Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, March 02, 2007

Suratan atau kebetulan

“Boleh tahan juga mulut awak ni yer. Kalah murai yang baru menetas dan bullet train di negara Jepun. Boleh tak awak cuba diam sekejap dan dengar cakap saya dulu.” Kesabaran lelakinya bagaikan tercabar. Dari tadi dia langsung tidak diberi kesempatan untuk menjelaskan keadaan.

“Awak peduli apa kalau mulut saya spises Murai? Apa, awak dengki sebab tak punya kepakaran macam saya?” Firyal Rifdah tetap tidak mahu mengalah. Entah mengapa berangnya pada anak muda itu payah surut.

“Cik Firyal Rifdah, saya sekadar minta awak beri saya peluang supaya saya boleh perjelaskan segalanya supaya awak tidak salah faham lagi.” Pinta Hadif Raizal Isyraf cuba berdiplomasi. Dalam hati dia beristifar agar kesabaran yang kian menipis tidak terus lenyap. Aduh mulut dia ni.... mengalahkan popcorn baru masak. keluhnya perlahan.

“Okey, saya beri awak masa tiga puluh saat dari sekarang. Cakap cepat...” ucap Riryal Rifdah sambil meneliti jam comel dipergelangan tangannya.

“Firyal, please... tiga puluh saat... mana cukup”

“Cukup atau tidak, itu bukan masalah saya. Satu... Dua... Tiga... masa tak pernah tunggu awak dan tak akan cukup kalau awak gunakan untuk memperkatakan sesuatu yang tiada kaitan dengan apa yang awak nak terangkan. Cepat... Tengok, saya dah tambah lagi sepuluh saat free saja pada awak. Empat... lima... enam... “Firyal Rifdah terus membilang membuatkan Hadif Raizal Isyraf mati kutu. Bagai hilang seluruh perbendahaan kata yang sudah lama tersusun didalam mindanya. Ah! Minah sorang ni betul-betul nak kena. Regusnya geram.

“Firyal, awak pernah dengar tak bagaimana cara yang diguna pakai dalam usaha menokhtahkan kata-kata orang macam awak?” tanya Hadif Raizal Isyraf tiba-tiba. Ternyata cara itu dapat menarik sedikit perhatian gadis yang sedang asyik meneliti pergerakan jam dipergelangan tangannya.

Either slap the cute mouth or let our lip be together. In other language just kiss it with or without authorisation. Tell me which one you prefer to.” Bulat mata Firyal Rifdah merenung tajam wajah anak muda yang ada dihadapannya. Kalaulah boleh dibaham, agaknya sudah lama pemuda itu menjadi santapannya. Wajahnya sudah masam mencuka sambil menjeling tajam. Ah.. masakan dia berani. Saja nak gertak aku. Dia mencebikkan muka.

“Kenapa awak diam, sedang berfikir ke? Erm... let me guest, awak sedang fikir yang mana satu mungkin akan saya lakukan. Did I’m right?” acah Hadif Raizal Isyraf. Seronok melihat perubahan pada wajah itu. Padan muka.... suka sangat tunjuk yang kononnya dia tu brutal sangat. Ha! Sekarang tahu pun senyap. Kan senang. Mudah sikit untuk aku bercakap. Hatinya bermonolog sendiri.

“Awak tak ada idea lain ke? Kalau setakad nak main ugut-ugut, kirim salam sajalah. Saya tak takut pun. Well, masa untuk awak berikan penjelasan dah hampir habis. So saya rasa baik awak simpan saja penerangan yang penuh dengan temberang tu untuk saya dengar pada hari dan waktu yang lain, itu pun kalau awak masih punya kesempatan berbuat demikian.” Ucap Firyal Rifdah sinis. Dia masih cuba melawan rasa gementar yang mula mengacah.

