Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, October 06, 2008

Pertemuan tak diduga...

Sebenarnya dah lama aku tak buka YM aku... rasanya adalah berbulan gak kut… Malam minggu yang lalu, entah macamana tergerak je aku nak membukanya. Wallah! Banyaknya off line message… aku teliti satu-satu… baca pelan-pelan. Pastu mulalah aku termenung. Nak buat apa… lihat senarai member yang online memang ramai, tapi tah kenapa aku jadi segan nak tegur. Ah! Ingat lagi ke depa ni kat aku… Iyerlah pu3 yang dah lama bertapa a.k.a.menghilang… erm lama gak aku fikir-fikir. Last-last aku main renung-renung dan jeling-jeling jer… sambil tu buat kerja yang mana belum beres. Tiba-tiba mataku melirik pada senarai teman-teman lama. Satu nickname yang entah mengapa menggamit rasa untuk membuat satu teguran

Aku: Assallammualaikum.

Amirul Mukminin: Waalaikummussalam. Anti apa khabar? Lama betul ana tak dengar khabar. Lama tak on line.

Aku hanya ketawa walaupun aku sedar bukannya dia nampak pun.

Aku: Alhamdulillah. Ana sihat. Anta bagaimana pulak…[hehehehe rasa semacam pulak bila meggunakan ganti diri sebegini setelah berkurun aku tak amalkan.]

Amirul Mukminin. Ana sihat. Apa perkembangan terbaru. Wah! Ana dengar anti sekarang dah jadi penulis. Tahniah. Erm tak ada complimentary novel untuk ana ke?

Aku:Alhamdulillah… Syukran. Alamak bab complimentary ni susah sikit sebab memang tak ada pun. Next timelah ekk.

Amirul Mukminin: Tak apa. Lewat anti tido? Cari ilham yer. Maklumlah penulis kan suka menulis waktu-waktu macam ni.

Aku:Banyaklah anta punya ilham. Kan ana mMemang dah biasa tido lewat, lagi pun siapkan kerja sikit. Anta pulak kenapa tak tido lagi?

Amirul Mukminin: Agaknya inilah hikmah yang ana dapat sebab tak tidur awal. Hehehehehe. Sebenarnya mata belum mengantuk...Anti kerja di mana sekarang?

Aku: One of Accountant firm. Anta pulak? Erm bila nak berdua?

Dia buat sign gelak. Aku tersengeh...

Amirul Mukminin:Amboi! Ana soal satu anta balas servise dengan dua yer. Ana kerja di Takaful Ikhlas dan untuk pengetahuan anti ana bukan setakad berdua, dah bertiga pun, Anak ana dah 1 tahun 7 bulan.

Aku:Ha! Biar betul… apa p un tahniah. Alamak… sorrylah. Ana tak tahu yang ana tengah sembang dengan suami orang. Tahu dek wife anta, tak pasal terjerumus dalam perangkap salah faham.

Amirul Mukminin: Janganlah risau. Wife ana ada kat sebelah ni. Dia pun baca apa yang anti tulis. Erm dia kirim salam. Dia kenal anti dan anti pun kenal dia.

Aku: Ha! Biar betul. Anta nikah dengan budak usrah juga ke?

Amirul Mukmin menghadiahkan aku sign ketawa lantas menyebut nickname isterinya. Ya Allah huakbar… mahu rasanya aku menjerit. Memang pun aku tahu perhubungan cinta keduanya, tapi iyerlah dah lama sangat lost contact makanya aku tak sangka yang mereka menoktahkan dengan sebuah pernikahan. Tahniah. Aku tumpang gembira bila dengar teman-teman yang aku kenal kini bahagia… Amboi Wardah! Jadi gak hangpa berdua na…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home