Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, March 19, 2007

Kemaafan Dendam yang Terindah......




Sejak peristiwa diherdik oleh Fizz Haizal, Maira Atisya seakan menjauhkan diri dan mengelak dri bertembung dengan anak muda itu. Dia lebih banyak berada di tempatnya menyelesaikan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan malah dia juga sudah tidak lagi kelihatan berbual-bual dengan para pekerja Teras Cemara seperti dulu. Dia lebih betah dengan dunianya. Hanya sesekali terdengar dia bersuara itu pun pada tutur yang cukup terhad. Apakah gadis itu serik atau mungkinkah hatinya luka dengan apa yang berlaku? Tak siapa yang dapat menduga jauh seklai memberikan jawapan.

Pagi Isnin itu entah mengapa Maira Atisya tergerak untuk membawa cake carrot yang dibuatnya. Sudah lama dia berjanji secara tidak rasmi dengan Balqis, setiausaha Fizz Haizal setelah wanita itu merungut resepi pemberian Maira Atisya gagal menghasilkan kek yang memuaskan. Justeru itulah, semalam dia membuatnya.

"Assallammualaikum Maira. Cepat engkau sampai hari ni. Erm mana Alia? Engkau tak datang dengan dia ke?" tegur Balqis bila terlihat gadis itu meletakkan beg komputernya di atas meja.

"Waalaikummussalam. Awal sikit dari biasa. Hari ini aku tumpang papa aku yang kebetulan ada mesyuarat dekat-dekat sini." terang Maira Atisya tesenyum sambil melangkah ke tempat Balqis. Tupperware yang dipegang diunjukkan pada gadis itu.

"Apa ni?" tanya Balqis sambil membuka peneutup bekas tersebut.

"Wah Maira! Walnut Carrot Cake lah. Amboi! Rajin anak dara sorang ni. Erm, sedaplah Maira. Memang berbeza dengan apa yang aku buat." komen Balqis tanpa dipinta. Sepotong lagi kek disumbat ke dalam mulutnya.

"Isy, kalau iyer pun teruja, cubalah bawak duduk. Tak manis anak dara makan berdiri canggini." tegur Maira Atisya lembut. Mereka sama-sama tertawa.

"Maira, aku lihat engkau macam mengelak aje dari bertembung atau bercakap dengan boss aku sejak incident hari tu. Erm, engkau masih terasa ke?" soal Balqis sambil merenung wajah gadis yang masih tegak di hadapannya.

Maira Atisya mengeluh. Soalan yang diajukan padanya seakan torehan yang kembali melorek hatinya yang sudah dicorak dengan berbagai paten kelukaan.

"Tak adalah Balqis. Aku tak terasa pun malah aku berterima kasih pada dia. Memang salah aku sendiri. Suka menyibuk urusan orang lain. Betul apa yang boss engkau katakan. Aku ke mari atas urusan mengaudit akaun syarikat, bukannya mengaudit tingkah atau perilaku dia. Tambahan pulak aku memang tak ada hak untk mencampuri urusan dia. Teguran dia tempohari menyedarkan aku siapa diri aku yang sebenarnya. Sebab itu lah aku cuba untuk tidak mengulangi lagi apa yang telah terjadi." sayu suara Maira Atisya. Bagai terdengar-dengar ledakan kemarahan anak muda itu padanya.

"Maira, boss aku tak sengaja nak marah engkau. Masa tu dia betul-betul tengah tension. Tahu ajelah dekat dengan board meeting. Semuanya mesti beres. Sebagai seorang Financial Controller, engkau tentu sedia maklum macamana bebanan tugas dia kan. Kebetulan hari tu Managing Director tembak dia dalam meeting sedangkan kesalahan berpunca dari orang lain. Aku dengar teruk jugak dia kena belasah. Aku rasa mungkin sebab tu dia terbabas lepaskan kemarahan dia pada engkau. Actually he’s not that bad and heavy smoking person, cuma hari tu aje yang terover. Agaknya dia nak released tension kot." terang Balqis. Dia tahu Maira Atisya malu dengan incident itu lebih-lebih lagi ramai yang mendengar ledakan kemarahan Fizz Haizal.

"Aku tak apa-apa Balqis. Janganlah engkau bimbang. Erm, aku nak pegi buat air sekejap." Maira Atisya berlalu sebaik sahaja melihat Fizz Haizal mula mengatur langkah ke arah mereka. Balqis sekadar menggelengkan kepala. Sedar itu sekadar alasan gadis itu untuk menghindarkan diri dari bertemu dengan bossnya.

