Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, September 24, 2008

Sedihnya...

Dah nak raya rupanya... tak terasa cepat betul masa berlalu... tup tup... next week insyaAllah semua umat Islam akan bergumbira menyambut syawal. Rasa sedih pulak... Ramadhan dah di penghujung... rasa cam belum cukup sempurna je amalan untuk tahun ini... terfikir gak apakah aku akan berkesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan dan menyempurnakan amalan lebih baik dari yang aku lakukan tahun ini... Entahlah... segalanya dalam genggaman Allah kan... kalau Dia izinkan, insyaAllah akan akan merasakan rahmat Ramadhan lagi tahun depan...

Erm dalam waktu-waktu begini ingatanku pasti akan kembali pada insan-insan yang telah pergi... arwah mama, arwah papa... arwah tok wan dan sekelian yang aku sayang... [tak tersenarai rasanya] Pasti seronok kalau mereka semua masih ada seperti sebelumnya. Aku benar-benar rindu... rindu sangat-sangat... teringat lagi tika mereka ada... pastinya malam raya selepas solat jemaah dan takbir mulalah tok mak akan membahagikan tugasan. Ada yang merendang dan ada juga yang ditugaskan untuk merebus palas. Yang lain-lain akan sibuk pulak di atas rumah menyediakan juadah untuk tetamu yang bertandang. Kebiasaan jiran kampung aku ni, malam raya pun terkadang ada yang menjengah ke rumah Tok mak... jiran terdekat yang dah dianggap sebagai keluarga. Bertukar juadah dan sebagainya. Meriah sangat... yang kecik-kecik apa lagi... main bungapi lah... dah yang jadi pembekalnya adalah abang Isyqal... dan dia jugalah menjadi ketuanya. Dua tahun lepas aku turut sama join main meriam... Gebommmm siap perang dengan kampung sebelah lagi.... tapi best... tak ada pulak yang putus jari, cedera mata atau yang sewaktu dengannya. Aduh! Tahun ni tak tahulah bagaimana... along masih lagi diawangan... tak pasti dapat balik atau tidak... dan yang pasti aku tentu akan berendam airmata waktu takbir bergema nanti....

Buat semua pengunjung Istana Kacaku, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hariraya, maaf zahir batin.... tahun ini aku akan berada di kampung tercinta...

Thursday, September 18, 2008

Pra Syawal...

Aku dah tak ada mood nak wat keja... tadi pun member aku anta message… ‘Woi! Tolong… aku dah diserang penyakit kemalasan tahap gaban nak buat keja ni… ada ubat tak?? aku rasa nak balik jer…’ aku sekadar ketawa… nak balik… tadi baru je aku lihat boss dia masuk. Sebenarnya aku pun dah diserang penyakit yang sama… boring dan rasa cam dah malas jer nak keja… datang ni pun sebab ingatkan diri kalau aku tak selesaikan tugasan, bukan ada orang lain yang nak tolong aku siapkan. Jadinya dengan penuh keterpaksaan tanpa rela yang sesungguhnya, hadirlah aku di pejabat setiap hari.

