Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 13, 2006

Permintaan lazim sorang SUAMI

Owang lelaki ni kalau nak tambah ‘Cawangan Baru’ memang pandai bermadah seloka. Dalam gurindam hasrat disuntik, Mana yang faham tu… kira okeylah, tapi yang kureng sikit tu payah gak nak kesan.. cuba teliti sedutan yang disertakan… buah isteri-isteri, penah tak suami buat perangai canggini…. :) :) ;)

"isteriku sayang....
abang rasa macam kena kahwin lagi..
bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..
dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..
dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda..

memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..
dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..
dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang nie perasan saje..
bila bekerja berbincang bersama..
ntah kepala nie dah melayang entah ke destinasi mana..
mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu
tapi kehadiran sayang disisi itu yang abang sering rindu

layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku...
maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..
kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu.."

"Pah butang baju abang mana Pah"....

13 Comments:

  • At December 13, 2006 at 1:34 PM , Anonymous Anonymous said...

    hmmmm............

    bertuahnya badan kalau dapat isteri macam tu..so sporting so understanding !!! Hee Hee....

    Aku tak ada experience pasal rumah tangga ni..... tapi betul ke suami cakap cam tu bila nak pasang satu lagi ............

    hee hee........

     
  • At December 13, 2006 at 2:26 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    heheheehhe manalah para suami ni... tak kan tak ada comment kot.. atau takut rahsia terbongkar... :) :) :)

     
  • At December 14, 2006 at 12:38 AM , Blogger Unknown said...

    Duhai suamiku (kononnya)
    Tiada maaf bagimu
    Namun, niatmu itu tidak akan aku halang
    Asalkan aku dibekalkan duit, banglo, kapal layar dan kapal terbang
    Selepas itu, nyahlah kau dari rumahku
    Kerana aku tak hingin lagi berkongsi madu denganmu
    Lebih baik aku mencari orang lain
    Yang lebih hensem, muda dan kocek tak pernah kering
    Ingat kau seorang aje ke yang boleh perasan
    Aku pun masih hebat mengalahkan perawan...

    Huhu... Sahih si laki tak jadi nak kawin lagi satu...
    Cayang adinda Pu3 Chempaka Biru, kanda tumpang tambah berseloka lak kat sini...

     
  • At December 14, 2006 at 7:26 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hehehehehehhehe wah! cantiklah kekanda. Kalau ada suami yang baca, confirm tak jadi Buka Cawangan Baru dengan keizinan, tapi sorok2 tu, tak dapeklah dinda tak tolong.... dasar lelaki manalah puas dengan satu kan kanda, tapi kalau dia tahu hukum hakam dan berpijak dialam nyata, dia pasti dapat menilai mana intan mana permata, mana kemampuan, mana nafsu hanya kerana perempuan..... hahahhahahahahaha

     
  • At December 14, 2006 at 7:26 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At December 14, 2006 at 10:45 AM , Anonymous Anonymous said...

    kalau Am, belum tanya lagi dah tahu jawapan isteri Am hehehehe, malas dapat kecederaan dalaman dan luaran hehehe

     
  • At December 14, 2006 at 11:47 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Am.. tahu tak pe... actually terkadang kita ni suka sangat ikut hafsu hafsi... nabi berpoligami, umatnya pun nak juga.. konon ikut sunnah, tapi tak nak kaji poligami yang macamana yang nabi amalkan.. baginda amik semua janda [hanya Aisyah yang masih perawan] yang susah dan perlukan pembelaan, bukan yang masih cun melecun yang boleh sara hidup sendiri. Tapi zaman sekarang, tak ada sapa yang nak padang kalau janda tu selekeh dan anak keliling pinggang, kalau ada pun mesti ada package lain yang turut jadi pertaruhan. Barulah boleh terima untuk register Cawangan Baru.....

     
  • At December 16, 2006 at 4:36 PM , Blogger Unknown said...

    Betul tu dinda Pu3 Chempaka Biru. Nasib baik kanda duduk di sini. Poligami tak dihalalkan. Lepas tu, kanda ni pandai menurun. Tak marah pun kanda menurun. Naik sheh gitu.. huhu...lepas tu, kalau kanda bengang dan tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kebengangan kanda, kanda buat mcm Draco Malfoy buat dalam HP & The Prisoner of Azkaban. Alah, ketar-ketar tangan tu masa depa pergi ke kelas Hagrid... huhu.. bila anney kanda tanya, apa kanda buat, kanda kata kanda bagi voodoo kat dia.. huhuhuhu... seram kecut mamat tu... wakakakakakakakaa..berdosanya aku. Sihat dinda?

