Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, April 06, 2007

Aku merinduimu... Ting...... Tong...... ^ _ ^

“Woi! Berangan apa pepagi hari ni? Ahaks, tak payah lah engkau nak buat muka poyo engkau tu. Ni mesti tak lain dan tak bukan pasal ‘awek rebonding’ tu kan.“ sergah Farid yang kebetulan melintasi bilik Hadif Raizal Isyraf. Terlihat olehnya akan perlakuan anak muda itu yang masih tega memegang handphonenya.

Dia menapak masuk ke bilik tanpa menanti undangan justeru mengerti mana mungkin temannya yang sedang di alam fantasi itu sempat mengreverse minda mendahului langkahnya. Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Malu bila tingkahnya menjadi headline usikan Farid. Pantas handphone disumbatkan ke dalam poket seluarnya.

“Cukup-cukuplah tu Hadif. Dah jenuh aku tengok senyuman engkau. Well, satu permulaan yang baik nampaknya untuk hari ini. Ada apa-apa ke? Bagaimana perkembangan hubungan korang berdua? Dah sekembang kelopak sakura menghiasi pergunungan Fujiyama ke?“ usik Farid sambil menarik kerusi yang ada lantas melabuhkan duduk dihadapan temannya.

“Apa yang engkau merepek ni Farid. Aku dengan dia hanya kawan.“ dalih Hadif Raizal Isyraf. Mukanya seakan panas menerima panahan sindiran sebentar tadi, namun senyuman masih tetap segar menguntum di bibir.

“Iyerlah kawan, tapi mesra. Aku pun hairan ‘awek rebounding’ yang garang mengalahkan dinosaur nak mengawan tu yang berjaya buat jantung hati engkau berdegup laju mengalahkan bullet train.“ Farid membelek sebatang pena yang ada di atas meja. Dia tertarik dengan lorekan ayat yang ada pada pena tersebut. Cukup simbolik dan sudah pasti punya makna dan definasi tersendiri.

‘Pelangi diHati biasan diMata’ -HRI-

“Actually, dia tak segarang seperti yang engkau sangkakan.“ pena yang berada di tangan temannya itu diambil lantas dimasukkan ke dalam bekas yang tersedia. Farid merenung kehairanan biarpun senyuman sinis mula mengacah di bibir.

“Barang tu tak perlu di QC. Aku dah check sebelum menerimanya dan buat masa ini aku tak perlukan khidmat engkau untuk mengQCnya sekali lagi walau ditawarkan secara percuma.“ selamba Hadif Raizal Isyraf menjawab pertanyaan yang belum terhambur. Mereka sama-sama tertawa.

“Amboi! Sombongnya. Jadi, dengan hanya melihat pena dan dapat cakap dengan ‘awek rebounding’ tu dah buat engkau kekenyangan? Well, kalau macam tu, aku chow dulu my friend sebab perut aku ni tak biasa diisi dengan perbualan dan pandangan kosong. Kalau air kosong tu, mungkin boleh juga bertahan dalam sejam dua. Apa pun nasihat percuma dari aku, dari engkau asyik tenung pena tu, baik engkau bungkus lantas hantar ke destinasi yang sepatutnya supaya cepat sikit sihat sakit yang tak bervaksin tu.“ bidas Farid bersama tawa yang masih bersisa.

Hadif Raizal Isyraf tutur sama tertawa lantas menuruti langkah temannya. Sindiran yang dihadiahkan tidak langsung menjadi kudis buat dirinya. Mereka beriringan menuju ke café di lobby bangunan. Setelah mengambil apa yang diingini, kedua pemuda itu melangkah ke ruang yang sudah lama kosong. Jam menunjukkan ke angka sepuluh setengah pagi. Masih awal sebenarnya tapi mungkin ramai yang sudah mengisi perut sebaik sahaja kaki mereka menjejaki ruang bangunan itu.

