Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, March 30, 2007

Salam Maulidur Rasul

Biasanya orang Melayu Islam sering ghairah dengan berbagai sambutan yang diadakan di negara..... pantang ada yang menganjurkan, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk menghadirkan diri.. contohnya Malam Menyambut Kemerdekaan... jangan kata Dataran Merdeka, kawasan KLCC, Bintang Walk, Bangsar dan entah cerok mana lagi pasti ada saja yang jadi penghuni. Itu belum lagi sambutan Tahun Baru..... hinggalah pada SureHeboh yang kini sedang Round satu Malaya..... pasti kapisitinya ramai... lebih-lebih malam konsertnya.... tapi kenapa kita terlalu alpa dan naif akan sambutan yang satu ini.... hahahhahahahha biasanya kita sekadar dapat lihat kakitangan kerajaan dan badan swasta yang akan menyertai sambutan yang diadakan. Itu setelah diberi imbuhan tambahan cuti sehari pada sesiapa yang menghadirinya. Terkadang aku sendiri hairan.... kenapa pada malamnya tidak diadakan siaran langsung tahlil arwah buat BAGINDA.... masjid-masjid diwajibkan untuk mengadakannya. Entahlah... nanti kalau aku membebel panjang orang cemuih pulak.. kata aku ni nak tunjuk aliam konon. Tapi kalau sudi, bacalah artikel yang member aku email kan ni untuk renungan kita bersama. Tapi artikel ini panjang sikit lah. Moga bila kita di izinkan bertemu BAGINDA diSANA nanti, kita tergolong dalam umatnya yang beroleh SYUFAAT darinya.

Untuk tatapan kita bersama........Selamat Menyambut Maulidurrasul ....Shallallah 'äla MUHAMMAD Shallallah 'älai wassalam....

"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Thursday, March 29, 2007

Tak rugi memilikinya......

Dalam kasih sayang yang dirasakan untuk seorang abang dan sahabat, ada cinta yang bertandang tanpa dipinta. Namun ianya tetap terasa dan semakin mekar. Nurain tidak pernah menduga, Haikal yang dianggap sahabat mampu mengoyah perasaannya. Sejak berpisah dengan Norman, Haikal lah tempatnya bergantung. Segala suka dan tawa dikongsi bersama anak muda itu. Sedih dan pilunya, Haikal juga tempat dia mengadu. Haikal jadi pengganti Norman yang sudah berada entah di mana. Janji yang pernah dilontarkan padanya sewaktu perpisahan juga turut hilang bersama desis resahnya dalam sebuah penantian.

Haikal rela menjadi pelindung pada Nurain. Masih terdengar pesanan Norman padanya.

“Kal, Tolong jaga Ain…… untuk abang”

Malah tanpa pesanan itu pun dia akan tetap rela menjaga dan menjadi pelindung pada gadis itu. Hari berlalu, tahun berganti, segala yang dirasa hati menjadi tempat penyimpan segala cerita. Haikal dan Nurain bermain teka teki pada bisikan kasih. Tika teka teki terungkai, Norman hadir kembali diantara mereka. Dia turut menyimpan cerita pada bisikan rasa yang tidak terzahir. Hijab peraaannya masih tidak menemui pintu keberanian agar mampu melangkah dan membawa gadis idaman sama bersemayam di mahligai cintanya. Namun apa kan daya, dalam perancangan insan, allah juga merancang dan tentunya perancangan dan ketetapan dariNYA itu lebih ampuh dari segala yang ada di bumi. Akhirnya Nurain menjadi milik Norman biarpun luka hati tak siapa dapat merawat. Kehadiran Melissa mecetuskan perubahan pada Haikal lantas bagaikan belati melapah perasaan Nurain dan Normanlah doktor yang merawatnya….. menyembuhkan sakit dan menutup parut yang ada dengan kasih sayang dan cinta yang tiada duanya. Namun percaturan kehidupan tidak seindah yang kita inginkan. Dalam suka ada dugaan yang mengacah… Nurain, Norman dan Haikal di uji untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan sekeping hati hinggalah akhirnya Haikal terpaksa pergi….. pergi bersama kasih sayang dan cinta yang tetap satu milik gadis bernama Nurain………

“TINGGALLAH PUJAAN”… Ungkapan yang amat memeritkan buat Nurain… Namun dia harus pasrah lantas merelakannya……

Takkan terganti segenap memori...
Takkan terpadam seluruh kenangan ...
Novel ini mengundang berbagai rasa yang sukar diungkap atau terzahir dalam bait kata-kata... airmata bagaikan tahu di mana harus tumpah... senyuman pasti mengacah lantas terbias di bibir tanpa pintaan. Tak rugi memilikinya lantaran sentuhan Mimie Afinie punya keunikan tersendiri yang sukar dicari jika sekadar memandang tanpa menghayati........

Tuesday, March 20, 2007

Mungkinkah Terjadi.....

"Walaupun kita tidak ditakdirkan bersefahaman dan bertemu jodoh dalam persefahaman, tapi itu bukan alasan untuk kita menyatakan yang kita tidak boleh bekerjasama mencari persefahaman dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang mungkin sedang kita hadapi." Fizz Haizal merenung wajah lesu Maira Atisya. Dia mengerti akan konflik yang sarat melanda emosi gadis itu.

Maira Atisya masih tega membisu. Entah mengapa lewat kebelakangan ini kepejalan kongkrit kebisuan yang mula terbina bagaikan Tembok Berlin yang pernah melindungi German satu ketika dulu. Apakah disebabkan permasalahan yang bertamu membuatkan gadis itu berubah?

"Atisya, berdiam boleh menjadikan minda kita mudah bisu dari terus berkata-kata. Saya tidak nafikan adakalanya diam itu baik untuk mengurangkan sakit atau menghindari perbalahan, tapi ianya satu tabiat negetif dalam mencari penyelesaian. Sampai bila awak mahu berdiam atau mungkin Maira Atisya yang ada dihadapan saya sekarang ini sudah bisu barangkali?" luah Fizz Haizal. Sesekali dia mengusap pangkal tengkuknya bagi meredakan rasa kurang enak yang mula mengacah.

Maira Atisya menentang renungan anak muda itu. Mata mereka berutus salam lantas terus berbicara. Redup diwajah mengungkapkan apa yang diperkatakan oleh hati. Lama pandangan mereka beradu hingga akhirnya….

"Atisya, bahasa mata dan perasaan ini akan jadi lebih mudah andai awak menterjemahkan dengan ungkapan. Saya lemas begini. Minda saya tak mampu berenang hingga ke dasar. Saya kekurangan oksigen." perlahan suara anak muda itu bersama sedikit jenaka membuatkan kuntuman senyuman mengacah mekar dibibir mulus milik gadis itu.

"Ha! kan cantik bila awak tersenyum. Nampak manis pada pandangan mata saya, hilang gundah tapi menambahkan resah di jiwa. Sudi temankan saya lunch? Sebenarnya dari pagi saya tidak sempat menjamah sebarang makanan." usik Fizz Haizal sambil memohon simpati.

"Kenapa tak makan? Masakan segelas koko suam pun tidak sempat encik teguk?" tanya Maira Atisya. Mata bundarnya bulat merenung anak muda yang berada dihadapannya.

"Saya tak biasa minum koko suam. Itukan minuman kegemaran awak bila tak sempat nak makan. Mungkin saya boleh praktik kan kalau awak sudi menyediakan untuk saya." giat Fizz Haizal. Senyuman mula melebar dibibir anak muda itu menyerlahkan kedua lesung pipit yang ada di kiri kanan pipinya.

Maira Atisya terkedu. Seakan hilang segala perbendaharaan kata dari kamus mindanya. Malu dan segan menyerbu membuatkan wajahnya berona kemerahan. Fizz Haizal tertawa kecil melihat perubahannya sedangkan gadis itu sudah melarikan wajah. Tidak betah terus berhadapan dengan situasi sedemikian.

"Jadi, bagaimana. Sudi temankan saya?" soalan diajukan kembali bila jawapan masih tidak terucap.

"Dah lewat. Saya rasa macam tidak sempat. Sekarang pun sudah jam satu empat puluh lima petang. Mustahil saya dapat kembali ke meja saya tepat pada masanya. Saya pohon maaf." ucap Maira Atisya. Fizz Haizal mengeluh. Matanya masih betah dengan pandangan mengharap agar gadis itu bersetuju dengan apa yang dipinta, malangnya gelengan kepala yang beraksi bagaikan jawapan yang tak mungkin akan berubah.

"Atisya, please….. Sanggup Atisya lihat abang kelaparan?" pujuk Fizz Haizal lembut. Sengaja digunakan ungkapan ‘abang’ untuk meraih belas dari hati gadis di hadapannya. Maira Atisya mengetap bibirnya menandakan dia tidak gemar dengan ganti nama diri sedemikian, namun anak muda itu seolah sengaja tidak mahu memahaminya.

"I wish, I can; but sorry. Saya tak mahu ada lagi cerita-cerita kurang enak yang bakal menggegarkan ruang angkasa Teras Cemara ini." Perlahan suaranya. Apa yang pernah berlaku dulu kembali terbayang di layar ingatan.

"Tak apalah kalau Atisya tak sudi. Biarlah abang berlapar sampai ke petang." sengaja diacah dengan bicara berperisa rajuk dan jauh hati untuk melihat sejauhmana keperihatinan gadis itu terhadapnya.

"Tak sudi dan tak boleh adalah dua istilah yang berbeda Encik Haizal." Keluh Maira Atisya. Dia benar-benar tidak senang bila anak muda itu seolah sengaja menjerat dengan menggunakan titik kelemahan yang ada pada dirinya.

"Erm, apa kata kalau encik jamah dulu nasi goreng ini sebagai pengalas perut. Itu pun kalau encik tak kisah sebab saya dah jamah sedikit, tapi bukan menyisakannya. Saya ambil dan letakkan dalam piring lain sebelum memakannya." tanya Maira Atisya sambil tangannya teragak-agak untuk menghulurkan Tupperware yang masih ada di pegangan.

"Selalu ke Atisya bawa bekal ke pejabat?" soal Fizz Haizal tersenym sambil menyambut. Segera penutup bekas itu dibuka dan aroma nasi goreng yang berlaukkan sambal bilis tumis yang telah dihangatkan menyusuk ke hidungnya. Perut yang sememang sudah sekian lama berkeroncong seakan tidak sabar pinta di isi segera.

"Mahu Atisya temankan saya makan di pantry?" Fizz Haizal masih mencuba nasib. Biarpun dia sudah tahu apa jawapan yang telah menanti.

"Jangan cari penyakit yang telah sedia ada Encik Haizal. Kelak saya juga yang terpaksa mencari vaksin untuk mengubatinya." Anak muda itu sudah memuntahkan tawa mendengar ungkapan gadis itu. Maira Atisya mengatur langkah menuju ke tempatnya. Dia sedar Fizz Haizal tidak boleh terus dilayan. Faham dengan apa yang tersurat dalam maksud kata-kata itu. Perlahan-lahan diaturnya langkah ke pantry. Perutnya menjadi semakin lapar bila terbayangkan nasi goreng yang kini berada di tangan.

Dia bersendirian mengadap hidangan. Bersama lafaz Bismillah, sesudu nasi goreng disuapkan ke mulut. Di kunyah perlahan-lahan sambil menikmati keenakan juadah itu. Semuanya seimbang. Pedas, masin, gabungan sayur-sayuran dan ikan bilis yang digunakan sudah cukup menjadikan hidangan itu sempurna. Dia tersenyum sendiri. Teramat yakin juadah itu adalah hasil tangan gadis itu sendiri. Dia tahu Maira Atisya gemar membawa bekalan dari rumah malah jarang benar dia lihat gadis itu membeli juadah untuk makan tengaharinya. Dia tersenyum sendiri bila mindanya diapung dengan angan-angan yang tidak mampu dizahirkan pada pengucapan..

