rifdah sekadar membisu. Matanya bagai terpukau pada sebuah kereta Jazz hitam yang berjiran dengan ‘Black Hawk’.

Ah! Seakan pernah ku lihat kereta ini, tapi di mana yer…gumannya sendiri.

“Tuan punya kereta ni pun terlibat dalam kemalangan tanpa sengaja di kawasan perpustakaan. Katanya terlanggar sebuah kereta. Minta Abang Mat tolong repairkan segala kerosakkannya.” terang lelaki itu tanpa dipinta.

“Teruk ke rosaknya?” gadis itu membelek kereta yang ada tanpa menyedari sepasang mata sedang asyik memerhatikan tingkahnya.

“Lampu kecilnya pecah, plat number patah dan skirt depannya jatuh. Pada pengamatan Abang Mat, dia mungkin melanggar sisi sebuah kereta.” tiba-tiba lelaki itu memandang Firyal Rifdah. Kemudian beralih pada ‘Black Hawk’ dan Jazz hitam yang berjiran di sebelahnya. Jangan-jangan….

“Ni lah kereta yang langgar ‘Black Hawk’. Dah la di langgar, ada ke patut kawan dia kata saya yang salah sebab bawak kereta macam siput tak cukup makan. Dia fikir kawasan perpustakaan tu Litar F1 barangkali atau mungkin dia dapat lesen memandu dari negara Wartakula yang tak perlu gunakan lampu signal dan berhenti di simpang.” mulut comel itu masih mengomel. Kereta Jazz hitam itu dibeleknya.

Ah… tendang aje barang sekali dua…tapi nanti kereta ni tak kemek, kaki aku pulak yang tak pasal-pasal sakit. Minda dan perasaannya mula tawar menawar. Dia mengeluh.

“Kalau awak masih tak puashati, saya izinkan awak tendang atau cederakan ‘Black Eagle’ seandai perbuatan itu boleh certified your feeling.” terdengar suara menegurnya. Bulat mata Firyal Rifdah memandang sekujur tubuh yang kini mengatur langkah menghampirinya.

“Abang Mat, masukkan bill kereta Satria hitam itu ke dalam bill ‘Black Eagle’ yer.” arah Hadif Raizal Isyraf sambil mengukirkan senyuman buat gadis yang masih kaku bagai terkejut melihat hantu di siang hari.

“Tak payah. Awak fikir saya ni sengkek sangat ke? tak mampu nak bayar kos baik pulih kereta saya. By the way, thanks but no thanks. Saya tak perlukan ongkos awak untuk itu. Abang Mat, bil ‘Black Hawk’ macam biasa yer.” ucap Firyal Rifdah keras sambil mencapai kunci keretanya yang tergantung tidak jauh dari situ. Masih sempat dihadiahkan jelingan maut pada wajah yang agak hampir dengannya.

Apa hal mamat ni dekat sangat dengan aku… desiran nafasnya pun aku boleh dengar, berirama syahdu semacam je… ahhh kalut…. rungutnya sendiri.

“Saya akan tanggung kos baik pulih kereta awak bukan kerana awak tak punya duit untuk melunaskan tapi seperti yang saya janjikan tempohari dan awak jangan terlalu degil. Nanti awak juga yang susah.” spontan hidung Firyal Rifdah dicuit. Makin berang hati gadis itu dengan ketidak sopanan tingkah anak muda yang dirasakan semakin berani dan berlagak.

Abang Mat hanya menggarukan kepala yang tidak gatal. Pelik dengan situasi yagn dilihatnya.

Apa kena dengan kedua teruna dara ini. Macam tengah perang dingin aje. Jangan-jangan si Hadif ni yang langgar kereta si Firyal, kalau tidak masakan sebegitu bengkeng sikap budak tu…. isy… isy.. isy…. dia berkira-kira sendiri membuat definasi dari apa yang dilihat sambil menyorot langkah gadis itu.

