Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, March 06, 2008

Jumpa.....

Hari ini aku ke office dengan keperbagaian mood..... berbagai rasa yang ada menjadikan hari aku cukup segala rencahnya.... Namun aku gagahkan jua untuk melangkah memandangkan tugasan yang sudah tersedia adalah satu amanah yang harus aku penuhi.

Sedang asyik aku membelek document di website BNM, telefon ku berlagu menandakan satu sms kini berada di dalam inboxku. Teragak-agak untuk membuka lantaran sebelum itu aku sudah dibawa masuk ke gelanggang perdebatan tak terancang gara-gara kejadian malam semalam

Salam. keje tak ari nie.... gi lunch bleh. pkl 12.45 bleh. - 11.23.42 -Mar-06-2008

Aku tersenyum biarpun tubir mata terasa basah. Eh! Macam tahu aje yang aku sedang berperang dengan emosi yang sudah diusik dan terusik.

Baru je ring up to there. you had discussion with david. keje walaupun emosi dah kucar kacir since last night.
Terus aku shoot ke phone DIA but as usual bukannya DIA nak reply pun... memang itu lah situasinya lewat kebelakangan ini.

Jam 12.50 DIA sampai ke office.... pertama kali setelah erm.... rasanya lama dah kami tak jumpa dan hari ini aku melihat DIA semula.... dalam hati aku sempat memanjatkan kesyukuran lihat DIA sihat... memang itu pun yang aku harapkan. Masuk je dalam kereta soalan pertama yang meluncur dari bibir DIA.... 'Mana cincin' sambil tu gelak-gelak.... nasib baiklah kereta dah bergerak, kalau belum sah-sah aku akan turun sebab memang itu pun yang ada dalam kepala aku.... Sah memang DIA dah beristirehat di istana kaca ku..... apa pun aku try relex... tak kan sebab marahkan orang lain, aku lempiaskan pada DIA sedangkan hakikatnya kami dah lama tak jumpa... so aku explain apa yang sebenarnya terjadi. DIA sekadar mendengar dan sesekali menyampuk dalam memberikan idea yang langsung tak sebernas beras nasional..... Aku tanya gak mana dia nak bawa aku.... iyerlah DIA dalam tempoh provision, so tak kan suka-suka hati nak balik lambat.... ada lebih kurang 4 bulan lagi tempoh DIA berkabung @ menjadi tahanan ISA.... dengan selamba DIA jawab, 'dah sampai nanti saya beritahu...' Ceh! Hampehkelapa.com.... dalam hati aku mengomel sendiri, kalau dah sampai tak payah beritahu.... Pemanduannya lancar sahaja dan akhirnya kami tiba di sini.....
Tergamam aku... tak pernah terlintas akan ke tempat ini walaupun maybe aku pernah dengar. So kami menjamu selera dan aku lihat DIA memang berselera tak seperti aku yang sekadar menyumbat sahaja ke dalam rongga perut supaya DIA tidak merasa apa yang dilakukannya hari ini sia-sia.... Terima kasih.... terima kasih sangat-sangat kerana masih sudi mencuri ruang waktu untuk satu pertemuan ini... Sesungguhnya aku terlalu menghargai akan usahanya itu. Selepas ini aku tidak tahu bila lagi aku akan bertemu dengannya atau mungkin kesempatan itu tiada lagi.... Oh Tuhan! janganlah itu terjadi.... aku masih lagi memerlukan DIA lebih dari apa yang orang disekeliling kami menafsirkannya......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home