"Hai Haizal, awak makan atau berangan? Saya tak tahu pulak awak rajin bawa bekalan dari rumah. Sejak bila? Well, satu perubahan yang baik." tegur Encik Azmi sebaik sahaja terpandang Fizz Haizal yang asyik menjamu selera. Tersedak anak muda itu dengan teguran yang tidak disangka. Pantas mug berisi air suam diteguknya. Terasa lega tekak yang sedikit keperitan tadi.

"Eh! Encik Azmi. Dah makan ke? Maaflah. Saya tak dapat nak pelawa sebab dah hampir habis." ucap Fizz Haizal tersenyum. Serba salah kelihatannya untuk meneruskan saki baki suapannya.
Encik Azmi tersenyum. Kerusi yang kosong dihadapan anak muda itu ditarik lantas melabuhkan duduk. Dia memerhatikan juadah anak muda itu.

Ah! Masakan masakan orang bujang sesempurna ini, kalau iyer pun disediakan oleh ibunya; mana pernah Financial Controllernya itu membawa bekalan dari rumah sebelum ini. Pasti kepunyaan orang lain.... gumam hatinya sambil melirik senyuman.

"Ada apa-apa yang tak kena ke Encik Azmi? Sampai begitu sekali encik renung saya." tanya Fizz Haizal. Hairan hatinya dengan renungan yang menguntum senyuman itu.

"Dari pemerhatian saya, ini bukan masakan orang lelaki. Rajin ibu awak menyediakan bekalan untuk anak bujangnya." giat Encik Azmi cuba mencari reaksi anak muda itu. Wajah Fizz Haizal berubah.

Ah! Masakan orang tua dihadapannya tahu dia sedang menikmati bekalan Maira Atisya. Aduh! Gawat .. bisik hatinya.

"Sebenarnya Encik Azmi, errrr bekalan ini bukan ibu saya yang sediakan. Sebenarnya ini errrr" Fizz Haizal sudah tergagap-gagap cuba menyusun ayat, tapi ternyata segalanya bertaburan entah di mana.

"Maksud awak, ini bekalan Maira Atisya?" pintas Encik Azmi sebelum anak muda itu menghabiskan kata-kata. Dia mengulum senyum. Perubahan wajah anak muda itu tidak sukar dikesan.

Bulk… bagai dihempap seketul batu besar bila tekaan yang dibuat tepat mengenai sasaran. Dia terpana sedang bossnya sudah meledakkan tawa.

Monday, March 19, 2007

Kemaafan Dendam yang Terindah......




Sejak peristiwa diherdik oleh Fizz Haizal, Maira Atisya seakan menjauhkan diri dan mengelak dri bertembung dengan anak muda itu. Dia lebih banyak berada di tempatnya menyelesaikan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan malah dia juga sudah tidak lagi kelihatan berbual-bual dengan para pekerja Teras Cemara seperti dulu. Dia lebih betah dengan dunianya. Hanya sesekali terdengar dia bersuara itu pun pada tutur yang cukup terhad. Apakah gadis itu serik atau mungkinkah hatinya luka dengan apa yang berlaku? Tak siapa yang dapat menduga jauh seklai memberikan jawapan.

Pagi Isnin itu entah mengapa Maira Atisya tergerak untuk membawa cake carrot yang dibuatnya. Sudah lama dia berjanji secara tidak rasmi dengan Balqis, setiausaha Fizz Haizal setelah wanita itu merungut resepi pemberian Maira Atisya gagal menghasilkan kek yang memuaskan. Justeru itulah, semalam dia membuatnya.

"Assallammualaikum Maira. Cepat engkau sampai hari ni. Erm mana Alia? Engkau tak datang dengan dia ke?" tegur Balqis bila terlihat gadis itu meletakkan beg komputernya di atas meja.

"Waalaikummussalam. Awal sikit dari biasa. Hari ini aku tumpang papa aku yang kebetulan ada mesyuarat dekat-dekat sini." terang Maira Atisya tesenyum sambil melangkah ke tempat Balqis. Tupperware yang dipegang diunjukkan pada gadis itu.

"Apa ni?" tanya Balqis sambil membuka peneutup bekas tersebut.

"Wah Maira! Walnut Carrot Cake lah. Amboi! Rajin anak dara sorang ni. Erm, sedaplah Maira. Memang berbeza dengan apa yang aku buat." komen Balqis tanpa dipinta. Sepotong lagi kek disumbat ke dalam mulutnya.

"Isy, kalau iyer pun teruja, cubalah bawak duduk. Tak manis anak dara makan berdiri canggini." tegur Maira Atisya lembut. Mereka sama-sama tertawa.

"Maira, aku lihat engkau macam mengelak aje dari bertembung atau bercakap dengan boss aku sejak incident hari tu. Erm, engkau masih terasa ke?" soal Balqis sambil merenung wajah gadis yang masih tegak di hadapannya.

Maira Atisya mengeluh. Soalan yang diajukan padanya seakan torehan yang kembali melorek hatinya yang sudah dicorak dengan berbagai paten kelukaan.

"Tak adalah Balqis. Aku tak terasa pun malah aku berterima kasih pada dia. Memang salah aku sendiri. Suka menyibuk urusan orang lain. Betul apa yang boss engkau katakan. Aku ke mari atas urusan mengaudit akaun syarikat, bukannya mengaudit tingkah atau perilaku dia. Tambahan pulak aku memang tak ada hak untk mencampuri urusan dia. Teguran dia tempohari menyedarkan aku siapa diri aku yang sebenarnya. Sebab itu lah aku cuba untuk tidak mengulangi lagi apa yang telah terjadi." sayu suara Maira Atisya. Bagai terdengar-dengar ledakan kemarahan anak muda itu padanya.

"Maira, boss aku tak sengaja nak marah engkau. Masa tu dia betul-betul tengah tension. Tahu ajelah dekat dengan board meeting. Semuanya mesti beres. Sebagai seorang Financial Controller, engkau tentu sedia maklum macamana bebanan tugas dia kan. Kebetulan hari tu Managing Director tembak dia dalam meeting sedangkan kesalahan berpunca dari orang lain. Aku dengar teruk jugak dia kena belasah. Aku rasa mungkin sebab tu dia terbabas lepaskan kemarahan dia pada engkau. Actually he’s not that bad and heavy smoking person, cuma hari tu aje yang terover. Agaknya dia nak released tension kot." terang Balqis. Dia tahu Maira Atisya malu dengan incident itu lebih-lebih lagi ramai yang mendengar ledakan kemarahan Fizz Haizal.

"Aku tak apa-apa Balqis. Janganlah engkau bimbang. Erm, aku nak pegi buat air sekejap." Maira Atisya berlalu sebaik sahaja melihat Fizz Haizal mula mengatur langkah ke arah mereka. Balqis sekadar menggelengkan kepala. Sedar itu sekadar alasan gadis itu untuk menghindarkan diri dari bertemu dengan bossnya.

"Selamat pagi Balqis." ucap Fizz Haizal tapi matanya masih betah menyorot langkah Maira Atisya. Belum surutkan kemarahan gadis itu padanya sedangkan sudah lebih dua minggu peristiwa itu berlaku. Tanpa sedar, terlepas keluhan berat dari bibirnya.

"Selamat pagi boss. Awal hari ni." balas Balqis. Dia turut mengikut pandangan anak muda itu yang masih melirik pada Maira Atisya malah turut memahami erti keluhan yang didengarnya sebentar tadi. Simpati juga dengan apa yang dihadapi oleh anak muda itu, tapi apa dayanya untuk membantu. Maira Atisya bukan mudah untuk dipujuk.

"Erm, boss dah breakfast? Kalau belum, jemput boss. Kek ni cik kak tu yang buat. Entah apa mimpi dia semalam, alih-alih pagi ni disuanya saya bekal yang dibawa. Tapi bagus juga kan boss, merasa kita makan kek yang dibuatnya." pancing Balqis sambil mengulum senyum. Tupperware yang sedari tadi berada di meja disuakan pada anak muda itu. Fizz Haizal merenung. Entah mengapa tiba-tiba nalurinya melonjak ghairah untuk menikmati juadah hasil air tangan dari gadis itu.

"Boleh awak letakkan dalam piring dan bawak ke bilik saya?" pinta Fizz Haizal sambil berlalu tapi berpatah semula ke meja setiausahanya.

"Minta Atisya tolong buatkan secawan Nescafe kalau dia dah maafkan saya. Bawak sekali dengan kek tu yer." ucap Fizz Haizal sambil tersenyum nakal. Ah! Moga kali ini formula yang dipraktiknya akan berhasil. Balqis tertawa kecil. Bijak juga rupanya anak muda itu. Tahu bagaimana untuk menggunakan titik kelemahan hati Maira Atisya. Dia mula mengatur langkah ke pantry. Fizz Haizal sudah menghilang ke biliknya.

"Maira, aku nak sampaikan pesan orang." tegur Balqis pada gadis yang masih leka mengacau campuran koko didalam mugnya. Entah ke mana destinasi fikirannya melayang mengikut pusingan sudu didalam mug itu.

"Boss aku minta engkau tolong buatkan dia secawan nescafe kalau engkau dah maafkan dia atas ketidak sengajaannya marah engkau hari tu." Bulat mata Maira Atisya memandang wajah Balqis. Bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Namun dia tetap berlagak selamba sedang dalam hati sudah terasa perit getarnya.

"Maira, engkau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" tanya Balqis bila melihat gadis itu seakan tidak mengindahkan kata-katanya sebentar tadi.

"Maira……"

"Tak payah nak ulang. Bukannya aku tak dengar apa yang engkau cakap, cuma aku musykil, sejak bila aku jadi tukang buat air untuk dia?" tanya Maira Atisya selamba. Matanya melolot ke arah bilik di mana anak muda itu bersemayam.

Balqis sekadar menjungkitkan bahu sambil membalas renungan itu bersama senyuman tanpa kata. Namun senyuman yang terpamir sudah cukup mengungkap apa yang ada didalam fikirannya. Maira Atisya menjeling geram. Tidak gemar dengan tanggapan yang dibuat oleh gadis itu.

"Panjang umur Kak Ani. Encik Fizz Haizal minta secawan Nescafe." ucap Maira Atisya sebaik terlihat Kak Ani, tea lady syarikat itu yang datang bersama cerek kosong ditangan. Balqis menggelengkan kepala melihat tingkah gadis itu.

"Orang suruh dia, dia suruh orang lain pulak. Maira… Maira… dah bertemulah buku dengan pensil. Engkau dengan boss aku tu sama je. Dua-dua tak pernah nak mengalah." luah Balqis tertawa kecil. Wajah gadis itu ditatapnya penuh makna, namun Maira Atisya tetap buat muka selamba. Bagai tidak berbekas dengan apa yang diperkatakan padanya.

"Eh! Encik Haizal dah sampai ke? Tak perasan pulak akak. Nanti akak buatkan air untuknya." terkocoh-kocoh perempuan itu mencapai mug yang ada untuk menyiapkan minuman seperti yang dipinta.

