Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, March 20, 2007

Mungkinkah Terjadi.....

"Walaupun kita tidak ditakdirkan bersefahaman dan bertemu jodoh dalam persefahaman, tapi itu bukan alasan untuk kita menyatakan yang kita tidak boleh bekerjasama mencari persefahaman dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang mungkin sedang kita hadapi." Fizz Haizal merenung wajah lesu Maira Atisya. Dia mengerti akan konflik yang sarat melanda emosi gadis itu.

Maira Atisya masih tega membisu. Entah mengapa lewat kebelakangan ini kepejalan kongkrit kebisuan yang mula terbina bagaikan Tembok Berlin yang pernah melindungi German satu ketika dulu. Apakah disebabkan permasalahan yang bertamu membuatkan gadis itu berubah?

"Atisya, berdiam boleh menjadikan minda kita mudah bisu dari terus berkata-kata. Saya tidak nafikan adakalanya diam itu baik untuk mengurangkan sakit atau menghindari perbalahan, tapi ianya satu tabiat negetif dalam mencari penyelesaian. Sampai bila awak mahu berdiam atau mungkin Maira Atisya yang ada dihadapan saya sekarang ini sudah bisu barangkali?" luah Fizz Haizal. Sesekali dia mengusap pangkal tengkuknya bagi meredakan rasa kurang enak yang mula mengacah.

Maira Atisya menentang renungan anak muda itu. Mata mereka berutus salam lantas terus berbicara. Redup diwajah mengungkapkan apa yang diperkatakan oleh hati. Lama pandangan mereka beradu hingga akhirnya….

"Atisya, bahasa mata dan perasaan ini akan jadi lebih mudah andai awak menterjemahkan dengan ungkapan. Saya lemas begini. Minda saya tak mampu berenang hingga ke dasar. Saya kekurangan oksigen." perlahan suara anak muda itu bersama sedikit jenaka membuatkan kuntuman senyuman mengacah mekar dibibir mulus milik gadis itu.

"Ha! kan cantik bila awak tersenyum. Nampak manis pada pandangan mata saya, hilang gundah tapi menambahkan resah di jiwa. Sudi temankan saya lunch? Sebenarnya dari pagi saya tidak sempat menjamah sebarang makanan." usik Fizz Haizal sambil memohon simpati.

"Kenapa tak makan? Masakan segelas koko suam pun tidak sempat encik teguk?" tanya Maira Atisya. Mata bundarnya bulat merenung anak muda yang berada dihadapannya.

"Saya tak biasa minum koko suam. Itukan minuman kegemaran awak bila tak sempat nak makan. Mungkin saya boleh praktik kan kalau awak sudi menyediakan untuk saya." giat Fizz Haizal. Senyuman mula melebar dibibir anak muda itu menyerlahkan kedua lesung pipit yang ada di kiri kanan pipinya.

Maira Atisya terkedu. Seakan hilang segala perbendaharaan kata dari kamus mindanya. Malu dan segan menyerbu membuatkan wajahnya berona kemerahan. Fizz Haizal tertawa kecil melihat perubahannya sedangkan gadis itu sudah melarikan wajah. Tidak betah terus berhadapan dengan situasi sedemikian.

"Jadi, bagaimana. Sudi temankan saya?" soalan diajukan kembali bila jawapan masih tidak terucap.

"Dah lewat. Saya rasa macam tidak sempat. Sekarang pun sudah jam satu empat puluh lima petang. Mustahil saya dapat kembali ke meja saya tepat pada masanya. Saya pohon maaf." ucap Maira Atisya. Fizz Haizal mengeluh. Matanya masih betah dengan pandangan mengharap agar gadis itu bersetuju dengan apa yang dipinta, malangnya gelengan kepala yang beraksi bagaikan jawapan yang tak mungkin akan berubah.

"Atisya, please….. Sanggup Atisya lihat abang kelaparan?" pujuk Fizz Haizal lembut. Sengaja digunakan ungkapan ‘abang’ untuk meraih belas dari hati gadis di hadapannya. Maira Atisya mengetap bibirnya menandakan dia tidak gemar dengan ganti nama diri sedemikian, namun anak muda itu seolah sengaja tidak mahu memahaminya.

"I wish, I can; but sorry. Saya tak mahu ada lagi cerita-cerita kurang enak yang bakal menggegarkan ruang angkasa Teras Cemara ini." Perlahan suaranya. Apa yang pernah berlaku dulu kembali terbayang di layar ingatan.

"Tak apalah kalau Atisya tak sudi. Biarlah abang berlapar sampai ke petang." sengaja diacah dengan bicara berperisa rajuk dan jauh hati untuk melihat sejauhmana keperihatinan gadis itu terhadapnya.

"Tak sudi dan tak boleh adalah dua istilah yang berbeda Encik Haizal." Keluh Maira Atisya. Dia benar-benar tidak senang bila anak muda itu seolah sengaja menjerat dengan menggunakan titik kelemahan yang ada pada dirinya.

"Erm, apa kata kalau encik jamah dulu nasi goreng ini sebagai pengalas perut. Itu pun kalau encik tak kisah sebab saya dah jamah sedikit, tapi bukan menyisakannya. Saya ambil dan letakkan dalam piring lain sebelum memakannya." tanya Maira Atisya sambil tangannya teragak-agak untuk menghulurkan Tupperware yang masih ada di pegangan.