“Awak jangan risau, saya tidak sekejam yang awak sangkakan. Mana mungkin saya tega menyakiti mulut comel awak tu, tapi tak salahkan kalau saya menikmati bibir mulus yang mongel milik awak.” Hadif Raizal mengacah sambil mengacau bilaukan perasaan gadisnya. Firyal Rifdah terpaksa berundur kebelakang bila dirasakan anak muda itu mula menghampirinya. Dia makin panik melihat tubuh sasa itu kian mara sedangkan senyuman Hadif Raizal Isyraf makin melebar. Dia yakin tektiknya berjaya menggoyah kedegilan gadis yang makin menggelabah itu.

“Raizal, awak jangan nak cari pasal. Tak kan tak tahu hukum hakam. Dosa dan pahala. Dah la amalan sebesar zarah, ni nak tambah dengan dosa yang sengaja ditempa. Ingat sikit, kita ni orang timur; punya adat dan kesopanan. Jangan nak ikut budaya barat yang tak dah tak kenal halal dan haram.” ceramah percuma terhambur. Di harap kata-kata itu mampu mengembalikan kewarasan anak muda itu dari meneruskan apa yang terlintas dimindanya. Firyal Rifdah sebenarnya sudah benar-benar kaget.

“Tak payah nak susah-susah ingatkan saya pasal adat dan budaya ketimuran kalau awak sendiri tak tahu apa ertinya kesopanan. Kenapa, awak takut kalau saya cium awak” soal Hadif Raizal Isyraf perlahan sambil menentang wajah gadis yang sudah agak pucat itu. Kali ini sengaja dirapatkan sedikit wajahnya. Ya Tuhanku, peliharalah langkahku agar stabil. Jika tidak, pasti sesuatu yang menjadi laranganMU akan berlaku. Doanya didalam hati. Sesungguhnya dia juga gementar, tapi sengaja tidak diperlihatkan. Firyal Rifdah perlu digertak, jika tidak gadis itu pasti tidak akan mahu mengalah.

“Raizal, aaaa.... aaaa... awak jangan nak main-main. Kalau saya jerit, tak pasal awak dapat susah.” Tergagap-gagap suara gadis itu. Jarak wajah mereka tidak sampai dua inci. Dia boleh merasakan hembusan nafas anak muda itu. Hadif Raizal Isyraf tertawa. Lucu melihat wajah pucat gadis yang sudah seakan terperangkap tika itu.

“Saya tak halang kalau awak rasa nak jerit. Ha! jeritlah. Dah lama juga saya tak dengar suara awak yang nyaring tu.” sengaja Hadif Raizal Isyraf menprovok. Geram benar dengan mulut comel yang pada hematnya terlalu petah berkata-kata dan laju tanpa ada hadnya. Firyal Rifdah diam. Mukanya sudah lama masam mencuka. Menyesal rasa hati kerana setuju memenuhi permintaan anak muda itu dan kini terasa dirinya bagaikan terjerat.

“Masa study dulu awak selalu masuk pertandingan debat dan perbahasan ke?” tanya anak muda itu. Senyuman sudah mengacah di bibir. Lucu melihat wajah cemberut gadis yang berada di hadapannya.

“Awak peduli apa kalau saya masuk pertandingan seperti itu.” kasar jawapan diberikan. Hati yang sebal tambah berbahang. Kalau diikut akan radang dihati, mahu sahaja anak muda itu dikaratenya, tapi dia sedar kudratnya tidak memungkinkan untuknya berbuat sedemikian tambahan dia langsung tidak punya kemahiran dalam seni mempertahankan diri.

“Patutlah awak susah nak diam dan cakap laju, rupanya bekas ratu bahas dan debat. Well, awak terlupa ke dengan hasrat awak untuk menjerit tadi? Kalau macam tu, awak nak diam dan dengar segala penerangan saya” tanya Hadif Raizal Isyraf akhirnya. Suaranya mula kendur dan dia cuba berdiplomasi. Tidak terniat dihati untuk mengasari Firyal Rifdah, tapi gadis itu seakan sengaja mencabar kesabaran dan ego kelelakiannya.

