Hari akhir ku
Hari ini merupakan hari terakhir aku kat sini. Rasa berat gak nak meninggalkan office terlebih-lebih department aku ni…. Tah sayu pulak jiwa ni… tapi nak wat camne kan.. mahu atau tak, dengan penuh rasa keterpaksaan, aku harus gak teruskan percutian ni… Dah arahan pihak management agar cuti tahun ni mesti dilangsaikan… Cheeseburger… baru ingat nak carry 4word untuk tahun depan tapi nampak-nampak gayanya punah sudah seluruh harapan ku…. Apa pun.. aku nak amik kesempatan yang masih bersisa ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua yang sudi hadir ke istana kacaku selama ini dan juga Selamat Tahun baru 2007 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Moga tahun ini akan membawa kita lebih maju dari tahun-tahun yang telah lalu. Jangan asyik nak wat azam sedangkan yang dah sedia ada masih tergantung-gantung tak kesampaian. Key lah banyak gak yang aku muatkan kat istana kaca ni untuk korang sepanjang ketiadaan aku… InsyaAllah, andai umur aku dipanjangkan, aku pasti akan kembali semula dan doakan moga segala yang bakal aku lakukan selama aku diarahkan bercuti ini berjalan lancar.Ukirkan nama diatas batu
Batu belah di Tasik Chini
Sedih bertamu pilu bersatu
Hari terakhir diriku di sini
Tuai padi biarlah betul-betul masak
Tuai bersama rakan berempat
Kalau setakad nak intai memang korang tak nampak
Tapi kalau calling-calling tu sah-sah leh dapat
Rindu rasanya tidak bersua
Menjamu lokan di Inderagiri
Ku tinggalkan doaku buat semua
Moga kesejahteraan memagari diri
Mari belajar goreng Bee Hoon
Tumbuk cabai didalam lesong
Jemari ku susun Maaf ku pohon
So kita semua kosong – kosong
Pahatkan nesan serangkum madah
Keluh pujangga kasih tak sampai
Hati mengenang perkenalan nan indah
Kasih berputik sayang menggapai
Sayang sayang buah kepayang
Buah delima masak di dahan
Siang merindu malam terbayang
Jiwa meruntun tidak tertahan
2 Comments:
At January 9, 2007 at 12:45 PM ,
Mersik said...
Uishh pu3 nih, wat suspension pokcik nih. Ingatkan terakhir apa nye.. rupa2nya nak gi bercuti..iksh iksh..
Eh baguih ler gi cuti2 rehat2kan minda dan badan. lain ler siduruh cuti terus kekeke..
Hmmm.. apa2 pun cuti tuh nanti akan cepat sahaja berlalunya tanpa disedar, percaya laa..hik hik alahaiii
At January 10, 2007 at 3:38 PM ,
pu3Chempakabiru said...
percayalah...
cuti ku telah berakhir..
kini aku kembali menceriakan keadaan
kerja makin menimbun, tapi mood cuti aku masih belum habis
Boss aku pun dah tak leh cakap apa
Senyum dan geleng kepala je dapat staff kepala brutal cam aku
Seksatery merangkap segalanya.....
Sabau je lah boss.... :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home