Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, April 13, 2007

Sebuah sentuhan yang..... ehem... ehem..... :) :)

Ini sebuah lagi karya yang pada aku sekadar satu manipulation in influence feeling pembaca dengan tajuk yang cukup cantik dan mantap untuk market valuenya. Dengan tajuk dan synopsis yang tertera di belakang novel ini sudah membuatkan pembaca setia novelist Aisya Sofea jadi teruja untuk memilikinya malah sejak dari awal diwar-warkan aku yakin semuanya tidak sabar-sabar termasuk lah aku yang memang minat giler dengan sentuhan Aisya Sofie yang bagi aku jarang mengecewakan. Tapi tidak untuk novelnya kali ini. Nak tahu kenapa… kerana aku rasa tertipu dengan tajuk yang cukup menawan tapi rupanya ia adalah satu kesinambungan untuk penutup novel-novelnya yang telah lalu. Aku rasa pihak penerbitan harus peka dengan keadaan ini justeru hak pembaca yang ada di luar sana jangan sekali-kali dipandang enteng. Mengapa tidak diletakkan tajuk sebegini….
BUAT MU KEKASIH
[Kesinambungan penutup untuk novel2 yang telah lalu.]

Seperti yang dilakukan oleh Ramlee Awang Mursyid untuk novel terbaru beliau bertajuk Cinta Sang Ratu… Awal-awal lagi telah dimaklumkan bahawa ia adalah kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri. Aku rasa itu lebih afdal dari membiarkan kami pembaca membuat telahan sendiri. Mungkin dari synopsis yang disertakan memberi gambaran bahawa dalam novel ini Aisya Sofie akan mengarap sesuatu yang cukup luar biasa dengan mengabungkan kesemua watak-watak utama dari novelnya yang terdahulu. Mungkin menceritakan bagaimana Ika bersama Fikri dipertemukan dengan Farah dan Luqman hingga membawa kepada kemunculan Umairah yang kian bahagia bersama Fuad secara tidak sengaja berjiran dengan Kay dan Zainal yang kerap mengizinkan anak mereka bertandang ke rumah Intan dan Haniff. Lantas terjalin kemesraan untuk kesemua watak. Kalau ini yang dilakukan, aku rasa pembaca akan merasakan lebih enjoy dan puas. Teman-temanku yang cukup setia dengan sentuhan Aisya Sofie rata-rata menyuarakan rasa tertipu dengan pemilihan tajuk untuk novelnya kali ini. Aku yang diawalnya memang tidak sabar untuk mendapatkan buah tangan penulis ini juga turut merasa kecewa lalu menjunamkan hasrat untuk memiliki sendiri novelnya… Aku sekadar meminjam dari rakan yang telah membeli lebih dahulu dari ku. Aku harap di masa akan datang baik novelist mahupun pihak penerbitan, menaikkan peratus keperihatin mereka dan cuba letakkan diri sebagai pembaca yang tidak tahu apa-apa terhadap apa yang dihasilkan. Bukankah sesebuah manuskrip akan sampai ke meja editing sebelum ianya dipersetujui untuk diterbitkan. Jadi seharusnya editor yang dipertanggungjawabkan sepatutnya memainkan peranan dalam memberi pandangan agar novel yang dihasilkan lebih berqualiti. Selamat maju jaya buat semua…

Tanpa editor, novelist tak akan sedar di mana silapnya, tapi tanpa pembaca novelist tetap akan dibuai kealpaan dalam keasyikan dunia garapan sendiri. Novelist bukan sesiapa tanpa pembaca dan Editor tiada kerja tanpa manuskrip di meja…… kita saling memerlukan untuk terus memartabatkan ilham dan kelebihan yang dianugerahkan dalam diri seseorang……
Aku harap peminat fanatik Aisya Sofea tak marah kat aku dengan apa yang aku paste kan dekat sini sebab aku pun sebahagian dari peminat dia…. Aku sekadar beri pendapat kerana aku tahu dia seorang penulis yang berpontensi untuk menghasilkan novel yang baik yang mampu membuatkan pembacanya terbuai dalam dunia ciptaannya…..

Ku serahkan jiwa untuk bersamamu
Merentasi Horizon ke hari esok

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home