“So, engkau serius ke dengan ‘awek rebounding’ tu?“ Farid mengajukan soalan. Sesuap nasi lemak dimasukkan ke mulutnya. Pandangan masih betah merenung pinggan yang berada dihadapan mata. Wajahnya selamba biarpun soalan yang diajukan tadi mampu menjerut selera teman yang ada bersama. Namun dia langsung tidak mengendahkan.

Hadif Raizal Isyraf hanya tersenyum. Masih tidak selesai rupanya topik berkaitan dengan Firyal Rifdah sedangkan hakikat yang tidak boleh disangkal sudah hampir dua bulan dia tidak menatap wajah gadis itu.

“Kami dah lama tak jumpa.“ adu Hadif Raizal Isyraf. Kuah soto ayam dihirupnya perlahan. Aduh! enaknya, macam masakan emak. Terbayang iklan Mawi yang menggayakan penangan Mamee slurp kari berapi.

“Dua bulan tak bertemu bukan alasan untuk engkau nafikan apa yang aku tanya. Tapi Hadif, aku macam kurang yakin jer engkau boleh handle dinosaur tu.“ sinis senyuman yang meniti dibibir temannya itu.

Nak sorok konon. Ngaku aje lah, kan senang citer. gumam Farid di dalam hati. Lucu melihat wajah temannya yang tiba-tiba berubah mendung. Rindukah yang mengocak diperdu resah sekeping hati.... Dia semakin galak tersenyum.

“Farid, Firyal Rifdah tu baik, okey orangnya. Mungkin masa first time kita jumpa dia, dia tengah tension dengan tugasan. Ditambah pulak dengan mulut becok engkau yang mengalahkan nenek kebayan baru belajar bercakap. Lagilah bertriple tension dia. Anyway kalau engkau jumpa dia sekarang, aku yakin silap hari bulan jantung engkau pun boleh berkejaran hingga tak sempat engkau menghitung jumlah lariannya.“ ucap Hadif Raizal Isyraf tersenyum.

Okey, tell me. Apa yang cantik menarik tertarik dia memang boom pada pandangan engkau sampai aku tengok engkau dah macam tak berapa betul dan suka termenung sejak terserempak dengan ‘awek dinosaur rebounding’ tu.“ cabar Farid. Satu lagi gelaran ditambah buat gadis itu. Dia sudah menyandarkan tubuh. Nasi lemak sudah licin sepinggan dibedal. Kalau ikutkan hati, mahu saja ditambah dengan mengorder roti bakar pula, tapi tidak jadi bila terlihat Hadif Raizal Isyraf masih terkial-kial untuk menghabiskan soto yang masih banyak berbaki.

Mamat ni sentimental betul. Makan pun lembab. Rungutnya sendiri sambil menyedut teh ais yang sudah tinggal separuh.

“Dia unik.” ringkas jawapan yang diberi. Mangkuk soto ditolak menandakan dia sudah usai dengan juadah itu. Perlahan gelas holick suam diteguknya. Sehelai tisu berlabuh di bibir untuk membersihkan andai ada cela yang bersisa.

“Sekadar unik? Come on Hadif, aku lihat dia tu tak ubah seperti gadis-gadis yang lain. Mungkin bezanya dia lebih brutal walaupun hakikatnya bertudung. Masakan hanya kerana itu sudah membuatkan diri engkau bagai di alam fana cinta.“ tawa kecil Farid kedengaran. Entah apa yang menggeletek urat sarafnya, tak siapa yang tahu.

Hadif Raizal Isyraf tersenyum. Teringat akan peristiwa di bengkel kereta yang membawa mereka pada sebuah perkenalan.

“Abang Mat, bagaimana dengan ‘Black Hawk’ saya?” tanya Firyal Rifdah sebaik sahaja terpandang wajah makanik yang sudah sekian lama bertanggungjawab merawat sebarang kecederaan yang terdapat pada Satria hitam kesayangannya.

“ Hai Tuan Puteri! baru sampai. Ha! eloklah. Patik baru sahaja bercadang untuk menalifon Tuan Puteri.” terburai tawa gadis itu mendengar kata-kata Abang Mat. Memang lelaki itu suka sangat bergurau dengannya.