"Selamat pagi Balqis." ucap Fizz Haizal tapi matanya masih betah menyorot langkah Maira Atisya. Belum surutkan kemarahan gadis itu padanya sedangkan sudah lebih dua minggu peristiwa itu berlaku. Tanpa sedar, terlepas keluhan berat dari bibirnya.

"Selamat pagi boss. Awal hari ni." balas Balqis. Dia turut mengikut pandangan anak muda itu yang masih melirik pada Maira Atisya malah turut memahami erti keluhan yang didengarnya sebentar tadi. Simpati juga dengan apa yang dihadapi oleh anak muda itu, tapi apa dayanya untuk membantu. Maira Atisya bukan mudah untuk dipujuk.

"Erm, boss dah breakfast? Kalau belum, jemput boss. Kek ni cik kak tu yang buat. Entah apa mimpi dia semalam, alih-alih pagi ni disuanya saya bekal yang dibawa. Tapi bagus juga kan boss, merasa kita makan kek yang dibuatnya." pancing Balqis sambil mengulum senyum. Tupperware yang sedari tadi berada di meja disuakan pada anak muda itu. Fizz Haizal merenung. Entah mengapa tiba-tiba nalurinya melonjak ghairah untuk menikmati juadah hasil air tangan dari gadis itu.

"Boleh awak letakkan dalam piring dan bawak ke bilik saya?" pinta Fizz Haizal sambil berlalu tapi berpatah semula ke meja setiausahanya.

"Minta Atisya tolong buatkan secawan Nescafe kalau dia dah maafkan saya. Bawak sekali dengan kek tu yer." ucap Fizz Haizal sambil tersenyum nakal. Ah! Moga kali ini formula yang dipraktiknya akan berhasil. Balqis tertawa kecil. Bijak juga rupanya anak muda itu. Tahu bagaimana untuk menggunakan titik kelemahan hati Maira Atisya. Dia mula mengatur langkah ke pantry. Fizz Haizal sudah menghilang ke biliknya.

"Maira, aku nak sampaikan pesan orang." tegur Balqis pada gadis yang masih leka mengacau campuran koko didalam mugnya. Entah ke mana destinasi fikirannya melayang mengikut pusingan sudu didalam mug itu.

"Boss aku minta engkau tolong buatkan dia secawan nescafe kalau engkau dah maafkan dia atas ketidak sengajaannya marah engkau hari tu." Bulat mata Maira Atisya memandang wajah Balqis. Bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Namun dia tetap berlagak selamba sedang dalam hati sudah terasa perit getarnya.

"Maira, engkau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" tanya Balqis bila melihat gadis itu seakan tidak mengindahkan kata-katanya sebentar tadi.

"Maira……"

"Tak payah nak ulang. Bukannya aku tak dengar apa yang engkau cakap, cuma aku musykil, sejak bila aku jadi tukang buat air untuk dia?" tanya Maira Atisya selamba. Matanya melolot ke arah bilik di mana anak muda itu bersemayam.

Balqis sekadar menjungkitkan bahu sambil membalas renungan itu bersama senyuman tanpa kata. Namun senyuman yang terpamir sudah cukup mengungkap apa yang ada didalam fikirannya. Maira Atisya menjeling geram. Tidak gemar dengan tanggapan yang dibuat oleh gadis itu.

"Panjang umur Kak Ani. Encik Fizz Haizal minta secawan Nescafe." ucap Maira Atisya sebaik terlihat Kak Ani, tea lady syarikat itu yang datang bersama cerek kosong ditangan. Balqis menggelengkan kepala melihat tingkah gadis itu.

"Orang suruh dia, dia suruh orang lain pulak. Maira… Maira… dah bertemulah buku dengan pensil. Engkau dengan boss aku tu sama je. Dua-dua tak pernah nak mengalah." luah Balqis tertawa kecil. Wajah gadis itu ditatapnya penuh makna, namun Maira Atisya tetap buat muka selamba. Bagai tidak berbekas dengan apa yang diperkatakan padanya.

"Eh! Encik Haizal dah sampai ke? Tak perasan pulak akak. Nanti akak buatkan air untuknya." terkocoh-kocoh perempuan itu mencapai mug yang ada untuk menyiapkan minuman seperti yang dipinta.