"Tak payah susah-susah Kak Ani. Saya minta orang yang saya marah hari tu buatkan. Iyelah, sebagai tanda ketidak sengajaan saya sudah dimaafkan; tapi nampaknya kemaafan itu masih belum menjadi milik saya. Tak apalah. Mungkin rasa bersalah yang saya rasa sekarang ini merupakan harga yang perlu saya bayar di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Saya dah tak perlukan secawan Nescafe malah rasa dahaga ini pun dah hilang. Terima kasih Kak Ani." ketiga-tiganya terkejut. Entah sudah berapa lama anak muda itu berada di situ tanpa disedari. Fizz Haizal berlalu meninggalkan mereka. Maira Atisya terpaku mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak muda itu.

Tanpa sengaja mug yang berada di tangan terlepas dari pegangan. Kak Ani dan Balqis berpandangan sedang gadis itu sudah tunduk memungut sepihan ceramic yang bertaburan. Mengapa kau masih tega mendera naluriku rintih Maira Atisya sendiri. Tanpa sedar, serpihan ceramic yang tajam itu mengenai jarinya. Pantas dia mengaduh. Serentak itu juga darah merah mengalir dari luka yang sudah terobek.

Kak Ani panik. Segera ditariknya gadis itu ke sinki. Jari yang luka dibasuh dengan harapan darah yang mengalir akan berhenti, sementara Balqis sudah berlalu mendapatkan kotak menyimpan ubat-ubatan. Dia kembali bersama sebotol ubat luka dan plaster.

"Dalam juga luka engkau ni Maira. Aku rasa baik engkau pergi klinik." saran Balqis sambil tangannya lincah menyapukan ubat. Menyerigai gadis itu menahan rasa sakit dan pedih yang mula bersatu.

"Tak payahlah Balqis. Sikit je. Engkau tolong tampal dengan plaster tu. Rasanya okey kot." pinta Maira Atisya perlahan. Di tahannya airmata yang mula mengacah. Setelah selesai, dicapai sebiji mug. Di masukan sesudu kecil Nescafe, coffemate dan gula secukup rasa lantas dikacau perlahan-lahan.

Kak Ani dan Balqis sekadar memerhati perbuatan gadis itu. Sesekali terlihat wajah Maira Atisya berkerut. Mungkin menahan rasa sakit yang mula terasa.

Setelah yakin dengan air yang dibancuh, sebiji piring dicapai lantas dibawa bersama. Dia berhenti di meja Balqis. Mengisi beberapa potong kek yang dibawanya tadi sebelum melangkah ke bilik anak muda itu. Kak Ani dan Balqis saling bertukar senyum. Terusik juga rupanya hati gadis itu mendengar apa yang diperkatakan oleh Fizz Haizal sebentar tadi.

"Assallammualaikum. Maaf kalau saya mengganggu. Ini ada sedikit kek dan Nescafe. Jamahlah kalau sudi." ucap Maira Atisya perlahan. Secawan Nescafe yang masih berasap dan sepiring kek di letakkan di hadapan anak muda yang seakan langsung tidak mengindahkan kehadirannya. Aroma minuman yang mula mengusik naluri cuba ditahan dengan keegoaan seorang lelaki. Maira Atisya masih terpacak.

"Kalau awak sekadar tolong bawakan air yang Kak Ani buat, baik tak payah. Saya tak akan mati kebuluran atau kehausan tanpa menjamah kek dan air yang awak bawak." sinis kata-kata anak muda itu tanpa sedikitpun mengangkat wajahnya yang masih betah meneliti dokumen yang sedari tadi dipegang, sedangkan sebenarnya fikiran langsung tidak terfokus pada apa yang dilihat pada dokumen itu.

"Terserah. Saya tak paksa kalau encik tak sudi. Saya mohon diri dulu." ucap Maira Atisya. Malas melayan angin yang sudah mula bertukar corak hembusannya. Dia tidak mahu memulakan harinya di situ dengan ketegangan yang tak akan menguntungkan mana-mana pihak.

"Kenapa dengan jari awak ni?" tanya Fizz Haizal sambil menyambar tangan Maira Atisya sebelum sempat gadis itu berlalu. Bulat mata Maira Atisya memandang wajah Fizz Haizal. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan spontan yang tidak diduga. Cuba ditarik tangannya tapi makin kejap pegangan anak muda itu. Wajah Maira Atisya berona kemerahan.

"Mengapa awak suka mencederakan diri sendiri sedangkan ada cara lain yang boleh kita gunakan ke arah perdamaian?" lembut suara Fizz Haizal menyapa pendengaran Maira Atisya.

Terasa ada tangan yang singgah mengangkat wajah yang kian tunduk menjadikan pandangan mereka menyapa. Ada getar yang ganas memukul di pantai hati. Ada resah yang bertiup dalam bayu kerinduan. Ada bahagia yang berkicau pada nyanyian unggas yang menari di taman hati. Namun dia tidak berani untuk menzahirkannya pada reality. Masih tega terapung dan ampuh jauh di dasar sanubari.

"Sa…saaaa saya tak apa-apa encik. Sikit aje luka ni." ucap Maira Atisya gugup. Getaran di dadanya kian menyiksa. Fizz Haizal menyembunyikan senyum. Wajah gadis itu yang sedari tadi sudah berona kemerahan kelihatan lucu dipenglihatannya.

"Luka di jari ni memang sikit, tapi luka yang ada di hati tu dalam kan; hingga Atisya terus memboikot dan menjauhkan diri dari saya. Sudi Atisya maafkan saya?" bisik Fizz Haizal romantik. Maira Atisya tetap membeku. Gementar seluruh anggota dan naluri gadisnya berdebar kencang. Mindanya pantas berfikir. Dia harus segera melepaskan diri dari situasi yang agak gawat. Tidak mahu mengundang berbagai spekulasi andai ada yang terlihat keadaan mereka tika itu.

"Encik, kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Masih banyak kerja yang perlu saya bereskan." dalih Maira Atisya. Di rentap tangannya yang masih betah dalam gengaman anak muda itu. Fizz Haizal akhirnya tersenyum. Kegabraan gadis itu sudah terserlah. Wajah yang berona kemerahan itu sudah terbias di pandangannya.

Minda anak muda itu mula mencetuskan idea nakal. Sengaja ingin terus mendera perasaan si gadis yang telah lama goyah. Dia capai sepotong kek lantas disuap ke mulut. Perlahan-lahan dikunyahnya seolah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Maira Atisya sebentar tadi. Kemudian dia meneguk pula Nescafe yang masih berasap tipis. Sengaja diambilnya waktu seolah sedang menilai apa yang disajikan. Sesekali mata nakalnya mengerling pada Maira Atisya yang bagai dihambat keresahan. Senyumannya menguntum namun hanya terzahir di dalam hati.

"Pandai Atisya buat air. Tidak manis dan tidak tawar. Sukatannya cukup seimbang. Begitu juga dengan kek ini. Sedap. Terima kasih sebab sudi beri saya rasa. Okey, Atisya boleh sambung kerja, tapi tengahari ni kita lunch sama-sama yer." anak muda itu menggenyitkan mata nakal pada Maira Atisya. Dia benar-benar gembira. Harapannya konfrantasi tidak rasmi yang terjalin antara meraka bakal berakhir hari ini. Cukuplah lebih kurang dua minggu gadis itu menghindari akan dirinya. Dia benar-benar tidak tega dengan situasi sebegitu.

Maira Atisya sekadar membisu sambil melangkah keluar dari bilik anak muda itu, tapi langkahnya mati bila terpandang renungan tajam Alia Natasya. Dia tidak pasti apakah gadis itu mendengar apa yang diperkatakan malah rasanya meyaksikan segala yang berlaku. Hatinya diserbu rasa kurang enak. Pandangan gadis itu cukup difahami. Namun tidak mungkin dia mampu menerangkan keadaan sebenarnya, lebih-lebih lagi Fizz Haizal langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Anak muda itu buat-buat bodoh dan terus membelek dokumen yang sedari tadi tersadai di mejanya.

Friday, March 16, 2007

ala bukan selalu

Semalam entah mengapa tiba-tiba aje datang idea jajal kat kepala otak aku. Aku sendiri hairan dari mana hadirnya kemalasan tahap cipan bara yang berjaya menjadi penghasut maha tip top hingga aku tak mampu nak mengatakan TIDAK.

Aku: Hai Boss, morning. I bring a cup of coffee for you. Erm boss, can I take halfday leave today? [Cewah! Beraninya]

Boss: Morning. What happen to you? Are you not feeling well today? [alamak, nak jawab apa ni… tak kan nak goreng boss aku.]

Aku: Well, I’m okey, just…… [ehem… aku buat muka kesian. Nak gak test sesekali samada aku ni ada telent berlakon atau tak]

Boss: Hahahahhaha… your face already change my dear. Okey, you just fill in the form and pass it to me. Anyhow, please update me if I have any urgent meeting today and thanks for a cup of coffee. [fuiiiiiiii lega… nasib baik dia tak banyak songeh. Aku keluar dari biliknya kemudian masuk semula dengan dairy di tangan]

Aku: Your schedule looks clear today. No meeting or external discussion either internal as well. Erm boss, are sure it okey if I’m not around? [aku masih lagi bertanya dan teragak-agak untuk serahkan form cuti yang aku dah isi sebab rasa cam tak sedap hati pulak untuk sesuka hati ayam itik lembu dok amik halfday]

Boss: Don’t worry. It will be fine. I be around at the office today, so you may go if you want to even I didn’t know for what purpose.[ aku sengeh aje… mana mungkin aku akan kata yang otak aku telah di rasuk oleh satu anasir yang entah dari mana datangnya.]

Aku: Thanks boss.

Boss: You welcome.

Aku keluar dari biliknya dengan senyum melerek. Kerja untuk hari itu aku bereskan, walaupun sebenarnya tumpuan aku dah mula merayau-rayau. Kureng asam betul…. Tak nak dengar perintah betul tumpuan aku tu. Fikiran dan perasaan pun ikut suka hati diorang aje berangan-angan apa yang nak aku buat untuk menfaatkan cuti separuh hari aku tu. Rancang nak pegi kedai buku lah…. [erm kira alright gak] nak shopping lah walaupun belum gaji dengan menyuwap kad kredit… [ni berat sikit, macamlah aku ni loarded nak bershopping nyopping, guna kad kredit lagi… hohohohooooo jangan cari bala…. ] tiba-tiba minda aku merancang dan hati pulak berbisik… psssttttt tengok wayang lah….. lagi pun dah berkurun aku tak tengok wayang… erm aku pun dah lupa citer apa last aku tengok kat panggung… kalau tak silap citer Senario… tapi tak pasti yang first atau yang second. YES….. aku nak tengok wayang….. itu lah keputusan sepakat yang pertama kalinya dipersetujui bersama oleh minda dan hati aku…. Okey… cadangan di terima. Sedang aku layanzzzz mood yang baru nak ceria, phone kat meja menjerit…..

Aku: Hello…..

Dia: Hai DSana… Assallammualaikum. Sihat hari ni? Sibuk ke? [Terkedu aku kejap…. Apa hal dia tipon aku hari ni….]

Aku: Waalaikummussalam. DSini sihat….tak sibuk sangat. Lagi pun DSini halfday hari ni.

Dia: Halfday.. kenapa….[intonasi suaranya sudah berubah]

Aku: Saja…[aku berbisik perlahan sebab tak nak member dengar]

Dia: Tak baik DSana buat macam tu. Kenapa tak rancang betul2 kalau nak amik cuti? [isy dia ni… suka hati aku lah. Boss aku pun tak banyak songeh, dia lak yang over. Nasib baik aku tak keje ngan dia, kalau tak…. mesti merana hidup tak dapat nak nak buat jajal canggini.]