“Apa lah Abang Mat ni. Kan saya dah kata berkali-kali, saya ni bukannya Tuan Puteri, malah tak singgah pun “Royal Blood” dalam urat saraf saya ni. Saya orang biasa sahaja.”

“Tapi nama ‘Firyal’ tu kan nama Puteri kerajaan Mesir dulukala. Ha! Abang Mat hanya ikut aje. Kalau tidak, tak pasal-pasal pulak terkena daulatnya.” usik Abang Mat menghampiri gadis itu. Firyal Rifdah menggelengkan kepala. Mereka bergandingan menuju ke kereta yang tersadai setelah dirawat.

“Kesian ‘Black Hawk’. Nasib baik kecederaannya tak serius sangat. Kalau tidak jawabanya terpaksalah dia bermalam di bengkel ni lagi. Erm Firyal langgar kereta siapa?” tanya lelaki itu sambil menggosok Satria Hitam matalik yang ada dihadapannya.

“Bukan saya yang melanggar, tapi di langgar. Tah malaun mana bawak kereta guna undang-undang sendiri. Di simpang tak berhenti. Ikut sedap hati baboon Ulu Tembeling aje keluar, dah tu lampu signal buat perhiasan. Apa lagi…. teruslah DUM… yang jadi mangsa ‘Black Hawk. Harap kereta je cantik dan mahal.” rungut Firyal Rifdah. Dia masih tidak melupakan kejadian itu.

“La! Habis tu Firyal tak buat report ke?” tanya Abang Mat lagi. Dia simpati mendengar cerita gadis itu, sedangkan Firyal Rifdah sekadar membisu. Matanya bagai terpukau pada sebuah kereta Jazz hitam yang berjiran dengan ‘Black Hawk’.

Ah! Seakan pernah ku lihat kereta ini, tapi di mana yer…gumannya sendiri.

“Tuan punya kereta ni pun terlibat dalam kemalangan tanpa sengaja di kawasan perpustakaan. Katanya terlanggar sebuah kereta. Minta Abang Mat tolong repairkan segala kerosakkannya.” terang lelaki itu tanpa dipinta.

“Teruk ke rosaknya?” gadis itu membelek kereta yang ada tanpa menyedari sepasang mata sedang asyik memerhatikan tingkahnya.

“Lampu kecilnya pecah, plat number patah dan skirt depannya jatuh. Pada pengamatan Abang Mat, dia mungkin melanggar sisi sebuah kereta.” tiba-tiba lelaki itu memandang Firyal Rifdah. Kemudian beralih pada ‘Black Hawk’ dan Jazz hitam yang berjiran di sebelahnya. Jangan-jangan….

“Ni lah kereta yang langgar ‘Black Hawk’. Dah la di langgar, ada ke patut kawan dia kata saya yang salah sebab bawak kereta macam siput tak cukup makan. Dia fikir kawasan perpustakaan tu Litar F1 barangkali atau mungkin dia dapat lesen memandu dari negara Wartakula yang tak perlu gunakan lampu signal dan berhenti di simpang.” mulut comel itu masih mengomel. Kereta Jazz hitam itu dibeleknya.

Ah… tendang aje barang sekali dua…tapi nanti kereta ni tak kemek, kaki aku pulak yang tak pasal-pasal sakit. Minda dan perasaannya mula tawar menawar. Dia mengeluh.

“Kalau awak masih tak puashati, saya izinkan awak tendang atau cederakan ‘Black Eagle’ seandai perbuatan itu boleh certified your feeling.” terdengar suara menegurnya. Bulat mata Firyal Rifdah memandang sekujur tubuh yang kini mengatur langkah menghampirinya.

“Abang Mat, masukkan bill kereta Satria hitam itu ke dalam bill ‘Black Eagle’ yer.” arah Hadif Raizal Isyraf sambil mengukirkan senyuman buat gadis yang masih kaku bagai terkejut melihat hantu di siang hari.

