Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, December 28, 2006

Teknik Mengarang Surat cinta :)

Kehadapan Bedul yang aku sanjungi

Dalam kesuraman ultra violet lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Kehadiranmu jua mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, koala bear yang tak pernah terbayang dimataku malahan juga kau mengajarku keenak rasa rindu bagaikan mee rebus Muar, cenkagung [cendul+kacang+jagung], koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga dari langkawi Kristal yang teramat mahal harganya. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Reoma dan reket tenisnya yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Zikoku itu tetap mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 kemudian melobi untuk sukan Asia yang akhirnya berjaya disambar oleh Qathar.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada keengganan ku untuk berkompromi mengundi Mawi menerusi sms malah berlarutan pulak pada Fiq yang turut menjulang kejayaan dalam Mentor justeru kau banyak menghabiskan kredit untuk mengundi secara yang aku cukup tak gemar. Pertengkaran kita sering berpunca dari sikap mu yang lebih banyak menghabiskan kredit bukan untuk ku tapi untuk pertandingan yang entah apa-apa tah. Pemergianmu menyebabkan aku bagaikan bulan yang kehilangan pungguk yang sebenarnya memang tak ensom. Bak lampu neon di Putrajaya yang telah dipotong bekalan elektrik akibat terover penggunaannya.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku umpama tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa. Daya tarikan graviti terhadapku seakan gagal berfungsi hingga membuatkan aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gulita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu kasih arahan Datuk Yusuf Haslam.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat beskal dan kipas helikopter yang berjaya aku cilok dari tempat kejadian helikopter terhempas tetap akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia berjaya melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang ku yang bukan lah segagah mana pun. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan hamster dan kucing Che Pah yang suka mengusya dan mengoda si Tom Kurus untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung sambil merenung ke dalam peti sejuk membayangkan diri berada di kutub Utara sedangkan dirimu bagaikan Iceberg yang mula menghilang entah ke mana. Aku cuba bermain galah panjang bersama Mutusamy dan Ah Chai untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor ayam serama milik Makcik Joyah sebelah rumah yang saban hari bagaikan sibuk jaga tepi kain aku, biarpun hakikatnya bukan lah besar sangat kesalahan mereka itu.
Mengapa? Mengapa kasihku? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak dengan menggunakan M6th yang ko seludup dari pasar malam lantas selamberland jer kau bunuh cintaku sehingga aku bagaikan turut sama terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu berlian tiruan yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau tinggalkan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung meskipun aku bisa buka kedai menjual assesori tiruan dan mungkin boleh memperolehi untung yang lumayan.

Seakan mendukung 75 ekor koala bear dan 386 ekor hamster. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan yang punya cinta biasa yang pastinya tak akan berubah menjadi luar biasa. Aku bukan Britney Sepiah, tak juga Tuminah anak Wak Karma Dijoyo, jauh sekali Puteri Gunung Semanggol. Aku juga bukanlah Yellow Powerangers seperti yang kau idam-idamkan. Aku sekadar Suparna biarpun bapak ku adalah Suparman, tapi Suparman yang berasal dari Jawa bukan dari Hollywood atau pun bollywood. Aku menyedari kekurangan diri bersama kurangnya kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku jual dipengedar besi buruk seantero negara untuk menjana pendapatan membeli sebuah kete F1 yang dilelong oleh Alex Yong.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas Pan House yang dihadiahkan oleh tok batin Kampung Dusun, aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi tesergam indah kompleks membeli-belah SOGO dan Suria KLCC, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi masih ada sms dari Zinade Zizio ku, selagi…. selagi ada cinta di hatiku, selagi ada rindu yang membara, selagi air mata ini mengalir kau tetap di hati ini cinta ku tetap di hati, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Mana mungkin mentari akan terbelah hingga lapan bahagian.. kalau sudah begitu, maka akan kiamatlah dunia ini.. Kau dan aku pastinya akan berada di alam yang lain. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tidak akan terus menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah tapi kalaulah ditakdirkan ianya berbuah, akan ku titip dan aku poskan buahnya kepadamu. Amacam.. ko nak tak?

Sekian dari ku untuk mu
Suparna binti Suparman

2 Comments:

  • At January 6, 2007 at 10:12 PM , Blogger Elhakim said...

    salam.

    kalau gaya nilah ajar teknik surat cinta..gerenti fail.

    he..he..

     
  • At January 10, 2007 at 12:42 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    la tu kan contoh.. bukan aku suruh ikut bulat-bulat... apa lah mamat sorang ni... yang tega sangat nak ikut sapa suruh... tak ada sapa suruh dan kalau nak ikut gak, tak ada yang larang... apa-apa terjadi, tanggung sendiri. Tapi kita makin maju... alaf 2020 nanti tak tahu camne punya gaya surat cinta... apa pun okey pe... tang mana yang ko rasa fail tu????

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home