Aku: Suka hati DSini lah, lagi pun boss kata okey. [aku tahu dia terkedu mendengar intonasi suara ku yang agak keras. Oppsss sorry, terbabas tanpa break, tapi sorry itu hanya terungkap di dalam hati dan aku sorang aje yang dengar]

Dia: Hahahahhahahahhahaha .[terdengar dia ketawa mendengar suara aku yang dah mula meninggi tadi. Ilang akal apa ke mamat sorang ni. Tentu dia dapat agak mood aku yang berubah itu] DSana nak pegi mana sebenarnya?

Aku: Tak pasti, tapi kan DSini rasa cam nak tengok wayang. [aku berbisik padanya tentang rancangan jajal aku.]

Dia: What time you plan to leaving?

Aku: Belum tahu lagi, but not late than 12.45. Kenapa?

Dia: Wait for me a lobby. I’ll try to be there around that time. [kali ini giliran aku pulak yang terkedu. Apa maksudnya]

Aku: Maknanya……

Dia: Tak ada maknanya…. Hahhahahhahahhahahhahaaa [dia ketawa lagi. Cinabeng, dalam baik dia kenakan aku... hampehkelapa.com tul.... Happy sangat dia hari ini… apa kenanya… hati aku bermonolog sendirian]. DSana, remember just wait for me, key. DSini ada kerja yang perlu disiapkan sebelum keluar. So see you later. Assallammualaikum.

Aku: Okey, tapi jangan merungut nanti dan kata DSini paksa DSana pulak. Waalaikummussalam. [aku dah malas nak bertanya. Ikut suka dial ah, tapi best gak. At least aku tak lah boring sensorang. Tak sangka, dia sanggup join plan jajal aku]

So semalam, aku dan dia habiskan separuh hari dengan aktiviti tak dirancang. Redah kedai buku kat Jalan TAR, tapi malangnya tak ada novel yang menarik minat hatiku walaupun hakikatnya berlambak novel-novel yang ada di situ. Entah, aku memang suka ikut gerak hati bila memegang novel. Kalau gerak hati ku kata AMIK, so aku akan beli. Kemudian kami ke KLCC tengok wayang citer Mukhsin. Pada sesapa yang belum tengok… pi lah tengok… BEST…. Walaupun bukan dalam kategori BEST GILER… tapi best… sebab minda aku flashback kisah sorang budak pompuan yang tinggal kat kampung yang punya perwatakan yang agak sama walau tak serupa dengan si Orkid… ehhehehehehheehhee

Hari ini aku masuk keje dengan senyuman. Boss aku pun tersenyum sama sejak awal pagi. Walaupun aku heran, tapi aku buat dek aje…. Biarlah dia tersampuk virus kerang terlebih masak. Tapi baru kejap tadi terjawab segalanya tentang virus yang menyerangnya. Sewaktu dia beri fail pada aku, ada note kecil terselit di dalamnya… Hai Dear…. How’s the movie yesterday? I assume you happy and have a great time going out with……… ;) ;) Ahhhhhhh aku pulak yang tersenyum dalam terkedu…. macamana mamat salleh ni boleh tahu….. ???????????? hahahahhahahahha padan muka aku akhirnya KANTOI juga.....

Tuesday, March 13, 2007

Cinta Illusi Kasih Reality

Kepuasan seolah terbayang di wajah….. lawatan ke sebuah laman web tidak menghampakan Wirda. Sudah dua minggu dia berada di situ, melempiaskan rasa bosan bila tiada tugasan yang perlu di selesaikannya. Di situ ada ruang untuk berchatting dan selama kunjungannya ke situ, dia sudah mula mendapat perhatian dari insan-insan yang sering berlonggokan menghabiskan masa mereka. Namanya cepat tersebar dan kehadirannya seolah di nantikan. Wirda senang dengan situasi itu. Banyak waktunya di habiskan di ruang chat yang menghimpunkan segala jenis manusia… samada lelaki mahupun perempuan. Wirda seolah sudah ketagihan untuk sama bersembang. Sering kali juga bossnya menjeling, namun Wirda bijak….. bijak mengelakkan diri dari di herdik justeru tiap tugasannya di beri keutamaan.

Hari ini Wirda berkenalan dengan dua orang jejaka. Kata mereka dah lama mereka perhatikan Wirda sejak kemunculan nick Wirda di situ. Rasa ingin kenal dengan lebih dekat. Tersenyum Wirda membaca Personal Message yang ditujukan padanya. Dalam hati kembang juga… ah masih laku rupanya diri ku ini…. Sedangkan hakikatnya dia telah pun bersuami dan punyai cahayamata.

Tanpa berfikir panjang Wirda membalas tiap bicara yang di tujukan padanya. Bertanya khabar dan cuba mengenali jejaka-jejaka yang sudi menghulurkan salam perkenalan padanya. Seorang bernama Zamri dan seorang lagi bernama Zakuan. Kebetulan pula.. keduanya bermula dengan huruf “Z”

“Hai Wir.. melerek senyum awak… skrin computer tu bukannya nampak senyum melerek awak tu… Ni awat lain yang saya suruh lain yang awak taip. Berangan je… kopi yang sama minta… Nescafe yang awak hidangkan… awak nak suruh saya pengsan ke?“ sergah Encik Hamid mengejutkan lamunan Wirda. Kalut Wirda mengescapekan website yang di layarinya.

“Tu lah berchatting banyak sangat. Erm dapat Pakwe baru ke?“ giat Encik Hamid lagi sambil melirik pada Wirda yang masih terperanjat.

“Tak lah Encik Hamid. Erm sorrylah… nanti Wir buat minuman baru ye. Mamai sikit lah pagi ni. Malam tadi tak cukup tido.“ dalih Wirda sambil tersenyum.

“Iya lah tu… banyak lah awak punya tak cukup tido. Setahu saya suami awak kan out station. Hai tak kan tak cukup tido juga…“ usik Encik Hamid melirik senyuman.

“Betul lah suami saya out station, tapi kita orang chatting semalam lah Encik Hamid. Sampai pukul 3.00 pagi. Hai rindu lah katakan.“ ucap Wirda sambil berlalu meninggalkan bosnya yang masih tersenyum. Kalau di layan, tak pasal pecah pulak segala rahsianya nanti. Parah jadinya.

Wirda masuk ke bilik bosnya sambil menatang mug berisi air kopi. Kemudian mencapai semula dokumen yang di maksudkan untuk di perbetulkan semula. Hairan juga hatinya bagaimana dia boleh melakukan kesilapan sedemikian sedangkan rasanya sebelum menyerahkan pada bosnya tadi, dia sudah pun membuat semakan. Wirda mengeluh sendiri. Nasib baik hari ni mood bosnya agak baik, kalau tidak percuma saja dia di serang dengan angin TWISTER yang pasti akan berlarutan hingga ke petang. Dalam pada itu, fikirannya masih sempat mengimbas kembali apa yang di bualkan bersama Zamri tadi. Sedikit sebanyak dia mendapat gambaran akan jejaka tersebut.

“Mas…. Tolong berikan dokumen ni pada Encik Hamid.“ arah Wirda pada Mastura

Tanpa berlengah dia terus mengarahkan tetikusnya ke internet browser lantas mengklik ke laman web tersebut. Dia yakin tika itu pasti Zakuan ada dan kalau nasibnya baik Zamri juga akan berada di sana. Bukan kah tadi dia sudah berjanji dengan Zamri. Hatinya melonjak kegirangan.

“Ala… kenapa pulak server ni… kejap okey… kejap k o… menyampahnya….“ rungut Wirda sambil jarinya menekan papan kekunci.

“Bersungut nampaknya Wir… nape….“ tegur Mastura. Hairan melihat sikap rakus Wirda sejak-sejak akhir ini. Pantang ada kelapangan, pasti laman web tersebut jadi sasaran.

“Ni ha… website ni tak boleh nak surf pulak… masa ni lah server nak buat hal…. Boringnya.”

“Erm biasalah… kan server problem tu… kejap lagi okey lah.“ balas Mastura tersenyum sambil meninggalkan Wirda yang masih membebel tidak puashati.

Wirda terus mencuba untuk menembusi laman web berkenaan. Hajatnya ingin mengirimkan gambar yang telah lama siap di scan dan diperkemaskan bagi tatapan pengunjung di sana tambahan pula sudah ramai yang menyarankan dia berbuat demikian. Setelah berkali-kali mencuba tanpa jemu, akhirnya dia berjaya juga. Alangkah girangnya hati Wirda tambahan pula sewaktu dia mengisi mengesahkan kemasukkannya tadi telah terpanpang nick Zamri dan Zakuan di situ. Dia mula tersenyum melerek.


“Hai melerek senyuman…. ada yang menarik ke Wir?“ soal Mastura bila melihat Wirda tersenyum sendiri. Terkadang rasa hairan juga dihatinya… apa lah yang menarik sangat yang ada di laman web tersebut hingga Wirda begitu asyik dan leka.

“Ha… kalau engkau nak tahu betapa bestnya chat room ni, cubalah engkau join. Lepas tu baru engkau tahu apa yang menariknya di sini.“ ucap Wirda.

Mastura datang menghampiri Wirda. Membaca apa yang tertera di skrin computer temannya itu. Dia memandang ke arah Wirda yang kelihatan gembira.

“Eh mamat ni macam bercinta je dengan engkau. Dia tak tahu ke yang engkau ni dah kawin?“ Mastura kehairanan setelah membaca pesanan-pesanan yang diterima oleh temannya itu. Dia mula merasakan satu kelainan.

“Eleh… dia tahu, tapi nak buat macamana…. Orang dah suka… Engkau nak tahu, aku baru je hantar gambar aku untuk di siarkan di ruang koleksi gambar-gambar para chatters. Petang nanti keluarlah tu. Tak sabar aku nak lihat apa respond yang mereka berikan setelah melihat gambar aku tu.”

“La… sampai hantar gambar… eh.. engkau dah fikir ke akibatnya kalau suami engkau dapat tahu perkara ini?“ Soal Mastura. Dia pula yang gusar dengan keberanian Wirda sejak akhir-akhir ini.

“Engkau ni pun satu lah Mas… Pandai makan… pandai lah simpan. Tak kan aku nak beritahu pada suami aku, lagi pun kan ke kat rumah aku tu tak ada komputer… jadi…. Mana mungkin suami aku boleh surf internet… Apa lah engkau ni…. Slow pick up lah. Aku surf internet ni pun hanya pada waktu pejabat.“ balas Wirda sambil tertawa manja.

“Suka hati engkau lah Wirda. Aku cuma ingatkan aje… jangan sampai terperangkap dah lah. Lagi pun kedua jejaka tu cuma kenal engkau kat cyber je… bermacam-macam perkara boleh berlaku.“ Mastura berlalu meninggalkan Wirda yang sibuk membalas pesanan dari Zakuan. Ternyata sedikitpun kata-kata Mastura tidak diendahkannya.

Sementara itu di Chat Room berbagai topik yang di bualkan. Ada yang berbual sesama sendiri… tak kurang juga yang mengusik chatter lain dengan gurauan yang terkadang boleh mengundang perbalahan. Tapi mereka tetap bijak dalam menyusun kata….. segalanya umpama satu skrip drama yang telah di olah dengan baik dan di pentaskan oleh para pelakon yang bukan lagi amatur dalam memainkan peranan. Tahu saja di mana perlu di mulakan…. ready menanti arahan dan action bila tiba giliran mereka…. Meski arahan itu bukanlah datang dari mana-mana director yang bertauliah yang khusus pemilik drama di pentas chat room itu. Wirda juga tidak ketinggalan, malah terkadang dia merupakan PRIMADONA yang sedang meniti dibibir para chattes. Kehadirannya seolah sentiasa di nanti. Tambahan pula setelah gambarnya terpampang di ruangan koleksi. Makin glamour dan popularitinya turut sama meningkat. Tidak di nafikan dia cantik dan anggun. Jelas kelihatan semua itu menerusi gambar yang dikirimkannya.