“Firyal….. Jaga…. “ malangnya jeritan berbau amaran itu sudah terlambat. Firyal Rifdah terkial-kial cuba mengimbangi tubuhnya takala melalui laluan berhamparkan minyak hitam. Malangnya dia gagal. Dalam situasi gawat itu, terasa pinggannya dipaut sesuatu tapi akhirnya…. GEDEBUK…….

Abang Mat menutup matanya dengan kedua belah tangan. Bagai terasa firasatnya benar terjadi. Suasana hening seketika. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan yang menghalang pandangan. Matanya tertumpu pada objek sudah terduduk di lantai dengan Firyal Rifdah di pangkuan Hadif Raizal Isyraf. Kedua-duanya saling membisu dalam pandangan yagn sukar dimengertikan.

“Maafkan saya. Saa… Saa…. Saya tak berniat untuk peluk awak. Saya cuma nak selamatkan awak, bukannya mengambil kesempatan.” terang Hadif Raizal Isyraf teragak-agak. Pandangan tajam gadis itu membuatkan seluruh urat sendinya seakan kaku. Bimbang andai bantuan spontan itu bakal mengundang taufan lamina yang bakal meranapkan seluruh asset yang ada di situ.

Tiba-tiba tawa Firyal Rifdah meledak sedang Hadif Raizal Isyraf kebingungan.

Apa kena dengan minah sorang ni. Ketawa mengalahkan Pontianak tengok pertunjukan sarkis. Ada badut dekat sini ke atau lawak sangat apa yang aku cakap tadi? Dia meraup wajahnya.

Tawa Firyal Rifdah makin galak. Seluruh bengkel itu bagaikan ditembusi kenyaringan pitching suara yang sedang berkumandang.

“Firyal… Firyal tak apa-apa ke?” tanya Abang Mat bimbang. Hairan mendengar tawa yang makin membolosi pendengaran.

“Abang Mat ada cermin tak” pinta Firyal Rifdah bersama tawa yang masih bersisa. Biarpun kehairanan, tapi lelaki itu tetap berlalu. Sebentar kemudia kembali dengan apa yang dipinta. Dihulurkan pada gadis itu.

Ah! Nak buat apa pulak dengan cermin, nak tengok muka dia ke… Abang Mat berteka teki sendiri.

“Awak patut lihat wajah awak yang handsome tu. Erm foundation baru ke?” cermin yang dipegang dihulurkan pada anak muda itu. Perlahan-lahan Hadif Raizal Isyraf melihat arca wajahnya pada cermin itu. Lama diamati dan akhirnya…..

“Oooooo gelakkan orang yer. Nah! Rasakan.” anak muda itu mengacah minyak hitam yang masih ada dijarinya ke wajah Firyal Rifdah. Terjerit-jerit gadis itu sambil cuba mengelak.

Namun Hadif Raizal Isyraf lebih pantas. Kedua tangan gadis itu terlebih dahulu digenggamnya membuatkan pergerakkan Firyal Rifdah agak terbatas. Hanya terdengar jeritan kecl dan omelan bila wajahnya berjaya di jamah dengan palitan minyak hitam. Kini giliran Hadif Raizal Isyraf pula mentertawakan gadis itu. Mata mereka menyapa, entah apa yang dibicarakan. Tanpa terjemahan tanpa ucapan.

“Kita kawan yer” pinta Hadif Raizal Isyraf perlahan sambil terus merenung wajah yang kini begitu hampir dengannya mengharapkan persetujuan yang bukan sedikit nilainya.

“Sapa nak kawan dengan awak.” ucap Firyal Rifdah tersipu malu. Senyum yang mengacah cuba disembunyikan, tapi Hadif Raizal Isyraf tidak mengalami masalah penglihatan. Tidak sukar baginya melihat senyuman yang sudah mula terbias di bibir gadis itu.

“Woi! Cukup-cukuplah berangan. Aku yang ada di depan ni pun engkau boleh lupa. Apa, siaran terus menerus ke tadi? Real Madrid vs Manchester United ke?” sindir Farid. Geram rasa hati bila pertanyaan yang diajukan tidak mendapat respond dari anak muda yang galak berangan.