“Okey saya diam, tapi seperti yang saya cakap tadi; awak sekadar punya tiga puluh saat untuk memperdengarkan hujah awak tu. Cepat... don’t waste your time and please, jauh dari saya. Lemaslah awak berada terlalu hampir dengan saya.” Dia merengus bila anak muda itu masih tega dengan kedudukannya. Kalau ikutkan hati aku, mahu aje aku pijak kakinya... degil mengalahkan beruang kutub. cemuhnya meluat sedangkan anak muda itu sekadar tersenyum sardin.

“Firyal, kenapa awak ni degil sangat, nampak saja jinak, tapi bila saya rasa saya dah dekat dengan awak; selamba saja awak angkat kaki dan pergi. Awak sedar tak yang awak tu perempuan dan sebagai seorang perempuan, awak perlu ada ciri-ciri sebagai seorang perempuan. Ketegasan awak terkadang bagai menipiskan kesabaran yang saya miliki malah yang lebih teruk awak seperti sengaja mencabar ego kelelakian saya. Awak sedar tak.... “

“Ni nak berceramah atau intro untuk pidato umum bertajuk Ciri-ciri seorang perempuan. Dah la... hentikan. Kalau ini lah tujuan awak untuk jumpa saya, hampeh.com saja. Buang waktu saya tahu tak.” tiba-tiba Firyal Rifdah kembali bersuara lebih tegas dari tadi. Entah apa yang mengusik lantas mengaktifkan kembali suiz suaranya yang seakan mati sebentar tadi atau penjana tenaga yang terputus sudah pulih kembali. Hadif Raizal Isyraf memandang gadis itu. Aduh! Dia benar-benar rasa teruji berhadapan dengan perempuan seperti Firyal Rifdah.

“Awak dah janji akan diam dan dengar segala apa yang bakal saya katakan. Kenapa sekarang awak mungkir janji?” luah Hadif Raizal Isyraf agak kesal. Sangkanya dia boleh menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mengungkai salah faham sebelum ianya tepu di hati gadis itu.

“Dah awak tu lambat sangat, siap dengan intro lagak penceramah tak bertauliah yang tak diundang. Cuba strait to the point. Tak la saya menyampuk. Ini tak.....” mulut becok itu masih kedengaran membela diri.

“Jangan cabar saya Firyal. Saya tak akan teragak-agak gunakan kaedah yang saya katakan tadi andai itu sahaja cara yang dapat mengunci mulut becok awak. Erm awak benar-benar teringin nak rasa ke?" ugut anak muda itu sambil pura-pura membiarkan bibirnya seolah berlabuh mencari bibir gadis itu. Namun belum pun sempat ianya singgah, dia dikejutkan dengan tindakan yang tidak diduga.

“Tolong... tolong.... ada orang cuba nak cabuli saya.” pekik Firyal Rifdah. Senyuman yang mengacah segera disembunyikan. Tadi dia terlihat ada sekumpulan pemuda yang lalu di taman itu dan serentak dengan itu juga timbul idea bernas yang tidak disangkanya.

“Kenapa cik.... apa yang terjadi?” tanya salah seorang pemuda yang sudah menghampirinya cemas. Pandangan terjurus pada Hadif Raizal Isyraf yang kini menjadi tawanan teman-temannya.

“Pemuda ni..... “ kata-kata Firyal Rifdah mati bila melihat anak muda dihadapannya tetap tenang menghadapi situasi itu.

“Apa yang dia dah lakukan pada cik?” pertanyaan yang diajukan membuatkan dia tergamam.

“Ha! Cakaplah. Beritahu pada mereka ini yang saya nak cium awak sebab mulut murai awak tu tak boleh diam.” cabar Hadif Raizal Isyraf. Rasa amarahnya sudah lama bertamu tapi masih cuba ditahan dengan zikrullah agar kesabarannya tidak hilang.

Firyal Rifdah membisu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Geramnya membuak namun dia tidak mampu melempiaskan. Awalnya dia fikir jeritan tadi dapat menyelesaikan masalah dan pasti anak muda itu akan gabra, namun sangkaannya ternyata jauh menyimpang.

