Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, December 03, 2007

Satu kisah... Satu kenangan.....

Aku tak ada mood nak sambung kerja… hari ni ada staff baru masuk. Tadi aku dah letih bawa dia ke segenap ceruk office ni. Dari HR department, hinggalah ke Admin dan seterusnya mengambil notebook dan juga tak pasal-pasal aku terkena tempias dari staff di IT department gara-gara kealpaan staff HR. Tapi aku sikit pun tak ambil hati sebab aku dah faham sangat dengan kerenah dan tingkah staff di office ni. So tak ada masa nak terasa-terasa dengan they all semua.

Bunga yang aku terima last Friday masih lagi menghiasi meja. Nampak cantik dan sweet je… tapi aku hanya pandang. Masih takut nak sentuh sebab rasa cam tak pasti betul ke aku yang punya atau orang lain. Kalau lah orang lain…. Aduh, masak aku jadinya. Dah la aku rembat sekuntum bagi kat member aku… buatnya orang tu minta balik…isy….isy…isy….. tapi Erm… seronok gak ekk bila sesekali dapat bunga canggini….. Ah! Bilalah aku nak dapat kiriman dari orang yang betul-betul aku kenal….. mesti best…. Nak tunggu besday aku….. heheheheheheee ada ke yang tahu dan ingat….. Isy… apa lah yang aku merepek bin merapu tengah-tengah hari ni….. Malunya…..

011207 - Malam ni along buat kenduri doa selamat di rumah. Out of planning sebenarnya sebab tiba-tiba sahaja along decide untuk buat kenduri. Dari pagi lagi along suruh aku menjemput seseorang tapi hingga ke sudah kelibatnya tetap tidak kelihatan. Nak kelihatan bagaimana sebab memang aku tak beritahu jauh sekali cakap. Rasanya along tentu faham kenapa dan mengapa. Ramai gak yang datang termasuklah jemaah masjid dan students along. Family Mak Teh Piah [sepupu arwah mama] pun ada sama termasuklah anaknya Syarifah Aniza dengan tunangnya Shaiful Zahari. Nak buat macamana kan……mahu atau tidak, aku kena juga jumpa dua kupu-kupu aku yang sorang tu. Awal lagi dia dah tarik muka 14 ½ bila terpandang aku yang sekadar berbaju kurung kedah dan berkain batik. Macam gadis melayu kampung gitu…… sure dia jealous bila Si Ayie masih sempat jeling-jeling ke arah aku, but sorry to say…… AKU TAK BERMINAT biar sampai juling mata dia……Selepas solat maghrib berjemaah, terus diadakan bacaan yassin dan tahlil arwah. Usai solat Isyak, barulah semuanya mengadap hidangan yang tersaji. Nasi putih, daging masak kicap dengan kentang, sambal udang, pajeri nanas, ulam-ulaman dengan sambal belacan dan juga ikan masin yang diimport khas dari kampung. Sempat along tanya pasal orang yang dia suruh jemput tapi aku buat tak dengar. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sempurna dan orang yang paling sibuk malam tu tentunya along. Apapun dia tetap cool dan tenang. Family kak Taz pun ada. So sedikit sebanyak berlangsung jugalah perbincangan tidak rasmi diantara Tok Mak dengan mereka. Apa lagi kalau bukan perancangan setelah pulang dari tanah suci. Menyatukan dua hati yang dah mula saling mengenali. Cewah……

