Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, October 22, 2008

Puas rasanya....

Lunch tadi aku ngan Trisya dok sepakat nak makan Thai dish. Lebih-lebih lagi kat area sini ada Thai stall yang masih lagi beroperasi. So apa lagi… tepat je jam 13.00pm, kami pun melangkahlah menuju haluan yang telah kami setkan sedari awalnya. Sampai di sana, ramai gaklah makhluk yang sedang berbaris. Kami pun ikut gaklah berbaris. Sambil tu mulut kami berdua mulalah pot… pet… pot… pet… berbicara perihal juadah dan cara penyediaan yang terhidang di penglihatan. Adakalanya terdengar komen Trisya bila pandangannya mengesan sesuatu hasil dari perlakuan si penyedia@penjual di situ, tapi tak lah sampai ke pendengaran orang yang terlibat. Sat ni tak pasai pulak kami di hambat keluar dari situ.

Tiba giliran kami, aku minta laksa mee dan Trisya as usual minta tom yam mee hoon. Aku terpandang pulut mangga… aduh! Menyeleranya… nafsu dah mula berbisik. Sambarlah sepiring… tapi erm! Tak pelah… sat lagi kalau betul nak sangat, aku beli. Aku membuat pujukan tak rasmi sekali gus menewaskan bisikan nafsu.

Jadi untuk tengahari tadi inilah yang kami jamah….



Aku tak menyesal dengan pilihan aku sungguhpun Trisya nampak macam pelik, tapi sempat gak mecilok sedikit untuk merasa apa yang aku makan. Memang sedap... rasa puas sangat...



untuk pulut mangga... lain kalilah ekk aku makan atau pun aku ada cara tersendiri bagaimana nak mendapatkannya kalau benar-benar aku keteringinan.....

Apa nak jawab ekk ;-)

Ada member tanya kenapa aku dah lama tak update istana kaca aku ni… tak ada sajian baru sebagai santapan pada yang sudi bertandang atau dengan kata lain istana ni nampak suram @ muram…. Heheheheheee aku pun sebenarnya ada kesedaran akan keadaan itu, tapi … erm camne nak cakap ekk…. Sesungguhnya aku dirantai digelangi bukan dengan solid gold sebaliknya kebusyan tahap cipan anak beranak chimpanzee gitu.

Banyak benda nak kena cover… and most important deal with clients. Menjawab segala persoalan dan pertanyaan lagak aku ni kerja kat kaunter pertanyaan. Terkadang pening gak kepala aku dengan kerenah they all ni… tapi apa nak buatkan… tak kan aku nak marah…sat lagi lain pulak jadinya tambahan pulak aku ni bukannya reti sesangat nak marah-marah ni… kena amik kursus dalam hal sebegitu. Sekarang ni pun ada lagi yang belum beres, kena tunggu bahagian technical dulu sedangkan clients dah bising… isy lagak sure heboh je diorang ni… tapi betul gak, depa bayaq… bukannya free of charge. Erm… nak buat camne kan… tadah telinga dan tambah kekebalan tahap mahadangwangi untuk terus mendengar dan kalau nasib tak baik sah-sah free terima tonardo yang mereka lancarkan. Adakalanya aku geram gak… buh-san tapi apa yang boleh aku buat… Tak banyak pilihan dalam isu sebegini.

Minggu depan kesibukan tahap gandaan segala kuasa berkemungkinan akan berlaku. Appraisal discussion antara aku dengan manager akan berlangsung secara langsungnya. Minggu lepas aku dah submit segalanya dan kini maybe dia tengah go thru it. Tah macamanalah gamaknya. Prestasi kerja akan diukur dan aku pun tak tahu tahu ukuran jenis apa yang akan diguna pakai. Sistem pengiraan yang bagaimana bakal mendapat pengiktirafan untuk dianugerahkan kepada aku. So! Just wait and C.

Tuesday, October 07, 2008

BeStNyA….

Apa yang korang rasa bila mendapat perkhabaran kenalan@kawan@saudaramara mendapat anak kembar… kalau setakad kembar dua tu dah biasakan, tapi ni kembar tiga… Ha nilah yang aku nak story mory ni… seorang kawan merangkap dan menangkap sahabat aku baru je dikurniakan anak. Apa yang bestnya kali ni dia dapat kembar… 3 sekali gus. Wallah… waktu aku terima berita tu, aku rasa cukup seronok… Tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaannya. Awalnya aku tak percaya, tapi bila dia beriya dan bersungguh-sungguh menceritakan segalanya siap dengan picture barulah aku percaya.

Dengar dari ceritanya aku tahu dia happy... malah terlebih happy rasanya... Dengan bangga dan selamba dia tanya aku. ‘You bila lagi... I dah ada lima orang anak...’ [campur anak yang dah ada dua orang]. Cinabeng punya kawan... dalam happy-happy masih sempat nak kenakan aku... Ceh!...

