Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, March 05, 2007

Takkan ku berhenti mencintaimu.....

Malam semalam sekali lagi aku mendera mata ku dengan berjaga semata-mata untuk satu kerja yang mungkin pada orang lain tak ada faedah dan tak berbaloi. Tapi tidak bagi ku. Apa pun sorry to my eyes atas penderaan yang tidak aku sengajakan. Memang dah jadi habit ku untuk menyudahkan pembacaan bila buku yang ku baca itu berjaya mengheret rasa teruja untuk tahu endingnya. Ini semua gara-gara buku-buku yang berjaya ku borong pada hari sabtu yang lalu dan salah satu darinya adalah novel Mimie Afinie selain dari novel Ebriza yang telah selesai ku hayati sebelumnya.

Di waktu insan lain diulit mimpi, aku pula hanyut dengan perasaan ku sendiri. Meleleh airmataku membasahi pipi bila membaca surat Iskandar buat Sarah Nadia…. tak perlu tengok wayang bollywood.. baca novel pun dah boleh tangkap sedih.... macamlah aku ni Sarah Nadia....Hehehheheh apa pun memang sedih… sedih bila membaca luahan hati seorang lelaki yang terpaksa pergi membawa diri membiarkan buahatinya bahagia bersama insan lain…. sedangkan si buahati juga sebenarnya panasaran dengan perpisahan yang terjadi tanpa kerelaan. Dalam kemelut itu, hadir pulak si Jeffri yang sesuka ati antar rombongan peminangan lantas dipersetujui oleh ibu Sarah akibat sakit hati dengan kata-kata yang dianggap penghinaan dari ibu Iskandar...

Novel terbitan KarnaDya ini tidak mengecewakan lantaran Kak Mimie berjaya mencetuskan berbagai situasi yang mampu kita rasakan hasil dari garapan kreativiti beliau. Romantis bila membaca luahan rasa cinta sepasang kekasih .... resah bila status duda yang dimiliki seakan sukar diterima sedangkan hati sarat dengan kasihsayang yang tidak mampu dipadam. Kita juga diseret merasakan kesedihan bila wataknya bersedih seperti mana Iskandar Helmi terpaksa mengundurkan diri setelah berlaku perselisihan faham diantara dirinya dan Sarah Nadia. Kita akan rasa marah dengan tindakan Jeffri yang sengaja menjadikan Sarah Nadia alat untuk membalas dendam yang tidak berasas bilamana dengan sengaja dia tidak menghadirkan diri pada upacara pernikahan yang telah diatur, begitu juga bila orang tua Sameon yang tidak sedar diri merangka berbagai agenda untuk memastikan Iskandar tidak berjaya memiliki Sarah setelah dia sendiri gagal dalam usaha mendapat tempat di hati gadis itu. Lucu bila dihidangkan dengan lawak spontan seperti pertelingkahan antara Sarina dan Kilat yang pasti membuatkan bibir kita menguntum senyuman. Dalam gaduh ada kasih yang terlindung yang tak mahu diakui oleh Sarina.

“Kalau engkau belum ada nama untuk anak lelaki engkau, apa kata aku cadangkan engkau namakan dia Petir bin Kilat… tentu glamour…” lebih kurang canggitulah dialognya, tapi bukan itu aje… banyak lagi… kalau nak tahu korang kena cari novel ni dan baca sendiri….

MAAFKANKU SAYANG…


Tak akan mengecewakan…. Tahniah buat kak Mimie Afinie. Aku benar-benar suka baca novel ni dan tak rugi aku turun bandar hari Sabtu yang lalu dan borong novel-novel yang dipilih oleh mata lantas dipersetujui oleh hatiku… Ternyata hatiku berjaya membuat pilihan yang tepat dan bijak… ahaks… bangganya aku punya sekeping hati sebegini dan….

“Takkan ku berhenti mencintaimu… seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa…” satu ungkapan yang punya maksud tersendiri mengikut presepsi individu….

4 Comments:

  • At March 6, 2007 at 2:54 AM , Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

    wah...
    kanda ku chempaka biru..
    akak dah buat hati kite bagaikan diseru semula untuk mengulit novel2 cinta..hheheh...

    tp kan kak..novel2 ni sentiasa buat kita menginginkan cinta sejati..yg mana belumtentu kita puunya takdir untuk memilikinya...

    aduhh....rindu pulak nk baca novel2 baru..hehhe...dah la esok bercadang nk g kinokuniya ni..hehhe

    kak, apa kabar skrg?selepas bithday, ada apa2 yg menarik x dlm hidup akak?...ish...cibuk tul budak ni..hehhe..ampun...tata

     
  • At March 6, 2007 at 7:33 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hai my lovely sis... hhahahhahahah dah teruja ekk..... :) well tak salahkan sayang untuk kita baca novel sebegini... cinta garapan kreativiti memang tak sama dengan reality tapi iktibar dari apa yang dihidangkan, itu yang patut kita selami. Bagaimana permasalahan yang timbul diselesaikan. Terkadang ianya kita lalui, cuma kealpaan membuatkan kita bagai buta untuk melihat. Cinta sejati... insyaAllah.. kalau betul cara pencarian, kalau sungguh dengan keikhlasan, Allah pasti permudahkan. Dugaan dan ujian diberiNYA untuk kita lebih menghargai sebuah kebahagiaan yang bakal diberi. Sabarlah....
    Ha! dah terlanjur ke kinokuniya tu.... boronglah barang setroli dua.. hehheheh
    Khabar kanda macam biasa dinda... sihat seadanya, cuma busy sebab sorang member dah resign... jadi tugasan kanda berganda-gandalah jawabnya.... lepas besday..hehehheh banyak yang berlaku.Antaranya.... hehehehheh biarlah RaHsIa...... ahaks... ;)

     
  • At March 8, 2007 at 2:04 AM , Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

    wah2...biarlah rahsia?hehhe

    eh kanda ade YM id x? boleh kite sembang2..hehhehe

    ade benda yg dinda nk minta pendapat drpd org brutal mcm kanda ni..hehhe

     
  • At March 8, 2007 at 7:31 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hai sayang.... erm kanda ada YIM tapi malangnya office kanda ke kedekut... tak boleh asses ke sana... ada road block tahap dewa... jadi tak dapatlah sayang... apa kata kalau dinda tinggalkan email address, so nanti kanda contact. Dinda selalu online ke....

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home