Malam tu, aku banyak berbual dengan along. Masih tak habis lagi sessi bermesra masa kat kampung hari tu. Lebih seronok lagi bila Angah, Abang Isqal, Abang Iqbal, Abang Naim, Abang Zaim dan si Aiman pun join sama. Berbagai kisah yang terbuka dan dah pastilah semua kisah tu ada port aku. Masing-masing macam lupa je yang diri tu dah dewasa. Si Aiman yang paling muda tu pun tak nak ketinggalan. Memang dia tak merasa sangat kegembiraan yang pernah kami kecapi sebab dia yang paling last lahir dalam keluarga Tok Mak. Kira dia yang termudalah… tapi tak la muda sangat… dah lewat 20an pun. Anak Mak Chu yang paling bongsu dan paling manja namun masih tak dapat menandingi kemanjaan aku dengan Tok Mak dan Tok Wan dan ke semua mak dan pak sedara aku…. Sebab tu lah mamat sorang ni memang jealous habis dengan aku. Tak boleh dekat….. mesti ada augments. Tak gitu Aiman… hahahahahaa tapi aku geram gak dengan dia sebab berjaya rembat kereta aku untuk kegunaan dia. Ahh….. tak aci betul… Dalam sembang-sembang tu sebenarnya aku sedih…Iyerlah mana tak sedih sebab tak lama lagi aku akan kena tinggal. Sanggupkah aku…. Sanggupkah aku ditinggalkan… tapi apakah aku punya pilihan untuk meminta agar aku tidak ditinggalkan…. Ah! Itu lah pertanyaan yang bermain di mindaku tanpa ada yang tahu. Walaupun hakikat aku berada ditengah keriuhan suara sepupu-sepupuku bercerita itu dan ini, namun aku semakin jauh…. Jauh sampai ke ISS. Memencilkan minda dari segala jalan cerita yang sudah tiba entah ke mana. Aku macam dah tak dengar apa yang mereka perbualkan. Teruk aku ni kan…. Suka sangat berinteraksi dengan minda…. Berinteraksi dalam dimensi yang sukar untuk orang lain fahami.

“Ehem! Dah sampai ke mana?” Aku tersipu malu bila ditegur. Ceh! Ada je yang perasan apa yang aku buat.

“Pantang ada masa lapang… sure berangan…. Dah sampai ke mana cheq ooiiiii” Satu lagi terjahan soalan singgah di pendengaran sambil diikuti ledakan moltan tawa dari yang lain. Hampehkelapa.com. Sure perli aku lah tu.

“Ala tak sampai ke mana. Ada kat sini gak, cuma malas nak gebang. Letih.” Dalih ku cipta lantas kepala terus ku lentukkan ke bahu along. Yang lain tersengeh melihat telatahku.

“Dah besaq panjang pun nak manja lagi. Tak malu…. Ingat sikit along tu dah ada keluarga. Dah ada anak. Depa tu yang lebih layak bermanja bukannya Kak Chu.” Si Aiman dah memulakan bicara. Secara tak langsung dibukanya gelanggang untuk bertikam kata dengan ku.

“Yang hang dengki tu awatnya? Suka hati aku lah… Along tak kata apa pun, dia pulak yang sibuk.” Aiman dah gelak melihat wajahku yang sudah berubah.

“Ya lah Aiman, yang hang rasa sakit tengok adik tu awat. Dia tak kacau hang pun atau hang terasa nak bermanja lagu tu?” Yes… Abang Isqal backing aku and as usual tanganku bersatu dengan tangan abang Isqal di angkasa. Tawa kami bersatu membuatkan Aiman tarik muka. Padan muka… awak tu amatur lagi… belum ada pengikut, lainlah macam aku…

Kami kembali menyambung cerita. Kali ini lebih rancak bila ianya disertai oleh yang lain. Masing-masing dah mula membuka cerita. Kak long dan Kak Taz dah menatang teko berisi air kopi dan kuih karas…. Korang tahu apa kuih karas… kuih tu ala-ala kuih kapit gak tapi rupanya macam beehoon. Sedap dan ianya menjadi lebih sedap sebab mak long aku yang buat. Sekarang aku dah beralih posisi. Kepala ku sudah berada dipangkuan Mak Chu membuatkan Aiman mengetap bibir. Hahahahhahahaha sure makan ati mamat sorang ni dan itu lah yang sebenarnya aku nak dia rasa.

“Ibu, suruhlah Kak Chu tu bangkit. Macam orang tak dak pungkuk ja. Orang lain dok elok duduk, dia pulak dok terbaring. Tak malu.” Protes Aiman. Aku tahu dia tak puashati sebab aku bermanja dengan ibunya.