"Tak payah susah-susah Kak Ani. Saya minta orang yang saya marah hari tu buatkan. Iyelah, sebagai tanda ketidak sengajaan saya sudah dimaafkan; tapi nampaknya kemaafan itu masih belum menjadi milik saya. Tak apalah. Mungkin rasa bersalah yang saya rasa sekarang ini merupakan harga yang perlu saya bayar di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Saya dah tak perlukan secawan Nescafe malah rasa dahaga ini pun dah hilang. Terima kasih Kak Ani." ketiga-tiganya terkejut. Entah sudah berapa lama anak muda itu berada di situ tanpa disedari. Fizz Haizal berlalu meninggalkan mereka. Maira Atisya terpaku mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak muda itu.

Tanpa sengaja mug yang berada di tangan terlepas dari pegangan. Kak Ani dan Balqis berpandangan sedang gadis itu sudah tunduk memungut sepihan ceramic yang bertaburan. Mengapa kau masih tega mendera naluriku rintih Maira Atisya sendiri. Tanpa sedar, serpihan ceramic yang tajam itu mengenai jarinya. Pantas dia mengaduh. Serentak itu juga darah merah mengalir dari luka yang sudah terobek.

Kak Ani panik. Segera ditariknya gadis itu ke sinki. Jari yang luka dibasuh dengan harapan darah yang mengalir akan berhenti, sementara Balqis sudah berlalu mendapatkan kotak menyimpan ubat-ubatan. Dia kembali bersama sebotol ubat luka dan plaster.

"Dalam juga luka engkau ni Maira. Aku rasa baik engkau pergi klinik." saran Balqis sambil tangannya lincah menyapukan ubat. Menyerigai gadis itu menahan rasa sakit dan pedih yang mula bersatu.

"Tak payahlah Balqis. Sikit je. Engkau tolong tampal dengan plaster tu. Rasanya okey kot." pinta Maira Atisya perlahan. Di tahannya airmata yang mula mengacah. Setelah selesai, dicapai sebiji mug. Di masukan sesudu kecil Nescafe, coffemate dan gula secukup rasa lantas dikacau perlahan-lahan.

Kak Ani dan Balqis sekadar memerhati perbuatan gadis itu. Sesekali terlihat wajah Maira Atisya berkerut. Mungkin menahan rasa sakit yang mula terasa.

Setelah yakin dengan air yang dibancuh, sebiji piring dicapai lantas dibawa bersama. Dia berhenti di meja Balqis. Mengisi beberapa potong kek yang dibawanya tadi sebelum melangkah ke bilik anak muda itu. Kak Ani dan Balqis saling bertukar senyum. Terusik juga rupanya hati gadis itu mendengar apa yang diperkatakan oleh Fizz Haizal sebentar tadi.

"Assallammualaikum. Maaf kalau saya mengganggu. Ini ada sedikit kek dan Nescafe. Jamahlah kalau sudi." ucap Maira Atisya perlahan. Secawan Nescafe yang masih berasap dan sepiring kek di letakkan di hadapan anak muda yang seakan langsung tidak mengindahkan kehadirannya. Aroma minuman yang mula mengusik naluri cuba ditahan dengan keegoaan seorang lelaki. Maira Atisya masih terpacak.

"Kalau awak sekadar tolong bawakan air yang Kak Ani buat, baik tak payah. Saya tak akan mati kebuluran atau kehausan tanpa menjamah kek dan air yang awak bawak." sinis kata-kata anak muda itu tanpa sedikitpun mengangkat wajahnya yang masih betah meneliti dokumen yang sedari tadi dipegang, sedangkan sebenarnya fikiran langsung tidak terfokus pada apa yang dilihat pada dokumen itu.

"Terserah. Saya tak paksa kalau encik tak sudi. Saya mohon diri dulu." ucap Maira Atisya. Malas melayan angin yang sudah mula bertukar corak hembusannya. Dia tidak mahu memulakan harinya di situ dengan ketegangan yang tak akan menguntungkan mana-mana pihak.

"Kenapa dengan jari awak ni?" tanya Fizz Haizal sambil menyambar tangan Maira Atisya sebelum sempat gadis itu berlalu. Bulat mata Maira Atisya memandang wajah Fizz Haizal. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan spontan yang tidak diduga. Cuba ditarik tangannya tapi makin kejap pegangan anak muda itu. Wajah Maira Atisya berona kemerahan.

"Mengapa awak suka mencederakan diri sendiri sedangkan ada cara lain yang boleh kita gunakan ke arah perdamaian?" lembut suara Fizz Haizal menyapa pendengaran Maira Atisya.