Lagu raya dah lama terpasang di komputer ku… dan kini mindaku pula merewang… lebih-lebih lagi bila membaca N3 teman-teman menceritakan pengalaman dan kenangan syawal. Aduh! Gumbiranya tiapkali syawal tiba. Waktu arwah papa dan mama masih ada. Persiapan untuk baju raya, aku tak perlu fikir sebab itu tugasan mama sejak dulu. Hingga along yang dah beranak pinak tu pun masih serahkan tugas yang satu ini pada kebijaksanaan mama dan dibantu oleh kak long. Tapi tahun ini… waduh! Kalut giler… dahlah along tak ada… kak long pulak tak sihat sangat, kak ngah pulak terbersalin awal dari jangkaan… Jadinya aku dan angahlah yang terpaksa atau dalam tidak sukarelaan menerima tugasan. Minggu lepas aku, angah, yana, adam dan mukhriz terpaksa sama-sama menjadi sebahagian dari manusia yang entah dari planet mana turun ke Jalan TAR. Ya Allah huakbar… pening kepala ku… kalau ikut rasa mahu aje aku ajak angah balik dengan tangan kosong, tapi bila terpandangkan wajah tiga orang yang turut sama ada dengan kami, aku tak sampai hati. Masuk Sogo… penuh… aku nak pilih baju yang sesuai untuk depa bertiga pun rasa cam nak muntah. Suruh depa pilih, depa suruh aku pilih… yang depa buat asyik langut tengok orang… agaknya heran kut… aku tanya pandangan angah… dia asyik jawab… tanyalah budak-budak tu… depa yang nak pakai.. bukan angah…dan angah pulak selamba layan PDA dia… tah apa yang diaccess aku pun tak faham. Cis! Cam ni baik aku je pegi sorang. Akhirnya aku rembat apa yang patut. Untuk Adam dan Mukhriz tak susah… Jeans and T-Shirt, tapi untuk Yanalah… tunjuk gaun geleng, blouse geleng, skirt… Auratlah Mak Chu… Ceh! Akhirnya dia capai Jeans dan sehelai T-Shirt Mickey Mouse… Than services berpindah pada angah… hehehehehe untuk bayarlah…. Tapi lain pulak yang jadi, ‘dik… ngah tak cukup duit… pinjam…’ dengan sengeh selamba di depan casher tu. Angah… angah… buat malu jer. Selesai di Sogo kami kami pi kat bazaar raya kat Semua House. Kena cari sampin untuk Adam dan Mukhriz… kat situ lagi sesak… aku terpaksa pegang si Mukhriz takut lesap pulak budak kecik sorang tu. Selesai cari samping, Yana pulak nak cari tudung sedang aku dah terpandangkan sesuatu. Alamak… palaslah… aku sambar aje RM4 ringit bersama rendang tok. Nampak cam sedap. Selesai segalanya di Jalan TAR… tengok jam dah pukul 06.00. Aduh! Sempat ke nak balik ni… nasib baik gak kami naik LRT dan tinggalkan kereta kat stesyen. Kalau bawak kereta… rasanya kul 08.00 pun tak tentu sampai. Rasa serik betul bila berhadapan dengan situasi macam tu. Bersesak yang boleh menyiksakan nafas. Mak Ndak telefon beritahu baju kurung kami lambat sikit. Tak kisahlah Mak Ndak, malam raya pun tak apa… janji ada baju… kalau tak pun tak kisah gak sebab baju tahun lepas masih ada… masih boleh pakai lagi. Apa pun terima kasih kat Mak Ndak sebab ambil alih tugas mama tanpa pemberitahuan pada kami. Terharu sebenarnya...

Lepas tu angah wat kalut... baju melayu dia tak beli lagi…Isy sibuk jer…. Macamlah baju nikah dia hari tu tak boleh pakai… saja mengada. Lalu esoknya aku kena temankan angah pulak ke Jusco Wangsamaju… kat situ pun ramai… Ya Rahman… Ya Rahim… inilah budaya orang melayu Islam menyambut syawal agaknya… Ngah lagi cerewet… semua baju yang aku tunjuk dia tak berkenan… warna pucatlah… terang sangatlah… kain cepat renyoklah… susah nak gosoklah… aduh! Mengalahkan owang pompuan. Akhirnya aku dah malas… Muka aku dah mula mencuka… biarlah dia pilih mana yang dia suka… Tiba-tiba nafasku sesak… Ngah tengah belik sesuatu… Baju Melayu di tangan Ngah ku tatap tak berkelip... ‘Cantik kan.. kain dia sejuk dan warna dia pun cantik… sesuai untuk ngah kan… Ngah belum ada yang kaler ni…aku terkebil-kebil bila lihat Ngah dah bawa baju tu ke kaunter untuk proses pembayaran. Aku pernah tengok kaler baju melayu tu... Yellow Gold... dipakai oleh seseorang... tiba-tiba ingatanku melayang... mata bagai terpandang wajahnya dari gambar yang dititipkannya pada ku.... Ah! Apa khabar agaknya dia tika ini...

Tuesday, September 16, 2008

Ada-ada saja...

"Angah... ingat janji tau...," pesan ku tika angah melangkah keluar dari kereta untuk bersolat Tarawih. Malam ini aku dengan senang hati menawarkan diri untuk menghantar angah ke masjid berhampiran dengan rumahku. "Habis, adik tak tarawih sama ka? Tau dek along adik selalu ponteng, ha! terimalah habuan. Tadah telingalah jawabnya dengar syarahan free," bebel angah bila lihat aku masih betah berada di dalam kereta. " Adik solat di rumah, badan rasa tak berapa sedap," terangku. Bukan mereka alasan, tapi memang sehari dua kebelakangan ini aku rasa kesihatan ku mula teracah. Agaknya letih berjalan hujung minggu yang lalu masih bersisa. Maklum terpaksa meredah dan bersesak sama dengan wargakota yang lain di Jalan TAR membuatkan aku nyaris-nyaris lagi nak pengsan. Ya Allah huakbar... ramainya manusia... "Angah, tarawih buat 8 jer yer," pesan ku sekali lagi. "Isy ada pulak... kat sini kan besa buat 20... ada ka nak suruh berenti setakad 8," protes angah pulak. "Tapi angah dan janji kan..." aku dah buat muka... " Nak pi mana??? Isy budak ni... mentang-mentang along tak dak... sat ni angah report kat along, baru tau," ugut angah. Lagilah muka ku cemberut... tanpa jawapan aku tinggalkan angah bila lihat sebahagian dari jemaah dah mula bertukar salam dengannya. Sampai di rumah, aku lakukan kewajipan di bulan berkat ini. Rasa sayu je hati... biasanya pada bulan sebegini, solat kami sekeluarga akan diimamkan oleh arwah papa, tak pun along. Aku benar-benar rindukan suasana itu. Bagai terdengar gemersik suara papa takala kami bertadarus, begitu juga berqiamullai. Kata papa kesempatan yang allah berikan untuk kita menikmati ramadhan jangan dipersia-siakan lantaran kita tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun yang akan datang... Itu juga pesan along takala kami berkomunikasi mengucap ahlan ramadhan tempohari...