"Selalu ke Atisya bawa bekal ke pejabat?" soal Fizz Haizal tersenym sambil menyambut. Segera penutup bekas itu dibuka dan aroma nasi goreng yang berlaukkan sambal bilis tumis yang telah dihangatkan menyusuk ke hidungnya. Perut yang sememang sudah sekian lama berkeroncong seakan tidak sabar pinta di isi segera.

"Mahu Atisya temankan saya makan di pantry?" Fizz Haizal masih mencuba nasib. Biarpun dia sudah tahu apa jawapan yang telah menanti.

"Jangan cari penyakit yang telah sedia ada Encik Haizal. Kelak saya juga yang terpaksa mencari vaksin untuk mengubatinya." Anak muda itu sudah memuntahkan tawa mendengar ungkapan gadis itu. Maira Atisya mengatur langkah menuju ke tempatnya. Dia sedar Fizz Haizal tidak boleh terus dilayan. Faham dengan apa yang tersurat dalam maksud kata-kata itu. Perlahan-lahan diaturnya langkah ke pantry. Perutnya menjadi semakin lapar bila terbayangkan nasi goreng yang kini berada di tangan.

Dia bersendirian mengadap hidangan. Bersama lafaz Bismillah, sesudu nasi goreng disuapkan ke mulut. Di kunyah perlahan-lahan sambil menikmati keenakan juadah itu. Semuanya seimbang. Pedas, masin, gabungan sayur-sayuran dan ikan bilis yang digunakan sudah cukup menjadikan hidangan itu sempurna. Dia tersenyum sendiri. Teramat yakin juadah itu adalah hasil tangan gadis itu sendiri. Dia tahu Maira Atisya gemar membawa bekalan dari rumah malah jarang benar dia lihat gadis itu membeli juadah untuk makan tengaharinya. Dia tersenyum sendiri bila mindanya diapung dengan angan-angan yang tidak mampu dizahirkan pada pengucapan..

"Hai Haizal, awak makan atau berangan? Saya tak tahu pulak awak rajin bawa bekalan dari rumah. Sejak bila? Well, satu perubahan yang baik." tegur Encik Azmi sebaik sahaja terpandang Fizz Haizal yang asyik menjamu selera. Tersedak anak muda itu dengan teguran yang tidak disangka. Pantas mug berisi air suam diteguknya. Terasa lega tekak yang sedikit keperitan tadi.

"Eh! Encik Azmi. Dah makan ke? Maaflah. Saya tak dapat nak pelawa sebab dah hampir habis." ucap Fizz Haizal tersenyum. Serba salah kelihatannya untuk meneruskan saki baki suapannya.
Encik Azmi tersenyum. Kerusi yang kosong dihadapan anak muda itu ditarik lantas melabuhkan duduk. Dia memerhatikan juadah anak muda itu.

Ah! Masakan masakan orang bujang sesempurna ini, kalau iyer pun disediakan oleh ibunya; mana pernah Financial Controllernya itu membawa bekalan dari rumah sebelum ini. Pasti kepunyaan orang lain.... gumam hatinya sambil melirik senyuman.

"Ada apa-apa yang tak kena ke Encik Azmi? Sampai begitu sekali encik renung saya." tanya Fizz Haizal. Hairan hatinya dengan renungan yang menguntum senyuman itu.

"Dari pemerhatian saya, ini bukan masakan orang lelaki. Rajin ibu awak menyediakan bekalan untuk anak bujangnya." giat Encik Azmi cuba mencari reaksi anak muda itu. Wajah Fizz Haizal berubah.

Ah! Masakan orang tua dihadapannya tahu dia sedang menikmati bekalan Maira Atisya. Aduh! Gawat .. bisik hatinya.

"Sebenarnya Encik Azmi, errrr bekalan ini bukan ibu saya yang sediakan. Sebenarnya ini errrr" Fizz Haizal sudah tergagap-gagap cuba menyusun ayat, tapi ternyata segalanya bertaburan entah di mana.

"Maksud awak, ini bekalan Maira Atisya?" pintas Encik Azmi sebelum anak muda itu menghabiskan kata-kata. Dia mengulum senyum. Perubahan wajah anak muda itu tidak sukar dikesan.

Bulk… bagai dihempap seketul batu besar bila tekaan yang dibuat tepat mengenai sasaran. Dia terpana sedang bossnya sudah meledakkan tawa.

2 Comments:

  • At March 20, 2007 at 10:48 PM , Blogger ManjLara said...

    hmm...Fizz Haizal...
    ko bleh tlg aku tak chemps? ko tlg describe kat aku camne roman mamat nih! nge..nge..nge..
    p/s: aa..camni baru senang chek baca, klu hat yg italic style tu cam senget jerk kepala aku baca hehehe...

     
  • At March 21, 2007 at 7:42 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Erm Lara, actually aku tak tau nak describe mamat ni cam ne..... roman dalam busy giler sebab dia ni agak workaholic person.... ko ikuti je lah lara kisah ni selanjutnya.... actually apa yang aku paste kat sini adalah sebahagian dari nvl yang aku tulis... not from begining but yang dua tu dah mostly tengah-tengah... rasanya nak dekat klimax story dia.... heheheheheheee

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home