Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, December 28, 2006

Teknik Mengarang Surat cinta :)

Kehadapan Bedul yang aku sanjungi

Dalam kesuraman ultra violet lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Kehadiranmu jua mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, koala bear yang tak pernah terbayang dimataku malahan juga kau mengajarku keenak rasa rindu bagaikan mee rebus Muar, cenkagung [cendul+kacang+jagung], koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga dari langkawi Kristal yang teramat mahal harganya. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Reoma dan reket tenisnya yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Zikoku itu tetap mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 kemudian melobi untuk sukan Asia yang akhirnya berjaya disambar oleh Qathar.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada keengganan ku untuk berkompromi mengundi Mawi menerusi sms malah berlarutan pulak pada Fiq yang turut menjulang kejayaan dalam Mentor justeru kau banyak menghabiskan kredit untuk mengundi secara yang aku cukup tak gemar. Pertengkaran kita sering berpunca dari sikap mu yang lebih banyak menghabiskan kredit bukan untuk ku tapi untuk pertandingan yang entah apa-apa tah. Pemergianmu menyebabkan aku bagaikan bulan yang kehilangan pungguk yang sebenarnya memang tak ensom. Bak lampu neon di Putrajaya yang telah dipotong bekalan elektrik akibat terover penggunaannya.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku umpama tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa. Daya tarikan graviti terhadapku seakan gagal berfungsi hingga membuatkan aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gulita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu kasih arahan Datuk Yusuf Haslam.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat beskal dan kipas helikopter yang berjaya aku cilok dari tempat kejadian helikopter terhempas tetap akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia berjaya melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang ku yang bukan lah segagah mana pun. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan hamster dan kucing Che Pah yang suka mengusya dan mengoda si Tom Kurus untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung sambil merenung ke dalam peti sejuk membayangkan diri berada di kutub Utara sedangkan dirimu bagaikan Iceberg yang mula menghilang entah ke mana. Aku cuba bermain galah panjang bersama Mutusamy dan Ah Chai untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor ayam serama milik Makcik Joyah sebelah rumah yang saban hari bagaikan sibuk jaga tepi kain aku, biarpun hakikatnya bukan lah besar sangat kesalahan mereka itu.
Mengapa? Mengapa kasihku? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak dengan menggunakan M6th yang ko seludup dari pasar malam lantas selamberland jer kau bunuh cintaku sehingga aku bagaikan turut sama terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu berlian tiruan yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau tinggalkan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung meskipun aku bisa buka kedai menjual assesori tiruan dan mungkin boleh memperolehi untung yang lumayan.

Seakan mendukung 75 ekor koala bear dan 386 ekor hamster. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan yang punya cinta biasa yang pastinya tak akan berubah menjadi luar biasa. Aku bukan Britney Sepiah, tak juga Tuminah anak Wak Karma Dijoyo, jauh sekali Puteri Gunung Semanggol. Aku juga bukanlah Yellow Powerangers seperti yang kau idam-idamkan. Aku sekadar Suparna biarpun bapak ku adalah Suparman, tapi Suparman yang berasal dari Jawa bukan dari Hollywood atau pun bollywood. Aku menyedari kekurangan diri bersama kurangnya kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku jual dipengedar besi buruk seantero negara untuk menjana pendapatan membeli sebuah kete F1 yang dilelong oleh Alex Yong.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas Pan House yang dihadiahkan oleh tok batin Kampung Dusun, aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi tesergam indah kompleks membeli-belah SOGO dan Suria KLCC, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi masih ada sms dari Zinade Zizio ku, selagi…. selagi ada cinta di hatiku, selagi ada rindu yang membara, selagi air mata ini mengalir kau tetap di hati ini cinta ku tetap di hati, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Mana mungkin mentari akan terbelah hingga lapan bahagian.. kalau sudah begitu, maka akan kiamatlah dunia ini.. Kau dan aku pastinya akan berada di alam yang lain. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tidak akan terus menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah tapi kalaulah ditakdirkan ianya berbuah, akan ku titip dan aku poskan buahnya kepadamu. Amacam.. ko nak tak?