“La! Ni kes boyfriend gaduh dengan girlfriend ke? Isy.... isy.... isy... Sorrylah brother. Kami sangkakan betullah brother nak cabul awek ni. Kalau hal gaduh-gaduh cinta, kami tak nak masuk campur. Sendiri mau ingatlah yer....” ucap mereka sambil berlalu meninggalkan tempat itu.

“Okeylah awak menang. Saya akan diam dan dengar apa saja yang awak nak cakap atau mungkin awak berhajat nak jadi penglipurlara. Sampai esok pagi pun saya tunggu, tapi bersyarat. Awak tak akan cium saya dan tolong duduk jauh-jauh dari saya.” Akhirnya Firyal Rifdah mengalah. Dia sedar Hadif Raizal Isyraf tidak gentar dengan apa jua tindakan yang diambilnya malah dia sendiri kian bimbang andai anak muda itu hilang perhitungan dan melaksanakan apa yang diperkata tadi.

“Kan mudah macam tu. Kalau dari tadi awak relex dan tenang, keadaan tak akan jadi kecoh mcam sekarang dan masa juga tidak akan terbuang begitu sahaja. Awak duduk elok-elok supaya awak selesa untuk dengar cerita saya.” lembut tutur anak muda itu. Wajah yang keruh ditatapnya dengan senyuman.

Firyal Rifdah memperkemaskan duduknya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela keluar. Dia perlukan ketenangan agar usaha anak muda itu tidak sia-sia meski dia tidak pasti apakah mungkin dirinya bakal diperlekeh dan diperolok dengan sebuah cerita dongeng. Apa pun dia tetap berjanji pada dirinya bahawa tidak semudah itu untuk Hadif Raizal Isyraf mengelentongnya. Apa pun dia perlu menghalusi apa jua bicara yang bakal didengarnya untuk mencari kebenaran pada penjelasan itu.

“Firyal, saya tahu payah untuk awak melekakkan kembali kepercayaan pada saya setelah apa yang awak lihat di gelanggang tenis tempohari malah tidak mustahil andai ianya memberikan impact negetif terhadap diri saya. Apa pun terserah pada penilaian awak. Saya tak akan paksa, cuma...... “

“Chop.... chop...... mukadimah awak tu panjang sangat. Buat saya ngantuk je. Boleh pendek kan tak. Ringkas tapi padat dan tepat.” potong Firyal Rifdah sebelum anak muda itu meneruskan kata-katanya. Dia tidak perlukan intro yang berjela, tambahan diwaktu itu sebenarnya dia dalam proses memadamkan semua yang masih melekat diminda akan kejadian yang telah disaksikannya.

“Okey, saya ikut rentak awak. Perempuan yang awak lihat mesra dengan saya tempohari sebenarnya bukan girlfriend saya. Saya pun tak tahu dari mana sesatnya, secara tiba-tiba saja dia pegang dan peluk saya. Tentu susah awak nak percaya kan, tapi itulah hakikat yang cuba saya sampaikan pada awak. Saya tahu awak nampak kejadian itu dan marah. Jika tidak masakan dengan selamba awak redah laluan sehala tanpa memperdulikan bunyi hon dari pemandu-pemandu lain. Firyal, berkali-kali saya cuba untuk terangkan, namun awak tak pernah mahu beri peluang. Tiapkali saya nak terangkan, awak sengaja tukar channel lain.” ucap Hadif Raizal Isyraf. Wajah gadis itu ditatapnya dengan harapan hati yang degil itu dapat menerima apa yang diperkatakan.

“Saya peduli apa dengan apa yang dilakukan oleh perempuan tu pada awak. Lagi pun mana saya tahu awak tak balas pelukan dia. Mungkin sebab awak nampak saya membuatkan awak cancel apa yang awak nak buat. Cuba kalau awak tak nampak saya, jangan-jangan bukan setakad peluk, tapi..... “

“Firyal, saya bukannya Sang Arjuna yang menyambar apa saja. Saya masih tahu batas adat dan adab. Masih kenal antara halal dan haram.” keras kedengaran suara anak muda itu. Tanggapan yang diberikan padanya harus diperbetulkan sebelum menjadi tepu. Firyal Rifdah tersenyum sinis, lucu mendengar apa yang diperkatakan padanya.