“Tak payah. Awak fikir saya ni sengkek sangat ke? tak mampu nak bayar kos baik pulih kereta saya. By the way, thanks but no thanks. Saya tak perlukan ongkos awak untuk itu. Abang Mat, bil ‘Black Hawk’ macam biasa yer.” ucap Firyal Rifdah keras sambil mencapai kunci keretanya yang tergantung tidak jauh dari situ. Masih sempat dihadiahkan jelingan maut pada wajah yang agak hampir dengannya.

Apa hal mamat ni dekat sangat dengan aku… desiran nafasnya pun aku boleh dengar, berirama syahdu semacam je… ahhh kalut…. rungutnya sendiri.

“Saya akan tanggung kos baik pulih kereta awak bukan kerana awak tak punya duit untuk melunaskan tapi seperti yang saya janjikan tempohari dan awak jangan terlalu degil. Nanti awak juga yang susah.” spontan hidung Firyal Rifdah dicuit. Makin berang hati gadis itu dengan ketidak sopanan tingkah anak muda yang dirasakan semakin berani dan berlagak.

Abang Mat hanya menggarukan kepala yang tidak gatal. Pelik dengan situasi yagn dilihatnya.

Apa kena dengan kedua teruna dara ini. Macam tengah perang dingin aje. Jangan-jangan si Hadif ni yang langgar kereta si Firyal, kalau tidak masakan sebegitu bengkeng sikap budak tu…. isy… isy.. isy…. dia berkira-kira sendiri membuat definasi dari apa yang dilihat sambil menyorot langkah gadis itu.

“Firyal….. Jaga…. “ malangnya jeritan berbau amaran itu sudah terlambat. Firyal Rifdah terkial-kial cuba mengimbangi tubuhnya takala melalui laluan berhamparkan minyak hitam. Malangnya dia gagal. Dalam situasi gawat itu, terasa pinggannya dipaut sesuatu tapi akhirnya…. GEDEBUK…….

Abang Mat menutup matanya dengan kedua belah tangan. Bagai terasa firasatnya benar terjadi. Suasana hening seketika. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan yang menghalang pandangan. Matanya tertumpu pada objek sudah terduduk di lantai dengan Firyal Rifdah di pangkuan Hadif Raizal Isyraf. Kedua-duanya saling membisu dalam pandangan yagn sukar dimengertikan.

“Maafkan saya. Saa… Saa…. Saya tak berniat untuk peluk awak. Saya cuma nak selamatkan awak, bukannya mengambil kesempatan.” terang Hadif Raizal Isyraf teragak-agak. Pandangan tajam gadis itu membuatkan seluruh urat sendinya seakan kaku. Bimbang andai bantuan spontan itu bakal mengundang taufan lamina yang bakal meranapkan seluruh asset yang ada di situ.

Tiba-tiba tawa Firyal Rifdah meledak sedang Hadif Raizal Isyraf kebingungan.

Apa kena dengan minah sorang ni. Ketawa mengalahkan Pontianak tengok pertunjukan sarkis. Ada badut dekat sini ke atau lawak sangat apa yang aku cakap tadi? Dia meraup wajahnya.

Tawa Firyal Rifdah makin galak. Seluruh bengkel itu bagaikan ditembusi kenyaringan pitching suara yang sedang berkumandang.

“Firyal… Firyal tak apa-apa ke?” tanya Abang Mat bimbang. Hairan mendengar tawa yang makin membolosi pendengaran.

“Abang Mat ada cermin tak” pinta Firyal Rifdah bersama tawa yang masih bersisa. Biarpun kehairanan, tapi lelaki itu tetap berlalu. Sebentar kemudia kembali dengan apa yang dipinta. Dihulurkan pada gadis itu.

Ah! Nak buat apa pulak dengan cermin, nak tengok muka dia ke… Abang Mat berteka teki sendiri.