Sekian dari ku untuk mu
Suparna binti Suparman

Hari akhir ku

Hari ini merupakan hari terakhir aku kat sini. Rasa berat gak nak meninggalkan office terlebih-lebih department aku ni…. Tah sayu pulak jiwa ni… tapi nak wat camne kan.. mahu atau tak, dengan penuh rasa keterpaksaan, aku harus gak teruskan percutian ni… Dah arahan pihak management agar cuti tahun ni mesti dilangsaikan… Cheeseburger… baru ingat nak carry 4word untuk tahun depan tapi nampak-nampak gayanya punah sudah seluruh harapan ku…. Apa pun.. aku nak amik kesempatan yang masih bersisa ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua yang sudi hadir ke istana kacaku selama ini dan juga Selamat Tahun baru 2007 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Moga tahun ini akan membawa kita lebih maju dari tahun-tahun yang telah lalu. Jangan asyik nak wat azam sedangkan yang dah sedia ada masih tergantung-gantung tak kesampaian. Key lah banyak gak yang aku muatkan kat istana kaca ni untuk korang sepanjang ketiadaan aku… InsyaAllah, andai umur aku dipanjangkan, aku pasti akan kembali semula dan doakan moga segala yang bakal aku lakukan selama aku diarahkan bercuti ini berjalan lancar.

Ukirkan nama diatas batu
Batu belah di Tasik Chini
Sedih bertamu pilu bersatu

Hari terakhir diriku di sini

Tuai padi biarlah betul-betul masak
Tuai bersama rakan berempat
Kalau setakad nak intai memang korang tak nampak

Tapi kalau calling-calling tu sah-sah leh dapat

Rindu rasanya tidak bersua
Menjamu lokan di Inderagiri
Ku tinggalkan doaku buat semua

Moga kesejahteraan memagari diri

Mari belajar goreng Bee Hoon
Tumbuk cabai didalam lesong
Jemari ku susun Maaf ku pohon

So kita semua kosong – kosong

Pahatkan nesan serangkum madah
Keluh pujangga kasih tak sampai
Hati mengenang perkenalan nan indah

Kasih berputik sayang menggapai

Sayang sayang buah kepayang
Buah delima masak di dahan
Siang merindu malam terbayang

Jiwa meruntun tidak tertahan

Coretan ADAM buat.... continue....

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa lalu
ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Mengalahkan Tsunami yang pernah melanda
Kalah juga taufan Durian atau Tornado yang dilepaskan

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah di pintu rumah

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah segera

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
tapi memang senang nak jahat
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya

Institusi ini adalah kubu terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
biar setia kita makin waja
Bukan sekadar kereta waja yang kita miliki
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan atau
surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri yang sangat ku cintai dan kasih
Justeru dirimu adalah Amanah yang dititip Allah padaku
Untuk ku jaga dan ku pelihara hingga tiba saat perpisahan.....

Coretan ADAM buat yang seangkatan dengannya....

Puisi Buat Seorang Isteri

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Hu... tak punya kepakaran rupanya
So... tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba kodok
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
Ini berat punya kes la brother
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Ala masakan tak biasa bercanda dengan ungkapan manis bermadu
macam zaman kita muda-muda dulu

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena kuah cicahnya
enak sampai tak terkata
ingat, api yang panas, padam oleh salju yang dingin

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut minta
aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah atau
mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Bukan juga Datuk Khalid Mohd Jiwa
Yang boleh memberi apa sahaja
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Katanya kalau Siti ada Cahaya Cinta
Masakan abang cuma ada pelita

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing dunia

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita sendiri?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita yang bagaikan susun paku
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan biarkan ia reput

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
Cewah... pendekatan Mat Romeo sesekali perlu gak dipraktikkan

Friday, December 22, 2006

Hikmah dalam yang tersembunyi.....

