Satu kejutan dalam perubahan……
Erm hari ni aku nak tulis sesuatu yang agak serius sikit… boleh ke…. Ah! Kira bolehlah.. lagi pun ni kat istana kaca aku… so ISAlah apa yang aku nak tulis kat istana kaca aku…. hehehehehehe aduh! Awatlah berbisanya kata-kata aku tu… sorry geng.. melawak tahap maut sikit….. jangan marah ahhh nanti kena lelong…..
Erm apa yang aku nak tulis ni berkaitan dengan isu NEGARA… tak lain tak bukan perihal Pilihanraya yang ke 12 yang baru sahaja melabuhkan tirai, tapi masih lagi terdengar sok-sek belakang tirai dari perbagai pihak. Memang aku akui, bukan aku sahaja yang terkejut dengan keputusan kali ini, sebaliknya semua pihak termasuklah golongan politikus, petani, nelayan, peniaga hatta golongan pemetik buah anggur (penganggurlah) pun tak lepas dari membicarakan isu ini.
Sesungguhnya apa yang terjadi dan dihadapi oleh BN merupakan satu tamparan yang hebat walaupun tidak terasa di pipi. Kemenangan majority mudah sebanyak 140 buah kerusi Parlimen sememangnya di luar jangkaan. Sebanyak 82 buah kerusi berjaya ditawan. Parti Keadilan Rakyat (31), DAP (28) dan Pas (23). Malah lebih malang bila 4 menteri bersama 10 orang timbalan menteri kecundung mempertahankan kawasan yang mereka kuasai sebelum ini tanpa mereka sangka. Dalam usaha mereka untuk menakluk kembali Kelantan,akhirnya mereka sendiri yang tertakhluk dengan kehilangan 4 negeri yang sebelum ini berada bawah jajahan mereka. Kedah, Penang, Perak dan Selangor masing-masing memperolehi MB dan KM baru sedangkan Kelantan tetap selesa berada di bawah lembayung Tuan Guru Dato’ Nik Aziz.
Mesti best dalam Parlimen nanti… perbahasan dan perdebatan dah sah-sah panas dengan kehadiran tokoh-tokoh pembangkang yang tak perlu diperkenalkan lagi… antaranya, Azmin Ali, Mahfuz Omar, Chua Tian Chang,Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datin Wan Azizah Ismail, Dr Lo lo, Nurul Izzah Anuar, Datuk Ibrahim Ali dan kemungkinan besar DSAI juga akan menyertai mereka satu hari nanti. They all ni memang kaki debat dalam memperbahaskan isu-isu untuk mencari kerelevant dan rasional terhadap sesuatu yang selama ini berlaku. Terasa cam aku pun nak join dua kaki [bukan nak jadi ahli politiklah] tapi nak lihat kehebatan mereka dalam memperbahaskan isu…..
Kepada yang telah kecundang, ini bukan waktu untuk mencari kesalahan atau meletakkan kesalahan sebaliknya mengakui hakikat bahawa rakyat bukan lagi bodoh dalam menentukan apa yang mereka inginkan. Muhasabah dan renung apa yang telah dilaksanakan selama mereka diberikan kepercayaan dan mandat dalam pilihan raya 5 tahun yang lalu. Kempen di media elektronik yang dijalankan sebenarnya amat memual dan meloyakan dan muntahnya sudah pun terhambur pada 8hb yang lalu. Jadi renung-renung dan fikir-fikir apa yang harus mereka lakukan andai ingin mendapatkan kembali kepercayaan dan mandat yang satu ketika dulu menjadi milik mereka.
Buat sseluruh parti pembangkang yang dah memang dan mendapat mandat serta kepercayaan rakyat seperti aku ni…janganlah dok ralit berhappy happyan dan bersendaloka bersama senyuman…. buktikan kepada kami bahawa janji dalam manifesto yang sudah tersebar sejak lepas penamaan calon tempohari bukan sekadar satu janji manismu. Kami bukan minta kalian tunaikan on the spot, tapi tidak juga hingga tiba pada tarikh luputnya menjelang pilihanraya yang bakal menyusul 5 tahun dari sekarang. Kami dah lama dahagakan pembaharuan yang boleh dinikmati bersama. Hasil Negara yang kaya raya ini perlu diagihkan sama rata walaupun memang tak akan rata pun pembahagiaannya. Itu kami dah sedia maklum dan faham, cuma jangan terlalu mengaut untuk kesejahteraan diri sendiri dan sesetengah pihak sedangkan pihak lain masih lagi berada di takuk lama menghitung hari bilakah janji yang terlafaz dan tercatit di helaian kerta bakal ditunaikan. Bukan jambatan emas yang dipinta oleh rakyat, cukuplah keselesaan yang sepatutnya dirasai sejajar dengan umur kemerdekaan Negara yang sudah setengah abad ini. Jangan bersorak di atas kejutan yang diterima oleh pihak lain, sebaiknya muhasabahkan parti agar musibah sedemikian tidak dirasai. Ingat, rakyat hari ini dan yang bakal mendatang bukan lagi golongan penarik beca… bukan lagi penoreh getah atau petani yang bisa disogok dengan apa sahaja kata-kata sebaliknya generasi hari ini adalah generasi IT yang membangun sealiran dengan perkembangan era dunia globalisasi…. Tidak buta dalam menilai, tidak pekak dalam mendengar dan tidak boleh digula-gulakan dengan dakyah atau taburan janji yang datang tika terdesak dan diperlukan. Ingat tanggungjawab anda tidak sekadar selesai di sini sebaliknya perhitungan paling besar pasti akan menanti.
Sekarang ni baru aku faham kenapa Luqman Al-Hakim sibuk sangat sejak dari hari pertama penamaan calon. Tidak betah di rumah malah si Isyqal tu pun sama. Walau berada di utara, tapi contacted mereka cukup kuat… rupanya ada agenda yang tersembunyi. Well! Kambing Hitam tak perlu di ajar cara-cara berpidatul dalam hujah yang bukan sukar dihimpun bersama bukti dan fakta yang memang sudah menjadi mainan seharian… cuma aku ternanti-nanti gak bilalah agaknya depa ni nak jadi calon…. Calon kutib bendera… hahahahahahahahaa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home