     
  • At December 18, 2006 at 1:12 AM , Blogger Elhakim said...

    kdg2...
    aku rasa perempuan seperti mencabar lakinya supaya kawin lagi satu...

    maafkan aku itu hanya persepsi aku.

    pada aku lelaki dan perkahwinan itu hanya suatu TAKDIR.

    nasib perempuan selalunya begitu...

     
  • At December 19, 2006 at 8:00 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Assallammualaikum dan salam sejahtera.

    Wah!untunglah kekanda berada tempat yang tidak mengiktiraf poligami, tapi apakah masyarakat lelaki kat sana suka main simpan2 kanda... ala.. simpan baju, simpan tuala ataupun simpan 'spare tyre' lelaki ni kanda, tak banyak sikit pun mesti ada depa punya putar alam... samada iayer serius atau setakad test market atau poweranges depa jer.. apa pun semua tu terletak pada individu untuk menentukannya.

    To my dear kontra brother ElHakim
    Tak ada perempuan yang nak mencabar kaum awak untuk memadu atau sengaja menempah poligami dalam kehidupan berumahtangga. Tanyalah sesiapa sahaja kaum hawa, pasti jawabnya NO WAY... not this HIGHWAY to be share with others.... tapi islam tidak pulak kejam pada kaum ADAM. Tahu nafsu yang satu tu terkadang terlebih lawan tokey, tu yang sampai akal 9 tak boleh nak memujuk. Sampai ke siam pun sanggup semata-mata untuk memoligamikan isteri. Jadi fikirlah sendiri... rasional dan relevant dalam tiap perbuatan...jangan nak rasa yang didepan mata sahaja perlu difikirkan.....

     
  • At December 19, 2006 at 1:12 PM , Blogger Mersik said...

    Err bagi yg lom2 beristeri tuu..err nak tanya sapa ek? hik hik tanya pu3 leh ke? gegege hik hik *wink* patplo kali..alahaii

     
  • At December 19, 2006 at 10:11 PM , Blogger Abang Long said...

    Petikan dari Filem CINTA: "Isteri adalah anugerah, bukan HAK MILIK". Abang Long kata: "Suami adalah anugerah, bukan HAK MILIK". Setiap benda diatas muka bumi ini adalah untuk dikongsi bersama. Bak kata elhakim: "Perkahwinan adalah TAKDIR". Bukan seorang lelaki yang berkahwin 4 sahaja yang WAJIB berlaku ADIL. Seorang lelaki yang berkahwin SATU pun WAJIB berlaku ADIL. Al'adliwal ihsan, sesungguhnya KE'ADILAN itu adalah EHSAN. Setiap lelaki yang NORMAL, memang ada niat untuk berkahwin dan memiliki lebih dari seorang ISTERI, bukan kata - kata dari Ulama', bahkan ahli biologi pun mengesahkan apa yang terkandung didalam syari'at, hatta falsafah Barat juga menyebut - Men's life start at 40' ...", apakah di usia 40'an seorang lelaki itu belum berkahwin lagi ?. Malah seorang Dr. falsafah di Malaysia juga memperakui perkara yang sama - "seorang lelaki bila dah berusia 40 tahun keatas, dia akan jadi lebih gatal, menjadi - jadi". Berkahwin 4, dikatakan kerana NAFSU, adakah berkahwin SATU bukan kerana nafsu ? Malah berkahwin itu, salah satu dari modus operandinya ialah untuk MELAMPIASKAN NAFSU, dijalan yang BETUL. Teringat kepada n3 oleh Puan Nisah Haron - seorang novelis dan seorang peguam - "SETIAP WANITA BERPOTENSI UNTUK DI MADU". Maaf, ulasan menongkah arus, tetapi fikir - fikirkan dengan hati yang lapang, kewujudan kita diatas muka bumi ini. Namun, InsyaAllah, IS-WAN (MAAF bukan IS - TRI), Abang Long tetap SATU.

     
  • At December 20, 2006 at 8:03 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Erm sekarang ni ada mood nak balas korang punya comments lah.. agaknya sakit ni nak lawan tokey kot.. nak uji aku lagi.. sabo je lah.. nanti bila aku rasa aku lagi kuat dari sakit ni aku reply comments korang ekk.... :( :( Ingat The Brutal Princess, sakit tu ujian, tanda allah sayang.... pesanan ahli sufi, sudah berabad kesejahteraan Allah anugerahkan, masakan sehari dua dikurniakan kesakitan, kau sudah mengeluh... itukan tidak bersyukur namanya.. sakit sebahagian dari penghapus dosa kecil.... astafirullah... ampunkan aku ya Allah.... :( :(

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home