Salam Jumaat penghulu segala hari yang penuh baraqah. Moga kebaraqahannya mampu melenyapkan ketidak tenangan yang kian memenjarakan diriku sejak dua menjak ni. Teringat pada kata-kata sorang teman yang cukup akrab dengan aku... "Mir, sabar adalah penawar untuk segala resah yang kita alami. Terkadang kita diuji, diduga kerana allah nak bari kita pahala, jadi perbanyakkan mengingatinya tak kira dalam apa jua keadaan atau situasi yang kita hadapi." Yup... aku akui kebenaran kata-kata hikmahmu itu dan terima kasih berbanyak sebab masih setia dengar bebelan dan ledakan tonardo aku semalam walaupun as a FM, ko memang tak pernah terlepas dari garian BUSY GILER yang cukup sinonim ngan diri ko tu.. hehehhehe. Sebenarnya aku kesian kat ko, tapi sorry; aku tak ada tempat pengaduan yang aku boleh fikirkan semalam dan ko pulak called. Cam tau-tau je aku tengah cedih tahap cipan, Mesti tinggi bill ko bulan ni sebab semalam pun dekat 1 jam gak ko terpaksa pujuk aku... cewahhhhh tak sangka bertelent gak ko pujak aku yang brutal ni ekk. Kini kata-kata itulah yang cuba ku anyam menjadi plaster untuk menutup luka hati yang sudah banyak paten torehannya. Yes.. aku kena belajar redho dan didik diri terima semua ni perlahan-lahan. Pagi tadi sempat gak ko jadi jam loceng gerakkan aku. Apa, ingat aku ni tido tak ingat dunia ke... tapi thanks a lot... really appreciated it. Sekarang ni aku layan MP3.. dari satu lagu ke satu lagu.. best gak.... dengar alunan gemersik lirik-lirik mengikut irama yang cukup menyentuh kalbu. Sempat gak member aku tanya, aku dah okey ke tak... tapi dari apa yang dia lihat, sure dia dapat agak camne keadaan aku... well, aku malas nak fikir banyak2 pasal perkara ni cuma aku rasa apa yang terjadi insyaAllah akan membuatkan aku lebih berhati-hati dijalanraya.... tak nak biarkan orang sewenangnya amik kesempatan diatas segala kebaikan dan kelembutan aku.. cewah... poyo lah pulak... kan ke aku ni The Brutal Princess.... belum otai lagi nak jadi poyo ni... dan yang paling best, dia anta email masa aku tengah asyik masyok layanzzz lagu Berkorban demi Cinta dari kumpulan Hijjaz sambil mulut aku pun turut sama menyumbangkan terus lagu tu walau member aku dok jeling-jeling heran. Mesti dia fikir ada wayer short agaknya sebab aku tak penah wat perangai canggini..heheheheh peduli apa aku....

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Sambil tu aku baca email dia, akhirnya buat aku senyum dan puas bila aku clik pada link yang dia bagi... heheheheh Pandainya dia buat aku ketawa dalam kepuasan...

http://www.counterfeitmini.com/main.swf

Thursday, December 21, 2006

Kenapa yer.....




Dari kemarin dulu sebenarnya hati aku dah memang tak sedap hinggakan melarat sampai kesihatan aku pun turut sama terseret, aku ingatkan sakit tu main acah-acah, tapi rupanya betul-betul. Walaupun aku cuba tunjuk kebal dengan penuh kebrutalan, tapi akhirnya aku terpaksa gak angkat bendera surender. Key.. bagi menang percuma kat sakit dan akhirnya aku tersadai tanpa mampu buat apa-apa. Sakit betul mata aku tengok senyum dan tawa doktor yang langsung tak menampakkan ciri-ciri keEnsemannya dalam perli yang cukup sinis. Hari ni sebenarnya hati aku masih belum sembuh sepenuhnya dan rasa cam dah jadi The Broken Heart jer... tah lah. Aku tertanya sendiri, untuk apa kebenaran tu datang dalam beberapa hari ni.. terserlah sesangat.... Fuhhhhhh rupanya dalam masa dekat setahun aku kena KELENTONG hidup-hidup. Cinabeng tulllll memang aku hangin.... marah.. geram... tornado.... twister... malah taufan Durian pun rasanya ada dalam perasaan aku. Mahu atau tidak aku terpaksa jadi penyiasat tak bertauliah, merisik-risik sana sini.. tapi bukan anak dara yang ku risik, sebaliknya kesahihan dan kebenaran dari apa yang aku dengar dan disampaikan pada aku dan akhirnya.. jelas.. tak yah nak guna lampu suluh.. tak yah guna lampu jalan... dah terang seterang-terangnya.. Aku tetap kena terima bahawa aku dah dikelentong. Kenapalah dia tergamak kelentong aku... tambahan pula selama ni aku tak ada pun feeling-meeling dengan dia... tak terlintas langsung untuk meniti pelangi sesama... buat perabih boreh jer.... tapi kenapa aku yang jadi mangsa... Sedap ati dia je guna nama aku untuk lepaskan diri, letak segala keperasanan pada aku... WOIIIIIIIIiii kureng asam pedas betul.... kalau dah betol ko minat dengan dak Jenab tu... ha tak payah lah nak kata kononnya selama ni Joyah tu bukannya kawan dengan Bedul tapi dengan Romli. Joyah tak tahu sebab Romli tu menyamar jadi Bedul. Tapi sekarang ni bila Romli cam terasa nak berasmaradana dengan si Jenab, maka konon-konon Romli yang nak jadi hero, terus beritahu Jenab yang selama ini Joyah tertipu.... aduh saliha lebih malang dari Tipah yang kena tipu tapi Tipah pun bijak sebab dia pun amik kesempatan untuk menipu.....