Jam 09.30 malam, aku dah menanti angah di perkarangan masjid. Terlihat kelibat angah melangkah ke arah kereta dan sebaik sahaja sekujur tubuh itu membolosi ke tempat duduk, aku teruskan pemanduan. Kebecokan mulut angah mengutara soalan tidak ku hiraukan. Apa yang ada di dalam kepala ku, harus tiba sebelum premis tersebut di tutup. "Okey kita dah sampai...," ucapku sambil tersenyum. "Adik nak buat apa tang ni?" soal angah. Matanya sudah melilau. "Ala! Nanti angah tahulah. Dah, jom cepat... sat ni tutup pulak," pantas aku keluar sambil menanti angah yang kelihatan teragak-agak. "Ada ka ajak orang pi sini. Angah dok pakai kain pelekat dengan baju melayu ja ni," protes angah sambil matanya melirik ke tubuhnya sendiri. Aku sekadar mampu tersengeh. Sampai ke destinasi yang ku hajati. Membuat pesanan dan menanti... akhirnya bibirku mengorak senyuman bila apa yang aku inginkan sejak beberapa hari ni sudah berada di tangan....

"La... nak makan benda ni ka? Isy! Macam tak dak benda lain...," rungut angah bila terlihat apa yang ada dalam kotak itu... Aku masih tersengeh... "Dah banyak hari adik teringin nak makan benda ni, tapi sengaja tahan. Ingatkan tak pa... tapi rupanya tak buleh gak. Terima kasih ya ngah sebab sudi temankan adik... sayang angah...," ucapku. Angah sekadar mencebik... "Iyerlah sayang... sayang sebab dah jadi tukang teman," komen angah spontan. Kali ini dia pulak yang memandu sedang aku terus menjamah apa yang aku inginkan. "Angah nak," lawaku. "Isy... letak jauh-jauhlah benda tu," aku terus tertawa kerana sedar amat akan kealahan abangku dengan sebarang jenis pizza yang ada... Apapun terima kasih angah... terima kasih kerana sudi temankan aku walaupun dalam penampilan yang ala-ala DSAI itu...

Monday, September 08, 2008

Khabar dari Desa....


Sebahagian dari daerah di Kedah dinaiki air… dan Yan adalah salah satu daripadanya. Aku termenung… perkhabaran ini benar-benar merisaukan. Beberapa buah kampung telahpun diistiharkan berada dalam kawasan banjir malah sudahpun meragut korban seorang wargaemas. Aduh! Risau aku jadinya. Teringatkan Tok mak dan saudara mara yang masih di sana... Hangpa janganlah susah ati. Tok mak sihat, cuma tak buleih turun ke tanah aja. Tak buleih nak tengok kebun kat belakang ghumah tu. Kesian kat pokok keledek yang dok terendam. Pokok cabai, timun, tomato dan petola mesti habis rosak. Ah! Ke situ pulak bicara Tok Mak. Tanamannya yang dikisahkan. Tok pilah balik SP mengkala ayaq tengah dok naik ni. Aku memberikan cadangan. Pastinya menyuruh dia ke rumah peninggalan arwah keluargaku. Bimbang hatiku andai terjadi sesuatu kepada dirinya. Isy tak payahlah. Bukannya teruk sangat pun. Ayaq masih tak naik kat ghumah ni, cuma sungai kat jembatan tu ja kadang-kadang melimpah bila ayaq banyak. Lagi pun kalau tok pi di sana, ha! depa yang dok ada ni tak kan nak tinggai. Kalau nak angkut semua,mana nak muat ghumah papa hang tu. Dahlah. Hangpa jangan dok ghisau.Itulah jawapan Tok Mak. Aku sekadar mengeluh. Bimbang di hati tak akan surut selagi keadaan di sana masih tidak stabil lebih-lebih lagi dalam ramadhan ini… Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… lindungilah mereka semua dari bahaya…