USER ON LINE : Zakuan, Zamri, Wirda, Nina, Lissa, Amir, Eddy, tetamu 00255, tetamu 00758, Helmi, Effa.

Amir : Loteh botoi hari ni… banyak nyo kojo yang nak di buek..

Effa : La Amir, kalau dah banyak keje… siapkan lah dulu. Ni sempat lagi mengular.

Amir : Asyik kojo jo… dah tak larat mato den ni nak tengok dokumen yang molambak ni.

Wirda : Assallammualaikum… Apa khabar semua?

Amir : Koba baik cik Wirda ooiiiiiii ha sampai pun… ramai yang tanyo tadi…

Wirda : Sapa yang tanya tu Amir…??

Tetamu 00758 : Ala semualah Wirda ooiiiii. Sehari tak nampak Wirda di sini… rindu pulak rasa di hati.

Zakuan : Hai tamu 758 dah pandai berfalsafah nampak… wakakakakaaakkkaaa

Zamri : Apa salahnya….

Zakuan : Cantik gambar Wir… terpikat abang….

Wirda : Isy abang ni ada pulak kata macam tu. Malu Wir. Erm abang sihat? Lena ke tido malam tadi????

Zakuan : Sihat malah lebih sihat dari semalam maklumlah dapat dengar suara Wir sebelum tido. Lena lah abang lepas tu. Ingatkan boleh lah mimpikan Wir.

Zamri : Hai Wir… wah ! tak nampak Zam pun ya. Sibuk menyelam ke.

Wirda : Eh tak lah Zam… ada keje sikit ni. Zam sihat ke? Kenapa tak call Wir semalam? Tertunggu-tunggu Wir tau.

Zamri : Sorrylah Wir… semalam online dengan Nina.

Wirda : Zam serius ke dengan Nina tu? Habis dengan Wir ni macamana pulak?

Zamri : Ala Wir.... janganlah merajuk. Nak Zam pujuk ke?

Wirda : Macam lah tahu nak pujuk Wir.

Zakuan : Wir… ni hantar pm kat abang ke kat sapa… tahu lah menyelam dengan Zamri, tak payah lah nak beritahu abang.

Wirda : Ala sorry lah bang… Dia yang pm Wir, tak kan Wir nak biarkan aje. Nanti orang kata Wir sombong pulak. Abang jangan marah ye… sayang abang.

Zakuan : Yo lah tu Wir…..

Nina : Kenapa ni … nick punyalah banyak… tapi sorang pun tak bersuara…semua sibuk menyelam ke…. Abanggggggggggggggggg menyampah Nina.

Zamri : Kenapa ni Nina. Kan Zam ada ni. Ala sayang dia… ciannya tinggal sorang ya. Jahat diorang ni kan tinggalkan Nina. Meh sini borak dengan Zam.

Amir : Ala anja ayang ni.. jangan lah majok. Meh sini ha… Amir pujok. Sapolah yang tergomak tinggalkan anja ayang Amir ni. Nak kono botoi diorang ni. Den heran gak…. Diorang ni nyolam tak pulak lomeh-lomeh. Apo ada oksigen tambahan ko…..

Nina : Ala… Amir pun sama.. tinggalkan Nina. Boringlah. Nina nak bla lah….

Effa : Isy tak habis-habis si Nina tu merajuk tak sudah. Asal orang tak cakap dengan dia mulalah berangin satu badan. Tak faham betul aku dengan minah sorang tu.

Zamri : Amboi Effa. Nina tu bukannya apa, cuma boring dok sorang aje. Betul pun cakap dia, nick punyalah banyak, tapi semua dengan agenda sendiri…. Ada PROGRAM DALAM NEGERI agaknya.

Lissa : Sorrylah dari tadi asyik Park Nick aje. Banyak keje lah pulak. Erm apa citer ni.

Eddy : Tak de citer Lissa. Cuma Eddy je yang setia menanti kehadiran mu di sini….

Lissa : Cewah… terima kasih Eddy ku sayang. Kesetiaan mu ku hargai…… tak kan ku korban kan kesetiaan mu menanti aku menyelesaikan tugasan yang menimbun ni.

Amir : Alamak… Ado drama swasta lah… Isy Eddy kalau iyo pun ekau ngayat si Lissa tu, cover-cover lah line sikit. Jeles den ni tau… Montang-montanglah den ni dah tuo.. tak ado yang nak ngayat den. Hai manolah anja ayang den ni. Dah kuar pulak…majuk bonar tu.

Lissa : La ada yang jeles ke…. Relex lah Amir. Kitaorang baru nak mula babak pertama, ekau dah kacau. Potong stim botoi lah kau ni.

Zakuan : Wir… minggu depan Wir free tak…. Husband Wir masih out station ke?

Wirda : Rasanya tak ada. Kenapa abang tanya?

Zakuan : Abang nak datang Penang lah. Kalau boleh nak lah jumpa dengan Wir. Itu pun kalau Wir sudi. Erm bawalah sama anak-anak.

Wirda : Abang nak datang Penang…… Ada urusan kat sini ke?

Zakuan : Tak de lah. Saja.. boring dok kat Ipoh ni. Tak de keje. Lagi pun rindu nak jumpa Wir. Erm boleh ke…. Wir…. Wir….. Wir…. Hai hang up pulak dia

Thursday, March 08, 2007

Iklan oooo iklan

Apa yang korang rasa bila tengok iklan????? Pada aku, setakad ini ada dua iklan yang berjaya mencuri tumpuan aku.

Pertama iklan Mukhsin dan Orkid yang merupakan promo untuk filem tersebut. Well aku tak tahu apa yang korang fikirkan bila lihat iklan itu, tapi pada aku iklan itu seolah membawa aku kembali pada zaman kanak-kanak sewaktu di kampung. Tingkah Orkid mengingatkan aku pada kenangan sewaktu berada di kampung.... tapi aku tak ada lah kecoh dengan bedak macam yang dia buat dalam promo filem tu. YES.... aku tersenyum sendiri bila minda aku sesuka hati je flash back kenangan terindah itu. Bermain police and thief, tarik upih, memancing, mandi di sungai, tangkap ikan di bendang dan tidak ketinggalan aktiviti tetap setiap hari.... laypark di atas pokok. Semuanya aku lakukan bersama abang-abang sepupu dan kawan-kawannya. Malah aku juga pernah secara curi-curi aku minta abang sepupu ku ajar aku bawak motor kapcai tok wan hingga kami jatuh dalam bendang. Kecoh jadinya dan riuh mulut Mak Long berleter. Maklum akukan pemegang tahta waris puteri tunggal dalam keluarga sebelah papa. Akibat kejadian itu aku tidak dibenarkan keluar bermain selama seminggu... tapi aku tak pernah serik. Masih brutal dan nakal sebab berjaya menyeludup keluar tanpa pengetahuan mereka... Hahhahahahha bijak kan aku....Setakad calar balar.... dah jadi perkara biasa. Aku memang tak ramai kawan perempuan waktu aku tinggal di kampung. Kalau ada pun ianya boleh ku hitung dan rasanya jumlah jari tangan aku lebih banyak dari kawan aku. Ada tak ada, aku close dengan Peah, Kiah, Meng Fei, Tun Aina dan Sandra, minah salleh yang dah berjaya kami pesongkan..heheheehh depa ni pun sama cam aku... brutal giler.... waktu itu aku jadi selasak-lasak umat sampai papa dan mama terkejut bila sesekali balik kampung ziarah aku. Pernah aku ikut abang-abang sepupu ku pergi tangkap burung kat kebun milik Ayah Ngah. Seronok sangat.... Iyerlah, zaman tu manalah ada permainan macam sekarang.... sebab tu bila lihat semula promo filem tu dengan berlatarkan sawah padi, aku bagai terbawa pada kenangan terindah itu..... ahhhh bestnya.....

Kedua iklan Shampoo Sunsilk yang warna hijau... aku rasa sekarang dia dah ubah semula dengan Wadina sebagai modelnya. Kalau sebelum tu modelnya mamat dengan awek kat library... ala yang usya mengusya tu...... anak buah aku panggil iklan tu sebagai IKLAN POMPUAN GEDIK.... cheese.... mau je aku cabai mulut dia.... sebab iklan tu macam terkena sebiji dengan aku...hehehehhe ni waktu aku di alam sekolah menengah..... bermain mata dalam renung-renung dan jeling-jeling tanpa suara... ahaks..... malu-malu itik seratilah konon..... tapi itulah secebis kenangan yang mampu menarik semula aku ke dalam dakapan sejarah lalu.... ahhhhhhhh... terkadang rasa malu juga... tapi iyerlah..... waktu tu masih muda rumaja... mana lah tahu.... Asmara ini yang hanyutkan kita..... Asmara ini yang hanyutkan aku..... Biar seribu kali kau ucapkan...... ahaks.......

Monday, March 05, 2007

Takkan ku berhenti mencintaimu.....

Malam semalam sekali lagi aku mendera mata ku dengan berjaga semata-mata untuk satu kerja yang mungkin pada orang lain tak ada faedah dan tak berbaloi. Tapi tidak bagi ku. Apa pun sorry to my eyes atas penderaan yang tidak aku sengajakan. Memang dah jadi habit ku untuk menyudahkan pembacaan bila buku yang ku baca itu berjaya mengheret rasa teruja untuk tahu endingnya. Ini semua gara-gara buku-buku yang berjaya ku borong pada hari sabtu yang lalu dan salah satu darinya adalah novel Mimie Afinie selain dari novel Ebriza yang telah selesai ku hayati sebelumnya.

Di waktu insan lain diulit mimpi, aku pula hanyut dengan perasaan ku sendiri. Meleleh airmataku membasahi pipi bila membaca surat Iskandar buat Sarah Nadia…. tak perlu tengok wayang bollywood.. baca novel pun dah boleh tangkap sedih.... macamlah aku ni Sarah Nadia....Hehehheheh apa pun memang sedih… sedih bila membaca luahan hati seorang lelaki yang terpaksa pergi membawa diri membiarkan buahatinya bahagia bersama insan lain…. sedangkan si buahati juga sebenarnya panasaran dengan perpisahan yang terjadi tanpa kerelaan. Dalam kemelut itu, hadir pulak si Jeffri yang sesuka ati antar rombongan peminangan lantas dipersetujui oleh ibu Sarah akibat sakit hati dengan kata-kata yang dianggap penghinaan dari ibu Iskandar...