Entah sudah sampai ke mana agaknya… barangkali ke bulan atau ke bintang atau ke kutub Utara maupun Selatan. Sah… member aku dah angau….. omelnya sendiri.

Terkebil-kebil mata Hadi Raizal Isyraf bagai anak baboon tercekik putik durian. Sergahan dan sindirin temannya membawa diri dan mindanya kembali pada realiti. Segera memori enam bulan yagn lalu bertebaran dicelah-celah ruang ingatan. Dia tersenyum sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Malu dengan khilaf dan kealpaannya melayan kenangan yang bertandang tanpa diundang.

“Astafirrulahhalazim. Sorrylah Farid….” Hanya itu yang mampu diucapnya sambil tersenym sedang Farid sekadar menggelengkan kepala.

“Dahla tu, jom kita naik. Makin lama kita duduk dekat sini, makin sasau jadinya. Kalau engkau seorang tak apa, ini dengan aku sekali terkena tempiasnya. Lagi pun kerja aku berlambak yang menanti. Aku tahu lah engkau dah free. Board meeting dah habis, exam pun dah selesai. Bolehlah engkau recall semula kenangan indah dengan ‘awek rebounding’ engkau tu. Dah jom, kalau nak‘Kuch Kuch Hota Hai’ pun, jangan libatkan aku sama. Tak rela aku.” ucap Farid sambil tertawa. Dia sudah bangun mengorak langkah sambil di ikuti oleh Hadif Raizal Isyraf.

Aduh! macamana lah aku boleh terbabas pada kenangan itu…. tapi berat juga si Firyal Rifdah tu…. ahaks…… senyuman Hadif Raizal Isyraf masih mengacah di bibir lantas melebar di wajahnya. Sedang Farid sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan telatah anak muda yang mungkin sedang diamuk tsunami cinta 'awek rebounding' yang kononnya punya keunikan yang tidak terlangkau di matanya..... Benarlah kata orang.. cinta itu bisa membutakan mata dan minda orang yang zahirnya celik.......

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang itukah rembulan
Terima kasih ku ucapkan


To be continue.. ahaks.... ^ _ ^

Tuesday, April 03, 2007

Bukanku tak sudi...

Bila hati terkurung dalam penjara kasih tak berkunci, pintunya pula dibawa entah ke mana. Penantian yang entah di mana paksi akhirnya. Tercari dan mencari dalam seribu kesamaran tanpa sebarang cahaya sebagai panduan. Namun semua itu tidak dihiraukan. Bila cinta sudah tersimpul, tak mungkin mudah untuk mengungkainya.

Sekeras hati Rina Erviana, luntur juga akhirnya dengan perasaan cemburu milik seorang perempuan. Cinta yang semakin berkembang buat insan bernama Yafiz, membuatkan dirinya diamuk berbagai rasa bila lelaki itu menguji dengan meninggalkan dirinya tanpa berpaling semula. Kemesraan anak muda itu dengan gadis lain benar-benar berjaya melorek hatinya dengan berbagai paten kedukaan. Sesal bertandang dipenjuru rasa membuatkan keegoaan yang menjadi bentang diri luntur dan lebur menyembah bumi. Dia akui cintanya terpatri untuk lelaki itu, namun perpisahan bertandang jua. Apa pun Rina tetap berpegang pada 4K 1P yang pernah diungkapkan oleh anak muda itu sebagai simbolik kejituaan cinta mereka.

Mengapa keghairahan Datuk Zefri mengakibatkan Rina koma meski sebelum itu dia terlontar dalam kancah percintaan tanpa rela….. Mengapa lelaki kabaret seperti Ash’rizal tidak faham erti TIDAK lantas enggan menerima penafian haknya yang telah dilabelkan…. Tegakah Izzuddin terus membiarkan dirinya menjadi pelakun pada sebuah drama yang diarahkannya tanpa skrip yang diluluskan oleh lembaga penapisan kedua orang tuanya…. Betahkan Tengku Irfan bermain dengan kejutan semata-mata untuk memastikan Cinderella hatinya menjadi pemaisuri di istana impian….. dan sampai bilakah Yafiz sanggup berselindung disebalik bilangan mawar yang dititipkan buat ratu hatinya…….