Sempat gak dia beritahu aku, seluruh hidupnya sekeluarga berubah secara 200% dengan kehadiran si kembar… bajet, tranportaion even layout rumah pun mungkin kena ubah. Garu kepala gak lah dia. Mana taknya, susu dan diapers baby tak mustahil akan ceceh RM1500 per month. Dalam gurau sempat dia menyatakan lepas ni kenalah cari Naza Ria. Kalau harapkan Wira dan Kancil yang dah sedia ada, rasanya no longer relevant for him and family. Aku hanya gelak… bukan mentertawakan tapi aku sedar apa yang diucapkannya itu berasaskan fakta dan faktor. Apapun aku ucapkan tahniah setingginya buat dia dan keluarga. Moga rezekinya akan bertambah murah dengan kehadiran tiga orang baru yang allah berikan kepadanya. Tahniah Fuad….

Monday, October 06, 2008

Pertemuan tak diduga...

Sebenarnya dah lama aku tak buka YM aku... rasanya adalah berbulan gak kut… Malam minggu yang lalu, entah macamana tergerak je aku nak membukanya. Wallah! Banyaknya off line message… aku teliti satu-satu… baca pelan-pelan. Pastu mulalah aku termenung. Nak buat apa… lihat senarai member yang online memang ramai, tapi tah kenapa aku jadi segan nak tegur. Ah! Ingat lagi ke depa ni kat aku… Iyerlah pu3 yang dah lama bertapa a.k.a.menghilang… erm lama gak aku fikir-fikir. Last-last aku main renung-renung dan jeling-jeling jer… sambil tu buat kerja yang mana belum beres. Tiba-tiba mataku melirik pada senarai teman-teman lama. Satu nickname yang entah mengapa menggamit rasa untuk membuat satu teguran

Aku: Assallammualaikum.

Amirul Mukminin: Waalaikummussalam. Anti apa khabar? Lama betul ana tak dengar khabar. Lama tak on line.

Aku hanya ketawa walaupun aku sedar bukannya dia nampak pun.

Aku: Alhamdulillah. Ana sihat. Anta bagaimana pulak…[hehehehe rasa semacam pulak bila meggunakan ganti diri sebegini setelah berkurun aku tak amalkan.]

Amirul Mukminin. Ana sihat. Apa perkembangan terbaru. Wah! Ana dengar anti sekarang dah jadi penulis. Tahniah. Erm tak ada complimentary novel untuk ana ke?

Aku:Alhamdulillah… Syukran. Alamak bab complimentary ni susah sikit sebab memang tak ada pun. Next timelah ekk.

Amirul Mukminin: Tak apa. Lewat anti tido? Cari ilham yer. Maklumlah penulis kan suka menulis waktu-waktu macam ni.

Aku:Banyaklah anta punya ilham. Kan ana mMemang dah biasa tido lewat, lagi pun siapkan kerja sikit. Anta pulak kenapa tak tido lagi?

Amirul Mukminin: Agaknya inilah hikmah yang ana dapat sebab tak tidur awal. Hehehehehe. Sebenarnya mata belum mengantuk...Anti kerja di mana sekarang?

Aku: One of Accountant firm. Anta pulak? Erm bila nak berdua?

Dia buat sign gelak. Aku tersengeh...

Amirul Mukminin:Amboi! Ana soal satu anta balas servise dengan dua yer. Ana kerja di Takaful Ikhlas dan untuk pengetahuan anti ana bukan setakad berdua, dah bertiga pun, Anak ana dah 1 tahun 7 bulan.

Aku:Ha! Biar betul… apa p un tahniah. Alamak… sorrylah. Ana tak tahu yang ana tengah sembang dengan suami orang. Tahu dek wife anta, tak pasal terjerumus dalam perangkap salah faham.

Amirul Mukminin: Janganlah risau. Wife ana ada kat sebelah ni. Dia pun baca apa yang anti tulis. Erm dia kirim salam. Dia kenal anti dan anti pun kenal dia.

Aku: Ha! Biar betul. Anta nikah dengan budak usrah juga ke?

Amirul Mukmin menghadiahkan aku sign ketawa lantas menyebut nickname isterinya. Ya Allah huakbar… mahu rasanya aku menjerit. Memang pun aku tahu perhubungan cinta keduanya, tapi iyerlah dah lama sangat lost contact makanya aku tak sangka yang mereka menoktahkan dengan sebuah pernikahan. Tahniah. Aku tumpang gembira bila dengar teman-teman yang aku kenal kini bahagia… Amboi Wardah! Jadi gak hangpa berdua na…..