ahhhhhhhhhh geramnya..... agaknya lelaki memang canggitu ekk.... tapi yang paling penting dan buat aku sedih bila terasa betapa murahnya harga sebuah kepercayaan dan kejujuran dalam sebuah persahabatan dimata seorang lelaki hanya kerana inginkan perhatian dari seorang perempuan yang belum tentu bodoh untuk menerima segala alasan bodoh yang direka tanpa menyedari apa yang dilakukannya lebih memperlihatkan kebodohan dan kebebalan lelaki itu sendiri.... Walau apa pun, aku tetap tidak sanggup diri aku dijadikan percaturan dalam permainan yang langsung tak boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa oleh si Romli yang kijam itu.... uhuuuuuuu sadiznya..... sedihnya hati aku sedih sesedihnya...

Wednesday, December 13, 2006

Permintaan lazim sorang SUAMI

Owang lelaki ni kalau nak tambah ‘Cawangan Baru’ memang pandai bermadah seloka. Dalam gurindam hasrat disuntik, Mana yang faham tu… kira okeylah, tapi yang kureng sikit tu payah gak nak kesan.. cuba teliti sedutan yang disertakan… buah isteri-isteri, penah tak suami buat perangai canggini…. :) :) ;)

"isteriku sayang....
abang rasa macam kena kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..

memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang entah ke destinasi mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu
tapi kehadiran sayang disisi itu yang abang sering rindu

layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku...
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu.."

"Pah butang baju abang mana Pah"....

Jawapan isteri pada hasrat suami

Key yang lelaki kalau ada hati atau cita-cita nak tambah koleksi, cuba selam dulu seloka yang tertera di sini... boleh ke agak-agak memenuhi atau masih lagi sipi-sipi :) :)

"Aduhai abang .........
Semakin ku sayang
makin kuat kau melayang
abang ingin menikah lagi...?
menikah lah bang, saya tak kecik ati
bagus juga kalau begitu tak pening kepala
asyik layan abang selalu
Lagipun bang, Pah tak kuasa nak cemburu
Not my stail gitu

Pergilah abang sayang, Pah rela di madu
Abang nak menikah, itu abang punya suka
Pah tahu abang mampu menikah 2, 3
Malah 4 sekalipun abang berkuasa
Pah pikir balik apa yang abang kata
Yelah... takut nanti syaitan datang menggoda
Nafsu pula tak tertahan adanya
Tambahan sidia yang abang gila
Boleh tahan kegebuan dan keSEKSIannya..

Tapi abang jangan sesekali lupa
Pah juga masih POWER...
Meskipun Pah dah beranak Lima
BODY Pah masih bergetah juga
Abang sendiri mengaku tanpa sengaja
layanan Pah kelassss no 1 tiada tandingannya
itu sumer gara-gara penangan jamu
yang sering Pah amalkan tanpa rasa jemu

Kaum abang memang pandai cari alasan
Bila di opis kononnya jemu & bosan
Tak de Pah disisi untuk melayan
Dulu waktu Pah nak kerja, abang tak beri
Konon-konon tak suka org lain nengok Pah seksi
Alasannya abang asyik sakit ati
Wal hal Pah ni abang punya SECRETARY
Merangkap dan menangkap serba serbi

Bang, bila rancangan abang nak menikah lagi?
Jangan lupa ingatkan Pah tarikhnya nanti!
Untuk pengetahuan abang sayang
Sebelum abang berbini baru
Pah dah siapkan list untuk abg GO THROUGH
Ini bukannya apa, hanya persiapan kecil
Untuk Pah & anak-anak yang mana perlu
Esok-esok tak payah lah Pah ingatkan selalu
Maklumlah orang dapat body baru
Mestilah terforgot dan terbabas tak tentu waktu

Bang, jangan lupa nafkah anak-anak sorang seribu
Bukannya apa, sekarang barang mahal bukan macam zaman dulu
Alah, untuk anak-anak, kan abang mampu
Pastu kereta Pah, rasanya perlu di tukar baru
At least Merce 3 series, barulah ada kelas gitu
Rumah juga Pah rasa perlu pindah
Pah nak tinggal di Rumah Banglo
Punya 8 bilik dan taman yang indah
Dan abang sayang, Elaun untuk Pah juga perlu
Pah rasa RM 5 ribu masakan abang tak mampu
Bukannya apa, duit tu perlu untuk set rambut
mandi lulur, facial dan penjagaan BODY
Nanti bolehlah Pah saing dengan bini muda abang sekali

