Kenapa TeMpaT itu......
Semalam, dengan penuh keterpaksaan, aku keluar juga bilamana orang yang mengajak sudah pun berada di rumah. Walau dalam hati aku mengomel semahunya, tapi semua itu tak terzahir di pendengarannya. Aku biarkan dia terus memandu walau aku sedar sesekali dia tetap mencuri pandang ke wajah masam kelat yang sudah aku tunjukkan dari awal. Sengaja aku mengunci biraca dan terus menaip sesuatu pada kekunci telefon yang sudah merangkap notebook bergerakku. ’Telefon tu lebih penting dari saya ke?’ dia bertanya dan aku sekadar menghadiahkan jelingan. ‘Suka hati sayalah nak buat apa. Awak peduli apa.’ Kasar jawapan yang termuntah walaupun itu bukan niatku. Namun disebabkan dah terbabas, aku biarkan aje… biar dia tahu yang kemarahanku atas tindakan bodohnya masih belum padam. Dia merengus dan pemanduan diteruskan. Tiba-tiba mataku melirik… rasanya jalan ni macam pernah aku lalu…. Ah! Tak mungkin…. Hatiku sudah berada kurang enak. ‘Mana awak nak bawak saya Ha!’ tanyaku sambil merenung muka selamba kodoknya. ‘Jangan risau, saya masih waras walaupun pernah buat kerja giler pada anggapan awak. Saya tak akan sewenangnya nak culik atau larikan awak.’ Sinis jawapan yang aku terima. Aku mendiamkan diri. Malas nak layan dan melangkah ke gelanggang perdebatan yang tak akan menguntungkan sesiapa. Sejurus kemudian keretanya memasuki ke satu kawasan restoran berkongsepkan ala-ala rimba… cepat sahaja mataku menangkap nama restoran tersebut. Aku mengetap bibir…. Menahan rasa yang dah mula mengacah. ‘Okey, kita dah sampai.’ ucapnya sambil turun setelah mematikan enjin sedangkan aku masih mengemaskan duduk. ’Awak nak saya buat apa supaya kaki awak tu mampu melangkah?’ tanyanya tegas yang kini sudah pun berdiri di sebelahku sebaik sahaja pintu kereta terbuka. Mahu tak mahu, aku sekali lagi terpaksa mengalah dan menurut biarpun bara di dalam hati sudah menghangat. Dia melangkah dan menuju ke sebuah meja. Sekali lagi kakiku bagai di paku… wajahku sudah masam mencuka walau cuba ku maniskan dengan sejalur senyuman tidak ikhlas. ‘berapa lama awak nak berdiri di situ?’ mahu tak mahu aku melangkah juga. Sekali lagi aku hadiahkan jelingan tajam. Apa sebenarnya tujuan dia…. Soalan yang entah mengapa sukar untuk aku lafazkan…. ‘Awak pernah ke sini?’ soalnya sinis. ‘Tentu dengan DIA kan. Well! Setidak-tidaknya saya berjaya juga memboloskan diri pada tempat yang pernah kalian kunjungi. Erm! Not bad kan fikiran saya, boleh terfikirkan tempat ini semasa pemanduan tadi biarpun sebenarnya saya nak bawa awak ke tempat lain.’ Megahnya dia menyambung kata…. Kalau tidak memikirkan keadaan sekeliling dan aku belum berada dalam kategori kejam sudah pasti aku blah…. Biar dia ditamu rasa malu atas tindakan itu….. ‘So! Awak dah puashati dapat menembusi tempat ini…. bila pulak awak nak bawa saya ke tempat lain yang pernah kami kunjungi?’ sindirku geram. ‘Iyer, saya akan lakukan satu persatu supaya tiada kenangan khusus antara kalian.’ Senyuman sinis sudah terbias di wajahnya. Bangga atas kejayaan yang dimilikinya. ‘Apa tujuan awak bawa saya keluar sebenarnya? Apa yang awak nak... saja nak sakitkan hati saya.... tak cukup dengan tindakan giler dan bodoh yang awak dah buat dan apa salah DIA pada awak???’ soalku geram. Lebih baik terus pada pokok persoalan. ‘Saya akan terangkan, tapi bukan di sini. Tujuan saya bawa awak ke sini untuk makan, bukan untuk satu perbincangan.’ Makanan yang di pesannya tiba. Black pepper beef fried rice dan ice lemon tea untuk aku, sementara dirinya dragon fruit juice and Nasi paprik bersama tomyam campur. Sekali lagi aku terpaku sementara dia…. tersenyum sinis….. perasaan ku memang terdera dan didera…. Mahu saja rasanya aku menangis, tapi aku cuba kuatkan semangat…… aku lebih banyak menguis makanan dari menyumbatkannya ke rongga perut. Seleraku mati tiba-tiba. ‘Kenapa awak tak makan…. Jangan bermain dengan kenangan kerana tempat ini bukan milik awak berdua… sesiapa pun boleh bawa awak datang ke sini…..’ ‘betul… sesiapapun boleh bawa saya, tapi bukan awak…’ pantas aku memotong ayatnya lantas bangun meninggalkan dia yang nyata terkejut. Lantaklah… kalau dia terus nak mengadap hidangan, aku perduli apa…. Biar semua orang lihat lantaran aku dah tak sanggup lagi membiarkan hati dan perasaanku terdera dan didera…..
‘Maafkan saya… bukan niat saya nak buat awak sedih, saya tak tahu awak pernah datang sini, cuma saya perasan bila lihat awak macam terkejut waktu saya ikut jalan ni tadi.’ Suaranya kedengaran perlahan.Entah bila dia tiba aku sendiri tidak tahu. Kami memboloskan diri ke dalam kereta. ‘tolong hantar saya balik. Saya tak mahu ke mana-mana atau bincangkan apa-apa. Saya letih.’ Bersama ayat itu aku membatukan diri dan membiarkan dia meneruskan pemanduan. Mahu tak mahu dia terpaksa juga mengikut dan jam 10.30 malam aku sudah berada di dalam bilikku. Menangis dan terus menangis………walaupun fikiranku sempat memikirkan DIA yang kini entah berada di mana......
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home