Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, August 05, 2008

Hati-hati.....

Aku nak kongsi info ni dengan semua pengunjung istana kaca aku. Sedang aku buat research info, aku belek-beleklah akhbar tempatan secara online. Nak gak tahu perkembangan negara sendiri walaupun terkadang rasa malas nak baca justeru asyik disogok dengan berita hangat yang lebih bercorak sensasi ala-ala hiburan gitu. Namun apa yang aku jumpa ini menarik minatku... cuba korang baca dan fikirkan sendiri dua statement yang datangnya dari dua orang yang berada di bawah satu bumbung kerajaan.....

Boleh buat pinjaman peribadi tunai haji

PUTRAJAYA 4 Ogos - Umat Islam di negara ini boleh membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji dengan syarat mereka mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kaedah pinjaman masih boleh diterima walaupun syarat menunaikan haji memerlukan seseorang itu berkemampuan dari segi kewangan.

''Syarat mengerjakan haji adalah diukur dari segi kemampuan fizikal dan kewangan. Jika mereka mampu dan yakin dapat membayar balik kerana memikirkan soal kesihatan dan faktor umur sekiranya ditangguh, ia tidak menjadi satu kesalahan untuk membuat pinjaman,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Intensif Bimbingan Haji anjuran Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di sini hari ini.

Seramai 310 bakal haji terdiri daripada penjawat awam dan keluarga masing-masing menghadiri siri pertama kursus dua hari yang bermula hari ini, manakala 320 peserta lagi akan mengikuti siri kedua pada 11 dan 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, Mashitah berkata, Tabung Haji tidak memberi kemudahan pinjaman haji secara khusus kerana ia bertentangan dengan konsep menabung yang diamalkan oleh organisasi itu.

''Lagipun Islam menggalakkan supaya menabung bagi tujuan menunaikan haji iaitu dilakukan seawal usia dan apabila wang simpanan mencukupi barulah ia dikira sebagai mampu,'' katanya.
Dalam pada itu, Mashitah menasihati bakal-bakal haji agar tidak berbelanja secara boros sewaktu menunaikan haji walaupun Islam membenarkan untuk menjalankan perniagaan dan berbelanja di sana.

''Haji ini merupakan satu perniagaan yang tidak merugikan kerana ia bukan sahaja sebagai satu ibadah tetapi mempunyai nilai-nilai ekonomi.

''Cuma kita tidak mahu ia lari daripada matlamat sebenar apabila pergi ke Mekah, iaitu tidak pergi ke masjid semata-mata ingin membeli-belah. Berbelanja tidak salah tetapi jangan secara berboros," jelasnya.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec
=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Dan balasan dari statement di atas datangnya dari:

Fatwa: Tidak boleh buat pinjaman bank tunai Haji

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak membuat pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan jika berhasrat untuk menunaikan ibadah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengikut keputusan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, seseorang yang difardhukan menunaikan haji mesti memenuhi beberapa syarat, terutama berkemampuan dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan mesti berkelapangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi panel perbincangan pada persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, oleh kerana faktor kemampuan tertakluk kepada sumber kewangan, maka tidak fardu dan tidak wajib bagi seseorang itu jika tidak mempunyai sumber kewangan untuk menunaikan haji.

“Fatwa telah menentukan tidak ada pinjaman diberikan kepada orang yang hendak menunaikan haji, tidak ada. “Jadi kalau ada di kalangan ulama atau mana-mana ahli politik yang menyatakan bahawa bank atau institusi kewangan harus memberi pinjaman (untuk maksud menunaikan haji) maka ia bercanggah dengan hukum-hakam Islam sendiri. Seseorang itu mesti cukup sumber kewangan,” katanya.

Katanya jika hendak dibandingkan dengan negara lain, mereka mungkin mengikut mazhab lain.

“Kita mengikut Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Waljamaah. Kalau tak mampu, tak payah pergi. Kalau ada orang taja, itu dah mampu, tak payah pinjam,” katanya. Ahmad Zahid berkata, pinjaman hanya boleh dilakukan untuk umat Islam yang ingin menunaikan umrah. - Bernama

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/
BH/Tuesday/Mutakhir/20080805194855/Article/index_html

Erm tidakkah dua statement yang dikeluarkan ini boleh mengundang kekeliruan kepada yang membaca. Katakanlah kita sekadar membaca dari sumber pertama dan terlepas sumber kedua, bagaimana??? tentu kita fikir ianya boleh dilakukan justeru yang mengeluarkan statement tersebut bukanlah calang-calang orang... orang yang tahu akan hukum hakam agama Islam. Dari itu apa yang aku pinta, sebelum sesuatu statement itu dikeluarkan untuk tatapan umum, ada baiknya dilakukan rujukan agar kekeliruan tidak timbul pada golongan yang bakal menerima. Apapun ini sekadar pandangan dari orang yang tak pandai seperti aku... yang masih dhaif dalam seluk belok hukum dan hakam, yang tentunya masih perlukan bimbingan untuk sebuah perjalanan yang tidak suram.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home