Bang, oh abang sayang
kemana sudah fikiran abang melayang
Ini hanya sebahagian permintaan Pah
Abang pulak jangan cepat melatah
Lagipun abang juga nanti yang dapat nama
Orang kata, sayang bini juga rupanya dia
Lebih-lebih lagi si - bini TUA
Bak kata pepatah : SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Bang, Pah lupa kat mana butang baju Melayu Pah simpan
Takpelah, nanti butang yang bertakhta intan Pah carikan
Ala yang 18k tu should be not big problemkan
Harganya Pah kredit dalam abang punya akaun
Barulah cantik dipakai berkilau dan berkerdip-kerdipan
Berlip-lap-lip-lap di hari pernikahan

Bang, Pah nak beritahu sesuatu
Supaya abang ingat pada Pah selalu
Pah cinta dan sayang abang sampai akhir hayat
Sumpah bang, Pah bukan nak ayat!
Tapi PERCAYALAH pada Pah bang
Cahaya cinta Pah hanya untuk abang sampai mati
Cinta Pah cinta sejati
Abang pun pernah berjanji
akan bahagiakan Pah sampai mati
Jadi Pah fikir lagi, sumer tuntutan Pah dari abang REASONABLE
Dan Pah meminta secara HUMBLE
So, bang.... jangan lupa yea
Tunaikan dulu segala-galanya
Sebelum hajat abang berbini baru terlaksana..."

I Luv U Abang,
Pah.
Your only wife.

Tuesday, December 12, 2006

Hakikat kehidupan......

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagi ku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai oleh ku

Benarlah kata mu
Hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini

Cintaku tulus suci yang lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama PENGEMIS
Mengharap kasihmu itu

Izinkan lah aku menyintai mu
Dan sesungguhnya cinta ku satu.......

Terkadang segala yang indah sekadar cantik dipandang... tidak mampu digapai jauh sekali dipegang... hadirnya bagaikan pelangi yang tiba setelah turunnya gerimis... tak siapa yang mampu menduga.. apa yang bakal kita tempohi esok hari... tak ada juga yang mampu mencipta kata bahawa derita itu sekadar seketika.... bahagia kan tiba jua bila senja jingga berinsut pergi..... Dapatkan kita mengatakan tidak pada sebuah perasaan yang hadir tanpa pinta..... terdayakah kita menongkah arus rasa yang datang bertamu tanpa mengetuk atau meminta izin untuk terus bermukim dikamar sekeping hati.... ahhhhhhhhhhh kudrat insani tidak segagah mana....justeru pasrah adalah pengakhirnya..... menerima segala yang datang dengan penuh redho mungkin satu penawar meski tidak mujarab untuk menyembuhkan kelukaan dalam beberapa detik, tapi setidak-tidaknya boleh merawat kelukaan yang dirasai.....

Siapa kita untuk pertikaikan mengapa mereka berhak dan layak untuk disayangi, dikasihi atau dicintai sedangkan yang memberi tidak memperolehi balasan atau merasai keindahan dalam segala perasaan itu... bukankah segalanya anugerah dari ALLAH..... usah dibiar hati mempertikaikan semua itu justeru tiada jawapan yang bakal kita temui... sebaiknya bersyukurlah... lantaran kita mungkin sekadar ditakdirkan menjadi penderma pada sebuah kesucian cinta dalam kasihsayang sesama insan dibumi sementara ini..... dan kalau kita benar-benar ikhlas, InsyaAllah bonusnya tetap akan kita tuai diSANA kelak......

Usah mengharap untuk menggapai bulan yang tinggi atau kerdipan bintang kejora dilangit biru... mustahil dalam seribu kedhaifan kita mampu untuk melakukannya..... biarlah kita terus menerangi kebahagiaan insan lain selagi allah mengizinkan.....

Monday, December 11, 2006

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

Lelaki - Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
Perempuan - Mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya.

Lelaki - Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
Perempuan - Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

Lelaki - Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
Perempuan - Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

Lelaki - Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.
Perempuan - Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.

Lelaki - Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.

Perempuan - Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

Lelaki - Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
Perempuan - Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

Lelaki - Bersikap pemurah atau boros.
Perempuan - Bersifat kedekut atau berjimat.