Novel terbitan KarnaDya ini tidak mengecewakan lantaran Kak Mimie berjaya mencetuskan berbagai situasi yang mampu kita rasakan hasil dari garapan kreativiti beliau. Romantis bila membaca luahan rasa cinta sepasang kekasih .... resah bila status duda yang dimiliki seakan sukar diterima sedangkan hati sarat dengan kasihsayang yang tidak mampu dipadam. Kita juga diseret merasakan kesedihan bila wataknya bersedih seperti mana Iskandar Helmi terpaksa mengundurkan diri setelah berlaku perselisihan faham diantara dirinya dan Sarah Nadia. Kita akan rasa marah dengan tindakan Jeffri yang sengaja menjadikan Sarah Nadia alat untuk membalas dendam yang tidak berasas bilamana dengan sengaja dia tidak menghadirkan diri pada upacara pernikahan yang telah diatur, begitu juga bila orang tua Sameon yang tidak sedar diri merangka berbagai agenda untuk memastikan Iskandar tidak berjaya memiliki Sarah setelah dia sendiri gagal dalam usaha mendapat tempat di hati gadis itu. Lucu bila dihidangkan dengan lawak spontan seperti pertelingkahan antara Sarina dan Kilat yang pasti membuatkan bibir kita menguntum senyuman. Dalam gaduh ada kasih yang terlindung yang tak mahu diakui oleh Sarina.

“Kalau engkau belum ada nama untuk anak lelaki engkau, apa kata aku cadangkan engkau namakan dia Petir bin Kilat… tentu glamour…” lebih kurang canggitulah dialognya, tapi bukan itu aje… banyak lagi… kalau nak tahu korang kena cari novel ni dan baca sendiri….

MAAFKANKU SAYANG…


Tak akan mengecewakan…. Tahniah buat kak Mimie Afinie. Aku benar-benar suka baca novel ni dan tak rugi aku turun bandar hari Sabtu yang lalu dan borong novel-novel yang dipilih oleh mata lantas dipersetujui oleh hatiku… Ternyata hatiku berjaya membuat pilihan yang tepat dan bijak… ahaks… bangganya aku punya sekeping hati sebegini dan….

“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” satu ungkapan yang punya maksud tersendiri mengikut presepsi individu….

Dendam Seorang Perempuan........


Dendam Qesteen membuatkan Ezzy terus memburu cinta yang masih betah di hatinya. Menanarkan perasaan Zairil akan hembusan asmara cinta yang kian bergelora. Namun siapa dapat menduga, tsunami yang pernah mereka hadiahkan telah merobek luka yang dalam pada sekeping hati membuatkan Masya Qistina nekad meneruskan permainan di gelanggang cinta duka insan bergelar LELAKI. Biar mereka rasa betapa hangatnya bahang yang bisa membakar... biar mereka penasaran dalam cinta yang sukar di gapai.

"Dalam kamus hidup aku, tak ada perkataan putusasa untuk berjumpa gadis selincah Qisteen. Lautan api pun sanggup aku renangi."

'Memang benar apa yang kau duga Ezzy. Yang terlahir dari bibirku tidak pernah seiring dengan apa yang terpendam di dalam hati. Selagi korang tidak terkena bahana api dari semarak cintaku, selagi itu aku tak akan puas. Dan kau Zairil, akan ku pastikan kau bakal terkena sumpah seranah cinta Masya Qistina'

Plot yang digarap begitu bersahaja membawak kita turut sama merasakan betapa sakitnya hati bila cinta yang diberi sengaja dikhianati angkara paras rupa yang sentiasa menjadi raja dalam sebuah perhubungan. Apa yang dilakukan oleh Masya Qistina harus dipuji. Keberaniaannya yang nekad membuatkan dia semakin kuat untuk menyedarkan LELAKI Si Arjuna Cinta yang sentiasa beranggapan cinta boleh diperolehi dengan mudah dan mudah juga untuk menodai keikhlasan dan kesucian sekeping hati yang dipersembahkan. Cinta seorang perempuan sering mereka jadikan barang pertaruhan untuk memperlihatkan keegoaan dan kejaguhan di arena ciptaan mereka sendiri. Tapi mereka seakan terlupa tidak semua perempuan boleh diperlekehkan. Tidak semua perempuan akan melutut hanya untuk meraih cinta yang entah di mana keikhlasannya malah tidak mungkin lelaki jua bisa jatuh tersungkur dibakar api cinta seorang wanita hingga tidak lagi memperdulikan keegoaan yang selama ini diangungkan. Namun fitrah hati seorang perempuan tidak mampu menolak keindahan cinta pertama yang terus bertahta disinggahsana hati. Sesekali Masya Qistina juga lemas dilambung ombak perasaan yang menghayutkan dirinya di lautan rindu yang tidak bertepian. Teringatkan cinta pertamanya yang seakan sengaja dipersendakan, membuatkan dia rela berenang menentang gelombang rindu yang semakin menyakitkan. Namun dia tetap tega selagi dendam dan azamnya belum bertemu pada nokhtah kepuasan.

"Kau jantan yang tak tahu malu. Menagih cinta dari orang yang tak sudi."

"Oh! Berlagak kau sekarang ni yer. Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak mengakui yang kau cintakan aku."

Sekeras manapun ego seorang perempuan, seluka mana pun hati yang pernah dirobek, pasti akan terusik bila kejujuran dan keikhlasan cinta dipersembahkan dengan sepenuh jiwa. Bagaikan kunci azimat yang membuka pintu hati yang telah lama tertutup, bagaikan penawar yang menyembuhkan segala kelukaan dan kedukaan yang pernah dirasakan, begitulah yang dirasakan oleh Masya Qistina bila cinta pertamanya kembali berputuk lantas bercambah merimbun di taman hati bila jejaka yang pernah mempersendakan cintanya kembali membawa dirinya dalam dakapan kasih yang tidak mungkin terlerai lagi makan... aku harus mengakui bahawa AKU CINTA KAMU.......

***** Komen aku:

Rasanya tiap perempuan patut baca novel ni terutama yang pernah gagal dalam cinta atau dengan lebih tepat cinta dipersendakan oleh kaum ADAM... [kadangkala depa fikir depa tu baguih sangat.... depa aje yang ada perasaan... kita ni tarak.... ] dalam novel ni kita akan disuntik dengan satu semangat baru... satu kesedaran bahawa hidup tidak akan berakhir walaupun cinta dikhianati oleh orang yang kita sayangi... perwajakan diri.. jitukan semangat.... buktikan bahawa kita juga boleh bangun dan berjaya mengheret kaum ADAM pada sebuah pemburuan yang akan melemaskan mereka.... Aku beri komen sebegini bukan kerana aku kenal penulisnya... tapi kerana apa yang diselitkan dalam garapan bersahaja sebuah novel. Orang kata... kalau kita nak kenal penulisnya, maka bacalah nukilannya... [namun aku membaca bukan kerana aku kenal penulisnya, tapi kerana aku nak tahu apa message yang terselit disebalik kisah yang dipaparkan oleh seseorang itu] tapi tak semudah itu.... permainan kata dalam kreativiti terkadang jauh tersasar dari reality sebenar seseorang itu.... namun aku tak nafikan mungkin ada terselit pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis itu bagi mencantikan renda tarian ilhamnya... seperti Dua Puluh Lapan haribulan FEBRUARY.... ahaks..... Well.... siapa penulis novel ini... jeng... jeng... jeng..... penulisnya adalah Ebriza my HOneyBanny... tahniah sayang.... seronok sesangat membacanya......

Friday, March 02, 2007

Suratan atau kebetulan

“Boleh tahan juga mulut awak ni yer. Kalah murai yang baru menetas dan bullet train di negara Jepun. Boleh tak awak cuba diam sekejap dan dengar cakap saya dulu.” Kesabaran lelakinya bagaikan tercabar. Dari tadi dia langsung tidak diberi kesempatan untuk menjelaskan keadaan.

“Awak peduli apa kalau mulut saya spises Murai? Apa, awak dengki sebab tak punya kepakaran macam saya?” Firyal Rifdah tetap tidak mahu mengalah. Entah mengapa berangnya pada anak muda itu payah surut.

“Cik Firyal Rifdah, saya sekadar minta awak beri saya peluang supaya saya boleh perjelaskan segalanya supaya awak tidak salah faham lagi.” Pinta Hadif Raizal Isyraf cuba berdiplomasi. Dalam hati dia beristifar agar kesabaran yang kian menipis tidak terus lenyap. Aduh mulut dia ni.... mengalahkan popcorn baru masak. keluhnya perlahan.

“Okey, saya beri awak masa tiga puluh saat dari sekarang. Cakap cepat...” ucap Riryal Rifdah sambil meneliti jam comel dipergelangan tangannya.

“Firyal, please... tiga puluh saat... mana cukup”

“Cukup atau tidak, itu bukan masalah saya. Satu... Dua... Tiga... masa tak pernah tunggu awak dan tak akan cukup kalau awak gunakan untuk memperkatakan sesuatu yang tiada kaitan dengan apa yang awak nak terangkan. Cepat... Tengok, saya dah tambah lagi sepuluh saat free saja pada awak. Empat... lima... enam... “Firyal Rifdah terus membilang membuatkan Hadif Raizal Isyraf mati kutu. Bagai hilang seluruh perbendahaan kata yang sudah lama tersusun didalam mindanya. Ah! Minah sorang ni betul-betul nak kena. Regusnya geram.

“Firyal, awak pernah dengar tak bagaimana cara yang diguna pakai dalam usaha menokhtahkan kata-kata orang macam awak?” tanya Hadif Raizal Isyraf tiba-tiba. Ternyata cara itu dapat menarik sedikit perhatian gadis yang sedang asyik meneliti pergerakan jam dipergelangan tangannya.

Either slap the cute mouth or let our lip be together. In other language just kiss it with or without authorisation. Tell me which one you prefer to.” Bulat mata Firyal Rifdah merenung tajam wajah anak muda yang ada dihadapannya. Kalaulah boleh dibaham, agaknya sudah lama pemuda itu menjadi santapannya. Wajahnya sudah masam mencuka sambil menjeling tajam. Ah.. masakan dia berani. Saja nak gertak aku. Dia mencebikkan muka.

“Kenapa awak diam, sedang berfikir ke? Erm... let me guest, awak sedang fikir yang mana satu mungkin akan saya lakukan. Did I’m right?” acah Hadif Raizal Isyraf. Seronok melihat perubahan pada wajah itu. Padan muka.... suka sangat tunjuk yang kononnya dia tu brutal sangat. Ha! Sekarang tahu pun senyap. Kan senang. Mudah sikit untuk aku bercakap. Hatinya bermonolog sendiri.

“Awak tak ada idea lain ke? Kalau setakad nak main ugut-ugut, kirim salam sajalah. Saya tak takut pun. Well, masa untuk awak berikan penjelasan dah hampir habis. So saya rasa baik awak simpan saja penerangan yang penuh dengan temberang tu untuk saya dengar pada hari dan waktu yang lain, itu pun kalau awak masih punya kesempatan berbuat demikian.” Ucap Firyal Rifdah sinis. Dia masih cuba melawan rasa gementar yang mula mengacah.

“Awak jangan risau, saya tidak sekejam yang awak sangkakan. Mana mungkin saya tega menyakiti mulut comel awak tu, tapi tak salahkan kalau saya menikmati bibir mulus yang mongel milik awak.” Hadif Raizal mengacah sambil mengacau bilaukan perasaan gadisnya. Firyal Rifdah terpaksa berundur kebelakang bila dirasakan anak muda itu mula menghampirinya. Dia makin panik melihat tubuh sasa itu kian mara sedangkan senyuman Hadif Raizal Isyraf makin melebar. Dia yakin tektiknya berjaya menggoyah kedegilan gadis yang makin menggelabah itu.

“Raizal, awak jangan nak cari pasal. Tak kan tak tahu hukum hakam. Dosa dan pahala. Dah la amalan sebesar zarah, ni nak tambah dengan dosa yang sengaja ditempa. Ingat sikit, kita ni orang timur; punya adat dan kesopanan. Jangan nak ikut budaya barat yang tak dah tak kenal halal dan haram.” ceramah percuma terhambur. Di harap kata-kata itu mampu mengembalikan kewarasan anak muda itu dari meneruskan apa yang terlintas dimindanya. Firyal Rifdah sebenarnya sudah benar-benar kaget.