“Aiman… awat cakap lagu tu. Biaqlah. Adik dah letih. Tadi dia dok galak basuh pinggan. Nak harap hang… erm jawabnya dok bertimbun lagi la tang tu.” Mak Chu menegur anak bujangnya. Makin cemberut wajah Aiman memanah muka ku.

“Sat ni bila along dengan angah dah pi, adik kena dengaq cakap Kak Long. Mungkin sesekali Abang Isy dengan Kak Min hang akan mai temankan hangpa. Aiman pun tengah cuti kan. Ha! Buleh tolong hantaq hang pi reja.” Ucap Tok Mak seakan memberikan arahan tak rasmi..

“La Tok Mak ni. Ada ka Aiman nak kena hantaq Kak Chu. Tak mau la jadi driver dia. Jatuh standard. Lagi pun bukan dapat apa pun.” Aiman dah mula memprotes.

“Habis yang hang pulun guna reta dia tu tak pa pulak.” Pak Chu menyampuk. Agaknya tak puas hati dengan apa yang diperkatakan oleh anaknya.

“Padan muka… melawan lagi. Cuba ikut apa yang orang kata. Selamatlah tak kena marah. Dasar ketegaq.” Abang Naim yang sedari tadi membisu sudah menyampuk. Aku dah makin galak ketawa. Lucu melihat Aiman yang diserang dari segenap penjuru. Terkial-kial mamat tu nak menyelamatkan diri. Kesian pulak aku kat sepupu amatur ku yang sorang ni.

“Aiman, hang ni macamlah tak faham-faham lagi. Adik tu kan satu-satunya cucu pompuan Tok Mak.” Ucap Abang Zaim seolah mengingatkan sepupunya.

“Tu Aiman tahu, tapi Kak Chu tu…..” Wajahnya sudah muncung bila lihat aku masih ketawa.

“Relax lah Aiman. Tak payah jadi driver, Kak Chu buleh pi reja sendiri. Public transport pun banyak.” Aku akhirnya bersuara bersama saki baki tawa yang masih bersisa. Along sudah memandang. Entah apalah yang ada dalam fikirannya, tak seorang pun mampu menduga.

“Dah la tu. Semua pi masuk tidoq. Esok nak bangkit awai. Kata nak pi makan kenduri. Sat ni ngantuk. Hangpa ni kalau dibiaqkan, tak tidoqla jawabnya. Memang suka pun jadi burung antu lebih-lebih hak sorang ni. Tok tengok muka tu dah letih. Kak long dah bawak ubat. Ha! Adik jangan nak ngelat. Tu Kak Long dah bawak mai ubat. Cepat makan dah tu pi tidoq. Esok buleh sambung gebang.” Arah Tok Mak pada kami semua. Amboi! Sejak bilalah Kak long apply jadi nurse pulak ni. Teruklah aku kalau macam ni.

“Kalau tak mau tersadai kat spital, baik Kak Chu makan ubat. Muka dah pucat semacam je atau memang Kak Chu suka dok kat spital Doktor Kamal. Hari tu ibu kata Doktor tu handsome…” Giat Aiman sambil tersenyum. Aduh! Mulut dia lagi. Kenapalah dengan anak teruna Mak Chu sorang ni. Suka sangat usik aku.


Nantilah……. Satu jelingan maut terhadiah untuk ucapanya sebentar tadi. Mahu tak mahu ubat yang berada di tangan kak long sudah berpindah ke tanganku dan panahan mata dari sekelian yang ada terus memaksa agar ubat yang dua butir itu masuk ke rongga mulutku. Dalam hati aku masih lagi bersungut geram. Protes dalam diam.

Akhirnya perhimpunan halal dalam rumah terpaksa gak bersurai walaupun sebenarnya kami semua dah memang tak mengantuk. Masih banyak yang nak diperbualkan, terutamanya aku… tapi terpaksa gak akur dengan arahan dari Tok Mak memandangkan jam pun dah pukul 02.30 pagi. Iyer… esok masih kan terbit fajar dan kalau dizinkan kami tetap akan berkumpul lagi insyaAllah……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home