Lelaki - Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
Perempuan - Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Lelaki - Tidak fokus kepada sesuatu perkara
Perempuan - Fokus kepada sesuatu perkara.

Lelaki - Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
Perempuan - Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

Lelaki - Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
Perempuan - Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

Lelaki - Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
Perempuan - Mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

Lelaki - Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
Perempuan - Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

Lelaki - Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
Perempuan - Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

Lelaki - Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
Perempuan - Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

Lelaki - Tidak suka bercakap tentang pasangannya
Perempuan - Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

Lelaki - Agak keberatan meminta maaf
Perempuan - Lebih mudah meminta maaf

Lelaki - Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
Perempuan - Risau apabila menghadapi kesukaran

Lelaki - Suka MEMBUAT keputusan
Perempuan - Suka MENGIKUT keputusan

Lelaki - Terasa selesa berjauhan dengan keluarga
Perempuan - Suka bersama keluarga

Tapi bukan 100% betul dan boleh diikut. Perempuan sekarang sukar diramal dan lelaki sekarang sukar diyakini.

Mendekati WANITA... Gunakan cara Berhikmah.....

Wanita ini jiwanya lembut
mudah terguris
mudah tersentuh
jiwa tercalar sukar amat untuk diubat..

cara terbaik dengan mendekati
mengenali.. merasai.. mendalami..
apa yang perlu didekati??

dirinya..penting untuk mengenali..
apa yang perlu dirasai??
nalurinya... apa yg diingininya..
apa yang perlu didalami??
jiwanya..lihat sepuasnya apa yang perlu ditambah ditolak..

sesetengah wanita kurang senang ditegur..
tapi lebih suka diajar dengan cara yang lebih dekat...

malangnya lelaki biasanya gemar berkasar...
baginya itu jalan terbaik untuk mengajar..
mungkin benar wanita yg dikasari itu terajar
tetapi bukan menerima satu pengajaran yang berkesan dijiwa
sebaliknya pengajaran mengenai kekasaran seorang lelaki


lantaran serik untuk melakukan kesalahan..
namun itu bukan lahir dari rasa hormat
dengan pengajaran yang diterima...
sebaliknya takut untuk terus diajar..
sedangkan wanita jika diajar dengan cara yang bersesuaian
akan menjadikan nya rindu untuk terus dididik..

terus di ajar.. terus ditegur..

Friday, December 08, 2006

Renungan buat kita semua

Salam Jumaat yang penuh berkat dan kemuliaan bagi sesiapa sahaja yang sudi mengunjungi ke istana kaca ku ini. Pagi ini aku ingin sekali berkongsi satu email yang aku perolehi dari seorang teman. Mungkin juga boleh kita manfaatkan bersama dalam kehidupan kita di fana sementara ini.

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

Terjemahannya
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

Terjemahannya
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Friday, December 01, 2006

Ilham Cinta.....









Kalau cintamu benar tulus suci hanya kerana Allah, biar apa pun rintangannya. Walau sepayah mana Syafiqah cuba lari dari kenangan itu, namun JAUH dipenjuru hatinya Fikri tetap ada menemani. Luqman Hakimi cuba untuk terus mengunci Jendela Hatinya buat Farah Wahida, malangnya hakikat kasih yang hadir tak mampu diperolokkan oleh perasaan. Andai sudah tersurat dalam takdir dan perancanganNYA Kau Untukku jua selamanya, hanya Nurul Umairah dan Ahmad Fuad sahaja yang bisa memahami apa sebenarnya makna dalam rahsia dihati. Dalam hebat Gelora Jiwa yang melanda, Intan Azureen dan Hanif Ashman tidak menyangka, ada pertalian diantara mereka. Dalam benci yang cuba dicipta, ada rindu yang kian bertahta dalam Sehangat Asrama Kamilia Najwa buat lelaki sehebat Zainal Arief. Kau diciptaNYA dari tulang rusuk milik insan bergelar Lelaki, justeru itu mana mungkin boleh kau ubah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali. Adam & Hawa pasti akan bersama jua. Biar separah mana pun luka Ain Hawani rasakan, namun, titis kasih sayang dan cinta Adam Mukhriz tetap menjadi penawar paling mujarab. Lantas Buatmu Kekasih, semuanya terangkum menjadi satu. Satu prolog dalam epilog kehidupan yang sesungguhnya menjadi pentas untuk terus dilakon dan dipertontonkan oleh kita semua dengan skrip yang cantik digarap olehNYA.