Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, December 01, 2006

Ilham Cinta.....









Kalau cintamu benar tulus suci hanya kerana Allah, biar apa pun rintangannya. Walau sepayah mana Syafiqah cuba lari dari kenangan itu, namun JAUH dipenjuru hatinya Fikri tetap ada menemani. Luqman Hakimi cuba untuk terus mengunci Jendela Hatinya buat Farah Wahida, malangnya hakikat kasih yang hadir tak mampu diperolokkan oleh perasaan. Andai sudah tersurat dalam takdir dan perancanganNYA Kau Untukku jua selamanya, hanya Nurul Umairah dan Ahmad Fuad sahaja yang bisa memahami apa sebenarnya makna dalam rahsia dihati. Dalam hebat Gelora Jiwa yang melanda, Intan Azureen dan Hanif Ashman tidak menyangka, ada pertalian diantara mereka. Dalam benci yang cuba dicipta, ada rindu yang kian bertahta dalam Sehangat Asrama Kamilia Najwa buat lelaki sehebat Zainal Arief. Kau diciptaNYA dari tulang rusuk milik insan bergelar Lelaki, justeru itu mana mungkin boleh kau ubah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali. Adam & Hawa pasti akan bersama jua. Biar separah mana pun luka Ain Hawani rasakan, namun, titis kasih sayang dan cinta Adam Mukhriz tetap menjadi penawar paling mujarab. Lantas Buatmu Kekasih, semuanya terangkum menjadi satu. Satu prolog dalam epilog kehidupan yang sesungguhnya menjadi pentas untuk terus dilakon dan dipertontonkan oleh kita semua dengan skrip yang cantik digarap olehNYA.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home