Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan
Perempuan - Mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya.
Lelaki - Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
Perempuan - Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.
Lelaki - Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
Perempuan - Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.
Lelaki - Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.
Perempuan - Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.
Lelaki - Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.
Perempuan - Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.
Lelaki - Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
Perempuan - Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
Lelaki - Bersikap pemurah atau boros.
Perempuan - Bersifat kedekut atau berjimat.
Lelaki - Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
Perempuan - Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Lelaki - Tidak fokus kepada sesuatu perkara
Perempuan - Fokus kepada sesuatu perkara.
Lelaki - Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
Perempuan - Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
Lelaki - Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
Perempuan - Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
Lelaki - Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
Perempuan - Mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
Lelaki - Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
Perempuan - Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
Lelaki - Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
Perempuan - Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
Lelaki - Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
Perempuan - Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
Lelaki - Tidak suka bercakap tentang pasangannya
Perempuan - Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
Lelaki - Agak keberatan meminta maaf
Perempuan - Lebih mudah meminta maaf
Lelaki - Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
Perempuan - Risau apabila menghadapi kesukaran
Lelaki - Suka MEMBUAT keputusan
Perempuan - Suka MENGIKUT keputusan
Lelaki - Terasa selesa berjauhan dengan keluarga
Perempuan - Suka bersama keluarga
Tapi bukan 100% betul dan boleh diikut. Perempuan sekarang sukar diramal dan lelaki sekarang sukar diyakini.
1 Comments:
At December 12, 2006 at 12:25 AM ,
Unknown said...
Adinda ku Pu3 Chempaka Biru... errr... kanda rasa, pemerhatian ini ada banyak yang sudah terbalik la adinda... huhu... sekarang, orang lelaki lebih pandai berleter daripada orang perempuan. Zaman sekarang, orang lelaki lebih manja dengan ibu dan bapa mereka. Cuti hujung minggu ke cuti panjang ke, mesti ke rumah emak bapak dia dulu. Sekarang ni... errr... banyak la yang dah terbalik... huhu... tak percaya, tanya pada Pokcik, Karl dan Elhakim...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home