“Awak patut lihat wajah awak yang handsome tu. Erm foundation baru ke?” cermin yang dipegang dihulurkan pada anak muda itu. Perlahan-lahan Hadif Raizal Isyraf melihat arca wajahnya pada cermin itu. Lama diamati dan akhirnya…..

“Oooooo gelakkan orang yer. Nah! Rasakan.” anak muda itu mengacah minyak hitam yang masih ada dijarinya ke wajah Firyal Rifdah. Terjerit-jerit gadis itu sambil cuba mengelak.

Namun Hadif Raizal Isyraf lebih pantas. Kedua tangan gadis itu terlebih dahulu digenggamnya membuatkan pergerakkan Firyal Rifdah agak terbatas. Hanya terdengar jeritan kecl dan omelan bila wajahnya berjaya di jamah dengan palitan minyak hitam. Kini giliran Hadif Raizal Isyraf pula mentertawakan gadis itu. Mata mereka menyapa, entah apa yang dibicarakan. Tanpa terjemahan tanpa ucapan.

“Kita kawan yer” pinta Hadif Raizal Isyraf perlahan sambil terus merenung wajah yang kini begitu hampir dengannya mengharapkan persetujuan yang bukan sedikit nilainya.

“Sapa nak kawan dengan awak.” ucap Firyal Rifdah tersipu malu. Senyum yang mengacah cuba disembunyikan, tapi Hadif Raizal Isyraf tidak mengalami masalah penglihatan. Tidak sukar baginya melihat senyuman yang sudah mula terbias di bibir gadis itu.

“Woi! Cukup-cukuplah berangan. Aku yang ada di depan ni pun engkau boleh lupa. Apa, siaran terus menerus ke tadi? Real Madrid vs Manchester United ke?” sindir Farid. Geram rasa hati bila pertanyaan yang diajukan tidak mendapat respond dari anak muda yang galak berangan.

Entah sudah sampai ke mana agaknya… barangkali ke bulan atau ke bintang atau ke kutub Utara maupun Selatan. Sah… member aku dah angau….. omelnya sendiri.

Terkebil-kebil mata Hadi Raizal Isyraf bagai anak baboon tercekik putik durian. Sergahan dan sindirin temannya membawa diri dan mindanya kembali pada realiti. Segera memori enam bulan yagn lalu bertebaran dicelah-celah ruang ingatan. Dia tersenyum sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Malu dengan khilaf dan kealpaannya melayan kenangan yang bertandang tanpa diundang.

“Astafirrulahhalazim. Sorrylah Farid….” Hanya itu yang mampu diucapnya sambil tersenym sedang Farid sekadar menggelengkan kepala.

“Dahla tu, jom kita naik. Makin lama kita duduk dekat sini, makin sasau jadinya. Kalau engkau seorang tak apa, ini dengan aku sekali terkena tempiasnya. Lagi pun kerja aku berlambak yang menanti. Aku tahu lah engkau dah free. Board meeting dah habis, exam pun dah selesai. Bolehlah engkau recall semula kenangan indah dengan ‘awek rebounding’ engkau tu. Dah jom, kalau nak‘Kuch Kuch Hota Hai’ pun, jangan libatkan aku sama. Tak rela aku.” ucap Farid sambil tertawa. Dia sudah bangun mengorak langkah sambil di ikuti oleh Hadif Raizal Isyraf.

Aduh! macamana lah aku boleh terbabas pada kenangan itu…. tapi berat juga si Firyal Rifdah tu…. ahaks…… senyuman Hadif Raizal Isyraf masih mengacah di bibir lantas melebar di wajahnya. Sedang Farid sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan telatah anak muda yang mungkin sedang diamuk tsunami cinta 'awek rebounding' yang kononnya punya keunikan yang tidak terlangkau di matanya..... Benarlah kata orang.. cinta itu bisa membutakan mata dan minda orang yang zahirnya celik.......

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang itukah rembulan
Terima kasih ku ucapkan


To be continue.. ahaks.... ^ _ ^

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home