“Tak payah nak susah-susah ingatkan saya pasal adat dan budaya ketimuran kalau awak sendiri tak tahu apa ertinya kesopanan. Kenapa, awak takut kalau saya cium awak” soal Hadif Raizal Isyraf perlahan sambil menentang wajah gadis yang sudah agak pucat itu. Kali ini sengaja dirapatkan sedikit wajahnya. Ya Tuhanku, peliharalah langkahku agar stabil. Jika tidak, pasti sesuatu yang menjadi laranganMU akan berlaku. Doanya didalam hati. Sesungguhnya dia juga gementar, tapi sengaja tidak diperlihatkan. Firyal Rifdah perlu digertak, jika tidak gadis itu pasti tidak akan mahu mengalah.

“Raizal, aaaa.... aaaa... awak jangan nak main-main. Kalau saya jerit, tak pasal awak dapat susah.” Tergagap-gagap suara gadis itu. Jarak wajah mereka tidak sampai dua inci. Dia boleh merasakan hembusan nafas anak muda itu. Hadif Raizal Isyraf tertawa. Lucu melihat wajah pucat gadis yang sudah seakan terperangkap tika itu.

“Saya tak halang kalau awak rasa nak jerit. Ha! jeritlah. Dah lama juga saya tak dengar suara awak yang nyaring tu.” sengaja Hadif Raizal Isyraf menprovok. Geram benar dengan mulut comel yang pada hematnya terlalu petah berkata-kata dan laju tanpa ada hadnya. Firyal Rifdah diam. Mukanya sudah lama masam mencuka. Menyesal rasa hati kerana setuju memenuhi permintaan anak muda itu dan kini terasa dirinya bagaikan terjerat.

“Masa study dulu awak selalu masuk pertandingan debat dan perbahasan ke?” tanya anak muda itu. Senyuman sudah mengacah di bibir. Lucu melihat wajah cemberut gadis yang berada di hadapannya.

“Awak peduli apa kalau saya masuk pertandingan seperti itu.” kasar jawapan diberikan. Hati yang sebal tambah berbahang. Kalau diikut akan radang dihati, mahu sahaja anak muda itu dikaratenya, tapi dia sedar kudratnya tidak memungkinkan untuknya berbuat sedemikian tambahan dia langsung tidak punya kemahiran dalam seni mempertahankan diri.

“Patutlah awak susah nak diam dan cakap laju, rupanya bekas ratu bahas dan debat. Well, awak terlupa ke dengan hasrat awak untuk menjerit tadi? Kalau macam tu, awak nak diam dan dengar segala penerangan saya” tanya Hadif Raizal Isyraf akhirnya. Suaranya mula kendur dan dia cuba berdiplomasi. Tidak terniat dihati untuk mengasari Firyal Rifdah, tapi gadis itu seakan sengaja mencabar kesabaran dan ego kelelakiannya.

“Okey saya diam, tapi seperti yang saya cakap tadi; awak sekadar punya tiga puluh saat untuk memperdengarkan hujah awak tu. Cepat... don’t waste your time and please, jauh dari saya. Lemaslah awak berada terlalu hampir dengan saya.” Dia merengus bila anak muda itu masih tega dengan kedudukannya. Kalau ikutkan hati aku, mahu aje aku pijak kakinya... degil mengalahkan beruang kutub. cemuhnya meluat sedangkan anak muda itu sekadar tersenyum sardin.

“Firyal, kenapa awak ni degil sangat, nampak saja jinak, tapi bila saya rasa saya dah dekat dengan awak; selamba saja awak angkat kaki dan pergi. Awak sedar tak yang awak tu perempuan dan sebagai seorang perempuan, awak perlu ada ciri-ciri sebagai seorang perempuan. Ketegasan awak terkadang bagai menipiskan kesabaran yang saya miliki malah yang lebih teruk awak seperti sengaja mencabar ego kelelakian saya. Awak sedar tak.... “

“Ni nak berceramah atau intro untuk pidato umum bertajuk Ciri-ciri seorang perempuan. Dah la... hentikan. Kalau ini lah tujuan awak untuk jumpa saya, hampeh.com saja. Buang waktu saya tahu tak.” tiba-tiba Firyal Rifdah kembali bersuara lebih tegas dari tadi. Entah apa yang mengusik lantas mengaktifkan kembali suiz suaranya yang seakan mati sebentar tadi atau penjana tenaga yang terputus sudah pulih kembali. Hadif Raizal Isyraf memandang gadis itu. Aduh! Dia benar-benar rasa teruji berhadapan dengan perempuan seperti Firyal Rifdah.

“Awak dah janji akan diam dan dengar segala apa yang bakal saya katakan. Kenapa sekarang awak mungkir janji?” luah Hadif Raizal Isyraf agak kesal. Sangkanya dia boleh menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mengungkai salah faham sebelum ianya tepu di hati gadis itu.

“Dah awak tu lambat sangat, siap dengan intro lagak penceramah tak bertauliah yang tak diundang. Cuba strait to the point. Tak la saya menyampuk. Ini tak.....” mulut becok itu masih kedengaran membela diri.

“Jangan cabar saya Firyal. Saya tak akan teragak-agak gunakan kaedah yang saya katakan tadi andai itu sahaja cara yang dapat mengunci mulut becok awak. Erm awak benar-benar teringin nak rasa ke?" ugut anak muda itu sambil pura-pura membiarkan bibirnya seolah berlabuh mencari bibir gadis itu. Namun belum pun sempat ianya singgah, dia dikejutkan dengan tindakan yang tidak diduga.

“Tolong... tolong.... ada orang cuba nak cabuli saya.” pekik Firyal Rifdah. Senyuman yang mengacah segera disembunyikan. Tadi dia terlihat ada sekumpulan pemuda yang lalu di taman itu dan serentak dengan itu juga timbul idea bernas yang tidak disangkanya.

“Kenapa cik.... apa yang terjadi?” tanya salah seorang pemuda yang sudah menghampirinya cemas. Pandangan terjurus pada Hadif Raizal Isyraf yang kini menjadi tawanan teman-temannya.

“Pemuda ni..... “ kata-kata Firyal Rifdah mati bila melihat anak muda dihadapannya tetap tenang menghadapi situasi itu.

“Apa yang dia dah lakukan pada cik?” pertanyaan yang diajukan membuatkan dia tergamam.

“Ha! Cakaplah. Beritahu pada mereka ini yang saya nak cium awak sebab mulut murai awak tu tak boleh diam.” cabar Hadif Raizal Isyraf. Rasa amarahnya sudah lama bertamu tapi masih cuba ditahan dengan zikrullah agar kesabarannya tidak hilang.

Firyal Rifdah membisu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Geramnya membuak namun dia tidak mampu melempiaskan. Awalnya dia fikir jeritan tadi dapat menyelesaikan masalah dan pasti anak muda itu akan gabra, namun sangkaannya ternyata jauh menyimpang.

“La! Ni kes boyfriend gaduh dengan girlfriend ke? Isy.... isy.... isy... Sorrylah brother. Kami sangkakan betullah brother nak cabul awek ni. Kalau hal gaduh-gaduh cinta, kami tak nak masuk campur. Sendiri mau ingatlah yer....” ucap mereka sambil berlalu meninggalkan tempat itu.

“Okeylah awak menang. Saya akan diam dan dengar apa saja yang awak nak cakap atau mungkin awak berhajat nak jadi penglipurlara. Sampai esok pagi pun saya tunggu, tapi bersyarat. Awak tak akan cium saya dan tolong duduk jauh-jauh dari saya.” Akhirnya Firyal Rifdah mengalah. Dia sedar Hadif Raizal Isyraf tidak gentar dengan apa jua tindakan yang diambilnya malah dia sendiri kian bimbang andai anak muda itu hilang perhitungan dan melaksanakan apa yang diperkata tadi.

“Kan mudah macam tu. Kalau dari tadi awak relex dan tenang, keadaan tak akan jadi kecoh mcam sekarang dan masa juga tidak akan terbuang begitu sahaja. Awak duduk elok-elok supaya awak selesa untuk dengar cerita saya.” lembut tutur anak muda itu. Wajah yang keruh ditatapnya dengan senyuman.

Firyal Rifdah memperkemaskan duduknya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela keluar. Dia perlukan ketenangan agar usaha anak muda itu tidak sia-sia meski dia tidak pasti apakah mungkin dirinya bakal diperlekeh dan diperolok dengan sebuah cerita dongeng. Apa pun dia tetap berjanji pada dirinya bahawa tidak semudah itu untuk Hadif Raizal Isyraf mengelentongnya. Apa pun dia perlu menghalusi apa jua bicara yang bakal didengarnya untuk mencari kebenaran pada penjelasan itu.

“Firyal, saya tahu payah untuk awak melekakkan kembali kepercayaan pada saya setelah apa yang awak lihat di gelanggang tenis tempohari malah tidak mustahil andai ianya memberikan impact negetif terhadap diri saya. Apa pun terserah pada penilaian awak. Saya tak akan paksa, cuma...... “

“Chop.... chop...... mukadimah awak tu panjang sangat. Buat saya ngantuk je. Boleh pendek kan tak. Ringkas tapi padat dan tepat.” potong Firyal Rifdah sebelum anak muda itu meneruskan kata-katanya. Dia tidak perlukan intro yang berjela, tambahan diwaktu itu sebenarnya dia dalam proses memadamkan semua yang masih melekat diminda akan kejadian yang telah disaksikannya.

“Okey, saya ikut rentak awak. Perempuan yang awak lihat mesra dengan saya tempohari sebenarnya bukan girlfriend saya. Saya pun tak tahu dari mana sesatnya, secara tiba-tiba saja dia pegang dan peluk saya. Tentu susah awak nak percaya kan, tapi itulah hakikat yang cuba saya sampaikan pada awak. Saya tahu awak nampak kejadian itu dan marah. Jika tidak masakan dengan selamba awak redah laluan sehala tanpa memperdulikan bunyi hon dari pemandu-pemandu lain. Firyal, berkali-kali saya cuba untuk terangkan, namun awak tak pernah mahu beri peluang. Tiapkali saya nak terangkan, awak sengaja tukar channel lain.” ucap Hadif Raizal Isyraf. Wajah gadis itu ditatapnya dengan harapan hati yang degil itu dapat menerima apa yang diperkatakan.

“Saya peduli apa dengan apa yang dilakukan oleh perempuan tu pada awak. Lagi pun mana saya tahu awak tak balas pelukan dia. Mungkin sebab awak nampak saya membuatkan awak cancel apa yang awak nak buat. Cuba kalau awak tak nampak saya, jangan-jangan bukan setakad peluk, tapi..... “

“Firyal, saya bukannya Sang Arjuna yang menyambar apa saja. Saya masih tahu batas adat dan adab. Masih kenal antara halal dan haram.” keras kedengaran suara anak muda itu. Tanggapan yang diberikan padanya harus diperbetulkan sebelum menjadi tepu. Firyal Rifdah tersenyum sinis, lucu mendengar apa yang diperkatakan padanya.

“Ala! Boleh percaya ke? Tadi pun awak nak cium saya malah nyaris-nyaris lagi kan. Nasib baik saya diam, kalau tidak.... “ cebiknya tanpa menghabiskan kata. Sengaja digantung membiarkan anak muda yang sudah mula berang itu memikirkan sendiri.

