Moga terubat luka hatimu....
Laila Kamilia….
Maafkan aku
Andai teguran ku keras bagi mu
Lantas mengguris jiwa halus mu
Merobek tiap garapan yang telah kau terpatrikan
Aku sedar diri ku bukan penulis sehandalmu
Tidak layak membuka bunga-bunga langkah
Di gelanggang persilatan kreatif yang kini menjadi duniamu
Tapi kau harus ingat
Kepincangan tak akan kau sedari
Kelemahan tak mungkin dapat kau baiki
Tanpa hunusan kritikan dan teguran
Arca yang terbias di cermin perasaan
Tidak mustahil sekadar illusi indah permainan jiwamu
Laila Kamilia…..
Bukan mudah menggenggam kejayaan
Banyak yang perlu kau teroka
Banyak yang perlu kau buka
Ilham dalam garapan perlu ada jalinan kemesraan
Tiap yang kau lakar perlukan sentuhan kesinambungan
Apa yang kau persembahankan
Menjadi santapan naluri insan
Bukan dihakimi oleh dirimu sendiri
Bukan diadili oleh naluri mu lagi
Kau hidangkan ilhammu….
Kau rencahkan bersama emosimu
Dalam kocak dan acahan kalbu
Mengajak kami bermain di taman imaginasi ciptaanmu
Tapi jangan sekali-kali kau alpa
Akan realiti sebuah penerimaan hakiki
Laila Kamilia……
Kata bidalan selagi orang ingin menegur
Itu tanda orang sayang
Selagi orang mahu mengkritik
Itu tanda orang perihatin
Ambil lah dari pandangan mata hati
Bukan dikuasai landasan emosi
Renunglah dari kaca mata naluri
Jadikan azimat untuk memperbaiki kelemahan yang tak kau sedari
Moga selepas ini kau bisa tersenyum
Melihat namamu sebaris dengan mereka yang aliran
Usah patah semangat di usik teguran yang sekelumit cuma
Jitukan keazaman ampuhkan iktizam
Bahawa kau juga bisa lakukan sebagaimana mereka yang telah berjaya……
Maafkan aku wahai Laila Kamilia…….
3 Comments:
At April 24, 2007 at 1:32 PM ,
Mersik said...
Uii pu3, alahhaiii bila plak nak dedikasikan utk pokcik plak? kekekek
At April 24, 2007 at 6:52 PM ,
Sue said...
menusuk di jiwa. lepas buat utk pokcik mersik buat utk Minah eh tau tau tau
Kata P Ramlee, "Tiada kata secantik bahasa"
At April 25, 2007 at 1:41 PM ,
pu3Chempakabiru said...
nantilah.. andai ilham dikurniakan NYA dan diizinkan jemari ini mengarap, akan terhasil satu hari nanti.. doakan lah selalu....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home