Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, April 03, 2007

Bukanku tak sudi...

Bila hati terkurung dalam penjara kasih tak berkunci, pintunya pula dibawa entah ke mana. Penantian yang entah di mana paksi akhirnya. Tercari dan mencari dalam seribu kesamaran tanpa sebarang cahaya sebagai panduan. Namun semua itu tidak dihiraukan. Bila cinta sudah tersimpul, tak mungkin mudah untuk mengungkainya.

Sekeras hati Rina Erviana, luntur juga akhirnya dengan perasaan cemburu milik seorang perempuan. Cinta yang semakin berkembang buat insan bernama Yafiz, membuatkan dirinya diamuk berbagai rasa bila lelaki itu menguji dengan meninggalkan dirinya tanpa berpaling semula. Kemesraan anak muda itu dengan gadis lain benar-benar berjaya melorek hatinya dengan berbagai paten kedukaan. Sesal bertandang dipenjuru rasa membuatkan keegoaan yang menjadi bentang diri luntur dan lebur menyembah bumi. Dia akui cintanya terpatri untuk lelaki itu, namun perpisahan bertandang jua. Apa pun Rina tetap berpegang pada 4K 1P yang pernah diungkapkan oleh anak muda itu sebagai simbolik kejituaan cinta mereka.

Mengapa keghairahan Datuk Zefri mengakibatkan Rina koma meski sebelum itu dia terlontar dalam kancah percintaan tanpa rela….. Mengapa lelaki kabaret seperti Ash’rizal tidak faham erti TIDAK lantas enggan menerima penafian haknya yang telah dilabelkan…. Tegakah Izzuddin terus membiarkan dirinya menjadi pelakun pada sebuah drama yang diarahkannya tanpa skrip yang diluluskan oleh lembaga penapisan kedua orang tuanya…. Betahkan Tengku Irfan bermain dengan kejutan semata-mata untuk memastikan Cinderella hatinya menjadi pemaisuri di istana impian….. dan sampai bilakah Yafiz sanggup berselindung disebalik bilangan mawar yang dititipkan buat ratu hatinya…….

Biarpun Datuk Zefri berjaya mencalitkan minyak senyonyong yang membuatkan Rina Erviana hanyut dalam cinta ciptaan manusia plastik yang naïf akan dosa atas perbuatannya malangnya ia tidak kekal lama. Sahabat-sahabat sejatinya tetap berusaha membantu mengembalikan dirinya ke alam nyata, lantas membebas dirinya dari cengkaman cinta Datuk Zefri yang bersendikan nafsu semata. Ash’rizal yang satu ketika pernah bertakhta di singgahsana hatinya kembali ingin mencuri ruang. Biar sudah berkali-kali Rina menafikan hak lelaki kabaret itu, tapi anak muda itu tetap tidak mengindahkan. Syarat yang diberikannya cuma satu. Pengharapannya akan berakhir jika gadis itu punya kekasih hati. Ketika itulah tanpa berfikir natijah dari apa yang dilakukan, Rina Erviana menyambar Izzudin untuk diherat sebagai pelakun utama dalam sandiwara arahannya. Keselambaan anak muda itu mengikut skrip yang tidak pernah dilihat berjaya menyakinkan Ash’rizal tanpa mengsyaki walau sekelumit dirinya dihidangkan dengan drama swasta gadis bernama Rina Erviana. Kata orang bila sudah di tolong, jangan pula lokek untuk menolong. Rina Erviana terpaksa meneruskan aksi lakonannya. Kali ini skrip dan arahan dari Izzudin untuk mengaburi penglihatan kedua orang tuanya yang tidak rabun jauh sekali buta agar dirinya tidak terus diprovok menerima sepupu sendiri sebagai suri. Kekasih olok-olok dan bakal menantu palsu ciptaan mereka berjaya meletakkan dirinya dalam dakapan kasih sayang kedua orang tua Izzudin. Layanan yang diterima membuatkan Rina Erviana diburu rasa bersalah. Dia tidak mahu terus memberi harapan yang ternyata tak mungkin bisa direalisasikan dalam apa jua keadaan. Hati yang sudah diikat dengan janji yang tidak dilafaz seakan penjara yang tidak memungkinkan dirinya menerima insan lain selagi kenyataan tidak berada di dalam genggamannya. Kehadiran Tengku Irfan seakan membawa kembali pada kenangan silam bila mana lelaki itu gemar memberikan berbagai kejutan persis yang pernah dilakukan oleh seseorang pada dirinya. Dia dimanjakan dengan kejutan ala Cinderella… gaun dan sepatu kaca dititipkan buat dirinya. Kereta kuda menanti kehadirannya untuk dibawa ke mahligai ciptaan Tengku Irfan semata-mata agar dia benar-benar merasakan diri umpama Cinderella dalam dongeng dulukala. Tapi mengapa segala usaha anak muda itu masih gagal membebaskan sekeping hati yang terpenjara dan apakah Rina Erviana masih mengharap kemunculan Yafiz untuk mengakhirkan segala penantiannya…….

Segalanya akan terjawab bila kita membaca novel Dialah Di Hati…. Kita akan dibawa merentasi betapa indahnya andai ada yang sanggup menunaikan hasrat dan impian yang selam ini sering kita angankan. Erm tak rugi membeli novel ini…. justeru plot ceritanya berjaya diadun dengan cantik…. Actually aku nak masukkan beberapa dialog yang terdapat di dalamnya, tapi nampak gaya ini pun dah berjela… nanti bosan pulak… so kalau nak tahu, baik korang pegi beli dan baca.. mesti korang akan tersenyum, marah, geram dan macam-macam lagi… pendek kata.. macam-macam perisa yang ada….. dan aku rasa lagu ni memang kena dengan novel ni……. apa lagi kalau bukan lagu latar blog aku ni….

Bukan ku tak sudi kasih untuk bersamamu bercinta lagi
Dan antara kita tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang menolak cintamu sekali ini

Walau pun ku tahu bersungguh benar hasrat hatimu



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home