Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, December 21, 2006

Kenapa yer.....




Dari kemarin dulu sebenarnya hati aku dah memang tak sedap hinggakan melarat sampai kesihatan aku pun turut sama terseret, aku ingatkan sakit tu main acah-acah, tapi rupanya betul-betul. Walaupun aku cuba tunjuk kebal dengan penuh kebrutalan, tapi akhirnya aku terpaksa gak angkat bendera surender. Key.. bagi menang percuma kat sakit dan akhirnya aku tersadai tanpa mampu buat apa-apa. Sakit betul mata aku tengok senyum dan tawa doktor yang langsung tak menampakkan ciri-ciri keEnsemannya dalam perli yang cukup sinis. Hari ni sebenarnya hati aku masih belum sembuh sepenuhnya dan rasa cam dah jadi The Broken Heart jer... tah lah. Aku tertanya sendiri, untuk apa kebenaran tu datang dalam beberapa hari ni.. terserlah sesangat.... Fuhhhhhh rupanya dalam masa dekat setahun aku kena KELENTONG hidup-hidup. Cinabeng tulllll memang aku hangin.... marah.. geram... tornado.... twister... malah taufan Durian pun rasanya ada dalam perasaan aku. Mahu atau tidak aku terpaksa jadi penyiasat tak bertauliah, merisik-risik sana sini.. tapi bukan anak dara yang ku risik, sebaliknya kesahihan dan kebenaran dari apa yang aku dengar dan disampaikan pada aku dan akhirnya.. jelas.. tak yah nak guna lampu suluh.. tak yah guna lampu jalan... dah terang seterang-terangnya.. Aku tetap kena terima bahawa aku dah dikelentong. Kenapalah dia tergamak kelentong aku... tambahan pula selama ni aku tak ada pun feeling-meeling dengan dia... tak terlintas langsung untuk meniti pelangi sesama... buat perabih boreh jer.... tapi kenapa aku yang jadi mangsa... Sedap ati dia je guna nama aku untuk lepaskan diri, letak segala keperasanan pada aku... WOIIIIIIIIiii kureng asam pedas betul.... kalau dah betol ko minat dengan dak Jenab tu... ha tak payah lah nak kata kononnya selama ni Joyah tu bukannya kawan dengan Bedul tapi dengan Romli. Joyah tak tahu sebab Romli tu menyamar jadi Bedul. Tapi sekarang ni bila Romli cam terasa nak berasmaradana dengan si Jenab, maka konon-konon Romli yang nak jadi hero, terus beritahu Jenab yang selama ini Joyah tertipu.... aduh saliha lebih malang dari Tipah yang kena tipu tapi Tipah pun bijak sebab dia pun amik kesempatan untuk menipu.....

ahhhhhhhhhh geramnya..... agaknya lelaki memang canggitu ekk.... tapi yang paling penting dan buat aku sedih bila terasa betapa murahnya harga sebuah kepercayaan dan kejujuran dalam sebuah persahabatan dimata seorang lelaki hanya kerana inginkan perhatian dari seorang perempuan yang belum tentu bodoh untuk menerima segala alasan bodoh yang direka tanpa menyedari apa yang dilakukannya lebih memperlihatkan kebodohan dan kebebalan lelaki itu sendiri.... Walau apa pun, aku tetap tidak sanggup diri aku dijadikan percaturan dalam permainan yang langsung tak boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa oleh si Romli yang kijam itu.... uhuuuuuuu sadiznya..... sedihnya hati aku sedih sesedihnya...

4 Comments:

  • At December 21, 2006 at 8:00 PM , Anonymous Anonymous said...

    hee hee....

    sabar sabar bawak bertenang.......
    bila bercinta biasalah... ada yang ambil kesempatan ... tawakal

    ok.... walau apa pun kau masih brutal... masih menyengat ... hee hee

     
  • At December 22, 2006 at 12:17 AM , Anonymous Anonymous said...

