Sentuhan tidak menjadi......
Lakaran Kasih Kureng menyengat.....
Sebuah lagi novel terbitan Alaf21 yang aku rasa kurang best…. Percubaan pertama dari Laila Kamilia pada aku tidak mampu menarik aku untuk memfokuskan tumpuan untuk terus memegang buku hingga bertemu jawapan…. Temanya bagus, tapi Plotnya agak membosankan… susah nak faham sebab jalinan diantara subplot agak lemah walaupun beliau cuba menggarap dengan jalinan perbagai rentetan peristiwa yang kita hadapi dalam sebuah kehidupan. Seharusnya Laila Kamilia lebih bijak bermain dengan emosi dan turut mengacah emosi pembaca dengan apa yang ingin disampaikan. Mungkin unsur Flashback yang lebih mudah dan jelas perlu diterapkan agar tidak menimbulkan kepeningan kepala pembaca untuk memahami structur plot penceritaan. Contohnya perhubungan diantara keluarga Zuhairee dan Dzalia, imbasan kenangan cinta yang tidak kesampaian di alam Universiti secara tiba-tiba datang.... malah tika Dzalia mengambil keputusan drastik dengan menarik diri sewaktu majlis pertunangannya..... Saya rasa Laila Kamilia boleh melakarkan dengan lebih baik lagi agar hasilnya cantik dan pembaca tidak keliru bila berhadapan dengan plot-plot yang seterusnya.....
Walau bagaimana pun buat novelist ini, usah patah semangat. Tak semestinya cubaan pertama terus memahat nama sebaris dengan novelist yang telah sedia ada… jadikan teguran dan komen pembaca sebagai jambatan untuk menuju jaya. Perbaiki apa yang perlu. Mantapkan plot dan garapan agar novel seterusnya sukar untuk lepas dari tangan pembaca. Usah fikir bila manuskrip kita diterbitkan oleh sebuah publisher yang gah maka pembaca akan menerima sahaja. Aku tak mahu jadi hipokrit hanya memuji yang baik dan membiarkan yang kurang terus menanti dan mungkin bermain dengan imaginasi apa sebenarnya penerimaan membaca terhadap novel yang telah dihasilkan. Pada aku untuk meletakkan diri sebagai novelist yang berjaya seharusnya lebih peka pada komen yang membina dari pujian yang entah di mana ketulusannya. Dari komen yang diberikan oleh pembaca akan memberi ruang untuk kita melihat di mana kekurangan justeru terkadang kita yang menulis lebih didominasi oleh mainan perasaan. Dalam istilan lain kita syok sendiri dengan manuskrip dan ilham yang datang. Apa pun jangan berputus asa… tak semua novelist yang telah berjaya mampu menghasilkan novel terbaik dalam setiap karya mereka. Adatika novel yang mereka tulis juga gagal meraih tempat di hati peminat mereka yang telah sedia ada…. Itu adalah adat…. Harap Laila Kamilia akan terus menggarap ilham yang datang dengan jalinan yang lebih cantik di masa-masa akan datang….. Selamat Maju Jaya…..
Cewah… macamlah aku ni bagus sangat…. Hehehehehehehhe.. Maaf ke Laila Kamilia….

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home