Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, April 13, 2007

Sekadar pandangan dan pendapat......



Pertama kali aku mengenali penulis ini lewat novelnya yang bertajuk ARCA KASIH… [versi pertama]. Itupun hadiah dari seseorang yang mahukan aku memahami apa yang terkandung di dalam novel tersebut. Waktu itu aku just baca tanpa ambil peduli tujuan novel tersebut dihadiahkan pada aku oleh seseorang.

Bila aku baca kesinambungan dari ARCA KASIH yang terdahulu, baru aku mengerti akan maksud insan tersebut, malangnya aku rasa macam dah lewat. ASMAWI…. Nama watak utama dalam novel itu sebenarnya membawa aku pada kenangan sewaktu bergelar PELAJAR. Karektor yang dicanai oleh penulis novel itu benar-benar menyamai insan yang aku kenal malah dari novel itu juga akhirnya membuatkan aku makin memahami bahawa disebalik ketegasan dirinya terselindung sifat lain yang tidak mungkin akan terserlah tanpa pemahaman dan pengertian. Ahhhhhh apa hal pulak aku ulas pasal mamat tu…. isyyy isyyy tak ada maknanya…


Sebenarnya seronok mengikuti plot cerita yang digarap oleh kak Norzailina dalam berbagai keadaan…. Dua watak utamanya… ASMAWI dan NORASHIKIN yang pada awal cuba mempertahankan ego masing-masing dari mengakui apa yang mengacah di jiwa seolah membawa kita turut sama di dalam situasi mereka. Namun perasaan kegadisan Norashikin tetap membuakkan rasa cemburu bila melihat Asmawi bersama wanita lain. Marahnya diluahkan dari perlakuan dan tentangan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh anak muda itu sebagai tanda protes perasaan hatinya. Namun Asmawi tetap sabar dan tenang dalam usaha melembutkan hati gadis yang telah mula mengusik naluri kelelakiannya. Tiap keegoan gadis idamannya ditangani dengan cara yang cukup romantic. Dia mempergunakan tiap minat dan kesukaan gadis itu untuk memahami siapa sebenar dirinya. Dalam tegas, lelaki itu punya aura tersendiri yang pasti akan membuai naluri kewanitaan secara sedar atau sebaliknya. Kemunculan Sandra, teman lama anak muda itu sewaktu di luar negara dulu sedikit sebanyak berjaya memporak perandakan perasaan hati Norashikin malah kesinambungan dari novel yang terdahulu berjaya mengherat emosi pembaca merasakan luahan marah, sedih, geram dan simpati terhadap pasangan ini. Dalam menidakkan bisikan perasaan akhirnya membawa mereka pada satu perjanjian abadi untuk menokhtahkan segala bicara dari dua hati yang sebenarnya sudah terikat dalam simpulan kasih sayang dan cinta yang telah lama wujud……




Novel ketiga Kak Norzailina Nordin yang aku miliki ini mengambil waktu hampir sebulan untuk aku tamatkan… tidak seperti Arca Kasih… kenapa ekk…. Well, aku rasa novel yang dihasilkannya kali ini lebih layak aku panggil FIKSYEN FANTASI…. Memang beliau seorang yang berani mencuba dalam menghasilkan satu sentuhan baru. Membawa pembaca melangkau ke tahun 2196 yang kita sendiri tidak pasti samada ianya akan wujud atau sebaliknya. Terus terang aku katakana… AKU BORING dengan novelnya kali ini walaupun beliau menyelitkan sentuhan-sentuhan romantik cinta diantara Kapten Sheikh Qirdan dan Yuhanez. Namun…. entah…. mungkin novel ini bukan dalam rangking yang boleh menarik minatku untuk memahami seterusnya meletakkan sebaris dengan novel-novel yang well… walaupun bukan suka tahap gaban… tapi boleh lah….. Pada aku ianya terlalu jauh dari sebuah reality yang berlegar-legar dalam kehidupan kita. Terlalu fantasi dan penuh imaginasi yang susah untuk aku fahami. Kadangkala aku rasa macam tak logic aje…. Boleh ke manusia melahirkan anak di bulan malah mengwujudkan tempat tersebut ala-ala Bandar yang punyai kelengkapan serba canggih…. dan mampukah manusia menghasilkan buah strawberi uggu yang punyai rasa anggur dengan hanya menggunakan kajian berteknologi moden yang canggih… Rasa macam tak masuk dek akal je…. Namun itu hanyalah pandangan peribadi dari aku, tak tahu bagaimana citarasa orang lain. Yang pasti setiap pembaca punya persepsi tersendiri dalam menterjemah novel yang mereka baca…… dan aku tetap selut dengan Kak Norzailina justeru punya keberanian untuk mengenengahkan satu karya yang boleh dikategorikan cukup kreatif dengan imaginasi yang maha tinggi jauh berbeda dari novelist lain…. Good Job….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home