Terasa ada tangan yang singgah mengangkat wajah yang kian tunduk menjadikan pandangan mereka menyapa. Ada getar yang ganas memukul di pantai hati. Ada resah yang bertiup dalam bayu kerinduan. Ada bahagia yang berkicau pada nyanyian unggas yang menari di taman hati. Namun dia tidak berani untuk menzahirkannya pada reality. Masih tega terapung dan ampuh jauh di dasar sanubari.

"Sa…saaaa saya tak apa-apa encik. Sikit aje luka ni." ucap Maira Atisya gugup. Getaran di dadanya kian menyiksa. Fizz Haizal menyembunyikan senyum. Wajah gadis itu yang sedari tadi sudah berona kemerahan kelihatan lucu dipenglihatannya.

"Luka di jari ni memang sikit, tapi luka yang ada di hati tu dalam kan; hingga Atisya terus memboikot dan menjauhkan diri dari saya. Sudi Atisya maafkan saya?" bisik Fizz Haizal romantik. Maira Atisya tetap membeku. Gementar seluruh anggota dan naluri gadisnya berdebar kencang. Mindanya pantas berfikir. Dia harus segera melepaskan diri dari situasi yang agak gawat. Tidak mahu mengundang berbagai spekulasi andai ada yang terlihat keadaan mereka tika itu.

"Encik, kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Masih banyak kerja yang perlu saya bereskan." dalih Maira Atisya. Di rentap tangannya yang masih betah dalam gengaman anak muda itu. Fizz Haizal akhirnya tersenyum. Kegabraan gadis itu sudah terserlah. Wajah yang berona kemerahan itu sudah terbias di pandangannya.

Minda anak muda itu mula mencetuskan idea nakal. Sengaja ingin terus mendera perasaan si gadis yang telah lama goyah. Dia capai sepotong kek lantas disuap ke mulut. Perlahan-lahan dikunyahnya seolah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Maira Atisya sebentar tadi. Kemudian dia meneguk pula Nescafe yang masih berasap tipis. Sengaja diambilnya waktu seolah sedang menilai apa yang disajikan. Sesekali mata nakalnya mengerling pada Maira Atisya yang bagai dihambat keresahan. Senyumannya menguntum namun hanya terzahir di dalam hati.

"Pandai Atisya buat air. Tidak manis dan tidak tawar. Sukatannya cukup seimbang. Begitu juga dengan kek ini. Sedap. Terima kasih sebab sudi beri saya rasa. Okey, Atisya boleh sambung kerja, tapi tengahari ni kita lunch sama-sama yer." anak muda itu menggenyitkan mata nakal pada Maira Atisya. Dia benar-benar gembira. Harapannya konfrantasi tidak rasmi yang terjalin antara meraka bakal berakhir hari ini. Cukuplah lebih kurang dua minggu gadis itu menghindari akan dirinya. Dia benar-benar tidak tega dengan situasi sebegitu.

Maira Atisya sekadar membisu sambil melangkah keluar dari bilik anak muda itu, tapi langkahnya mati bila terpandang renungan tajam Alia Natasya. Dia tidak pasti apakah gadis itu mendengar apa yang diperkatakan malah rasanya meyaksikan segala yang berlaku. Hatinya diserbu rasa kurang enak. Pandangan gadis itu cukup difahami. Namun tidak mungkin dia mampu menerangkan keadaan sebenarnya, lebih-lebih lagi Fizz Haizal langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Anak muda itu buat-buat bodoh dan terus membelek dokumen yang sedari tadi tersadai di mejanya.

2 Comments:

  • At March 20, 2007 at 1:28 PM , Blogger ManjLara said...

    wahh...1st time i dengo ayat "ditahannya airmatanya yang mula mengacah" tabik! tabik! tabik!... ko mmg perintis (buat org yg baru discovery channel ngn ayat tu, cam aku nih..)sambungannya tu cepat sket! aku da tak sesabo nak nengok Fizz Haizal ngan Maira Atisya tu naik pelamin tunggu ngko lambat sgt! gegegege....

     
  • At March 20, 2007 at 2:26 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hahahahahaahh apa kata ko aje yang nikah kan mereka mengikut kreativiti ko... hahahahahahaha banyak lagi rintangannya cik lara oooiiiii sebelum si Fizz Haizal tu menyerahkan terunanya dengan berbalas kedaraan seorang gadis.... biarlah kesabaranmu teracah dan diapung pada sebuah tandatanya... amacam... ahaks...... :) :)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home