“Ala! Boleh percaya ke? Tadi pun awak nak cium saya malah nyaris-nyaris lagi kan. Nasib baik saya diam, kalau tidak.... “ cebiknya tanpa menghabiskan kata. Sengaja digantung membiarkan anak muda yang sudah mula berang itu memikirkan sendiri.

“Kalau awak tak diam, memang saya akan cium awak. Since awak pun dah tak percaya pada saya dan fikir saya suka buat perkara yang tak baik kan. So apa salahnya saya buktikan dan biar awak yang menjadi orang pertama menerima perlakuan tidak baik saya itu. Amacam?” tegas Hadif Raizal Isyraf sambil matanya terus meratah wajah yang ada didepannya.

Firyal Rifdah terdiam. Dia tahu sikapnya sudah menyemarakkan rasa amarah yang sedari tadi cuba ditahan. Dapat dilihat ketegangan dari raut wajah yang sudah berona kemerahan. Berkali-kali anak muda itu mengusap tengkuknya bagi meredakan gelora perasaan yang semakin membara dengan keceluparan mulut comel milik gadis genit itu.

“Firyal, jahat sangat ke saya ni?” tanya anak muda itu perlahan. Wajahnya diraup. Ada riak kesal yang bersatu dalam nada dan riaknya. Firyal Rifdah terkedu. Bukan sebegitu niatnya, tapi entah... dia sendiri hairan dengan sikapnya. Ah! Apa aku nak jawab ni. Aduh bab ni lah aku lemah... apa lah mamat ni, cubalah jangan sentimental sangat, tanyalah soalan lain. Pasal negara ke? Pasal masalah dunia global ke? Ni tak... tanya pasal diri dia pulak. Apa yang aku nak jawab... isy... isy... Firyal Rifdah bermonolog sendiri didalam hati. Pandangan matanya jatuh pada wajah lesu Hadif Raizal Isyraf.

“Kenapa awak mesti bazirkan waktu untuk ceritakan semua ini pada saya? Sebenarnya, saya tak kisah dengan apa yang saya lihat tempohari walaupun benar, saya rasa sakit hati dan marah. Namun perasaan itu adalah kerana melihat sikap perempuan gedik yang tidak langsung mengendahkan harga diri dan martabat kaum sespises dengannya. Perlu apa awak dapatkan kepercayaan dan keyakinan dari saya? sedangkan awak bebas lakukan apa sahaja yang awak mahu. Kita punya kehidupan masing-masing dan ternyata antara saya dan awak miliki perbedaan yang jauh. Saya benar-benar tak faham dengan sikap awak Raizal.” Dia melontarkan pandangan pada satu dimensi yang entah di mana paksinya. Sudah lama dirasakan ada sesuatu yang tersembunyi disebalik tingkah anak muda itu, namun dia tidak mahu mempersoalkan jauh sekali memikirkan.

“Firyal, sebenarnya saya.... erm... biarlah saya berterus terang. Sebenarnya saya.... saa.. yaaa... sebenarnya.... “

Aku sayang dia mak... Aku suka dia mak... kalau pun dia brutal, yang penting dia kucinta.” Tiba-tiba terdengar suara Farid memintas kegagapan anak muda itu sambil mengalunkan lagu dangdut yang pernah dipopularkan oleh Iwan satu waktu dulu. Biarpun sumbang dan tidak menarik dengan pitching yang berterabur, namun anak muda itu sedikit pun tidak mengendahkannya.

Aku minat dia mak.... aku kasih dia mak..... walaupun dia menolak.... ku tetap tak putusasa.” Alisya pula menyampuk dengan lirik ciptaannya sendiri sambil tubuhnya terlenggok-lenggok meniru gaya penyanyi dangdut. Kedua-dua penyanyi tidak bertauliah itu tersengeh-sengeh melihat kekerutan pada wajah pasangan itu.

Hadif Raizal Isyraf dan Firyal Rifdah benar-benar terkejut. Entah dari mana munculnya kedua makhuk yang pasti tidak langsung diundang secara tiba-tiba telah menginterframekan diri mereka dalam pertemuan itu.

