Inikah......
AkU: Assallammualaikum
DSaNa: Waalaikummusalam. DSana baru lepas menangis yer? [cepatnya dia mengajukan soalan]
AkU: Tak adalah. Mana ada nangis. [Penafian sengaja aku cipta]
DSaNa: Kalau bukan menangis, kenapa DSini dengar suara DSana lain aje. Erm sejak bila belajar berbohong?
Kenapalah dia selalu hadir tika aku berhadapan dengan situasi sebegini.... tika tangisanku tidak ku kongsi dan menghadapinya sendiri......
AkU: DSini tak sihat sangat. Selsema.
Aku dengar dia ketawa. Sah! Alasan yang kuberikan sebentar tadi langsung tidak termasuk dalam senarai kata-kata yang akan dipercayainya.
AkU: Kenapa telefon? Tak tidor lagi ke?
Dia mengeluh. Berat kedengaran keluhan yang terlepas itu.
AkU: Kenapa ni... nak share sumthing ke?
DSaNa: Are you okey? [tanyanya perlahan. Ada nada bimbang yang tidak sukar untuk aku dengar]
AkU: DSana... Dsana ingat lagi tak gambar ni.... sebab gambar nilah kan ada orang yang datang hulurkan cebisan kertas minta tandatangan DSana. [kebetulan aku sedang check email aku, jadi mudah aku forwardkan apa yang aku maksudkan]
Tak lama selepas itu terdengar dia ketawa. Mungkin mengingati apa yang pernah kami alami. Gara-gara wajah yang hampir seiras dan sama, maka dia mendapat popularity percuma......



DSaNa: Kebetulan sahaja wajah kami agak seiras, tapi DSini taklah sepopular dia. [tawanya masih bersisa. Memang betul, andai keduanya digandingkan bersama, sudah pasti ada yang menyangka mereka berdua ni kembar seiras, cuma DSaNa agak putih kalau nak dibandingkan dengan Ahmad Idham. Selain dari itu, erm aku rasa cam lebih kurang aje..... lebih-lebih gaya depa senyum......
DSaNa: DSana... DSana.... isy dia ni berangan pulak.... jangan ditenung gambar Ahmad Idham tu lama-lama... nanti dia merasakan pulak.... [Aku dah tersipu... isy apalah aku ni.... ]
AkU: Tak adalah... kebetulan, DSini terjumpa semula fail gambar ni yang pernah DSini forwardkan pada DSana dulu. Memang wajah korang berdua sama.... [Aku masih cuba mempertahankan pandangan aku]
DSaNa: Erm bukankah di muka bumi ini ada 7 orang yang berwajah sama.... DSini dengan Ahmad Idham tu tetap ada perbezaan kalau di lihat betul-betul. DSini tak sehebat dia....
Aku hanya ketawa. Itulah sikapnya yang aku kenal dan masih tidak berubah biarpun hakikatnya kami dah setahun tak jumpa.... dah lama kan.....
AkU: DSana perasan tak yang kita dah setahun tak jumpa..... [entah mengapa soalan itu yang terhambur dari mulutku.]
Dia mengeluh... entah apa yang cuba diselindungnya dari pengetahuanku.
AkU: DSana marah pada DSini ke?
DSaNa: Tak adalah... DSini tak pernah marah pada DSana. Satu hari nanti bila segalanya dah tenang, DSini akan jumpa juga dengan DSana.... apapun DSini sebenarnya nak ucapkan Tahniah pada DSana. DSini dah baca tadi N3 di rumah yang sebuah lagi..... DIA dah tahu ke????
AkU: Dah, dari awal lagi.... maafkan DSini.....
DSaNa: Tak ada apa yang perlu di maafkan. DSini happy sebab DIA sudi tolong tengokkan DSana. At least taklah DSini risau. Sampaikan ucapan terima kasih DSini pada DIA. Erm cantik nama yang DSana pilih tu.... simbolik dan bermakna pada setiap hurufnya. Keylah. DSini rasa mengantuk... esok ada meeting pagi. DSini minta diri dulu yer. DSana jaga diri baik-baik... jangan sedih-sedih dan jaga kesihatan. Apa-apa miskol pada DSini dan DSini akan return call semula. Assallammualaikum......
Waalaikummussalam... salam yang diberinya ku jawab di dalam hati. Aku masih lagi merenung dalam renungan yang entah berpaksi di mana......
Apa kata aku--> bila pulak aku nak publish gambar DIA… erm nantilah kalau aku dapat cari gambar yang ada iras-iras wajah DIA bolehlah aku fikirkan… buat masa ni, rasa cam tak ada… walau apapun sebenarnya dah ada yang lihat gambar DIA selain dari keluarga dan teman rapat aku…. ;-)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home