Biarpun Datuk Zefri berjaya mencalitkan minyak senyonyong yang membuatkan Rina Erviana hanyut dalam cinta ciptaan manusia plastik yang naïf akan dosa atas perbuatannya malangnya ia tidak kekal lama. Sahabat-sahabat sejatinya tetap berusaha membantu mengembalikan dirinya ke alam nyata, lantas membebas dirinya dari cengkaman cinta Datuk Zefri yang bersendikan nafsu semata. Ash’rizal yang satu ketika pernah bertakhta di singgahsana hatinya kembali ingin mencuri ruang. Biar sudah berkali-kali Rina menafikan hak lelaki kabaret itu, tapi anak muda itu tetap tidak mengindahkan. Syarat yang diberikannya cuma satu. Pengharapannya akan berakhir jika gadis itu punya kekasih hati. Ketika itulah tanpa berfikir natijah dari apa yang dilakukan, Rina Erviana menyambar Izzudin untuk diherat sebagai pelakun utama dalam sandiwara arahannya. Keselambaan anak muda itu mengikut skrip yang tidak pernah dilihat berjaya menyakinkan Ash’rizal tanpa mengsyaki walau sekelumit dirinya dihidangkan dengan drama swasta gadis bernama Rina Erviana. Kata orang bila sudah di tolong, jangan pula lokek untuk menolong. Rina Erviana terpaksa meneruskan aksi lakonannya. Kali ini skrip dan arahan dari Izzudin untuk mengaburi penglihatan kedua orang tuanya yang tidak rabun jauh sekali buta agar dirinya tidak terus diprovok menerima sepupu sendiri sebagai suri. Kekasih olok-olok dan bakal menantu palsu ciptaan mereka berjaya meletakkan dirinya dalam dakapan kasih sayang kedua orang tua Izzudin. Layanan yang diterima membuatkan Rina Erviana diburu rasa bersalah. Dia tidak mahu terus memberi harapan yang ternyata tak mungkin bisa direalisasikan dalam apa jua keadaan. Hati yang sudah diikat dengan janji yang tidak dilafaz seakan penjara yang tidak memungkinkan dirinya menerima insan lain selagi kenyataan tidak berada di dalam genggamannya. Kehadiran Tengku Irfan seakan membawa kembali pada kenangan silam bila mana lelaki itu gemar memberikan berbagai kejutan persis yang pernah dilakukan oleh seseorang pada dirinya. Dia dimanjakan dengan kejutan ala Cinderella… gaun dan sepatu kaca dititipkan buat dirinya. Kereta kuda menanti kehadirannya untuk dibawa ke mahligai ciptaan Tengku Irfan semata-mata agar dia benar-benar merasakan diri umpama Cinderella dalam dongeng dulukala. Tapi mengapa segala usaha anak muda itu masih gagal membebaskan sekeping hati yang terpenjara dan apakah Rina Erviana masih mengharap kemunculan Yafiz untuk mengakhirkan segala penantiannya…….

Segalanya akan terjawab bila kita membaca novel Dialah Di Hati…. Kita akan dibawa merentasi betapa indahnya andai ada yang sanggup menunaikan hasrat dan impian yang selam ini sering kita angankan. Erm tak rugi membeli novel ini…. justeru plot ceritanya berjaya diadun dengan cantik…. Actually aku nak masukkan beberapa dialog yang terdapat di dalamnya, tapi nampak gaya ini pun dah berjela… nanti bosan pulak… so kalau nak tahu, baik korang pegi beli dan baca.. mesti korang akan tersenyum, marah, geram dan macam-macam lagi… pendek kata.. macam-macam perisa yang ada….. dan aku rasa lagu ni memang kena dengan novel ni……. apa lagi kalau bukan lagu latar blog aku ni….

Bukan ku tak sudi kasih untuk bersamamu bercinta lagi
Dan antara kita tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang menolak cintamu sekali ini

Walau pun ku tahu bersungguh benar hasrat hatimu