    My dearest The Brutal Princess... lanyak je dia. Jangan bagi dia lanyak kita suka suka ati dia je. Ingat kita ni apa? Murah? Tengok kaki la, beb.. huhu.. dah pakar cucuk mencucuk mula dah...
    Adinda pu3, sabar ya. Tetapi, bila masanya tiba, jangan lepaskan peluang membetulkan fitnah yang melanda. Kerana fitnah orang, diri kita pasti akan tersiksa. Jadi, jangan izinkan fitnah hinggap ke tubuh kita dengan berleluasa. Kalau kita biarkan sekali, orang akan buat dua kali. Ingat tu.
    Berani kerana benar.

     
  • At December 22, 2006 at 7:28 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Hai My dear Una Carl... bukan soal cintan cintun leh.. isy mamat ni... luku kang. Dey... brapakali mau bilang... ko nak soh aku bilang dalam bahasa urdu ke.. nanti aku pi bukak kitab. Ni bukan soal cintan cintun leh.. aku pun tak hingin nak bercintan cintun ngan orang putaralam shah alam cam mamat tu.... kussssemangat.... idok le teman.... Ini masalah harga kepercayaan dan kejujuran yang seenak pizza dilemparkan ke dalam tong alam flora. Kalau aku dapat mamat tu, aku lak lempar dia ke dalam loji Indah Water.. biar dia dibersihkan sama dengan sisa kumbahan....baru dia tahu dan sedar diri. Aku no hal kalau dia nak bercinta ngan member aku, tapi napa mesti heret nama aku sama.. napa nak perburukkan keadaan, dari orang tak tahu dia kelentong aku, na sekarang boleh aku ketegorikan seantero alam dah tahu malah member aku pun dah tanya beberapa orang member lain yang agak rapat dengan dia sebelum aku... SAH... SAH.... SAH ijabnya bahawa dia memang, aku nak kata kaki kelentong.. erm kijam sangat kot, tapi dia memang TIPU aku hidup-hidup malah dengan member lain pun canggitu.. berbagai rumusan yang aku dan kengkawan dapat dari cerita yang kitaorang combine kan. Fuhhhhhhh tak ku sangka ada gak LELAKI PENGECUT cam dia ni.....

     
  • At December 22, 2006 at 7:43 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Hai my lobely sister.... tul tu kanda, kalau dinda dapat, dinda layak dia cam pisang, pastu tambah tepung, tambah gula sikit dan wat lempeng atau jemput-jemput. Leh gak baham untuk sarapan pagi kan.... tah la kanda, terkezut koalabear masa dinda dapat tahu perkara ni. Sukar nak percaya, tapi akhirnya... PERCAYALAH.. dirimu sudah ditipu, bukan sebulan lamanya, tapi sudah hampir setahun. Bagaimana perasaan tak tercalar, bagaimana hati tak terguris... kepercayaan yang kita beri, apa sembilu berduri yang dikirimnya... dah tu sedap hati tok kaduk lebai malang boya senang dia je kata dinda ni perasan.. woiiiii kim salam lah.. kalau dia tu cam Rosyam Noor ke, Ahmad Idham yang punya mata romantik tu ke, atau Anuar Zain yang punya lirikkan menggoda tu ke tak pun macam Norman Hakim; kira okey gak, ni ensom lagi mutusamy yang jual putumayam tu... sabau je lah aku... yang buat dinda sedih, kawan dinda tu cam dah blur... tak tahu mana satu dia nak trust.... ni tak pasal-pasal minah tu pun turut sedih gara-gara LELAKI BRENGSET tu... walau apa pun, semalam masa jumpa kawan dinda tu, dinda dah cakap terus terang dengan dia... terserah kalau dia nak percaya atau sebaliknya. Kalau dinda yang mamat tu anggap kawan merangkap dan menangkap adik dia boleh kelentong... dekat setahun lak tu, tak mustahil kawan dinda yang baru mengenalinya selama 2 bulan. lagi boleh digorengnya sampai hangus rentong... keciwanya dinda rasa.... :( :(

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home