“Itu pun engkau susah nak cakap Hadif. Hai ‘rebounding dinasour’. Ketemu lagi kita. “ sapa Farid. Bulat mata Firyal Rifdah mendengarkan panggilan itu. Mamat ni memang tak sayang mulut. Sesedap hati dia aje nak panggil aku ikut apa yang dia mahu. Dasar mulut tak berinsuran.... cemuhnya geram.

”Relexlah Rif, Farid bergurau aje tu. Dari tadi kitaorang perhatikan korang berdua ni asyik serius je. Cubalah bawak-bawak berdamai. Sedangkan Palastine dengan Israel pun boleh cool mematuhi genjatan senjata walaupun tak lama. Tak kan korang berdua tak boleh.” Sampuk Alisya sambi tersenyum. Pandangannya melirik pada Farid yang sedang menyembunyikan tawa. Cinabeng punya member. Sejak bila berpaling tadah, sesuka Pak Kadok Lebai Malang dia samakan aku dengan Palastine dan Israel. Sejak bila pulaklah dia boleh kamcing dengan 'Tok Kebayan' yang baru masuk tadika tu... bentak Firyal Rifdah. Hatinya makin panas bila merasa Alisya juga sudah berkomplot untuk mengenakannya. Dipandangnya Hadif Raizal Isyraf yang sedari tadi hanya membisu.

Ni sorang lagi, dok diam aje... apa nak sangat ke jadi bisu. Said something Raizal. Jangan biarkan mereka kenakan kita. Matanya melirik pada anak muda itu.

“Well Farid, Alisya, you all berdua ni dari mana? tanya Hadif Raizal Isyraf yang memang arif dengan lirikan mata gadis disebelahnya.

“Dari mana pulak, dari bumilah. Kami bukannya alien yang datang dari planet Marikh dan sesat di sini. Sebenarnya kami perhatikan korang yang asyik bergaduh. Nasib baik tak sampai bersilat atau berkungfu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang perlukan bantuan. Erm... tak selesai lagi ke Hadif?” Farid melirik pandang ke arah Firyal Rifdah yang sedari tadi merenungnya tajam. Dia tahu gadis itu sedang menahan perasaan hati.

“Rif, apa yang Hadif cakapkan tu betul. Minah yang peluk dia tu sasau dan rabun. Sebenarnya dia ingatkan dia peluk husbandnya yang juga kebetulan ada di gelanggang tenis tu. Tengok-tengok orang lain, tapi nak kata apa... dah terjadi dan Hadif pula tak pasal-pasal terima pelukan percuma.” Alisya memberikan bantuan. Dia sendiri hampir putus urat perut ketawa bila Farid menceritakan kejadian itu malah siap dengan flashback akan adegan yang kini menjadi agenda utama pujukan yang terpaksa dilakukan oleh Hadif Raizal Isyraf.

“Iyerlah tu. Engkau percayalah apa yang dikatakan oleh ‘Tok Kebayan Sekolah Tadika’ ni. Jangan-jangan dia saja nak beri statement palsu untuk selamatkan kawan dia. Masakan engkau lupa bagaimana kecohnya dia masa perlanggaran dulu.” Gulp.... aku dipanggilnya ‘Tok Kebayan?’ dasar dinasour tak sayang mulut.... gumam Farid di dalam hati. Terkejut mendengar gelaran yang diberikan oleh gadis itu padanya, malah mulut Alisya juga terlopong bila terdengar panggilan itu. Pantas ditekup mulutnya sambil menyembunyikan tawa.

”What ever lah. Biar di apa pun rasionalnya penjelasan yang sudah diberikan, pada saya ia tetap tak ada kaitan dengan saya dan keturunan saya. Key, saya nak chow dulu.” ucap Firyal Rifdah. Dia sudah lelah dengan segala babak pementasan itu malah tidak sangka bahawa dirinya turut menjadi salah seorang dari actressnya. Huh! Kalau dapat award tak apa gak.... ni tak.... buang karen je. Minah tu pun sama. Dasar kawan tak boleh pakai... cemuhnya geram. Mata terarah pada Alisya yang masih tersengeh-sengeh melihat akan sikapnya.