“Kalau awak tak diam, memang saya akan cium awak. Since awak pun dah tak percaya pada saya dan fikir saya suka buat perkara yang tak baik kan. So apa salahnya saya buktikan dan biar awak yang menjadi orang pertama menerima perlakuan tidak baik saya itu. Amacam?” tegas Hadif Raizal Isyraf sambil matanya terus meratah wajah yang ada didepannya.

Firyal Rifdah terdiam. Dia tahu sikapnya sudah menyemarakkan rasa amarah yang sedari tadi cuba ditahan. Dapat dilihat ketegangan dari raut wajah yang sudah berona kemerahan. Berkali-kali anak muda itu mengusap tengkuknya bagi meredakan gelora perasaan yang semakin membara dengan keceluparan mulut comel milik gadis genit itu.

“Firyal, jahat sangat ke saya ni?” tanya anak muda itu perlahan. Wajahnya diraup. Ada riak kesal yang bersatu dalam nada dan riaknya. Firyal Rifdah terkedu. Bukan sebegitu niatnya, tapi entah... dia sendiri hairan dengan sikapnya. Ah! Apa aku nak jawab ni. Aduh bab ni lah aku lemah... apa lah mamat ni, cubalah jangan sentimental sangat, tanyalah soalan lain. Pasal negara ke? Pasal masalah dunia global ke? Ni tak... tanya pasal diri dia pulak. Apa yang aku nak jawab... isy... isy... Firyal Rifdah bermonolog sendiri didalam hati. Pandangan matanya jatuh pada wajah lesu Hadif Raizal Isyraf.

“Kenapa awak mesti bazirkan waktu untuk ceritakan semua ini pada saya? Sebenarnya, saya tak kisah dengan apa yang saya lihat tempohari walaupun benar, saya rasa sakit hati dan marah. Namun perasaan itu adalah kerana melihat sikap perempuan gedik yang tidak langsung mengendahkan harga diri dan martabat kaum sespises dengannya. Perlu apa awak dapatkan kepercayaan dan keyakinan dari saya? sedangkan awak bebas lakukan apa sahaja yang awak mahu. Kita punya kehidupan masing-masing dan ternyata antara saya dan awak miliki perbedaan yang jauh. Saya benar-benar tak faham dengan sikap awak Raizal.” Dia melontarkan pandangan pada satu dimensi yang entah di mana paksinya. Sudah lama dirasakan ada sesuatu yang tersembunyi disebalik tingkah anak muda itu, namun dia tidak mahu mempersoalkan jauh sekali memikirkan.

“Firyal, sebenarnya saya.... erm... biarlah saya berterus terang. Sebenarnya saya.... saa.. yaaa... sebenarnya.... “

Aku sayang dia mak... Aku suka dia mak... kalau pun dia brutal, yang penting dia kucinta.” Tiba-tiba terdengar suara Farid memintas kegagapan anak muda itu sambil mengalunkan lagu dangdut yang pernah dipopularkan oleh Iwan satu waktu dulu. Biarpun sumbang dan tidak menarik dengan pitching yang berterabur, namun anak muda itu sedikit pun tidak mengendahkannya.

Aku minat dia mak.... aku kasih dia mak..... walaupun dia menolak.... ku tetap tak putusasa.” Alisya pula menyampuk dengan lirik ciptaannya sendiri sambil tubuhnya terlenggok-lenggok meniru gaya penyanyi dangdut. Kedua-dua penyanyi tidak bertauliah itu tersengeh-sengeh melihat kekerutan pada wajah pasangan itu.

Hadif Raizal Isyraf dan Firyal Rifdah benar-benar terkejut. Entah dari mana munculnya kedua makhuk yang pasti tidak langsung diundang secara tiba-tiba telah menginterframekan diri mereka dalam pertemuan itu.

“Itu pun engkau susah nak cakap Hadif. Hai ‘rebounding dinasour’. Ketemu lagi kita. “ sapa Farid. Bulat mata Firyal Rifdah mendengarkan panggilan itu. Mamat ni memang tak sayang mulut. Sesedap hati dia aje nak panggil aku ikut apa yang dia mahu. Dasar mulut tak berinsuran.... cemuhnya geram.

”Relexlah Rif, Farid bergurau aje tu. Dari tadi kitaorang perhatikan korang berdua ni asyik serius je. Cubalah bawak-bawak berdamai. Sedangkan Palastine dengan Israel pun boleh cool mematuhi genjatan senjata walaupun tak lama. Tak kan korang berdua tak boleh.” Sampuk Alisya sambi tersenyum. Pandangannya melirik pada Farid yang sedang menyembunyikan tawa. Cinabeng punya member. Sejak bila berpaling tadah, sesuka Pak Kadok Lebai Malang dia samakan aku dengan Palastine dan Israel. Sejak bila pulaklah dia boleh kamcing dengan 'Tok Kebayan' yang baru masuk tadika tu... bentak Firyal Rifdah. Hatinya makin panas bila merasa Alisya juga sudah berkomplot untuk mengenakannya. Dipandangnya Hadif Raizal Isyraf yang sedari tadi hanya membisu.

Ni sorang lagi, dok diam aje... apa nak sangat ke jadi bisu. Said something Raizal. Jangan biarkan mereka kenakan kita. Matanya melirik pada anak muda itu.

“Well Farid, Alisya, you all berdua ni dari mana? tanya Hadif Raizal Isyraf yang memang arif dengan lirikan mata gadis disebelahnya.

“Dari mana pulak, dari bumilah. Kami bukannya alien yang datang dari planet Marikh dan sesat di sini. Sebenarnya kami perhatikan korang yang asyik bergaduh. Nasib baik tak sampai bersilat atau berkungfu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang perlukan bantuan. Erm... tak selesai lagi ke Hadif?” Farid melirik pandang ke arah Firyal Rifdah yang sedari tadi merenungnya tajam. Dia tahu gadis itu sedang menahan perasaan hati.

“Rif, apa yang Hadif cakapkan tu betul. Minah yang peluk dia tu sasau dan rabun. Sebenarnya dia ingatkan dia peluk husbandnya yang juga kebetulan ada di gelanggang tenis tu. Tengok-tengok orang lain, tapi nak kata apa... dah terjadi dan Hadif pula tak pasal-pasal terima pelukan percuma.” Alisya memberikan bantuan. Dia sendiri hampir putus urat perut ketawa bila Farid menceritakan kejadian itu malah siap dengan flashback akan adegan yang kini menjadi agenda utama pujukan yang terpaksa dilakukan oleh Hadif Raizal Isyraf.

“Iyerlah tu. Engkau percayalah apa yang dikatakan oleh ‘Tok Kebayan Sekolah Tadika’ ni. Jangan-jangan dia saja nak beri statement palsu untuk selamatkan kawan dia. Masakan engkau lupa bagaimana kecohnya dia masa perlanggaran dulu.” Gulp.... aku dipanggilnya ‘Tok Kebayan?’ dasar dinasour tak sayang mulut.... gumam Farid di dalam hati. Terkejut mendengar gelaran yang diberikan oleh gadis itu padanya, malah mulut Alisya juga terlopong bila terdengar panggilan itu. Pantas ditekup mulutnya sambil menyembunyikan tawa.

”What ever lah. Biar di apa pun rasionalnya penjelasan yang sudah diberikan, pada saya ia tetap tak ada kaitan dengan saya dan keturunan saya. Key, saya nak chow dulu.” ucap Firyal Rifdah. Dia sudah lelah dengan segala babak pementasan itu malah tidak sangka bahawa dirinya turut menjadi salah seorang dari actressnya. Huh! Kalau dapat award tak apa gak.... ni tak.... buang karen je. Minah tu pun sama. Dasar kawan tak boleh pakai... cemuhnya geram. Mata terarah pada Alisya yang masih tersengeh-sengeh melihat akan sikapnya.

Dasar budak degil. Desis Hadif Raizal Isyraf sambil memerhatikan gadis itu.

“Firyal, walaupun kita tidak ditakdirkan bersefahaman dan bertemu jodoh dalam persefahaman, tapi itu bukan alasan untuk kita menyatakan yang kita tidak boleh bekerjasama dalam mencari persefahaman lantas menyelesaikan permasalahan yang mungkin sedang melanda. Apa yang perlu awak lakukan, hanyalah buka minda dan asingkan terus atau seketika sikap degil yang awak miliki itu.” sinis kedengaran suara itu. Sudah puas rasanya dia berdiplomasi dan sudah juga dia memujuk, tapi kedegilan yang tega itu bagai terlalu ampuh untuk dileburkan. Dia mengeluh. Kesal dengan sikap yang tidak bisa mengalah milik seorang gadis.

Firyal Rifdah terkedu. Tidak disangka sebegitu bicara yang terungkap dari mulut anak muda itu. Hatinya mula dipukul ombak sesal. Dia mengalihkan pandangan ke arah Alisya dan Farid, memohon bantuan agar keadaan yang mula tegang dapat dikendurkan, namun keduanya bagai sengaja tidak mahu mengerti akan maksud yang tersirat.

“Adakala mata silap memandang, lidah salah mengungkap kata, hati terburu-buru membuat takfiran, tapi itu bukan sebab untuk awak rasa terkilan terhadap saya kerana yang pasti antara kita bebas dalam menentukan arah tujuan dalam sebuah kehidupan. Saya minta maaf atas khilaf saya dan awak tak perlu terus rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi tempohari. Saya minta diri dulu.” Firyal Rifdah akhirnya mengorak langkah. Semakin dia berlama-lama di situ, semakin resah gelisah jiwanya.

Dia tahu Hadif Raizal Isyraf menghantar langkahnya dengan pandangan namun sengaja dipejalkan hati agar tidak membalas kembali pandangan anak muda itu.Biarlah.. biarlah segalanya bagai tidak berkoma jauh sekali bernokhtah. Justeru dia sendiri tidak tahu apa yang diingini dalam sebuah perhubungan yang ternyata masih terlalu jauh.

Dia melabuhkan duduk sebaik sahaja masuk ke dalam ‘Black Hawk’. Masih tidak berganjak membiarkan fikirannya terbang bebas. Dia sedar, tingkahnya sudah banyak menguji kesabaran dan keegoaan lelaki itu namun entah mengapa dia bagaikan masih tega untuk terus menguji. Sedangkan dia sebenarnya tidak tahu untuk apa dilakukan semua itu. Apakah kerana kenangan lalu yang masih kukuh terpahat dalam kamus hidupnya menjadikan dia bagaikan insan tanpa perasaan.... Perlahan-lahan dihidupkan enjin. ‘Black Hawk’ harus pergi dari situ segera. Perasaan sedihnya sudah mula mengacah dan airmata bagaikan sudah singgah di tubir mata. Tiba-tiba talifonnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk ke inboxnya.

‘Kalau boleh saya nak pos semua rasa rindu saya pada awak, tapi posmen tu tak bagi. Katanya besar sangat. Walau apa pun, awak selalu dalam ingatan saya dan tak pernah sekali pun saya lupa walau awak langsung tak pernah pandang dan hiraukan saya. Drive carefully. –HRI– ’

Airmatanya mengalir jua dalam senyuman yang sudah terbias. Dia tahu siapa pengirim sms tersebut dan serentak itu juga cermin keretanya diketuk. Terlihat wajah Hadif Raizal Isyraf dalam senyuman yang cukup romantik pada pandangannya. Dia tunduk malu... lantas ‘Black Hawk’ terus membawanya berlalu dari situ tanpa sepatah ucapan buat anak muda yang masih setia memerhatikan pemergiaannya......

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama ku nanti

Kau di sini