Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, March 12, 2008

ISA

Ikut Suka Akulah… itulah jawapan yang aku berikan pada makhluk yang boleh aku labelkan dengan label yang memang tak pernah diiktirafkan oleh Sirim. Memang tak patut, tapi tah hati aku dah geram sangat dengan ragam dan tingkahnya. Macam tak reti atau dah hilang kefahaman akan maksud yang dah berpuluhan kali aku sampaikan menggunakan BAHASA MELAYU yang sememang diiktiraf oleh DBP. Tapi entahlah kenapa makhluk tu masih lagi tak faham, masih lagi tak mengerti. Pening kepala aku dengan keadaan yang kini rasanya makin meruncing. Kenapalah bebal ibni lembab sangat… sia-sia ngaji sampai ke Manchester nu kalau penjelasan yang selama ini aku berikan pun tak boleh nak faham …. Hampehkelapa.com jer….

Terkadang aku rasa hairan ibni pelik.. kenapalah ditagih sangat apa yang memang aku tak boleh nak bagi… dipinta satu kawasan ibni ruang untuk diri bermastautin sedangkan sudah puluhan malah ratusan kali aku perjelaskan… No Empty Space yang boleh aku tawarkan samada secara sewa atau kekal. Aku dah terima sebagaimana yang dah termaktub sekarang ni pun kira dah cukup baik daripada aku langsung tak mahu menerima. Kenapa perlu dicetuskan perbandingan dalam tiap yang dilakukan…. Giler….. Memang selama ini keluarga aku mudah menerima sesiapa sahaja sebagai saudara seagama… mengeratkan silaturahim itu bukankah dituntun dalam agama… lebih-lebih lagi jika orang berbuat kebaikan… masakan dibalas dengan kesombongan dan layanan tidak sopan. Aduh! Kalaulah aku tahu gini jadinya, dari awal kunjungan yang dilakukan aku dah suruh tok mak perambat eja biar peluang untuk kenal kampung dan menikmati suasana damai dan permai desa tercintaku tidak pernah dinikmati

Malah dangau yang menjadi permis persendirianku juga turut diceroboh. Geramnya aku… belum pernah lagi ada yang sampai ke situ selain dari keluarga terdekat. Itupun mereka terpaksa mendengar syarahan merangkap pidato umum yang aku sampaikan.


Erm adat masyarakat desa… memuliakan tetamu sudah menjadi budaya mereka lebih-lebih lagi dalam family tok mak. Sedangkan yang tak pernah bertentang mata pun tak pernah sekali pun dilupa, inikan pulak yang sudah bertentang pandang. Cuma itulah… manusia ni terkadang tak pernah puas dengan apa yang mereka miliki atau apa yang diberi. Tetap nak kan lebih dan kalau boleh lebih daripada apa yang dimiliki atau diterima oleh orang lain. Saingan yang sebenarnya hanya di antara diri dan bayang-bayang sendiri ....

Masih terus meminta ruang untuk membina persinggahan. Ingat hati aku ni stingarden ke… suka-suka aje nak berhimpit-himpit bina penempatan. Yang dah sedia ada ni pun rasa dah tak muat, ini nak tambah lagi… mungkin ada yang pelik kenapa N3 sebegini aku sumbatkan kat sini, well! ISAlah… nak luah perasaan geram ke, bosan ke, marah ke, sayang ke, atau apa sahaja yang boleh dilabelkan seangkatan dan sewakatu dengannya. Hak aku kan… tak ada sapa yang boleh larang atau suruh…. Aku sebenarnya dah bosan sesangat…. Bila cakap secara terang dan bertentang mata, pemahaman yang ditunjukan tak ubah macam budak umur 2 tahun. Tetap buat muka sardine yang rasanya sardine tu pun tak buat muka macam dia….. selamba kodok…. Langsung tak berbekas dan terbekas malah meningkatkan darjah kemarahan aku lagi ada. Rasa cam dah ketandusan formula bila tiba-tiba terpenjara dengan sesuatu yang benar-benar mencabar sekali gus sengaja menguji sejauhmana tahap piawaian suiz kesabaranku selama ini. Pemberian yang konon teringin dengan keikhlasan [erm boleh ke aku percaya ada keiklasan atau ada udang disebalik mee yang digoreng????] bagai jerat yang walaupun tidak menyakitkan secara zahir tapi umpama racun yang menanti masa untuk melumpuhkan sistem pemikiran dan kewarasanku. Every highway got tol….. permulangan yang memang mencetuskan hura hara waimah belum sampai ke tahap rusuhan atau rapat umum membuatkan si pemberi ditembak dengan peluru pertanyaan dari segenap sudut. Apa kata aku… PADAN MUKA… Tulah…. orang dah kata, jangan monyet… jangan main dengan cili tu… nanti engkau kepedasan, tapi engkau degil. Ha! Sekarang bagaimana…. Tapi memang dah dasar monyet, mana reti hatta untuk faham bahasa. Selamba kodok je menjawab tu hadiah harilahir… aduh! Bertuahnya Sang Puteri mendapat hadiah sebegitu berharga pada harilahir kali ini…..Ceh! Kalau nak temberang pun carilah point yang relevant sikit supaya aku tak dapat nak appeal affidavit evidence di mahkamah perasaan berhakimkan hati. Ni tak…. saja cari nahas…

Suka sangat meminta sesuatu yang dah sah-sah tak boleh nak dapat. Suka sangat tanya soalan yang walau pada zahir nampak okey, tapi pada yang ditanya tetap menganggap soalan lekeh ibni bebai… malah rasanya soalan tu adalah soalan ulangan yang dah tak kuasa aku nak kira untuk keberapa kalinya….
Ada ke tanya kenapa antara aku dan dia boleh jadi camni….
macamlah confirm sangat keadaan itu yang aku alami….suka sangat fikir yang bukan-bukan dan buat spekulasi sendirian berhad, menyangka yang tah apa-apa…. Dah banyak kali aku kata aku tidak berkongsi hati dengan sesiapa… tak juga memiliki hati sesiapa dan tak sesiapa memiliki hati ini…

aku tak sebegini dengan sesapa pun.. cumanya mungkin dalam kategori Teman tapi Mesra….… so tak payahlah nak risau… atau merisaukan diri. Cuma yang perlu aku ingatkan untuk tah ke berapa kali dah tak larat nak hitung, jangan harap atau menyimpul

impian untuk jadi sebegini kerana itu adalah terlalu mustahil untuk aku penuhi.. usah disogok lagi pertanyaan kenapa dan mengapa justeru walau apa jua penerangan dan penjelasan yang bakal atau akan aku berikan, tak mungkin ianya boleh diterima, lantaran situasi yang aku alami dan hadapi sudah dianggap giler oleh golongan yang telah sedia maklum… hanya yang faham atau sudi memahami akan mengerti apa yang mengikat dan membuatkan aku tega untuk terus diikat meski ianya terkadang menyakitkan
sekeping hati yang aku miliki…….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home