Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, November 22, 2007

Tak terlaksana......


Aku masih lagi kat sini…. Kat meja aku yang memang berselerak macam tempat hamster nak beranak…. Merenung dan termenung…. Sebentar tadi aku sempat berkomunikasi dengan ‘DIA’. Mengupdate apa yang berlaku pada hari selasa yang lalu… pertemuan yang secara tidak langsung melibatkan ‘DIA’ biarpun hakikatnya ‘DIA’ tak perlu pun terlibat sama. Erm tak la lama cuma lebih kurang ½ hours je… hehehehehe. Pagi ni dia dah mendahului aku…. Mendahului dalam erti kata yang aku memang tka sangka jauh sekali menduga ‘DIA’ akan lakukan. Satu sms dikirimkan pada ku.

‘Asm. Dah sampai ofis. Nak ucapkan “SELAMAT HARI PERSAHABATAN KE6 BULAN PADA HARI NIE.” I dah keje.’ 0810am

Senyuman mengacah di bibirku…. Sesuatu yang memang tak pernah di lakukannya sejak 5 bulan yang lalu malah pernah bulan lepas aku bagaikan ditamu rajuk bila tarikh ini yang hadir seakan dibiarkannya sepi. Tiada langsung ucapan jauh sekali ungkapan kata-kata darinya dan bila aku dengan selambanya bertanya, ‘DIA’ dengan selamba juga memberikan jawapan. ‘Tak ada ucapan tak semestinya tak ingat… I tahu apa yang berlaku di sebalik tarikh ni.’ Ceh! Selambanya ‘DIA’… Apa pun itulah ‘DIA’…. Itulah sikapnya. Aku tahu dia mula mengingati akan tarikh ini sebagaimana aku yang tak mungkin akan melupakanya, cuma mungkin cara kami berbeda. Lagi pun insan sesibuk ‘DIA’ manakan punya waktu untuk perkara-perkara remah seperti ini yang agak bererti dan punya makna tersendiri buat insan seperti aku. Aku dah plan nak menyeret ‘DIA’ ke satu tempat, tapi rasanya tak kesampaian dan tak mungkin akan terealisasi justeru ‘DIA’ sudah punya lunch appointment bersama teman-teman sekerja. Ada yang ingin diperbincangkan dan mungkin mencari solution. Itulah yang dikhabarkannya tika aku bertanya akan schedule lunchnya hari ini. ‘Ah! Hati… jangan nak mengada-ngada… jangan nak rasa sedih atau terasa…. Kan kau perlu faham akan dirinya…. Perlu hormati hak dan privacy yang juga diperlukannya untuk bersama dengan teman-temannya. Jadi…. Please…. Kawal sikit rasa tu…jangan terzahir sangat….’ Masih ada waktu untuk aku bertemu ‘DIA’ kalau diizinkan olehNYA….. sebagaimana yang ‘DIA’ katakan tadi, mungkin esok…. Tapi aku rasa macam tak sempat je… lagi pun esok kan hari Jumaat…. Entahlah….. ‘DIA’ akan hubungi aku semula nanti setelah apa yang perlukan perhatian diselesaikan…. Tak apa.. aku tahu baru hari ini ‘DIA’ masuk office dan tentunya banyak yang menuntut perhatian dan tindakan darinya…..
Erm tak apalah…. Akan ada juga masa untuk kami menikmati juadah ini bersama InsyaAllah…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home