Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, March 13, 2008

Mata ni degil lagi.....

Erm dah pukul berapa ekk.... rasa cam dah dekat jam 01.30 pagi... aku masih lagi terkebil-kebil dan mengadap komputer..... awalnya aku cadang nak study, tapi bila buka buku dan mulakan pembacaan, entah apa yang aku baca atau dengan kata yang lebih mudah, tiada satupun yang berjaya lekat dalam otak aku.... Tahlah! Pasrah kasih jelah aku nanti.... memang aku akui, otak aku betul-betul berserabut.... macam-macam yang bukan sekadar jadikan otak aku ni lapangan lalulintas, sebaliknya penempatan untuk bermastautin secara tetap atau pun sementara. Aku dah tak kuasa nak layan.... ada aje yang terfikir.... pasal bukulah, examlah, projek yang menanti feed back, kesihatan, kerinduan dan segalanya. Pendek kata sebelum yang panjang menyambung kata macam-macam ada dalam otak aku. Kalau lah otak aku ni berbentuk transparen, sure boleh terlihat dan di lihat apa yang dok mengelilinginya.

Tadi dan jugalah aku gebang dengan along... bukan buat pengaduan, sebaliknya sekadar satu perbualan kosong. Memang aku tahu bukan perkara mudah untuk aku mengelentong abang aku yang sorang. Walaupun dia tak amik course law, tapi kepintarannya memang tak dapat ditandingi oleh angah sendiri. 6sencenya cukup kuat..... mengesan dari gerak hati yang jarang silap. Macam-macam yang ditanya dan diperbualkan. Samada yang bercorak santai mahupun serius yang belum tiba pada tahap kronik atau ICU. Seperti biasa along tetap tak lupa pada adiknya yang seorang lagi yang sebenarnya bukanlah diiktiraf pun. Sapa lagi kalau bukan DIA. Bertanyakan khabar dan perkembangan terbaru.... erm aku pun tak perasan samada aku ada cerita pada along siapa DIA sekarang ni atau belum, tapi dari cara along menerima berita itu beserta ungkapan SYUKUR seakan dia baru menerima perkhabaran tersebut malam ini. Entahlah....

Than aku gebang pulak dengan doktor aku. Walauapa pun terjadi antara aku dengan adiknya, itu persoalan lain. Sembang punya sembang aku beritahu Dr Kamal yang lately ni aku mudah rasa sesak nafas. Penafasanku bagaikan tidak lengkap.... seakan tersekat macam tak cukup oksigen dan lagi aku rasa macam tubuhku dan gemuk walaupun aku tak makan. Pelikkan... patutnya kurus, ni terbalik pulak.... dr Kamal nasihatkan aku supaya berhenti dari pengambilan ubat Pariet dan Motilium. Begitu juga dengan Celebrex. Agaknya tak sesuai. Dia sarankan aku terus makan Sangobion dan Neurobion. Aku sekadar mendengar tanpa sebarang janji. Than kami mula beralih pada tajuk yang biasa, apa lagi kalau bukan perihal adik dia. Well! Depa pun tak tahu kenapa mamat sorang tu buleh amik tindakan drastik...... puas juga ibunya menembak dengan leteran dan kemarahan, tapi jawapan yang diberi tetap sama sepertimana yang dia beri pada tok mak. Entahlah... aku dah malas nak fikir, walaupun tak aku nafikan aku tetap fikir sebenarnya.

Angah dan Kak TaZ akan jumpa di High Court minggu depan. Hearing untuk case yang mereka kendalikan. Tak tahulah macamana.... kerana mereka mewakili client masing-masing. Isu dalam menuntut hak penjagaan anak. Erm susah jugakan bila suami isteri di bawah satu kerjaya yang sama...... pada pemerhatian aku banyak rahsia di antara mereka. Apa pun aku ada terdengar perbincangan angah dengan abang Isyqal, mungkin dia nak beralih ke bidang guaman untuk hartanah. Angah.... angah..... apa pun aku tetap selut justeru kedua abang aku dah memang berjaya dalam membina kerjaya dan mungkin kini berkira-kira untuk meneruskan usaha arwah papa pulak sedangkan aku.... Ahhh! Entah.....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home