Dasar budak degil. Desis Hadif Raizal Isyraf sambil memerhatikan gadis itu.

“Firyal, walaupun kita tidak ditakdirkan bersefahaman dan bertemu jodoh dalam persefahaman, tapi itu bukan alasan untuk kita menyatakan yang kita tidak boleh bekerjasama dalam mencari persefahaman lantas menyelesaikan permasalahan yang mungkin sedang melanda. Apa yang perlu awak lakukan, hanyalah buka minda dan asingkan terus atau seketika sikap degil yang awak miliki itu.” sinis kedengaran suara itu. Sudah puas rasanya dia berdiplomasi dan sudah juga dia memujuk, tapi kedegilan yang tega itu bagai terlalu ampuh untuk dileburkan. Dia mengeluh. Kesal dengan sikap yang tidak bisa mengalah milik seorang gadis.

Firyal Rifdah terkedu. Tidak disangka sebegitu bicara yang terungkap dari mulut anak muda itu. Hatinya mula dipukul ombak sesal. Dia mengalihkan pandangan ke arah Alisya dan Farid, memohon bantuan agar keadaan yang mula tegang dapat dikendurkan, namun keduanya bagai sengaja tidak mahu mengerti akan maksud yang tersirat.

“Adakala mata silap memandang, lidah salah mengungkap kata, hati terburu-buru membuat takfiran, tapi itu bukan sebab untuk awak rasa terkilan terhadap saya kerana yang pasti antara kita bebas dalam menentukan arah tujuan dalam sebuah kehidupan. Saya minta maaf atas khilaf saya dan awak tak perlu terus rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi tempohari. Saya minta diri dulu.” Firyal Rifdah akhirnya mengorak langkah. Semakin dia berlama-lama di situ, semakin resah gelisah jiwanya.

Dia tahu Hadif Raizal Isyraf menghantar langkahnya dengan pandangan namun sengaja dipejalkan hati agar tidak membalas kembali pandangan anak muda itu.Biarlah.. biarlah segalanya bagai tidak berkoma jauh sekali bernokhtah. Justeru dia sendiri tidak tahu apa yang diingini dalam sebuah perhubungan yang ternyata masih terlalu jauh.

Dia melabuhkan duduk sebaik sahaja masuk ke dalam ‘Black Hawk’. Masih tidak berganjak membiarkan fikirannya terbang bebas. Dia sedar, tingkahnya sudah banyak menguji kesabaran dan keegoaan lelaki itu namun entah mengapa dia bagaikan masih tega untuk terus menguji. Sedangkan dia sebenarnya tidak tahu untuk apa dilakukan semua itu. Apakah kerana kenangan lalu yang masih kukuh terpahat dalam kamus hidupnya menjadikan dia bagaikan insan tanpa perasaan.... Perlahan-lahan dihidupkan enjin. ‘Black Hawk’ harus pergi dari situ segera. Perasaan sedihnya sudah mula mengacah dan airmata bagaikan sudah singgah di tubir mata. Tiba-tiba talifonnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk ke inboxnya.

‘Kalau boleh saya nak pos semua rasa rindu saya pada awak, tapi posmen tu tak bagi. Katanya besar sangat. Walau apa pun, awak selalu dalam ingatan saya dan tak pernah sekali pun saya lupa walau awak langsung tak pernah pandang dan hiraukan saya. Drive carefully. –HRI– ’

Airmatanya mengalir jua dalam senyuman yang sudah terbias. Dia tahu siapa pengirim sms tersebut dan serentak itu juga cermin keretanya diketuk. Terlihat wajah Hadif Raizal Isyraf dalam senyuman yang cukup romantik pada pandangannya. Dia tunduk malu... lantas ‘Black Hawk’ terus membawanya berlalu dari situ tanpa sepatah ucapan buat anak muda yang masih setia memerhatikan pemergiaannya......

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama ku nanti

Kau di sini

3 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home